Wednesday, September 30, 2009

Selamat Bersara Kak Chem & Kak Pah

Hai Alzzzz..

Hari ni aku macam sedih sikit. Sebab dua orang kakak yang selalu jaga aku kat office dah pun bersara. Dua-dua sekali pulak tu. Pada hari yang sama. huhuhuhuhuu.....

Aku doakan diaorang berbahagia disamping keluarga.........Dah pencen ni boleh la rehat banyak sikit ye...

aku? BANYAAKKK tahun lagi nak kerja. Tengok kakak-kakak (atau sebenarnya dah pangkat emak) tu berkemas, terdetik jugak kat hati aku..dan juga Nani, satu hari nanti kami akan pencen jugak macam tu. Kami akan lalui juga benda yang sama macam kak Chem & Kak Pah...atau mungkin tak? Eeeemmmmm.....Don't know!!!...Time will tell...

Sunday, September 27, 2009

Cerita Raya Aku

Cak!!

Selamat hari raayyyaaaa!!!!..

Punyelah lama raya kan, langsung tak bukak blog ni. Aku bukan apa, saja nak lapangkan fikiran sempena hari raya ni. Lepak-lepak sambil melayan anak-anak yang tengah nakal itu.

Okeh, sempena raya ni, aku nak cerita pasal raya aku. Tapi sorry la, tadak gambar yang berkaitan. Hee..heee...

Meh aku nak cerita pasal tiga tempat yang pernah menjadi port aku untuk beraya.

Pertama sekali, kat KUALA LUMPUR ni ha. Jangan kata aku tak pernah beraya kat sini tau. Kalau korang ada baca paper, adelah terbaca kot ada artes2 yang pernah beraya kat seting-garden keramat tu ha. Haaaa...aku sekeluarga adalah salah satu family yang beraya kat situ jugak. Time tu atok aku keje kat JUPEM jalan gurney. So, setiap raya, kami akan beraya di KL saja. Meriah ke raya kat bandar??? Sapa kata tak meriah? Malam-malam main mercun perrr.. Haa..haaaa.Ingat lagi bapak-bapak sedara aku selalu mengusik kami dengan mercun katak.Lintang pukang lari. Time tu, raya-raya pun kami pi jejalan. Tapi tadak la nak pi Mid Valley, Pavillion, KLCC, Lot 10 semua tu. Untuk bebudak yang masih muda atau yang baru dok KL, maybe tak tahu keramat supermarket atau Batu Road supermarket kat Chow Kit. Haa..haaa...Zaman aku dulu pemes tuh!!!!. So, raya kat situ-situ jelah. Orang-orang keliling umah ramai orang luar. Orang luar yang berasal dari Indonesia. Kalau korang besa campur ngan orang-orang sebelah keramat....mesti dah besa dengan orang “Boyan”. Diaorang memang le tak balik kampung.Haa..haaa...Isk!!! Rindu plak nak panjat pokok ubi gajah depan umah atok tuh!!! Wakakakaka. Malangnya dah tak ada.Dah lebih 20 tahun pun dah tempat tu lenyap dan kini bertukar jadi Jalan Jelatek dan sekitarnya...huhuhuhhhu.

Tempat kedua, kat PAHANG. Yang ni memang super duper BEST!! Sebab apa? Sebab kampung aku tu kat tepi sungai. Boleh nampak sungai pahang yang sangat luas dan panjang didepan umah. Lagik best kalau raya hujung tahun time musim tengkujuh!! Sebab sungai akan melimpah...senang cakap, banjir!!! Haa..haaaa. Aku suka banjir. Sebab boleh main air kat tangga. Yang tak best nye just mak selalu jadi penyanyi rap yang berjaya je lah. Haa..haaaa.Biasalah tuuuu. Raya kat Pahang ni best sebab atok sedara aku pandai memasak. Kalau raya jer, dia suka buat mee kari. Sampai masak kat luar macam kenduri lagik. Memang best!!. Kalau balik kampung pahang....nak jadi jin ke, nak jadi hantu ke...parents aku tak boleh cakap apa dah. Sebab ramai peguambela. Dah la umah kampung tu besar, so...marathon dari depan kebelakang....belakang ke depan. Buat lah sesuka hati asalkan jangan jatuh ketanah. Hee..heeee...Almaklumlah...rumah tak pernah bertangga, jumpa tangga...macam..heheh, korang pepaham sendirik sudahla..

Tempat ketiga dan yang telah menjadi pujaan hatiku.....beraya kat NEGERI SEMBILAN. Wakakakaka. Inilah lah tempat yang paling senang dihatiku. Walaupun tahun ni aku kena tinggal dan kena balik sendirik naik bas gara-gara tak dapat cuti awal, tapi aku suka je naik bas balik kampung. Adventure giler!!! Haa..haaa..haaaaa...Balik N9 ni, walaupun atok & wan dah tadak.....tapi bapak-bapak, mak-mak sedara ramai. Sepupu sepapat ramai...semua otak weng. Ada yang dah setahun tak jumpa, tetiba muncul dihari raya. Paling aku suka, raya-raya ni pergi merayap kat town. Bukan beli apa pun..saja je jalan-jalan tengok-tengok orang. Yang lagik best, aku ngan abang ipar aku bertukar jadi pekerja Alam Flora. Tak tahu kenapa, balik kampung je aku suka bakar sampah. Habis semua sampah aku bakar. Kat KL tak dapat nak buat cenggitu...so, balik kampung balas dendam!!. Hee..heee.Makanan pulak..memang la kat N9 tu heaven kannnn..Semua nye sedap kat tekak aku. Emmmmm... Tak boleh lelama la balik kampung, nanti meletup timbang!!!..Hee..heee..I gained 3 kg..seriously!!

Yeah..itu sajalah tempat-tempat yang banyak meninggalkan kenangan kat aku.Sama ada time raya, ataupun time tak raya. Ketiga-tiganya ada keistimewaan tersendiri. Raya di bandar lain rasanya, raya di kampung lain rasanya. Tapi selagi dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang, raya kat GURUN pun best agaknya!! Haa..haaaa..

Thursday, September 17, 2009

Kawan-kawan aku


Hai Alzzzz...

Best tak tajuk? Haa..haaaa...Macam tajuk karangan zaman budak-budak dulu je kekdahnya.Tapi benda ni subjek yang sangat dekat dengan semua orang. Means, semua orang ada kawan, kalau tak rapat pun, mesti ada somebody yang kita percaya datang dari luar family kita.Aku pun ada kawan jugak. Tapi kadang-kadang ada yang salah anggap bahawa kawan-kawan aku hanya datang dari dua FC yang aku sertai tu. Emmmm..SALAH!! Ramai lagi kawan aku berada diluar FC & they don't even know yang aku terlibat dengan something yang dipanggil FC ni!!!

Orang kata, berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Hah!!!..sometimes salah jugak la tanggapan tu. Berkawan ni, lagi ramai lagi sakit kepala. Percayalah cakap aku. The most yang boleh kita berkawan is berdua. Bila berdua, senang-senang je boleh jadi kawan baik. TRUE!! Sebab bila ramai, lagi banyak perangai & lagi payah nak deal dengan banyak perangai manusia.Lama-lama bergaduh, bermasam muka. Lepas tu......no more kawan-kawan. Sakit hati lepas tu!!

Untuk aku, aku berkawan masa susah dan senang. Aku tak offer duit, aku tak offer kesenangan. Sebab aku tahu aku sapa, I work for peanuts!!. Aku berkawan ikhlas. Susah sama susah, senang sama senang. Aku ada kawan, dulu memang best friend la...orang kata kan, macam kembar siam. Mana ada dia, situ ada aku. Kalau aku tak der..dia pun tak ada. Aku ingat lagik, dia susah.....aku ikut menangis dengan dia, padahal aku tak rasa pun apa yang susah tu sebenarnya. Aku dok tak bleh nak tido malam mengenangkan dia yang dalam kesusahan tu. Tapi.................sekarang ni dah tak ada lagik. Sekarang aku ada, dia tak der. Aku tak der, dia...eeemmm..Entah!! Aku dah tak contact dia lagik. Sedih kannn...Maybe salah aku jugak.

Cukup kah berkawan hanya untuk berlibur? aku rasa tak cukup. I got these peoples yang pernah sekelas time kat ITM. Masa study langsung tak bertegur. Tapi kami jumpa last year...macam jejak kasih la gitu kan. Yes, they're guys. semua dah kahwin. Bila aku rasa down, aku akan mengadu ngan diaorang.Walaupun cara diaorang memujuk aku tu sangat kasar, tapi selalunya berhasil buat aku ketawa. Lepas tu aku lupa semua nya. Itu yang aku panggil kawan. Walau apa pun terjadi, akan terus menyokong antara satu sama lain.

Ada juga kawan aku yang suka buat touch & go. Bila nak mintak tolong, bukan main manis lagik ayatnya. Kalau ada yang aku boleh offer, melekat macam gam basikal. Tapi bila dah tak ada, bye..bye...!!! Batang idung entah kemana. Aku tanya soalan satu ayat panjang....jawabnya sepatah. tak pun langsung tak berjawab.Macam mana tu? Aku pasrah sajalah....dunia ni pun tak lah seindah mana kalau nak difikirkan.So, diam sajalah ubatnya....

Tapi tak semua macam tu. ada jugak kawan aku yang sangat bagus. Yang sentiasa ada untuk aku. Kalau aku dalam kesusahan, merekalah orang-orang yang akan membantu. Ada jugak yang bila diajak keluar je, terus setuju. Yang boleh berkongsi pendapat, yang boleh menerima baik & buruknya aku.

So, macam tu la adat berkawan. Nasihat aku, jangan berlebihan..nanti lama-lama tak cukup. Memadailah hanya apa yang patut saja. Tak salah nak berkawan, tapi pandai-pandailah memilih. Jangan sampai terjerat....

Anyway, sebelum aku bercuti seminggu ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan-kawan aku dimana saja korang berada. Aku mintak maaf kalau ada salah silap aku sepanjang berkenalan dengan korang.Memang la ada kan...tipu la tak ada. Haa..haa. So, lepas ni kita mula kan lah kehidupan yang baru yang lebih tinggi semangatnya...

Jumpa lepas raya!!!!

Friday, September 11, 2009

Winter sonata - anime

Hai Alzzzzzz...



Ingat tak Winter Sonata yang pernah buat invasion 7 tahun lepas (7 tahunnnn?????). Hee..hee..It was on 2002 when Winter Sonata make it big here in Asian region. Inilah permulaannya drama korea jadi pemes giler kat Malaysia!!! Maybe ada yang tak suka cerita ni sebab slow sangat, tapi aku suka.Sebab nampak sejuk!!..Hee..heeeee...

Sekarang drama ni dah ada dalam versi animasi. Yang aku dengar, voice over untuk leading male dibuat oleh pelakon asal.Kalau tengok scene-scene anime tu, memang sebijik la dengan apa yang kita tengok kat drama.Muka kartun tu pun dah macam muka pelakon nye.

Emmmmmm.....Maybe kita tak dapat la tengok, so..tengok kat youtube pun ok gak la kannnn....huhuhuu..

p/s: still simpan soundtrack drama ni..sangat best!!!

video credit to yarosa11

Friday, September 4, 2009

Full Moon

Hai Allzzzz..

Just wanna share gambar bulan yang sangat cantik malam ni......sorry, pic nampak blur sket, tapi masih nampak kan bulan yang macam spotlight tu. Emmmmmm...dah lama aku tak buat keje ni, amik gambar tengah-tengah malam. Tapi alhamdulillah, setakat ni tak jumpa lagi mana-mana UFO melintas. Hee..heeeee...Mintak-mintak jangan la kan.
Gambar ni aku ambik dari bilik aku, kat tingkap. Yang bersinar bercahaya bagai nak rak kat sudut kanan tu adalah JUSCO AU2....Tengah sale tu ha, tapi aku malas nak pergi.

Wednesday, September 2, 2009

Happy 2nd Birthday Adam Danish

Hai Allzzz...

Semalam kami sefamily menyambut birthday Adam yang ke DUA tahun. Tak buat apa-apa pun, just a small party & panggil sedara mara terdekat serta jiran sebelah-sebelah umah.

Here, enjoy his pix....
Mak aku buat rendang, opah buat sambal udang & kari ayam. Lepas tu opah buat dadih. Tu jer untuk berbuka puasa. Hee..heee...Adam tiup lilin ngan papa jer, sebab mama muka tak sudah...wakakakka.
Kek ni kecik sebenarnya, tapi sedap.......Adam plak, teruja tengok strawberry.
Bike ni hadiah papa & mama Adam. Lepas ni boleh bawak kat taman permainan kat bawah tu...
Motip aku bagi laptop kecik ni? haa..haaa...supaya Adam boleh "online" sendirik & tak kaco mummy chatting.Haa..haaa..haaaa...
Opah bagi baju.......dua pasang sebenarnya, lagi satu untuk Aisy.
Ada lagik hadiah lain, tapi tak sempat nak snap. hadiah dari mak aku awal-awal dah wasalam, tak sempat nak balut pun dia dah jumpa. Maka tak sempat jadi hadiah, Adam dah buat main dah truck tu...hee..heeee...
HAPPY BIRTHDAY MY ANGEL......LOVE YOU!!!!