Aku ke jakarta untuk menonton Critical
Eleven(CE). Last minutes decision sebab kak Sofie ada event dengan
Pilarez ( Fanbase Reza Rahadian)
Untuk yang tak tahu tentang filem ni,
bolehlah buka Instagram Ika Natassa ( Penulis buku), Reza Rahadian (
Lead actor.. IG tu IG Fanbase dia), Adinia Wirasti ( Lead Actress)
dan juga IG cast lain, Refal Hady, Revalina S.Temat, Hamish Daud dan
lain-lain.
This is going to be veryyyyy long dan
kalau tak nak spoiler, sila lah skip posting ni sebab I will cerita
everything. Dari perjalanan aku, sampailah ke Filem Citical Eleven.
The Journey
Barisan yang tak panjang...tapi lama gilakkk
Kami fly jam 7.40 pagi dari KLIA. First
time aku naik Lion Air. Disebabkan ada sekumpulan pakcik yang aku
rasa baru balik umrah beratur kat depan tu dan bawak berbelas-belas
luggage, kami terdelay kat check in counter hampir sejam. End up kami
hanya ada masa 15 minutes je sebelum boarding. Akhirnya terjadilah
kejadian yang jarang berlaku......Berlari dalam airport!!. Nasib baik
KLIA1..kalau KLIA2 dan boarding nya jauh.... Maybe kitaorang dah
kurus kering.Hehehe.
Jarang dapat duduk depan camni...selalu tersepit je kat tengah-tengah
Akhirnya kami berjaya jugak sampai ke
Jakarta setelah rough landing yang buat kitaorang nasib baik je tak
tercampak ke depan. (Gara-gara duduk depan sekali)
Nasi + ayam bistik
Di airport Soekarna-Hatta, kami makan
kat Solaria. Actually ni tempat makan yang paling aku suka kalau aku
ke Jakarta. Sebab makanan nya ada rasa dan portion nya banyak. Memang
sesuai sebab kami memang tak breakfast dan makan tengahari tak akan
secepatnya.
Lepas makan, kami naik bas ke station
Gambir. Dari Gambir naik teksi ke Smart Hotel. Kat hotel ni memang
tak sempat buat apa pun. Mandi, siap-siap dan keluar ke Pondok Indah
Mall 2 (PIM2) untuk acara Nonton Bareng ( NOBAR) kak Sofie. Aku tag
in sebab aku tak nak jalan sorang. Thinking about waiting somewhere
sampai dia habis event dan kemudian tengok wayang sama-sama.
Tiket wayang ni harga nya IDR75,000. Dalam RM 23++.
Kitaorang naik grab ke PIM2. Sampai kat
sana, ada dah geng-geng Pilarez dia menunggu kat depan cinema XXI.
Aku tak kenal diaorang. Hanya kenal Nitnot, Fifit dan Yenny. Yang
lain aku tak tahu sapa. Mulanya aku ingat nak tengok CE lepas mereka
habis event. Tapi melihat tiket seterusnya jam 6.30 petang dan kami
jauh dari Jakarta Pusat, aku decide untuk beli tiket untuk masa yang
sama. Jam 3.55 petang. Sementara menunggu Studio buka, aku duduk je
kat tepi dan minum Latte. Hehehehhee. Kat situ aku berkenalan dengan
sepasang suami isteri yang nak menonton CE jugak. Sembang punya
sembang, diaorang pernah ke KL dan si suami minat M.Nasir &
Zainal Abidin. Hhehehhee.Kita swap artis kegemaran rupanya.
Latte yang berharga IDR 30,000
Bukak je Studio 1, aku pun masuk ke
dalam tanpa menunggu kak sofie and the gang. Sebab aku tak nak la
orang kata aku tunggu artis diaorang pulak. Sebab memang bukan
attention aku pun. Aku hanya nak tengok wayang dan tayangan jam 3.55
petang tu memang dibuka untuk public jugak.
Tak lama lepas tu, pawagam pun dah
hampir penuh. Apparently, budak-budak Pilarez ni bukan Nobar dengan
Reza sahaja, tapi dengan his whole family. Tengah duduk layan iklan,
tetiba lampu yang sepatutnya dipadamkan, tetiba menyala terang. And
there he was, Mr Aldebaran Risjad himself crawling like Ju On out of
the screen. Hahahhahahhaa. Taklah. Reza Rahadian masuk dalam
panggung. Bersama dengan “Isteri” nya Tanya Baskoro Risjad a.k.a
Adinia Wirasti . Heboh dalam panggung bila diaorang tu datang berdua.
Reza claimed that dia terserempak dengan Adinia kat luar. Well...
Obviously, nobody believes him laaaa. Even if it is true. Hahahhahahaha.
My Indonesian friend..Nitnot
Habis wayang, aku pun keluar sambil
tumpang-tumpang tengok Reza. Hahahhahaaa. Aku tumpang tengok je
laaaaa...bukan buat apa-apa pun. Then aku terus keluar dari panggung
dan tunggu kak sofie kat luar. Hehehhee...aku sesat tak tahu nak pi
mana sampailah tetiba Reza keluar dari situ. Errkkk!!! Sekali dengan
rombongan yang bergerombolan keluar. Diaorang pergi ke XXI semula dan
aku ikut selepas jumpa dengan Nitnot. Aku kesana sebab tak tahu nak
pi mana. Sampai kesitu, diaorang semua bergambar dan bersembang. Aku
duduk je kat kerusi tepi tu tengok Reza. Memang aku suka buat gitu
kan... tengok je. Dia pakai T-Shirt putih kosong, ripped jeans dan
kasut converse yang agak comot. Comot dari Converse aku. Tapi sangat
handsome. Hahahhahaha. Lebih handsome dari yang aku jumpa masa My
Stupid Boss dulu. Dan dia lalu depan kaki aku je.
KFC box set... Tak de kat KL ni.
Habis event, kami pi makan kat Food
Court. Aku makan KFC Box Set. Tak ada kat sini Box Set ni. Kak Sofie
suka, tapi aku tak boleh gi. Hahhahaha. Adeiii.
Kami balik ke Hotel hantar barang dan
lepas tu keluar balik ke Grand Indonesia (GI) dan beli tiket CE untuk
esok pulak. The after that balik hotel untuk rehat.
Critical Eleven for the second time....Penat nangessss
Hari ahad tu kitaorang tak pi mana pun.
Hanya pi GI, makan aiskrim dan lepas tu tengok CE. Beli tumbler
Starbucks dan balik hotel dan kemudiannya terus naik teksi pergi ke
airport. Paham-paham je lah Jakarta kann..jem dia lebih kronik dari
KL. Tak nak la ketinggalan flight.
Sampai KL kol 12.30 tengah malam sebab
flight delay dekat sejam kat Jakarta. Nasib baik lah Ali, kawan abang
ipar aku tu ada datang jemput. Well... tak jemput sangat laaaaa...
kena bayar jugak sebab dia buat uber. Hihihihi
Tumbler ni je yang aku beli sepanjang aku kat Jakarta...kekekkekeke
So, itulah cerita aku ke Jakarta pada 20-21 mei aritu. Memang tak buat apa pun. Hanya pi tengok wayang je. Nak buat camne, memang aku minat filem-filem pelakon yang duduknya diseberang laut. Well, deal with it laaaaa...
Crtitical Eleven
Official poster
Kali terakhir aku menangis sampai
bengong adalah ketika tengok TV series Dibawah lindungan Abah episode
akhir. Malam raya masa tu. Tak pasal-pasal pagi raya mata sembab.
Hahhahahaha..
CE buat aku menangis lagik. Dikala
kebanyakkan orang fokus kepada kepada cinta Ale & Anya, aku
melihatnya dari sudut perasaan sepasang ibu bapa yang kehilangan
anak. Rasanya tak payah lah aku tulis sinopsis nya Kerana filem ini
diadaptasi dari novel Ika Natassa yang menjadi best seller di
Indonesia. Maka, ramai yang tahu jalan ceritanya. Tapi aku nak tulis
apa yang membuatkan aku meleleh air mata dan apa yang membuatkan aku
suka filem ini.
First time Ale dan Anya jumpa... Dalam First Class Cabin, Singapore Airline
Okay, ini harapan palsu dan peringatan
untuk aku, jangan harap lah lelaki se handsome Ale Risjad akan duduk
disebelah aku dalam flight. Melainkan kalo aku Tanya Baskoro yang
duduk first class, pakai baju mahal dan kelihatan seperti perempuan
high class. Ngeeee...Kalau ada pun lelaki handsome, dia akan buat
bangang je. Hahahhahaaa. Ini first time Ale & Anya jumpa. Scene
tu memang comel. Tapi aku rasa....dalam sejuta perempuan, Anya je
yang bernasib baik jumpa lelaki handsome nak giler dalam flight dan
dia nak berkenalan. Kekekkekekekke..
The love birds
Lepas kahwin anya dengan rela hati ikut
Ale ke New York. Dia start keje part time dan enjoy her life walaupun
Ale kejap ada kejap tak de sebab kerja di rig di Teluk Mexico.Tapi
bila Anya start pregnant, Ale jadik over protective. Being an
independent woman, yatim piatu dan biasa semuanya sendiri, aku boleh
faham perasaan Anya bila dipaksa-paksa balik ke Jakarta dan
bergantung dengan keluarga mertua. Dan juga faham dengan pendirian
Ale. Dia jauh dan jarang balik. Anya pulak pregnant dan tak ada siapa
jaga. Bila Anya accident, very minor accident actually... Ale jadi
bertambah-tambah over protective sampai akhirnya jadi bergaduh. Being
a wife, apa lagi yang boleh dilakukan? Ikut je la...... He is the
husband by the way.
Bila Aidan buat his first kick. Anya
menangis kerana terharu dan Ale.. ' It's real...It's kicking”
dengan muka yang penuh kekaguman. Entah mengapa, aku ikut terharu.
They are sooo cute.
Dah mula nak bertekak ini dua orang...
Di Jakarta, everything went well. Anya
balik ke tempat kerja lama dan kembali ke geng lama nya Tara, Agnes &
Donny. Dan Ale minta tukar ke rig yang berada di Laut Jawa. Semuanya
baik-baik saja sampailah anak didalam perut Anya tiba-tiba tak
bergerak. The worst nightmare untuk semua parents pun terjadi. Aidan
yang ditunggu-tunggu dah meninggal dalam perut kerana terbelit tali
pusat. Ini starting point yang buat rumah tangga diaorang goyang. Dan
aku jugak meleleh air mata. Bayangkan perasaan seorang ibu bila
terpaksa melahirkan anak yang dah meninggal. Sebak giler bila Anya
pegang tangan Aidan yang dah tak ada response. Malam-malam dia
terjaga, perah susu. Tapi anak tak ada nak bagi susu. Arghhhhhh.. Ini
feeling paling seksa.
Scene Ale menangis di kubur Aidan sendirian tu really broke my heart. Damn you Reza!!!
Ale: Ramalan cuaca kata, 20% hujan akan turun....
20% je... Hahahhahaha
Dan Ale mula buat dingin. Mula
perlahan-lahan menyalahkan Anya. Sampailah apa yang terbuku dalam
kepalanya tiba-tiba tak tersengaja, terkeluar. Kalau Anya tak terlalu
sibuk, mungkin Aidan masih ada. Memang rasa nak jotos je kepala Ale
yang cerdik tapi tak cukup sensitive tu. Dan perang dingin pun
bermula. Padan muka ko, Ale. Cakap tak tapis-tapis.
Bestfriends Anya.. Donny, Tara & Agnes
Cold war mereka dapat dikesan oleh
parents Ale dan mula campur tangan. Ini scene yang sangat bagus. Dua
aktor muda terbaik dengan dua lagenda perfileman indonesia dalam dua
scene yang di selang selikan. Ayahnya bawa Ale jauh ke puncak sambil
melawat kubur Aidan dan ibunya menasihatkan Anya di rumah. Bahagianya
dapat mertua yang memahami kannnn. Walaupun Ale dan ayahnya tak pernah baik,
tapi ayah tetap ayah. Kalau anaknya ada masalah, memang tak akan
dapat sorok dari pandangan seorang ayah.
The Risjads : Anya, Ayah, Ibu, Raisa, Ale & Haris
Pada hari jadi Ale, family nya buat
surprise. Walaupun marahkan Ale, Anya tetap belikan lego Star Wars
yang Ale idam-idamkan. Masa ni performance Reza-Asti memang terbaik.
Antara reluctant dan mahu, Anya relakan tangannya diheret Ale
kemana-mana. Dan disebabkan rasa bersalah dengan kelancangan
mulutnya, Ale tetap pegang tangan Anya walaupun dia tahu Anya cuba
mengelak. Selepas birthday party ni ada satu scene yang dikatakan
agak x-rated. Tapi pada aku..biasa je. Ada je filem Malaysia yang ada
scene gitu walaupun tak banyak. Mereka pasangan yang madly in love
dan sangat merindui satu sama lain. Ale ingat masalah selesai lah
lepas tu.......... Hati perempuan, Aldebaran Risjad!! Bukan macam
main lego. Dah lerai, boleh cantum balik dengan cepat.
Ale biasa dengan besi dan minyak....tak pandai nak berlembut..
Perang dingin tak setel lagik. Anya
meeting ke Singapore tak bagi tau. Ale nak menyusul dia tak bagi. Ale
boring duduk rumah. Disebabkan dia berserabut, dia di suruh cuti 2
bulan untuk bertenang. Ye lah..sapa nak kerja dengan dia kalau dia
asyik nak baling barang je. Balik dari Singapore, perang lagik. Ini
serius nak lagakan aja kepala budak berdua tu. Anya marah Ale tak
pernah masuk bilik Aidan yang disiapkannya sendiri . Sebab penting
bagi dia untuk Ale menjengah bilik Aidan. Dan Ale marah Anya tak
pernah pergi ke kubur Aidan. Saling salah menyalahkan. Dan perkataan
terakhir Ale sebelum dia pergi.... Salah siapa? Fikir sendiri.
Sakit otak ko ni Aldebaran Risjad!!!
Hahhahahaha
Sebagai perempuan, aku faham perasaan
Anya ketika tu. Dia baru lepas bersalin dan anak yang dilahirkan nya
tu meninggal. Si Suami yang sebenarnya penyayang, romantik dan sangat
memberi perhatian.... turn out menjadi “musuh” nya sendiri.
Menyalahkan nya beberapa kali. Kalau aku sendiri pun, kesedihan tu
memang tak ada hujungnya.
Akhirnya mereka berdamai juga dengan
ego masing-masing. Anya pergi ke kubur Aidan for the first time dan
Ale memberanikan diri masuk ke bilik Aidan. Saat Ale menangis di tepi
baby cot tu sampai menggigil badan, rasa nak pi peluk Ale biar dia
berhenti nangis. Tapi kang kot kena jotos kepala ngan bini dia plak...Ngeeeeee
Aldebaran Risjad
Cerita diaorang berakhir dengan manis. Lepas kejadian yang buat Anya takut setengah mati, dia maafkan juga Ale. Well Anya, kamu dah terima dia yang begitu.... Cari la jalan macam mana nak handle mulut si handsome yang tak pakai penapis tu. Hehehhe.
Honestly, filem ini banyak flaws. Ada scene yang melompat-lompat dan sometimes mengelirukan. Dan juga bebarapa product placement. Tapi set aside those technical problems, Critical Eleven berjaya menusuk sehingga ke hati. Persoalan yang ditimbulkan sangat real dan sangat related dengan mana-mana pasangan yang baru berkahwin. Walaupun masa nak nikah tu, suka sama suka....walaupun “sampul” nya secantik dan seindah mereka berdua, akan ada satu hari nanti dimana ada perbalahan yang samada akan membawa kepada lebih kekuatan cinta atau akhirnya membawa kepada perceraian.
Taaarrrraaaaa!!!!! Ale & Anya akhirnya ada Ansel. Comel kan???
Aku tabik dengan bakat lakonan Reza
Rahadian. Aku dah kata aku penat kata dia bagus. Tapi dia bagus dan
aku nak kata dia bagus sebab dia sangat bagus sampai aku rasa aku
sayang Ale tapi aku rasa nak terajang dia. Hahhahaha. Adinia Wirasti,
she is sooo brilliant. Boleh rasa betapa sakitnya dia. Kesedihan
dia.Dan aku suka Keara yang bubbly, Raisa yang matang, parents Ale
yang sangat warm. Harris yang menjadi lebih dari seorang adik.
Well... keluarga Risjad ni memang lahir semua lawa-lawa rupanya.
Hahahahaha Dan juga Tara, Agnes & Donny. True friends yang kita
semua idam-idamkan.
Okay.... mungkin filem ini tak akan
tayang kat Malaysia. Kalau tayang pun.... mungkin akan dikerat dan
dicincang sampai lumat. Kerana ini filem DEWASA. Yang ratingnya pun D
di Indonesia. Banyak adegan kissing, peluk-peluk, dukung-dukung...
Lompat berjemaah atas sofa. Biasalah tu, logik nya, pasangan baru
berkahwin, yang sedang bercinta gila-gila...Depa hanya tengok-tengok
je ke? Come onnnnnn.... Hahahhahaaa
Filem ini banyak menggunakan Bahasa
Inggeris dalam dialog. Between Ale & Anya, between them &
their co-workers. Untungnya bahasa Inggeris Reza & Asti bagus dan
sedap didengar. Kalau depa ni tercalon dan menang dalam mana-mana
anugerah tahun depan.... aku tak complaint. They deserved it!!Ini
chemistry terbaik dan paling believable selepas Habibie & Ainun.
Suka tengok family ni.... lawa-lawa belaka..
Well..panjang lebar dah aku taip. Maybe
kalau ada yang baca ni, anda akan sedikit pening dan penat dan
mengantuk dan akhirnya tutup je windows anda. Hehhehee. Reza dah tak
de filem dah untuk tahun ni.. so, aku berehat dulu la ye dari
“memburu” filem dia di Indonesia.
P/S : Tunggu Tomo Gunadi pulak.
* All pictures related to Critical eleven, credited to their respective websites.
Apa saja yang aku tulis disini adalah pendapat peribadi. Tak bertujuan untuk mempengaruhi atau memburukkan sesiapa. Critical Eleven masih tayang di semua pawagam ( Bisokop) diseluruh Indonesia. Enjoy!!