Monday, July 27, 2009

Saturday & Sunday

Hai aalllzz....

Penat......sakit satu badan...Haaa..haaaa.Tulah, berjimba-jimba sampai tak hingat!!!!

It's 2 days outing everybody!!!

On Saturday, aku, Fit, Edna, Tira,Adila & Intan gerak dari KL Sentral ke Seremban naik komuter jam pukul 9.08 pagi. Apa yang kami buat pepagi bute tu, rasanya semua dah tahu. Pergi tengok Show Nubhan. Haa..haaaa....Maybe sebab tersangat bosan dengan rutin harian, tetiba aku rasa teruja giler nak pergi show. Walaupun aku dah maklum aku tadak kenderaan nak pergi dan itu hanya show biasa.
Kami jumpa Tykah & Harney kat Seremban. Jadinya hanya kami 8 orang sajalah Nubies yang pergi. Aku pakai jugaklah baju FC, tapi dengan jacket. Haa..haaa.Tak kuasa mak nak buat promosi free dalam tren nyahhh...
Orang-orang kebuluran sebenarnya ni.....makan tak toleh kiri kanan...
Nubhan nyanyi 5 lagu. Lagu-lagu yang biasa dia nyanyi pun.Tapi budak-budak ni tetap havoc jugak bersorak riang gumbira. Dan ini adalah kali ketiga aku naik pentas....huh!!!!..lepas ni kalau dia tarik aku lagik, aku soh dia dok kat tempat penonton pulak jerit CAYALAH kuat2..wakakakkakaa..
Habis show, kami lepak-lepak kejap kat Starbucks.. Emmm before that pun dah lepak starbucks gak lah....haa..haaa...Kemudian YB pun join sekali. Nasib baik YB nak tumpangkan kami balik KL lepas show. Thanks YB...

Sampai KL, duduk kejap kat Starbucks..Starbucks lagik!!!!. hee..heee. Tapi aku balik lepas tu sebab esok nak outing lagik. Lagipun dah petang..

Sunday, yet another outing. Kali ni ke Sungai Congkak. Yang ini memang event NFC. Kami berkumpul kat KL Sentral. Guess kat mana? Starbucks laaaa...haa..haaa...Bila semua dah ada, kami gerak ke McDonalds Pandan Mewah. Konvoi 7 kereta ke Sungai Congkak. Yang ni memang kelam kabut sket la, sebab ada yang tertinggal. Nasib baik la hidup zaman teknologi canggih.Kalau hidup zaman dulu,sesat sampai seremban pun tak ada orang tahu...hhuhuhuhuhuuu... On the way kesana, kami singgah beli durian, langsat & manggis untuk dimakan kat picnic. Penuh giler dalam kete YB.Tu tak termasuk yang kami bersuka ria buat fruit testing kat gerai lagik.Hee..heee... Kat sungai congkak, kami buat BBQ chicken wing. Seronok jugak sesekali BBQ. Thanks kat semua yang terlibat sebab bawak makanan. Memang banyak sangat sampai tak tahu nak makan apa. Aku sebat je semua. Haa..haaaaa...Haruslah kan...lapar.


Untuk memeriahkan lagi suasana, kami buat games dalam air. Yang paling best, siapa yang ada niat nak turun, tak sampai lagik dah kena simbah dengan air.Termasuklah Encek Artes si Nubhan tu.Memang seronok la walaupun banyak batu kat dasar tu. Mandi sampai kecut kekdahnya....Haa..haaaa..
Event tamat dalam jam 6 petang....masing-masing bawak diri balik kerumah masing-masing. Sakit satu badan. Almaklumlah.....time-time dah season ni ha kann....
Thanks to all Nubies yang datang ke potluck picnic kita. Korang memang happening!!. Next time kita buat lagik aktiviti yang sangat seronok seperti ini....
Haa..haaa..gila banyak gambar...thanks Tira!!!!!

Wednesday, July 22, 2009

Happy Birthday Atok

Hai alzzzz...

Selamat hari lahir yang ke 30 atok!!! Welcome to the club!!...wakakakakakkaa.

Semalam aku, Fit, Edna & Tokwan mewakili semua Tegarians telah sama-sama mengucapkan selamat hari lahir kepada jimmy a.k.a atok kat Brunei. Thanks atok for being such a wonderful friend.......

So, mari enjoy gambar2 yang obviously aku dah upload kat facebook...wakakakka
Inilah cake chocolate moist yang kami beli khas untuk atok...nampak tak atas tu tulih apa? Atok, We Love You..Happy Birthday... it comes from the heart tau tok, bukan bodek ko..haa..haa

Edna, Fit & Me...posed with the cake....before kami sebat...hee..hee...

Tiup lilin plak....lilin ni kira satu 10 tahun..hee..heee

Aku pun join sekali......haa..haaa..eksen je tuh...

Sebelum sampainya bulan 8, pose dengan cake ni dulu. Hee..heeee..

Ok la tok, terima lah celebration kami yang tak seberapa ini khas untuk ko!!! Sebab kami semua sayang kat ko.....Heee..heee......

Semoga berbahagia selalu......hee..heee

Me & Atok kat Bora Ombak last year...

Monday, July 20, 2009

Just a stupid joke....


Hai alzzz...

Just wanna share a stupid joke in this sooo boring Tuesday morning...

A: Bang, durian ni baik tak?

B: Baik.....memang dia tak mencakar-cakar.....

A : ??????...

Hee...heeee..it's a TRUE conversation between A & B. A is my brother & B is the orang asli that sell durian somewhere near his house area.

I was laughing like mad when my father told us the story. I don't really know whether the orang asli really don't understand what my bro mean by "baik" or he was just trying to joke around with his customer.

But my brother always tell us good stories about orang asli that came to the clinic. Some are really funny...

Well...they are just trying to adapt in our modern lifestyle.....

Maybe we too will look silly when we try to adapt in their lifestyle right?
By the way, the potluck party is on Sunday...So... Make some noise everybody!!!!!!!!!!!!!!...haa..haaaa...

Thursday, July 16, 2009

Happy Anniversary NFC!!!!

Hai Alzzzz...

Today is 17th July....2 days before 19th July 2009. What is so significant about that date? Emmmmm.....it’s the first time I met these peoples....Edna, Kak Sue, Kak Fazy,Atok, Kak Deng, Baby, Mama, Far, Miesya, Double2H...pendek kata, member-member yang melepak, meroyan kat cari.com setiap hari tuh la. Itu jugaklah first time aku jumpa Vern & Nubhan. It’s been a year but it’s still like a wet paint. Still pretty much ALIVE.
I still remember that day when Fit & me go redah Bora Ombak without knowing anybody except Tira. Haa..haaa..haa..Gila alienated masa tu. Kami masuk buat muka seposen je. Nasib baik Tira banyak tolong dengan registration and all. Lepas tu pergi estranged kat satu gazebo where we met kak fazy & Kak Sue.This is the first ever picture I took with Nubhan. Dia passing by je sebenarnya, tapi we stop him for a snap. Haa..haaaa..First impression aku....hhohoho.. Gila tinggi!!! Haa..haaa..He was kinda shy but looks kinda sweet. Yelah, time tu innocent sangat kannn......My thought? Tak percaya aku boleh datang gathering FC lain. Haa..haaaa..thanks to Tira, Edna & Fit yang dok mengajak aku kesitu.

Sebenarnya aku tak lah teruja sangat nak pergi gath NFC masa tu. Sebab aku bukan kenal sesapa pun.Memang a complete stranger kat NFC. Aku join dioarang ni pun sebab aku lepak kat cari.com. Tapi disebabkan diaorang ajak jugak, aku fikir...why not give them a chance. Yelah, what do you expect from a boy yang baru “graduate” dari AF kannnn....FC pun baru sangat lagik. So, pergi dengan hati yang agak kosong. Huaargghhh haa..haaaa...Mesti ada yang masih ingat kan...aku terkejut beruk dapat kad FC....wakakakakkaa. Sungguh tak kusangka aku ada kad FC yang aku memang tadak intention nak masuk!!!!
Hari tu jugak, first time aku jumpa dengan Vern a.k.a Mrmanager. Mula-mula panggil dia, dia dok “syyyhhhh” sebab arwah ayah Nubhan dok baca doa. Tengah Tira dok melayan budak-budak ni main games, baru Vern datang kat kami. Emmmm..One thing yang aku ingat sangat pasal Vern kat gath tu, dia dok sound aku pakai avatar gambar Adam kat thread Nubhan di cari.com. Sound terus kat depan Nubhan pulak tu. Hampeh!!!!..nasib baik budak tu tak tahu cerita. Haa..haa..haaaa....
Selain kad FC yang buat aku terkejut beruk tu, ada lagi satu yang buat aku nak gelak sakan. Suddenly I saw this one man yang tersangat aku kenali rupa nya & also known to my family walked in Bora Ombak. I was so damn terkezutt!!! Kecik sungguh dunia ni. Haa..haa..when I tell my parents, they had a very good laugh about it. Wakakakkaka... Nasib baik dia tak kenal aku...Kalau tak, kantoi!!!

Bermula dari situ lah semua yang ada hari ni terjadi. Did I regret it? I don’t think so. walaupun sekejap, sebenarnya banyak benda yang berlaku dalam setahun ni. Ada yang baik, ada yang buruk, ada yang agak menyakitkan hati. Tapi mostly......banyak yang buat aku tersenyum.Akhirnya aku jadi one of the Tegarians. Haa..haaaaa..Lagik sekali aku memang tak sangka!!!

It’s been a year, and a year it’s been. I wish to see Nubhan in another 10 years perhaps. See him as an entertainer, established and respected. It’s all up to him really. But as one of his famous NUBIES, I’ll do my part regardless what happened. I may NOT his Greatest Number One Fan....But I believe in his talent & I will always believe in him.....

So.......Chaiyyookkk Nubhan & Nubies!!!..Yeaaahh!!!

****Good Luck Nubhan in APM tomorrow. Menang kalah tu adat pertandingan, dah tercalon ni pun dah GILER BEST dah....haa..haaaaa....chill bro!!!

Tuesday, July 14, 2009

Mari ber Potluck!!!

Hai Alzzz...

Just nak inform korang yang masih belum tahu, Nubhan FC akan adakan Potluck party untuk aktiviti bulan Julai. Details adalah seperti berikut:

Tempat : Sungai Congkak

Tarikh : 26 Julai 2009 (Hari Ahad)

Masa: 10 Pagi

Bayaran : FR double E....

Perkara Wajib : Bawak makanan.
Tak kiralah nak bawak apa. Nak bawak jajan pun tak per, janji kena ada sumbangan sket la. Boleh kita kawtim kan kat situ...Hee..heeee..

Adik-adik, sila minta kebenaran dari ibu bapa atau penjaga ye...Hee..heeee....Macam rombongan sekolah la pulak.

Adalah dimaklumkan, kehadiran Nubhan belum dapat diconfirm kan. Manalah tahu kan, jadual dia yang tersangat busy tu ha......Tapi kami akan usahakan untuk dia sama-sama join berpotluck dan bergumbira disana...

Apa-apa pertanyaan, bolehlah diajukan kepada : Aku, Fit, Edna, Tokwan atau Tira

Ataupun boleh PM di Nubhan FC dan cari nama-mana berikut : Aku (Kikey) , Fit (myfizly), Edna ( ednamod), Tokwan (tokwan) & Tira ( Tira).....Tanyalah apa soalan pun berkenaan potluck ni...kami akan cuba membantu.

Kita jumpa di saaaannnnaaa!!!!!!

Monday, July 13, 2009

Bahasa Chatting

Hai Allllzzzzz...

Well, this is something I would like to share with all of you.

For those yang biasa chatting, mesti akan biasa dengan perkataan yang dipendekkan. In short, dikatakan bahasa chatting. Penggunaan perkataan ini adalah untuk memendekkan masa menaip . Tapi sedar kah korang, bahasa chatting ni sebenarnya gila jugak. Let me tell you why....

One day, aku baru on YM...suddenly ada sorang stranger ni buzz aku. Aku pun letak lah icon tersengih . But then, dia tulis “awk kj k?” So...aku jawablah “a’ah” lepas tu tanya lagi “awk sht k?” and after that....bla bla bla....dengan short form yang tah apa-apa. Aku jawab “Sorry, saya tak faham” And you know what?? This stupid fella asked me..”awak ni melayu ker? Bahasa chatting pun tak paham” Haaaa.....haruslah nak kena makan kasut kannnnnn..... Apa kena mengenanya aku melayu dengan bahasa chatting dia tu?

Sebenarnya bahasa ni boleh guna....tak ada masalah. Tapi jangan sampai terbawak-bawak. Bukan semua orang faham apa yang kita fikirkan.Kalau nak guna short form, gunakan yang senang orang lain faham. Tapi kalau dah semuanya short form.....buntang jugak bijik mata nak membacanya. Lagi-lagi bagi orang yang dah agak season macam aku ni ha.Nak baca satu sentence pun ambil masa. Merangkak-rangkak macam baru belajar membaca.

Aku bukanlah anti bahasa chatting. Aku pun selalu jugak guna street lingo. Dalam blog ni pun kelam kabut jugak bahasanya. Rojak buah pun tak macam ni. Haa..haaaaa... Tapi sekurang-kurangnya apa yang aku tulis ni adalah dalam perkataan penuh. Tapi korang jangan ketawa pulak.Aku memang mengaku bahasa aku sikit tonggang terbalik. Sebab lama aku mempraktikkan penggunaan ayat terbalik ni ditempat kerja lama. Bukan apa, aku nak kawan-kawan faham, tapi akhirnya aku pulak yang jadi songsang. Payah wooo nak adjust balik.Hee..heee...

Emmmm..kalau korang keje kerajaan, korang akan kena pergi BTN. Kalau korang pergi BTN korang akan tahu la semua ni. Mahu tak mahu, korang akan diajar untuk patriotic. Aku tak menentang penggunaan bahasa Inggeris untuk matapelajaran Sains & Matematik. Sebab aku tahu benda tu sangat penting bila masuk IPT. Watch out everybody yang belum melangkah ke alam Universiti. UiTM adalah salah satu Universiti yang sangat mementingkan bahasa Inggeris. Tapi aku juga patriotic tentang bahasa Melayu. It’s Bahasa Melayu kann.....so, apalah Melayu kalau tak ada bahasanya.

So, adik-adik,kalau nak chat guna bahasa korang tu gunalah.....tapi ingat, it stops kat chatting saja. Kat sekolah, bahasanya bahasa buku. Kalau nak menulis blog, silakan......tapi tulislah elok-elok supaya orang faham dan jelas maksudnya.Supaya orang-orang yang macam aku ni tak mengambil masa satu jam hanya untuk memahami cerita yang hanya dua tiga perenggan.Hee..heeee...

Sunday, July 12, 2009

Jalan-jalan hari Sabtu

Hai alzzzz..

Haa..haaa...Saturday was a blast!!! You want to know why?Coz I went to 3 places in a day....waakakkaka. I can be kinda crazy sometimes..

On Friday, kak Sue called me untuk saja sembang-sembang. But suddenly dia ajak aku pergi makan kat Rose 911 kat kg pandan esoknya.Hee..heee...Aku tak pernah pergi sebenarnya. Tapi macam ok gak pergi makan kaw-kaw hujung minggu ni.

So, on Saturday afternoon, aku pergilah kesana. Kak Sue pick up kat Station Pandan Jaya, kami pergi pick up tokwan & pergi makan. Boleh tak pergi makan sambil dengar carta Suria FM. Siap bukak speaker kat HP lagik...haa..haaaa. Punyalah berusaha nak dengar carta walaupun jatuh no 2.Kami order daging salai masak lemak, udang masak lemak, sambal daun kayu, telur masin & ulam-ulam untuk makan hidang. Pedas gilosss!!!..Tapi pas tu makan badak berendam...lima posen seekor kekdahnya. So, makan sorang dua ekor...haa..haaa...

Lepas makan, aku ngan kak sue pergi BTS sebab semasa aku on the way dalam tren, Fit ada SMS yang YB ajak jumpa. Haa..haa...aku ngan T-shirt & Jeans jer. Ingatkan nak makan jer, tak sangka plak nak pi BTS. Si Tokwan terpaksa balik sebab dia ada “family day” kat umah dia. (House cleaning to be exact....)

Sampai BTS, kami dok sembang-sembang sementara nak menunggu yang lain sampai. Sampai bersila kat bench lagik...padan muka lah, siapa suruh datang awal sangat kannnn.

Dalam 3.30, Fit sampai. Huhuhuhuhu..Sebulan tak jumpa Fit nih. So, kami bertiga sembang-sembang. Dari luar Starbucks, sampailah masuk dalam. Heee..hee...korang jangan tak tahu, kami punyalah hebat jamu mata kat situ. Yelah, tetiba ada pulak masuk sorang Mahkluk Tuhan yang sangat mengkagumkan pandangan mata kesitu.Handsome giler tau tak!!! Kalau dah perempuan tu kannn.....kami tengoklah puas-puas. Kehhh..kehh..kehhhh..Bukan payah bayar pun.!

Dekat-dekat kol 5.00 Edna sampai. YB pun sampai....disebabkan diaorang lapar, kami move ke oldtown. Aku pi makan nasik lemak kat situ. Giler tak, baru je makan nasik kat rose 911, aku makan lagik. Mana tak besar?...wakakkakaka. Lepas makan, Fit & Kak Sue nak balik sebab dah dekat kol 7.00. Aku plak ingat nak balik awal, tapi disebabkan lama tak jumpa YB, so...aku ingat, it might be good kalau boleh tunggu sampai kol 8.00. Curfew aku kol 10.00 maaaaa....haa..haa..haa...

Tapi tak sempat apa-apa, kami decided nak pi tengok Nubhan kat Oo la la. Rancangan nyanyi-nyanyi kat TV9 tu ha... Tak tahu rancangan apa sebenarnya. Gasak jerlah. So, aku,YB & Edna pun pergi se Shah Alam. Nasib baiklah rancangan tu bermula kol 9.30...so, sempat lagiklah.

Kan aku dah kata, sebulan tak tengok Nubhan nyanyi live. Excited ke aku? Tak derlah sampai excited. Tapi dah sebulan kannnn....ada sket expectation la. Tup tup Nubhan duet ngan sorang peserta nama Sha lagu PENING. Pening???? sungguh pening!!!!! Sah-sah la kena nyanyi part M.Daud Kilau. Adooiiii!! Tapi havoc la dalam studio tu. Aku dok senyap senyap kat belakang tersengih-sengih....jauh sungguh dari expectation aku nih.....haa.haaaaa

Disebabkan Nubhan menyanyi paling last, so kami terpaksa tunggu sampai habis. Lepas habis.....kami sempat jumpa Nubhan & Syed sekejap salam-salam. Kemudian nya, ramai yang memanggil dia untuk bergambar, so dia pergi la ketengah bergambar dengan fans...huhuuhuu..Ramai jugak yang menunggu dia kat luar tu.

Tapi kejadian selepas itu lagik melampaui logik akal.Kenapa aku kata cam tu? Haa..haaa..sebab kete YB “hilang”. Memang tak boleh blah. Tiga-tiga sekali lupa kat mana si Ribena tu diletakkan. Turun B2, Turun B3, naik B1.....akhirnya jumpa kat LG. Penat jugaklah kami bertiga berlari-lari kesana kemari dekat setengah jam mencarinya. Nasib baik lepas tu Edna berjaya keluar dengan teori nya. Haa..haaa..haaaa....Rupanya elok je parking kat LG.....adeeehhhh....penat berpeluh-peluh merayau kat parking space tengah-tengah malam bute tuh.

So, lepas tu....kami balik la......adeehhh...hari yang penat!! Tapi menyeronokkan. Dah lama tak jumpa YB, Fit, Kak Sue, dak-dak Tegarettes.....Kalau dah bertemu tu, banyaklah cerita yang kami ceritakan sampai lupa nak balik..

By the way...Just wanna wish my cute little sister ...Eila the Tegarettes, Happy Birthday!! Semoga berjaya dalam pelajaran....Rajin-rajin belajar tawww...Muaaahhhh!!!

p/s : Segala gambar atau video berkaitan Oo La La ni, boleh le tengok kat Nubhan FC ye...