Hi alzz...
To tell the truth....I'm in deep pressure now. So, menambah pressure is not an option. Untuk merelease tension yang dah macam mount Kinabalu tu.....aku decided untuk spend my time dengan family.
Untuk mengubat hati yang huru hara, minggu lepas kami sefamily balik kampung arwah atok di Pahang.Yeayyy!!!!!!!...
Semuanya in last minutes plan pun sebenarnya. Main redah jer...hahahhaa. Mula-mula aku tidur kat seat paling belakang. Hahahhaa. Dah la aku sorang je kat belakang tu. Letak bantal Aisy, aku lelap dengan penuh bangganya. Sampai setengah jalan baru terbukak mata, fuh!!! air sungai tengah penuh. Kalau memancing best nehh!!!..hehehee....
Sampai sana, kami decided untuk pergi ke kampung lama dulu. Dah bertahun-tahun kami tak kesana. Kat kampung ni la mula-mula arwah grandparents aku tinggal lepas pindah dari KL. Aku suka sangat kampung ni sebab tepi sungai. Perghhhh!!! zaman kecik-kecik dulu, arwah atok la yang paling rajin bawak kami adik beradik pergi sungai. Orang Pahang kata, time air “toho”.....time tu la orang-orang tak tahu berenang ni, sibuk nak turun ke sungai. Selalu kena RAP kan oleh mak tersayang. Sebab takut lemas.hehhehe
Tapi......sampai je ke sana, kecewa betul...rumah arwah atok dah tak ada, tapak nya pun dah tak ada. Yang ada hanya hutan belantara. Rumah-rumah orang kampung yang berderet kat tepi-tepi sungai semua dah tak berpenghuni. Semua dah roboh. Kalau ada pun, dah buruk sangat. Dulu aku ingat kampung tu panjang. Tapi bila lalu sekarang ni......pendek je rupanya.
Disebabkan kecewa..kami balik saja ke rumah baru atok. Errmmm..kat sini pun banyak kenangan. Dah 4 tahun dia tak ada pun, still kuat bau kayu-kayu yang dulu arwah atok guna buat kepala parang. Tiba-tiba rindu dia. Sebab dia bau kayu-kayu tu. Ingat lagi dia duduk kat tepi pintu dengan alat-alat pertukangan dia. Sedih tengok katil dia yang dah uzur dengan tilam yang dah berlipat tu. Rindu sangat masa-masa dulu....ketika rumah tu meriah dengan kami anak beranak. Sekarang ni dah sunyi sepi.Errmmm..tu sebab aku malas nak balik Pahang ni selalu-selalu. Tak boleh tahan air mata. Rindu giler dengan arwah atok.
Lepas tu, kami beraya kat rumah mak ngah di felda Purun. Kesian mak ngah, dia nampak tua dari mak aku. Padahal mak aku dah 60 lebih dah. Aiyakkk!!!. Rasanya dah lama dah kot mereka adik beradik tak jumpa. Sampai saja, mak, alang & mak ngah berpeluk-peluk..Huhuhuuhuhuuu.....macam program jejak kasih dah. Aku? Tersengih sambil tengok-tengok rumah mak ngah yang dah macam banglo kekdahnya.kekekkekekek.
Habis sembang-sembang dan makan-makan, kami pun balik.........
So, tu je la aktiviti kami sekeluarga hujung minggu aritu.Yang bestnya, tengok jiran depan umah atok tu bela 14 ekor kerbau.Walaupun baunya buat aku pening...tapi gemuk-gemuk kerbaunya. Kalau jual tu agak-agak kaya jugak kan?? hahhahahaaa.
P/s: Aku bukan robot.......
Tuesday, September 28, 2010
Friday, September 10, 2010
Selamat Hari Raya
Hai Alzzz.......
Selamat hari Raya Aidilfitri...!!!!!
Baru je sehari raya, aku dah makan macam-macam. Nampak gayanya...cepat je la badan aku naik balik. Baru je nak enjoy berat 50kg. Naik balik kot esok lusa.....hahhahahaa.
Aku baru bukak balik Facebook aku hari ni. Sebab aku shut down seminggu? errmmmm..aku tak nak jiwa kacau. Tu jer.....
Untuk sahabat-sahabat aku......maaf zahir batin kalau ada apa-apa yang aku buat sepanjang tahun ni membuatkan korang tak suka. Kira kosong-kosong la ye...
Jumpa lepas raya!!!!!!
Wednesday, September 1, 2010
Happy Birthday Adam
Hai Alzzzz...This is Adam Danish Bin Mohd Hasani and he is officially 3 years old today. Just to wish him..... "Jangan nakal sangat kalau tak nak kena cubit"...hahhahahahahahaaaa.
Errmmmm..yesterday my sis told me a story about one retarded woman...Why I called her retarded? sebab memang macam tu pun.Bangga sangat dengan designer shoes dia tu.Kalau setakat yang half price, tak payah canang la weiii...huh!!!!...Am I jealous? Nope!! I am just annoyed!!!!!.Kalau aku nak beli, sekarang aku pun boleh pergi beli. Tapi nak turun naik tren pakai designer shoes? lupakan laaaaa....
Sometimes, this type of peoples, bila susah pandai pulak buat muka sedih minta tolong.Tapi bila dah senang, konon la bahagia sikit...mula lupa siapa diri dia sebenarnya. Berkali-kali aku fikir, I just have to agree dengan Tun M...Melayu memang mudah lupa. Tak tahu la penyakit apa ni...penyakit bangsa ke atau hanya satu statement yang semua orang agree untuk mengiyakan.Melayu memang mudah lupa, jadi...mari kita lupa ramai-ramai....(?????)
p/s: Raya...Raya...Raya.....seminggu lagi!!!...
Sunday, August 29, 2010
My Weekend......
Hai alzzzz...
I spend my weekend dengan melayan anak-anak kecik yang makin nakal ni. Adam dah petah bercakap walaupun masih ada bahasa sanskrit dia tu. Tapi at least aku paham la apa yang dia bebelkan. Walaupun penat bersilat dengan diaorang, tapi seronok melayan diaorang ni. Yang aku tak tahan satu jer..."Ammmi"..."Ammmiii"....adeiiii, aku nak mandi pun ammi jugak, cam no tu? hehhehheee.....
Yang ni Adam dengan bangganya menunjukkan robot nya. Hasil kerja tangan Ammi dia yang kurang kreatif. Actually ni alphabets je...tapi boleh pulak buat macam-macam. Jadiklah robot yang tak berapa menjadik.hahahhaaha..
Yang ni pulak sikecik Aisy yang jiwa kacau.Dia ni sumbat apa pun, dia makan jugak. Memang tak memilih apa yang dia makan. Umur Aisy dah setahun, bercakap pun dah boleh sikit-sikit.Yang best nya pasal dia ni....dia tak banyak ragam. KECUALI bila dia nampak papa dia. Adoooiii..boleh runtuh umah meraung nak dukung.
Petang Sabtu, aku janji dengan Azs nak ambil bunting untuk event berbuka puasa dengan Nubhan & Tomok esoknya.Yang lawaknya, satu set bunting tu tersalah print...Hitam legam muka Nubhan & tomok. Aku ngan Azs terbahak-bahak gelak kat depan oldtown bangsar tu.Nasib baik yang tu Azs kasi free je.Then aku ngan angah ruzi pergi makan cheese nan kat kedai kak ida. Asalnya nak pergi berempat.tapi sorang ada so called "family matter" & sorang lagi balik kampung. So.....aku ngan angah je la pergi makan berdua.
Ngam-ngam sampai sana, sikit lagi dah nak berbuka. Rezeki kami lah tu.....tetiba tuan kedai plak belanja. Hahhahahaa...kali ni aku ketawa terbahak-bahak ngan angah Ruzi plak....
Esoknya, event berbuka puasa. Aku tak terlibat secara rasmi dengan event ni. Tapi aku tolong jugaklah pasal hal-hal printing. Apa yang aku boleh tolong, aku tolong.
Ini? Ini aku yang dok tunggu angah kat oldtown Bangsar. Gara-gara bunting stand tadak, angah dok pick up aku kat bangsar instead of subang jaya.Dah la dua Nubies buat aku hangin tahap gaban....adeiiii, tak payah citer la. Buat sakit kepala jer.....
Habis event dalam kol 9 cam tu...aku balik dengan angah. Errrmmmm....teksi dari KL Sentral ke Keramat wangsa dah jadi RM20 dah ni...Mahal nak mampuih!!!!
Habis event dalam kol 9 cam tu...aku balik dengan angah. Errrmmmm....teksi dari KL Sentral ke Keramat wangsa dah jadi RM20 dah ni...Mahal nak mampuih!!!!So..habislah weekend aku yang agak bz tu. Hari ni keje, esok cuti balik....rabu, khamis, jumaat......pas tu CUTI!!!!..hahhahaha..ganaih ye aku cuti raya.
Yang ni plak? Yang ni happy bear & extra happy bear.Hahhahahaa...yang biru aku punya. Yang coklat bukan aku punya. lain-lain umo bear ni...Tapi comel kannn????hahhahahahaha
So, tu je la.....aku dok kira profit jual merchandise. Alhamdulillah.....ada la sikit-sikit..hehhehee
So, tu je la.....aku dok kira profit jual merchandise. Alhamdulillah.....ada la sikit-sikit..hehheheep/s: Rasa nak marah, tapi tak boleh nak marah....Rasa geram, tapi tak boleh nak geram.....sakit ati!!!!
Thursday, August 12, 2010
New Chapter....Errrrr.....New chapter la kot.
Hai alzzzzz...cun tak kitaorang? hahhahahaa....Budak Jahat sudah tidak berapa jahat.hahhahahaha.
Actually aku dah lama terasa nak pakai tudung. Aku selalu gak cilok tudung-tudung akak & mak aku. Tapi seriously, aku rasa muka aku teruk kalau pakai tudung. Tapi....awal tahun aritu aku dah pasang niat nak pakai tahun ni. Aku letak la beday mak la, tengah tahun la, itu la ini la....macam-macam tarikh aku letak untuk permulaan. Tapi tak jugak jadi-jadi.
Masa di Brunei, aku jadi serba salah bila kak hajah ajak pi masjid. Adoiiii....Sampaikan kat sana, aku dibagi tudung yang ada sket hangit la sebab budak-budak ni gigih benar nak naik sampai tempat sembahyang.wahhahaa. yelah, selain Nubhan yang memang tak payah pakai tudung tu..aku je sorang yang free hair. Segan la jugak.
Semuanya bermula sebelum puasa bila nani ajak aku ronda-ronda jalan masjid india cari tudung. Pilih punya pilih, aku beli jugaklah. bukan jugaklah....tapi 4 aku beli. Petang puasa pertama, nani bagi aku hadiah birthday, depan kedai kat opis aku ni. Aku tak tahu apa ada kat dalam sampailah kat umah, aku bukak......ada tudung yang aku pakai kat atas ni la. Hehheheheee.... so, aku pakai la pi keje. Punyalah gumbiranya nani. Macam dapat emas kekdahnya.
Tapi kejadian petang birthday aku semalam buat aku berfikir panjang. Sebenarnya aku tak ready nak bagi kawan-kawan tengok aku pakai tudung. So, aku ingat aku nak cabut je sebelum jumpa Fit & Muzi. Dalam tangan aku dah pegang duit RM 0.20 nak pergi toilet.Tiba-tiba tengah-tengah aku nak beli tiket LRT nak pergi KL sentral tu...ada sorang budak perempuan datang kat aku. Nampak macam bukan budak KL pun. Sebab dia pakai baju budak-budak asrama. Bau pun bau peluh yang kuat.
Budak tu tanya aku....cam ne nak naik tren ni pergi shah alam. Aku kata tak boleh, komuter pergi shah alam, yang ni tak. Budak tu macam kecewa. Tapi dia tak jugak pergi. Aku dah lambat dah sebenarnya & nak melarikan diri pun dah. Then dia tanya lagi...cam mana nak pergi shah alam. Kesian dengan dia, aku kata...pergi KL sentral pas tu naik komuter bla..bla...bla....
Lepas explanation aku yang panjang tu, dengan muka tak bersalahnya, dia keluarkan duit seringgit & masukkan kat ticket machine tu. Aku nak ketawa pun ada, tekan la destinasinya dulu dik!!!!.So, aku tekan la satu-satu & tolong dia beli tiket tren.
Tetiba budak tu tanak beralih. Terkebil-kebil pandang aku yang memang dah nak angkat langkah seribu dah. Aku sengih, dia sengih. Tapi pas tu dia kata "kak...boleh saya ikut akak pergi KL sentral?"...adoiiii!!!!!....kecoh tol la budak ni.Hahhaha
So, aku bawak la budak ni ke KL sentral.Sampai sana, aku tinggalkan saja dia kat kaunter tiket komuter & pergi kat starbucks. Pepandai la dia nak pi Shah Alam. Aku duduk situ sementara tunggu Fit & godek-godek hp aku cari WIFI. Niat nak cabut tudung tu dah hilang dah. Then bila fit datang, dia terkejut tengok aku...wahahhahahaa.....
Diam-diam aku terfikir, ini bulan Ramadhan......Siapa tahu, ada sebab kenapa budak yang hangit tu didatangkan kat aku walaupun aku dah maklum...aku memang selalu jadi kaunter pertanyaan sebelum ni pun.hahhahahaha.Mungkin niat aku tu dah betul & ada baiknya aku mulakan di bulan mulia ni & lagi baik sebab jatuh pada hari lahir aku.
Mungkin berkat hari lahir aku yang ke 33, ramadhan yang kedua...aku tukar imej ni. Bukan bermakna aku dah bertudung aku dah tak macam dulu. Aku macam ni la juga. Cuma aku rasa, umur dah meningkat......pemakaian pun dah berubah. Aku rasa, cukup-cukup lah aku "gila".
Kepada kawan aku Fit yang makin comel bila pakai tudung......I think it's time for us to slow down, take a break & live life to the fullest in our own way. let's do this together & ingat mengingati antara satu sama lain.
p/s: Thanks jugak kat ayah kak hajah..sebab dia kata, balik KL nanti pakai tudung ye. Hahhahahaaa....buat malu aku jer tengah-tengah orang ramai tu.
Wednesday, August 11, 2010
Happy Birthday!!!
Happy birthday toooooooooooooooo youuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!..happy birthday to meeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....!! happy birthday to both of us....!! happy birthday tooo us!!!okeh, this is my ewwww....ouchhh!!! so damn tua punya beday.wahahhahaa..No la, tu just numbers...yang penting pengisian dalam usia tu.
Hari ni birthday Tira..Happy birthday Tira...semoga bahagia selalu & jangan nakal-nakal. Sayang kamu!!!
p/s : hari ni pecah perut ketawa tengok someone fooling himself kat cable TV...nasib baik cable TV bukan national TV....hahhahaaa....adeiiii....
Monday, August 9, 2010
I'm Back...!!!
Hi alzzzz..Finally...!! selepas member baik ku meng sound aku, kenapa blog bersawang, maka aku pun balik la kesini buang sawang...hahahahhahaaa....
Aku baru je balik dari Brunei, bercuti 5 hari 4 malam bersama-sama rakan-rakan yang berada didalam gambar diatas.
Masuk office, aku pun ditanya soalan wajib "Best ke Brunei?".....errrrmmm..jawapan pada soalan ini sangat subjektif sebenarnya. kalau pandangan BEST tu adalah pada keseronokan tahap gaban, dengan nite life yang kebabo......maka tak payah la aku cerita. Tapi kalau pandangan tu pada perspektif yang sebaliknya, aku rasa..memang BEST.
Apa yang boleh aku katakan, Brunei tempat nya aman, tak jammed, orang-orang nya peramah & buildingnya sangat mengkagumkan. Terutamanya Empire Hotel yang fees per nite nye boleh buat aku muflis, istana-istana yang boleh dikira banyak dalam satu negara yang kecik & juga masjid yang memang banyak . Toleh la memana, mesti nampak salah satu kubah masjid & they are gold coated. Adehhhh....sampai kami berangan-angan nak kikis bawak balik Malaysia.hahaha
Sebenarnya percutian kami banyak dihabiskan dengan berjumpa peminat encik yang berada ditengah tu, jalan-jalan pun tak banyak.Tapi tak pe...yang penting dapat ramai kawan baru yang sporting-sporting dan kaut sebanyak mana pengalaman.
So.....itu sajalah pasal Brunei.Nak cerita semua dari Isnin sampai jumaat.......tak muat kot blog ni.hahhahahaha
Dan mulai hari ni...aku kembali dengan tugas hakiki aku iaitu menjadi interpreter yang baik untuk Mahkamah 23. Walaupun tak ada boss, tapi aku ada keje. Huhuhuuu. Dan juga tugas aku yang suka & rela sebagai Setiausaha & bendahari bagi FC itu. Aku tak akan terlibat untuk projek-projek dalam masa terdekat ni, maka tumpuan aku adalah pada hal-hal remeh temeh FC yang memang remeh & temeh....huhhhuhuhuhuhuu......
okeh, aku chow dulu.
p/s: tengok balik gambar-gambar kat Brunei, seriously aku dah gemuk. Sangat..sangat gemuk!!!!!..haishhhh. Alhamdulillah esok dah start puasa. Selamat menyambut Ramadhan, bulan yang mulia..... ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)