Sunday, November 21, 2010

Hidup yang macam biasa

Hai Alzzz..

I really don't know what to write here...seriously.

It's just kehidupan yang sangat biasa untuk aku. Sepanjang tahun ni, nothing significant happened. Well...except for some storm la kan...It's in the tea cup. So, no need to worry.

Sekarang ni pun aku tak ada idea nak tulis.Walaupun banyak benda nak cerita.

Cerita pergi juasseh naik beskal bateri kat umah angah, kenduri kawen umah dato' khalid, kenduri potong jambul anak kak lang, pergi seremban beday party cucu acik kama, pergi jeram toi, cerita lepak kat KL sentral, lepak kat taipan, lepak mana lagik? mana-mana pun lepak. Tapi paling syok...lepak minum teh tarik. Kat mana tu? hahhahhahaa...di mana teh tarik tu tak payah nak bayar.Sekali keluar, satu jug!!! nak minum 10 gelas pun tak per. memang free...kekekkekekkeee....Sungguh tak malu. Tiap-tiap minggu berumah bertangga kat situ....

semalam kat jeram toi, aku jumpa scandal cyber aku. amar....Tetiba pulak ada kat situ. Best sembang dengan dia yang skru longgar tu. Dia ada kasi tahu citer best!!!..yeay!!! saya sangat suker!!!!

errmmm..apa lagi ek? errrmmm..tahun depan nak pergi mana? ada banyak negara dalam kepala ni. Aritu dah decide nak pergi dekat-dekat je. Tapi ada plak yang pergi racun suruh pergi jauh lagik..adeiiii..sekarang ni compius dah.

Oh ya!! tahun ni Nubh dah buat hatrick. Muka dia tu memang muka semi final kot. Dah 3 tahun dah masuk semi, tak pernah lepas ke juara lagu.hahhahaha.kesiannnnn.Keep on moving je la bro......janji jangan tenggelam timbul.

errmmm..tak tahu apa nak merepek la...adeiiii...len kali la merepek....nak sign out dulu.....

p/s: kesian eskrem blueberry yang menyembam kat tanah....nasib baik dapat ganti eskrem lain...kekkeke..time kasih banje eskrem!!!

Sunday, November 14, 2010

ABC dah jadi A&W Float

Hai alzzz..

Actually tak ada apa nak sembang kat sini. Dah lama aku tak update mende alah ni.Entri album tu sebenarnya dah lama, aku saja malas nak publish. hahhaaa

Ni cite lawak sebenarnya.Hari sabtu aritu, kami bertiga pergi show di Melaka. Tak pernah sepanjang aku melepak kat show, boleh plak show ni delayed sampai lebih 2 jam. Kematu menunggu nya. masuk kete, kuar kete...tak jugak mula-mula.

Lepas show, kami pergi makan. Siyes makanan kat restoren tu sedap giler. Just across the street Dataran Pahlawan tu. Memang sedap sampai makan bertambah-tambah. Bravo la kepada yang tukang pilih restoren tu.hehhee

Then, kami pi masjid. Ermmmm....Ada story gak kat sini, tapi tak pe la....good one pun. Thanks kat pakcik yang tolong kami kat situ.

Lepas solat, aku gedik-gedik ajak makan ABC. Hhehehhehee...gediks tolll...dah makan, nak makan lagi.Tak kenyang-kenyang. So, memandangkan payah nak masuk balik ke jonker street...kami decided nak pi makan kat R&R jejantas. Lepas toll ayer keroh.

Punyalah angah pecut nak cepat sebab salah jalan, tapi ada jugak yang ketinggalan jauh..hahhahaa.....apa kena tah tu.Nak kata tak tahu jalan, tahu kot...

So, sampai sana....cari ABC tak jumpa...then..........................................tetiba ABC tu jadi benda ni.
Jadi rootbeer float kat A&W.....kekkekekekkekek...3 hari pergi gym tak abes lemak nya ni...wahhahahaha...matilahhhhh!!!!!...

Lepas minum dan makan curly fries beserta chicken waffles, kami pun balik ke rumah masing-masing.dalam hujan tu......kena drive slow-slow...aku terlelap sampailah kat umah harney. Sampai sana, mintak belas dia apa-apa yang boleh di munch.hehhee..dapat twisties...thanks harney!!

Aku sampai umah dalam kol 10.30. Letih!!! tapi fun!!!.....

Wednesday, October 20, 2010

Langkah...Nubhan

Hai alzzz..
Dah dekat sebulan album ni kuar,baru aku nak letak kat sini.hhehee. Okey,This is LANGKAH.....NUBHAN..Yeap...tajuk album ni "langkah...Nubhan"

I know, dah 2 tahun lebih dah Nubhan keluar dari AF. Tapi baru sekarang album dia keluar. melangkah slow sangat kekdahnya...hahhaaaa

Ada 7 track dalam album ni. Errmmm..nak panggil album mini tak, album penuh pun bukan. Gasaklah...janji 7 tracks to memang best!!...track ke 7 adalah lagu mandarin "ai mei cuo". Tapi aku tak paham.....paham sepatah dua je.hahhahahahahaa

CD dah siap-siap disain oleh Nubhan..lebih kurang macam ni....Tapi kalau dapat yang dia sian lain sket, jangan marah aku plak ye..hahhaha.
So...sesiapa yang nak beli, boleh contact aku, harney atau angah Ruzi. kami bertiga jual bagi pihak NFC. Beli ngan kitaorang dapat poster ni!!

Harga? RM 24.00 untuk siapa yang nak beli ngan kami bertiga. kalau nak beli kat kedai pun ada. Yang tu RM 25.90. tapi tak dapat poster yang tadi tu.Kalau nak beli ngan kitaorang tanak poster pun tak per..tadak hal nye.

So...tu je la.Kang jangan plak kata aku poyo dok promote budak ni kat blog aku. Dah keje aku....aku buat la selagi ada "kontrak" ni.I'm not in habits buat kerja ala kadar. ngeh..ngeh..ngehhhh....

Tu je la.....Kepada yang dah beli, selamat mendengar!! yang belum beli...selamat membeli.hehhe

p/s: aku tanak bebel banyak-banyak....kang jadi topik hangat kang.kehkehkehkehkeh....

Tuesday, September 28, 2010

Balik Kampung Pahang

Hi alzz...
To tell the truth....I'm in deep pressure now. So, menambah pressure is not an option. Untuk merelease tension yang dah macam mount Kinabalu tu.....aku decided untuk spend my time dengan family.

Untuk mengubat hati yang huru hara, minggu lepas kami sefamily balik kampung arwah atok di Pahang.Yeayyy!!!!!!!...

Semuanya in last minutes plan pun sebenarnya. Main redah jer...hahahhaa. Mula-mula aku tidur kat seat paling belakang. Hahahhaa. Dah la aku sorang je kat belakang tu. Letak bantal Aisy, aku lelap dengan penuh bangganya. Sampai setengah jalan baru terbukak mata, fuh!!! air sungai tengah penuh. Kalau memancing best nehh!!!..hehehee....

Sampai sana, kami decided untuk pergi ke kampung lama dulu. Dah bertahun-tahun kami tak kesana. Kat kampung ni la mula-mula arwah grandparents aku tinggal lepas pindah dari KL. Aku suka sangat kampung ni sebab tepi sungai. Perghhhh!!! zaman kecik-kecik dulu, arwah atok la yang paling rajin bawak kami adik beradik pergi sungai. Orang Pahang kata, time air “toho”.....time tu la orang-orang tak tahu berenang ni, sibuk nak turun ke sungai. Selalu kena RAP kan oleh mak tersayang. Sebab takut lemas.hehhehe

Tapi......sampai je ke sana, kecewa betul...rumah arwah atok dah tak ada, tapak nya pun dah tak ada. Yang ada hanya hutan belantara. Rumah-rumah orang kampung yang berderet kat tepi-tepi sungai semua dah tak berpenghuni. Semua dah roboh. Kalau ada pun, dah buruk sangat. Dulu aku ingat kampung tu panjang. Tapi bila lalu sekarang ni......pendek je rupanya.

Disebabkan kecewa..kami balik saja ke rumah baru atok. Errmmm..kat sini pun banyak kenangan. Dah 4 tahun dia tak ada pun, still kuat bau kayu-kayu yang dulu arwah atok guna buat kepala parang. Tiba-tiba rindu dia. Sebab dia bau kayu-kayu tu. Ingat lagi dia duduk kat tepi pintu dengan alat-alat pertukangan dia. Sedih tengok katil dia yang dah uzur dengan tilam yang dah berlipat tu. Rindu sangat masa-masa dulu....ketika rumah tu meriah dengan kami anak beranak. Sekarang ni dah sunyi sepi.Errmmm..tu sebab aku malas nak balik Pahang ni selalu-selalu. Tak boleh tahan air mata. Rindu giler dengan arwah atok.

Lepas tu, kami beraya kat rumah mak ngah di felda Purun. Kesian mak ngah, dia nampak tua dari mak aku. Padahal mak aku dah 60 lebih dah. Aiyakkk!!!. Rasanya dah lama dah kot mereka adik beradik tak jumpa. Sampai saja, mak, alang & mak ngah berpeluk-peluk..Huhuhuuhuhuuu.....macam program jejak kasih dah. Aku? Tersengih sambil tengok-tengok rumah mak ngah yang dah macam banglo kekdahnya.kekekkekekek.

Habis sembang-sembang dan makan-makan, kami pun balik.........

So, tu je la aktiviti kami sekeluarga hujung minggu aritu.Yang bestnya, tengok jiran depan umah atok tu bela 14 ekor kerbau.Walaupun baunya buat aku pening...tapi gemuk-gemuk kerbaunya. Kalau jual tu agak-agak kaya jugak kan?? hahhahahaaa.

P/s: Aku bukan robot.......

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya

Hai Alzzz.......

Selamat hari Raya Aidilfitri...!!!!!

Baru je sehari raya, aku dah makan macam-macam. Nampak gayanya...cepat je la badan aku naik balik. Baru je nak enjoy berat 50kg. Naik balik kot esok lusa.....hahhahahaa.

Aku baru bukak balik Facebook aku hari ni. Sebab aku shut down seminggu? errmmmm..aku tak nak jiwa kacau. Tu jer.....

Untuk sahabat-sahabat aku......maaf zahir batin kalau ada apa-apa yang aku buat sepanjang tahun ni membuatkan korang tak suka. Kira kosong-kosong la ye...

Jumpa lepas raya!!!!!!

Wednesday, September 1, 2010

Happy Birthday Adam

Hai Alzzzz...

This is Adam Danish Bin Mohd Hasani and he is officially 3 years old today. Just to wish him..... "Jangan nakal sangat kalau tak nak kena cubit"...hahhahahahahahaaaa.

Errmmmm..yesterday my sis told me a story about one retarded woman...Why I called her retarded? sebab memang macam tu pun.Bangga sangat dengan designer shoes dia tu.Kalau setakat yang half price, tak payah canang la weiii...huh!!!!...Am I jealous? Nope!! I am just annoyed!!!!!.Kalau aku nak beli, sekarang aku pun boleh pergi beli. Tapi nak turun naik tren pakai designer shoes? lupakan laaaaa....

Sometimes, this type of peoples, bila susah pandai pulak buat muka sedih minta tolong.Tapi bila dah senang, konon la bahagia sikit...mula lupa siapa diri dia sebenarnya. Berkali-kali aku fikir, I just have to agree dengan Tun M...Melayu memang mudah lupa. Tak tahu la penyakit apa ni...penyakit bangsa ke atau hanya satu statement yang semua orang agree untuk mengiyakan.Melayu memang mudah lupa, jadi...mari kita lupa ramai-ramai....(?????)

p/s: Raya...Raya...Raya.....seminggu lagi!!!...

Sunday, August 29, 2010

My Weekend......

Hai alzzzz...

I spend my weekend dengan melayan anak-anak kecik yang makin nakal ni. Adam dah petah bercakap walaupun masih ada bahasa sanskrit dia tu. Tapi at least aku paham la apa yang dia bebelkan. Walaupun penat bersilat dengan diaorang, tapi seronok melayan diaorang ni. Yang aku tak tahan satu jer..."Ammmi"..."Ammmiii"....adeiiii, aku nak mandi pun ammi jugak, cam no tu? hehhehheee.....

Yang ni Adam dengan bangganya menunjukkan robot nya. Hasil kerja tangan Ammi dia yang kurang kreatif. Actually ni alphabets je...tapi boleh pulak buat macam-macam. Jadiklah robot yang tak berapa menjadik.hahahhaaha..
Yang ni pulak sikecik Aisy yang jiwa kacau.Dia ni sumbat apa pun, dia makan jugak. Memang tak memilih apa yang dia makan. Umur Aisy dah setahun, bercakap pun dah boleh sikit-sikit.Yang best nya pasal dia ni....dia tak banyak ragam. KECUALI bila dia nampak papa dia. Adoooiii..boleh runtuh umah meraung nak dukung.
Petang Sabtu, aku janji dengan Azs nak ambil bunting untuk event berbuka puasa dengan Nubhan & Tomok esoknya.Yang lawaknya, satu set bunting tu tersalah print...Hitam legam muka Nubhan & tomok. Aku ngan Azs terbahak-bahak gelak kat depan oldtown bangsar tu.Nasib baik yang tu Azs kasi free je.

Then aku ngan angah ruzi pergi makan cheese nan kat kedai kak ida. Asalnya nak pergi berempat.tapi sorang ada so called "family matter" & sorang lagi balik kampung. So.....aku ngan angah je la pergi makan berdua.

Ngam-ngam sampai sana, sikit lagi dah nak berbuka. Rezeki kami lah tu.....tetiba tuan kedai plak belanja. Hahhahahaa...kali ni aku ketawa terbahak-bahak ngan angah Ruzi plak....

Esoknya, event berbuka puasa. Aku tak terlibat secara rasmi dengan event ni. Tapi aku tolong jugaklah pasal hal-hal printing. Apa yang aku boleh tolong, aku tolong.

Ini? Ini aku yang dok tunggu angah kat oldtown Bangsar. Gara-gara bunting stand tadak, angah dok pick up aku kat bangsar instead of subang jaya.Dah la dua Nubies buat aku hangin tahap gaban....adeiiii, tak payah citer la. Buat sakit kepala jer.....
Habis event dalam kol 9 cam tu...aku balik dengan angah. Errrmmmm....teksi dari KL Sentral ke Keramat wangsa dah jadi RM20 dah ni...Mahal nak mampuih!!!!

So..habislah weekend aku yang agak bz tu. Hari ni keje, esok cuti balik....rabu, khamis, jumaat......pas tu CUTI!!!!..hahhahaha..ganaih ye aku cuti raya.

Yang ni plak? Yang ni happy bear & extra happy bear.Hahhahahaa...yang biru aku punya. Yang coklat bukan aku punya. lain-lain umo bear ni...Tapi comel kannn????hahhahahahaha
So, tu je la.....aku dok kira profit jual merchandise. Alhamdulillah.....ada la sikit-sikit..hehhehee

p/s: Rasa nak marah, tapi tak boleh nak marah....Rasa geram, tapi tak boleh nak geram.....sakit ati!!!!