Assalamualaikum
Ni aku nak cerita tentang trip pergi vietnam 19-21 September yang lepas.
Malas nak cerita day by day... Just aku nak point out benda-benda penting kalau sesiapa yang nak buat trip ke Vietnam khususnya untuk bershopping sakan.
* Percayalah cakap aku.... Textile di Vietnam memang murah. Murah kalau ikut standard kita di Malaysia. Aku beli English Cotton pun baru RM 27++ sepasang 4.5 meter tu. Boleh dapat lagi murah kalau rajin cari. Tapi jangan tengok murah je terus cekau, tengok dulu kualitinya. Sebab ada yang murah, tapi kualiti tak berapa baik.
* VIETNAM DONG? Senang citer, tak payah susah payah cari money changer nak tukar duit Dong. Bawak je RINGGIT MALAYSIA sebab kat sana semua kedai terima RM.......Termasuklah pengemis.. Hhehehehhee..
* Kalau ada Dong, coversion nya camni. 200,000 VD sama dengan RM 30.00. Disebabkan kami pi tukar duit Dong dan money changer tu bagi kami 200,000 VD sekeping-sekeping. Kami kena kira balik.
Contohnya kalau derang quote 450,000 VD. Kenalah convert pakai calculation sendiri camni.
450,000 x 30.00 / 200,000 = RM 67.50
Lagi contoh
50,000 x 30.00 / 200,000= RM 7.50
* Hotel pulak. Aku dok Blessing One Saigon. Hotel ni tak derla besar mana, tapi sesuai dengan kehendak aku. Bilik ada hair dryer, mini fridge dan kettle. So, bawaklah apa-apa untuk dimakan didalam bilik. Kalau nak iron baju, boleh bagitau front counter. Staff derang akan ironkan baju anda dengan charge USD 1 atau RM 3.00. Tak payah tunggu, nanti derang akan hantar ke bilik.
* Dok Blessing One Hotel ni paling win adalah tempat shopping nya. Sebab depan tu je pasar malam dan juga Bahn Thanh Market. So..... korang beli lah barang, hantar hotel. Pas tu jalan balik sampai lebam. Hikhikhik
* Makanan halal. Ini memang dilema orang melayu kalau nak ke oversea. Bagi yang biasa travel, makanan bukan hal utama sebab selalunya frequent traveller ni tau camne nak survive walaupun makan roti ngan megi jer. Tapi............ untuk yang choose hotel yang aku duduk ni, jangan risau. Depan hotel tu banyak restoren halal. Yang 1 Malaysia pun adoooo... So, boleh makan sama cam korang makan kat Malaysia.
( Tips untuk yang baru nak berjinak-jinak berjalan ke negara orang : Jangan nak komplen apa yang anda makan. Lain negara lain cara masaknya. So, nikmati saja apa yang ada kay)
* Kalau anda mahukan one day trip ke Mekong River ATAU Cu Chi Tunnel,Aku recommend mereka ini. Ada satu kedai jual telekung, baju-baju kurung serta dress sebaris dengan Blessing One Hotel. Nama kedai tu Aysha. Dikedai tu ada Ayob & Alif. Mereka buat muslim tour dengan bayaran USD 25.00 per head untuk setiap satu tempat. Dalam RM 80++ lah gitu. Berbaloi trip ni Kalau tak ramai anda akan pergi dengan Van ( Yang sangat selesa) kalau ramai akan ada koc atau bas yang pendek tu. Pun selesa sangat. Makan tengahari disediakan. Tour guide Encik Ismail atau Encik Karim pun sangat friendly.
Mekong River Trip :
Naik bot di delta Mekong
Merasa Madu lebah dan kalau nak main python pun boleyyy
Melihat perusahaan Coconut Candy
Makan buah-buahan tempatan
Naik sampan di anak sungai
Shopping di pinggir sungai mekong
Makan tengahari ( Halal)
Shopping lagi
Cu Chi Tunnel Trip :
Cu Chi Tunnel
Hard Rock Cafe, Ho Chi Minh City
War remnants Museum
Saigon Post Office
Makan Tengahari ( Satay House, milik rakyat Malaysia)
* Pastikan anda bukan Claustrophobia kalau nak ke Cu Chi Tunnel. Sebab tunnel yang bakal anda masuk sangat kecik, gelap dan melemaskan. Kalau nak masuk jugak, masuklah... Tapi dalam 2,3 meter didepan, turn left, anda akan nampak tangga keluar.
* Jangan percaya kalau orang kata orang-orang vietnam kurang ajar, tak pandai senyum, garang etc..etc.. Sebenarnya depends on how you approach them. Mereka semua jual barang, tak kan nak kurang ajar pulak kan. So, anda yang kena maniskan mulut dulu. Datang tempat orang, hormati orang ditempat itu. Dengan automatik orang akan hormati kita.
* Kopi....Hehhehhee... Sesekali cuba lah kopi ais vietnam yang dijual dengan motor disekitar situ. RM 3.00 jer atau USD 1.00 atau 20,000 VD. Sedap kopinya...sedap sampai tak sedar dok sedut-sedut, tinggal ais jer. Hahhahahahaa
* Souvenir memang melambak-lambak lahhh. So, bandingkan harga dulu. Di delta mekong souvenir murah. T-shirt pun boleh dapat RM 5.00 sehelai. So, boleh lah borong untuk satu family. Semua pakai baju "I LOVE VIETNAM" gitewwww
* Baju cotton biasa dengan beads boleh dapat dalam RM 39.00. Untuk cotton biasa tanpa beads boleh dapat RM 28 sepasang. Jadi...cari betul-betul. Sebab ada tempat yang jual lagi mahal dari ni.Kalau anda bernasib baik dapat jumpa yang harga camni. Sila beli banyak-banyak.Ngeeeee...
* Untuk yang curious, Ye!! toilet kat hotel ada paip. Hahhahaha.. kecuali di airport yang tak der paip. So, no worries. Just untuk solat, bawaklah compas dan waktu solatnya cepat sejam dari Malaysia.
* Motor ada beribu-ribu dalam bandar. Jadinya...berhati-hatilah dengan motor. Jangan jadi ayam. Hehhehee
* Ini tips yang paling giler. Hahhahaha.. Mereka yang ambik flight Air Asia, untuk balik tu check in kan luggage anda online siap-siap sebanyak 25kg. Kalau pergi 4 orang, check in kan setiap orang 25 kg. So, anda akan ada 100 kg untuk 4 orang. Untuk hand carry dah ada7 kg kan?. Jadinya hand carry total 28 kg. Dengan 128 kg dalam tangan....... Anda boleh shopping sampai surrender. Hehehhehehe. Awas!! Jangan harapkan 20kg standard tu. Anda akan menyesal sebab kalau anda exceed ,bayaran di kaunter check in adalah dalam USD!!
* Travel light. Jangan pergi 4 hari, bawak baju 4 pasang. Kita bukan nak pi buat modelling. Cukuplah satu jeans pakai 2 hari. Bawak baju lagi 3 helai dan sepasang baju tidur. Jangan beratkan beg anda. Nanti nak balik sini tak dapat masuk english cotton lah, telekung lah...bla..bla..blaaaaaaaaaaaaaa... sampai kena beli beg lain pulak. Buat payah nak angkat jer.
* Kat hotel memang ada disiapkan penimbang. So, sebelum balik siap-siaplah timbang beg anda supaya sesuai dengan keperluannya
Okay, tu saja tips dan information untuk anda-anda yang pertama kali nak ke Vietnam. Selamat bercuti dan memborong!!!... Hehhehe
p/s : Next!!!!
Tuesday, September 23, 2014
Wednesday, August 27, 2014
Aktor : Reza Rahadian
Ok, kali ni aku nak bercerita
santai-santai tentang my favourite actor.
Skip post ni kalau korang malas nak baca bebelan panjang sedepa ini.
Sebetulnya sebelum ini aku tak pernah
ada favourite actor. Yang aku ada hanya favourite singer / group
iaitu KRU.
Sebut pasal filem, aku ni jenis yang menonton filem dari pelbagai genre, dari pelbagai bahasa dan negara. Jadi aku tak ada aktor yang specific. Ianya lebih kepada filem mana yang lebih bagus. Bukan pelakon mana yang lebih bagus.
Sebut pasal filem, aku ni jenis yang menonton filem dari pelbagai genre, dari pelbagai bahasa dan negara. Jadi aku tak ada aktor yang specific. Ianya lebih kepada filem mana yang lebih bagus. Bukan pelakon mana yang lebih bagus.
Cerita macam mana aku boleh terjebak mengagumi aktor ni bermula bila tahun lepas Channel Astro
Pelangi menayangkan 7 buah (kalau tak silap) filem Indonesia untuk tayangan Istimewa Hari Raya Aidilfitri. Disebabkan cuti panjang sangat, maka aku tengok sajalah kesemuanya setiap hari selama seminggu walaupun tak ramai pelakon
dalam filem-filem itu yang aku kenal.
Actually memang lagi sedap tengok
filem yang kita tak kenal pelakonnya sebab kita tak tahu siapa dia in
person. Macam aku tengok NUBHAN berlakon. Aku tahu Nubhan tu siapa
sejelas-jelasnya. So, melihat dia pretending jadi orang lain....
jadinya terlalu pretending. Potong mood. hehehhehee
Setiap kali aku menonton filem-filem di Pelangi tu, aku google sinopsisnya dan satu nama yang aku jumpa, nama yang sama untuk setiap filem : Reza Rahadian.
Ye, aku tahu dia tak popular kat
sini.
(Peduli apa aku orang lain kenal ke
tidak dia ni. Hahahhaha)
Sebenarnya Tayangan Istimewa Hari Raya tu semua filem Encik Reza
Rahadian ini lah. Tapi aku tak tahu siapa dia. Aku tak pernah dengar
nama dia pun sebelum ni. Pada aku, aku menonton aktor baru, muda dan sangat fresh dari filem-filem tu. Aktingnya yang berbeza dari orang lain dan " tak kontrol hensem" buat aku rasa semuanya mengalir dengan mudahnya. Cepat dicerna akal fikiranku.
Aku benar-benar mula mencari tahu tentang Reza Rahadian ni selepas Habibie & Ainun yang tayang tak sampai sebulan selepas 7 filem tersebut.. Tiba-tiba makin excited untuk "mengenali" siapa aktor itu.
Aku benar-benar mula mencari tahu tentang Reza Rahadian ni selepas Habibie & Ainun yang tayang tak sampai sebulan selepas 7 filem tersebut.. Tiba-tiba makin excited untuk "mengenali" siapa aktor itu.
Tak tunggu-tunggu, proses menggali pun bermula. Way back to his second filem. (Kerana filem pertama tak jumpa di youtube..hahhaha) Lepas satu, satu aku menonton filemnya. Akhirnya,
aku berhasil menonton 19 buah filem Reza. Including yang di korek
dari youtube.
Gila?? Ada sikitlah. Aku bet ada peminat di Indonesia sana pun tak menonton sampai sebanyak itu. Filem yang aku tidak dapat hanyalah filem Mirror Never Lies dan Something In The Way. Yang lain maybe terlalu baru dan masih belum ada DVDnya atau belum tayang di TV.
Gila?? Ada sikitlah. Aku bet ada peminat di Indonesia sana pun tak menonton sampai sebanyak itu. Filem yang aku tidak dapat hanyalah filem Mirror Never Lies dan Something In The Way. Yang lain maybe terlalu baru dan masih belum ada DVDnya atau belum tayang di TV.
Kenapa aku meminati performance Reza?
Mudah! Kerana dia berani berubah dalam filem-filemnya. Kita boleh
menonton dia dalam secomot-comot orang atau setampan-tampan manusia. Emosi yang dia beri bukan melebih-lebih. Sekadar cukup dan jelas. Dia berupaya "bercakap" dengan ekspresi muka dan mata saja. Jujur!!. Dan gandingannya pun bermacam peringkat usia. Dari yang sebaya, yang kecik, yang tua. Tak kira siapa co-actress nya, ceritanya pasti menjadi.
Tapi dalam 19 buah filem itu bukan
semua aku rasa satisfied...... (dengan filemnya!!) Ada juga yang aku
simpan saja dan tengok sekali dua. Kerana aku lebih tertarik dengan
watak antagonisnya. Sampai sekarang aku masih sangat suka dengan
Samsudin di Perempuan Berkalong Sorban. Aksinya mengheret
Revalina dengan serban itu memang pada aku... sangat kurang ajar!!
Atau Jamie di Brokenhearts yang sebenarnya bukan antagonis,
tapi selfish, kuat cemburu dan suka mengarah-ngarah itu sangat
melekat. Sampai hujungnya, aku jadi benci pada Jamie.
Well, “mengenali” seorang manusia
bukan semestinya mengharapkan dia datang dengan pakej sempurna macam
putera raja kisah dongeng. Reza bukan pakej yang datang without
flaws. Rambutnya, pakaiannya, gayanya kadang-kadang santai, kadang-kadang high fashion, kadang-kadang agak accentric. Malah ada masanya, merimaskan. Tapi aku tidak lah menidakkan yang dia memang "high end material" yang cukup "eksotik" . Buat muka buruk macam mana pun, tak la jadi seburuk mana. Hehehe
Sebagai penonton, nikmati sajalah filem-filemnya dan ketepikan apa yang kita tidak berhak ambil tahu. Benar artis itu milik umum. Tapi agak-agaklah...kalau kita mahu privasi, mereka pun mahu jugak. Dia pun bukan langsung tak diusik gossip. Ada juga gossip yang berterbangan liar di udara alam maya tu. Tapi kalau dia pun buat tak tahu, kenapa aku pulak sibuk nak tahu kan? Hahahhahaa...
Sebagai penonton, nikmati sajalah filem-filemnya dan ketepikan apa yang kita tidak berhak ambil tahu. Benar artis itu milik umum. Tapi agak-agaklah...kalau kita mahu privasi, mereka pun mahu jugak. Dia pun bukan langsung tak diusik gossip. Ada juga gossip yang berterbangan liar di udara alam maya tu. Tapi kalau dia pun buat tak tahu, kenapa aku pulak sibuk nak tahu kan? Hahahhahaa...
So, aku tak ada masalah dengannya yang
anti media sosial atau anti mainstream itu. Sekurang-kurangnya aku
tak penat tengok aktor kegemaran aku bertegang leher dengan fans,
media etc..etc di mata umum macam budak-budak.
Yang penting, apa filem Reza Rahadian selepas
ini? Apa wataknya? bagaimana ceritanya? dan apa yang boleh aku expect dari watak nya. Itu lebih mengujakan kerana dia berani bereksperimen dengan pelbagai watak.
Dan aku masih bersabar menanti
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Ketika Tuhan Jatuh Cinta, Yasmine
dan deretan filem yang akan keluar dihujung tahun ini, Jejak
Dedari, Strawberry Surprise, Pendekar Tongkat Emas.
Itu untuk tahun ni saja.....belum untuk tahun depan lagik. Hahhaha. Lelah aku mengejarnya.
Itu untuk tahun ni saja.....belum untuk tahun depan lagik. Hahhaha. Lelah aku mengejarnya.
p/s Tersentak tengok Uda Aziz menampar
Hayati. Itu keganasan rumah tangga tu.......
*Gambar-gambar credit to pakcik google
*Gambar-gambar credit to pakcik google
Wednesday, August 20, 2014
BALI TOUR - IN PERSON WITH NUBHAN
Ingat lagi kami pernah buat trip bersama Nubhan ke Cameron HIghlands? That was last year..dah setahun pun.
Tahun ni kami go further, nak bawa kamu semua ke BALI, INDONESIA.
Personally Bali is one of my favourite place. Aku suka Bali bukan sebab surfing nya, tapi sebab budaya nya yang sangat kental. Berjalan disekitar Bali macam masuk ke dalam satu dimensi baru. Dunia yang sangat tradisi dan kuat adat nya. Yang jauh dari kemodenan Kuala Lumpur aku. Hehehhehehe
Aku suka laut di Bali. Tak tahu kenapa, besar dan kuat tapi romantik. Hahhahaa. Camne aku nak describe pun tak tahu camne. Tapi romantiknya ombak dan laut Bali tu lain macam.
Okay, aku memang selalu jatuh cinta dengan laut. Walaupun hanya laut di pantai Morib atau Bagan Lalang. Tengok laut lepas macam membuang masalah jauh sampai ke negeri antah berantah camtu. Aku tak pandai menulis macam penulis-penulis puisi semua..... Tapi aku suka laut... Tu saja.
Okay, mahu ke Bali bersama Nubhan? Sekadar nak melihat-lihat negara orang, sekadar nak bersoping barang-barang tradisional atau sekadar mahu selfie dengan Nubhan, terpulanglah pada diri masing-masing. Harga tak mahal. hanya RM 1,599.00 All In. Nanti akan ada seafood dinner di Jimbaran. Ditemani suara ombak yang sangat merdu... kan happy?? Hehhee
Nak? Kalau nak contact aku atau Harney di012-2444290 atau 012-634 1952
p/s : Kali ni aku nak beli lukisan di Ubud.... Itu saja
Wednesday, June 25, 2014
Outstation.....!!!
Sesiapa yang follow aku di semua media sosial yang aku ada, mesti terfikir kan? Apa je perempuan ni asyik berulang alik dari KL ke Seremban, lepas tu Melaka pulak. Hehhehhee..
eh ,jap, ada ke orang terfikir eh?
Okay, ada gak lah sebenarnya. Ada yang bertanya aku apa yang aku buat merayap merata-rata camtu.
Aku bekerja...
Actually boss aku. a.k.a Yang Arif Tuan sitting as chairman dalam Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial ( JRKS) bagi bahagian Tenggara. Kami cover Negeri Sembilan ( Seremban & Kuala Pilah) Serta Melaka.
Haaaaaaa.. Tu sebab aku selalu ke dua tempat ni. Bukan kami berdua je. Ada wakil dari Legal Department of SOCSO, ada sorang urusetia, ada sorang wakil dari majikan ( MEF) dan sorang wakil dari pekerja (MTUC). Semua sekali 6 orang. So, semua kes akan di evaluate bersama oleh Chairman, MEF & MTUC supaya tak berat sebelah.
Okay, apa fungsi Jemaah Rayuan ?
Sebenarnya mereka ini adalah third party yang meng evaluate kes permohonan Orang Berinsurans (OB) berkenaan pencen ilat, pencen penakat, bencana kerja bla..bla..bla... Kira untuk dapatkan compensation lah dari SOCSO ( PERKESO) selepas permohonan pertama di tolak oleh Socso.
Ada ramai yang tak tahu, kalau permohonan kepada SOCSO tak berjaya, boleh buat rayuan. Ini lah board yang mendengar rayuan tu. Kalau Socso salah evaluate, boleh la dapat compensation tu. Kalau memang dah straight forward tahu kenapa socso tolak, say babai lahhhhhhh...... Tak dapek la nak nolong..
Buat kes SOCSO ni fun sebenarnya. Tanyalah semua jurubahasa yang terlibat dengan kes Socso ni. Selain dari kerja luarnya, yang paling fun adalah berjumpa dengan macam-macam ragam masyarakat. Jangan tak tahu, ada yang boleh dapat award pelakon terbaik pun ada.
Tapi mostly yang datang ke JRKS ni orang-orang nya memang sangat-sangat memerlukan bantuan.Kadang-kadang tu rasa serba salah nak cakap rayuan ditolak. Tapi board JRKS pun terikat dengan undang-undang jugak. Bukan boleh sesuka hati nak bagi duit kannnn.. So, jangan la salahkan kami kalau habis bicara, muka kami cam nak mintak sedekah senyum dari OB. Sebab kami pun sebenarnya memang kasihan..............Tapi tak boleh nak buat apa-apa.
Okay tu je lah. Kalau nak penerangan lajut, boleh pergi terus ke pejabat socso a.k.a Perkeso untuk lebih jelas tentang hal-hal claim ni ye. Kalau aku nak terangkan kat sini, pakai sampai esoklah aku menaip... korang baca tak paham, aku yang menaip pun sama jadi tak paham. Hehhehehehe
p/s : Selain Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade, mana lagi aku nak pi tah......
eh ,jap, ada ke orang terfikir eh?
Okay, ada gak lah sebenarnya. Ada yang bertanya aku apa yang aku buat merayap merata-rata camtu.
Aku bekerja...
Actually boss aku. a.k.a Yang Arif Tuan sitting as chairman dalam Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial ( JRKS) bagi bahagian Tenggara. Kami cover Negeri Sembilan ( Seremban & Kuala Pilah) Serta Melaka.
Haaaaaaa.. Tu sebab aku selalu ke dua tempat ni. Bukan kami berdua je. Ada wakil dari Legal Department of SOCSO, ada sorang urusetia, ada sorang wakil dari majikan ( MEF) dan sorang wakil dari pekerja (MTUC). Semua sekali 6 orang. So, semua kes akan di evaluate bersama oleh Chairman, MEF & MTUC supaya tak berat sebelah.
Okay, apa fungsi Jemaah Rayuan ?
Sebenarnya mereka ini adalah third party yang meng evaluate kes permohonan Orang Berinsurans (OB) berkenaan pencen ilat, pencen penakat, bencana kerja bla..bla..bla... Kira untuk dapatkan compensation lah dari SOCSO ( PERKESO) selepas permohonan pertama di tolak oleh Socso.
Ada ramai yang tak tahu, kalau permohonan kepada SOCSO tak berjaya, boleh buat rayuan. Ini lah board yang mendengar rayuan tu. Kalau Socso salah evaluate, boleh la dapat compensation tu. Kalau memang dah straight forward tahu kenapa socso tolak, say babai lahhhhhhh...... Tak dapek la nak nolong..
Buat kes SOCSO ni fun sebenarnya. Tanyalah semua jurubahasa yang terlibat dengan kes Socso ni. Selain dari kerja luarnya, yang paling fun adalah berjumpa dengan macam-macam ragam masyarakat. Jangan tak tahu, ada yang boleh dapat award pelakon terbaik pun ada.
Tapi mostly yang datang ke JRKS ni orang-orang nya memang sangat-sangat memerlukan bantuan.Kadang-kadang tu rasa serba salah nak cakap rayuan ditolak. Tapi board JRKS pun terikat dengan undang-undang jugak. Bukan boleh sesuka hati nak bagi duit kannnn.. So, jangan la salahkan kami kalau habis bicara, muka kami cam nak mintak sedekah senyum dari OB. Sebab kami pun sebenarnya memang kasihan..............Tapi tak boleh nak buat apa-apa.
Okay tu je lah. Kalau nak penerangan lajut, boleh pergi terus ke pejabat socso a.k.a Perkeso untuk lebih jelas tentang hal-hal claim ni ye. Kalau aku nak terangkan kat sini, pakai sampai esoklah aku menaip... korang baca tak paham, aku yang menaip pun sama jadi tak paham. Hehhehehehe
p/s : Selain Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade, mana lagi aku nak pi tah......
Thursday, May 8, 2014
Habibie & Ainun di Astro Citra
Yeayyy!!!!!!!!
Akhirnya ASTRO CITRA tayang jugak filem ni. Huargghh hahhahaha.. Memang ketawa besar aku.
Sebab?
Sebabnya dulu aku dah rakam kat ASTRO BEST, tapi dia ilang. Hahahhaa..kuikuikuikui
Memang dah agak dah, sebab bulan lepas Astro Citra tayang filem 5cm. Dah memang kedua-dua filem ni ditayangkan di tahun yang sama (2012) . Jadi, memang akan ada chance lah H & A akan ditayangkan jugak. hehhehee. Pandai tak aku acah-acah agak?. Hahhaha
Kalau aku kata aku belum menonton H&A sebelum ni, memang aku tipu lah lah. Dah berpuluh kali kot. Tapi di youtube je lah. Then aku download ke dalam tablet guna youtube downloader ( Media Clip namanya ) Download application ni dari playstore kalau korang pakai android. Ada lambang bintang kaler kuning. Ini bagus!! Even hasilnya tak lah bombastik sangat, tapi boleh lah kalau saja nak tengok kat handphone atau tablet.
Kenapa aku happy sangat? Haaaaaaa... Ini sebab-sebabnya.......
PERTAMA, aku tak pandai berbahasa Indonesia.Apatah lagi bila mula pakai loghat daerah. Aku tengok filem ni berpuluh kali pun aku masih tak dapat banyak perkataan. Main assume je sebab versi di youtube tak ada subtitle. Kalau ada english pun dah ok dah. Tapi apa pun tak ada.
KEDUA, cara bercakap Habibie yang slurring dan terlalu cepat. Kadang-kadang tak tahu apa biji butir nya. Aku dok pakat tengok muka dia je lah. Sebab ekspresi muka dia yang "bercakap" lagi jelas dari mulut dia. Hahahha
KETIGA, ini yang paling kritikal. Aku tak nampak subtitle bahasa jerman di youtube sebab gambar kembang. So. setiap kali mereka ini bercakap dalam bahasa jerman, aku tengok je lah blankly. Hehehhehee.. Nasib baik bukan keseluruhan cerita berbahasa jerman. Kalo tak, memang tak tengok lah jawabnya.
Selain dari itu, mungkin sebab aku nak tengok dalam resolution lagi tinggi, ala-ala HD di TV canggih umah aku tu. hahahhaa.. Tak pasal-pasal puji TV canggih.
Okay then... Tu je lah. Aku simpan filem ni dalam PVR. Kalau tak ada tangan yang gatal delete, ada lah dia kat dalam tu sampai MAYBE aku buat keje giler pi cari DVD filem ni kat Indonesia.
p/s : Frust tak dapat pergi Bali tahun ni...........Grrrrrrrrrrr
Sunday, May 4, 2014
Mini Showcase, "Yours Truly, Nubhan"
Official poster yang kami tampal sana sini di alam maya untuk lebih dua bulan.
Alhamdulillah, aku baru saja selesai working on a showcase.
Kedengaran mudah kan? Tak semudah yang disangka. Aku belum pernah
terlibat dengan menyelenggara satu persembahan secara langsung macam
ni. Yang aku selalu buat adalah gathering Fan Club.
Berbeza besar!!
Gathering hanya
memerlukan seseorang artis untuk menyanyikan dalam sebuah dua lagu,
jalan sana jalan sini, ambil gambar, beramah mesra. (Kalau artis tu
penyanyilah) Kalau artis sakit tekak tak boleh keluar suara, boleh je
ditutup dengan mingle around. Peminat suka bila artis “jinak” dan
mahu bergambar mesra. Contohnya rela untuk selfie bersama.
Kemudian
jadilah gathering yang indah even masa artis perform pun suara pergi
kelaut. Yelah, they pay a sum of money to get personal dengan artis
pujaan mereka saja. Who cares dia nak menyanyi camne bunyinya pun
kan.
TAPI.........
Showcase tak boleh. Setelah
semuanya diselesaikan, it's up to the artist to sing. To be on stage
and entertain. If you pay RM 100, the performance should be RM100
worth of performance. Tak siapa akan tolerate dengan performance
tahap fun fair when they pay duit sebanyak itu kan?. Semua kena in
order, kena jalan smoothly tanpa hiccup. Salah penonton ke bila ada
expectation? TAK!! Kita minta bayaran, so kita kena perform up to the
level. Mahu atau tidak.
Okay, Enuff aku merepek meraban. Anyway, untuk yang pergi memang akan tahulah apa yang terjadi disitu. Tak perlu untuk aku kasi tau apa yang berada di dalam auditorium.
Meh aku cerita apa yang berlaku di belakang a.k.a yang berlaku wayyyy back before the event take place.
Meh aku cerita apa yang berlaku di belakang a.k.a yang berlaku wayyyy back before the event take place.
Aku suka daun maple yang gugur disepanjang lagu. Gugur je tapi tak botak-botak gak pokok tu.Hahah
* Nak tahu dari mana datangnya nama " Yours Truly"? . Okay, nama ni keluar selepas aku ngan Harney nak pecah-pecah segala urat kepala di Starbucks KLCC sambil minum Java Chips Venti sorang satu. Hahhahaa. Disebabkan ini pertama kali Nubhan akan ada showcase, kami bayangkan ianya satu surat cinta. Konon nya lahhhh. Surat terima kasih pun boleh. So, surat ni akan "bercerita" kisah terima kasih dia kepada semua peminat dia. Dan bila habis surat akan ada tandatangan kan? Itulah signature dia
Yours Truly,
Nubhan
Tulah dia... Itu yang kami interpret kan pada nama Showcase ni.
* Yang kami tak tahu, nak buat event kat premis gomen ni nak kena lesen dari DBKL. Errkkk.... TIGA kali aku turun naik lift Menara DBKL tu untuk dapatkan lesen. Dah takat-takat nak lemas dah baru dapat. Hahahhaa.. Hambekk ko!!! Nasib baiklah dapat.
* Tu baru part DBKL. Belum part MaTIC nak buat technical meeting lagi. Technical? Aku dan Harney bukan orang technical. Kami tak tahu apa-apa. Rasa nak cabut lari jer. Nasib baiklah Nova hantar 4 orang untuk join meeting. Hehhehe.. First time meeting ngan Abang Eddie Hamid. Bila derang cakap pasal hal-hal technical, kami cenyuummm jee. Sobssss..Sobbssss..Tak paham.. Uwaaaaaa!!!!
Cantik kan mini auditorium ni.
* Tak abih lagi part DBKL ngan MaTIC, muncul plak part POLIS. Hahhahaa. Tergedik-gedik lah aku berjalan kaki ke Balai Polis Dang Wangi nak dapatkan surat pelepasan Polis untuk buat event. Pertama kali aku masuk balai polis. Perrggghhh!! Panik sekejap.
* Nova "datang" dalam event in less than a month. Nak lancarkan single "Kisah Kasih". Ini menambahkan ke excited an kami. Tapi dalam masa yang sama telah menambahkan tekanan. KERANA...... mereka nak bawa MEDIA CETAK dan MEDIA ELEKTRONIK . Tetiba terasa showcase yang kami rancang cam cincai boncai la plak. So, kami rombak banyak benda. Sampai rasa nak rabak kepala berfikir.
* Rehearsal pada 11 April memang kelam kabut. Sampai jam 11.30 malam pun masih banyak yang tak setel. Back line tak berbunyi, gitar tak kuat, reverb bunyi ke laut. Gambar kat monitor belakang kejap ada kejap tak der. Bila buat dry run, terus jadi banjir run. Kami balik ke rumah masing-masing pasrah je la apa nak jadi keesokan harinya.
Ini lagu seadanya aku kalau tak silap. Sebab background tu gambar paya berkabus dengan pokok tinggal ranting yang sangat lonely..hihihi
* Microphone dan monitor panel kat pentas tu adalah yang terbaru sekali. Kami yang rasmikan. Lampu pun baru plot. Pendek kata semuanya serba baru. Dan bateri microphone itu saanngaatttt lah MAHAL!!!
* Kumpulan Conscience tukar lagu berkali-kali sebab tak ada minus one. Nasib baik masa event derang perform okay. Dah la dari berempat, jadi bertiga je sebab sorang ahli eksiden.
* Highlight of the show is the flute. Khayal sekejap dengan bunyi flute yang mendayu ditambah dengan video bunga yang memanjat-manjat kat monitor. Dari rehearsal lagi setiap kali Safuan habis tiup flute, kami semua tepuk tangan. Hahhaaa
* Kami tak expect Media akan seramai itu. Langsung tak expect. Memang sediakan goodie untuk Media. Ingatkan cukup sebab according dari allocation from Nova, kami dah terlebih sedia. Tapi lastnya ada yang balik tak dapat goodie bag. Maaf ya semua.
Kisah kasih. Single baru yang bakal keluar di radio bulan Mei ni.
* T-shirt crew baru pertama kali diperkenalkan. Baru siap dan baru dipakai fresh di hari event. Cantik tak? cantik tak?. hehehe
* Mereka-mereka termasuk media yang berada di dalam Mini Auditorium tu adalah first batch yang dengar lagu baru Nubhan "Kisah Kasih" secara LIVE. Crew member ( kecuali aku ngan harney) pun tak dengar lagi sebenarnya lagu tu sebab masa rehearsal lagu tu tak dinyanyikan.
Korang nak tahu apa yang berlaku belakang pentas masa Showcase berlangsung?
* Nubhan dengan riang gumbiranya melompat-lompat terjah aku ngan Fit sebaik saja habis segmen akustik sambil hi five berkali-kali. Nak tahu kenapa? kan sebab masa rehearsal semua spoil. Tapi masa showcase semua mengalir dengan perfect. Caya tak? Kami pun terkejut kenapa jadi camtu. Hahhahahahaa..
* Rombakan aturcara dilakukan impromptu. Pengacara di brief sejam sebelum showcase bermula. Nova music minta Encik Rosmin untuk berucap sebelum perlancaran Kisah Kasih dan ini effect aturcara. Tapi semua dengan penuh suksesnya di atur. Thanks Deejay Suria FM yang sudi bekerjasama dengan kami. Walau macam mana rush pun, still boleh bergerak dengan smooth.
* Rombakan aturcara dilakukan impromptu. Pengacara di brief sejam sebelum showcase bermula. Nova music minta Encik Rosmin untuk berucap sebelum perlancaran Kisah Kasih dan ini effect aturcara. Tapi semua dengan penuh suksesnya di atur. Thanks Deejay Suria FM yang sudi bekerjasama dengan kami. Walau macam mana rush pun, still boleh bergerak dengan smooth.
Gambar selepas showcase di Saloma Bistro. Kira-kira ni acara lepas siksa. Hahahha
Okay, tu je lah aku nak share ngan korang yang membaca post ni.
Insya-Allah akan ada lagi event, tapi aku tak tahu bila sebab aku nak rehat dulu. Showcase ni banyak makan masa aku, tenaga dan certainly banyak men stress kan. So, buat masa ni, rehat dulu..Rehat sampai lebam. Nanti baru fikir lain.
Thanks everybody yang terlibat dalam showcase ni. Terima kasih kepada semua yang hadir. Thanks banyak-banyak.
Crew members. You guys are the best. Thanks banyak-banyak
ALL PICTURES CREDIT TO SHUTTER ADDICTION PHOTOGRAPHY.
VISIT THEM ON THEIR OFFICIAL FACEBOOK FANPAGE
THANKS ARIF & ARIEF
p/s : Mana-mana yang salah silap tu mohon maaf ye. Kami budak baru belajar. :)
Monday, March 24, 2014
Selamat Jalan MH370
Dalam kesedihan ini, sedar tak kita? tragedi ni sebenarnya mengajar kita sesuatu.
Tak kira bangsa apa, agama apa, pandangan politik apa, sebenarnya kita boleh bersatu.
Kita boleh sama-sama menangisi kehilangan sebuah pesawat dengan 239 orang yang dibawanya sedangkan kita tak kenal walau sorang pun didalam pesawat itu.
Kita sama-sama berdoa dan berharap agar pesawat itu ditemui dengan semua orang didalamnya selamat.
Kita tak pernah perduli pun apa agama, bangsa atau warganegara penumpang dan crew MH370. Kita hanya mahu mereka pulang.
Umat Islam boleh mengenepikan semua fahaman politik dan menghadiri solat hajat memohon keselamatan semua di dalam pesawat tersebut.
Kita boleh sebenarnya. Kita bukan bangsa yang tidak bersatu. Kita boleh bersatu.
Tapi
Ada yang masih mahu menangguk di air keruh. Masih ada yang sengaja menunjukkan ketidak matangan. This is not about kamu bangsa dan agama apa, bukan kerana pandangan politik kita semua berbeza-beza.
Tapi ini keadaan yang kita harung sama-sama. As a nation. Sebagai rakyat Malaysia.
Setelah 17 hari mencari, hari ini seluruh Malaysia menangisi kehilangan MH370. Malah seluruh dunia pun turut sama bersedih.
Ini hari yang akan diingati untuk jangka masa yang lama. Bukan saja oleh kita, tapi oleh seluruh dunia. Ini cerita yang akan diceritakan untuk berkurun lamanya. Kisah sebuah pesawat gergasi yang hilang entah kemana... ditelan ganasnya lautan hindi.
Bon Voyage MH370.. Semoga destinasimu disana baik-baik saja.
p/s : Al-Fatihah untuk semua penumpang & crew yang beragama Islam. Dan takziah untuk yang bukan muslim.
Subscribe to:
Posts (Atom)















