Aku terbang ke Sarawak dengan angah &; harney untuk Hi-Tea With Celebrity ni!. Ermmm..kenapa kami begitu giler? Simple! sebab aku belum pernah ke Sarawak. Sebab bila aku jejak Sarawak, aku akan officially dah jejak semua negeri di Malaysia. Kebetulan harga tiket pun bagus dan ada Hi-Tea ni sekali. Tu je pun. Hahahhaa
Kami fly pagi, flight tak delay. Everything is in order, berjalan lancar.Sampai ke Kuching tepat pada waktunya. Hahahhahaha......best kan??. Manakala si penyanyi dan manager nya naik flight lain, dan mereka ter delay tengah hari tu. So, kami berjaya sampai dulu dan lepak hotel sementara menunggu mereka sampai ke Kuching.
This is the ticket. We don't pay for it...*Syhhhhhh*
Sampai je kat hotel, kami disambut dengan bunting yang berada di tengah-tengah lobi. Rasa bangga pulak...Hehehehe. Kami bangga dengan kamu!!
Memandangkan Nubhan & Syuib ada banyak tempat nak pergi, ada radio interview bagai, kami bertiga ke waterfront je tengahari tu. Disebabkan lapar yang amat sangat & tak tahu kat mana nak makan. Kitaorang makan je la Pisang Goreng ni. Yang bestnya, pisang ni dicecah dengan sos cili campur kacang tumbuk. Sedap!!!
Balik dari waterfront, kami pergi join tengok rehearsal. Yang ini yang paling kelakar. Boleh pulak lagu oh Juwita, penarinya menari macam menari zapin. Ok, layan je lah....zapin pun zapin lah....janji menari. Ada banyak lagu yang akan dinyanyikan, kalau tak salah ada 9 lagu termasuk duet dengan Lufya. Iyee... Lufya AF6, sama batch dengan Nubhan tu.
Lepak-lepak sementara menanti cik Lufya plak rehearsal. Dalam gambar tu, angah, kak kiah, Nubhan, Syuib & Harney. Aku tukang amik gambar....hahahhaa.
Lepas show, ada signing session. Nasib baik aku bawak gambar-gambar lama Nubhan. So, kami bagi je kat tetamu untuk autograph. Nampak tak Syuib buat apa tu? He's trying to get a good view and he did!!
p/s : Envy his hair..urrrrggghhhhhhhhhhh!!!!!
This is US!!! My best friends. Ada sorang lagi yang tertinggal dari gambar ini kerana dia tak berjaya pergi ke Kuching sebab kerja...huhhuu.. we missed you Fit darl.
This is the man of the show. I must say, I am totally not in love with he langsir kat situ. Tapi leave the langsir lah.....Janji si artis punya show mantap giteww....
Malam selepas Hi-Tea, kami dibawa oleh Deejay Sarawak FM & Cats FM ke Petrajaya untuk makan Mee Kolok. Perghhhh!!! This is very good!!! Rasa nak makan dua mangkuk!! hehehhee.... Kira berbaloi lah walaupun pusing tak tahu berapa kali dan naik kereta himpit-himpit. Hehehehe...Macam tak biasa kannn....
The best thing about Kuching is, I managed to contact our long lost friend. Fit dah SMS, BBM, PM etc kat dia long before we reached Kuching, tapi tak jawab. Apa yang aku buat, sebaik saja touch down kat airport, aku terus SMS & Whatsapp dia. Tapi tak jugak jawab.So, pasrah jer lah....
Tetiba tengah-tengah malam sebelum esoknya nak balik KL, dia balas SMS & whatsapp tu. He said boleh jumpa kat restoren dia kol 2 petang.Ok, flight kol 5.30 petang. Ada chance nih!!! Di tengah malam yang hening tu, aku rasa nak melompat je keluar bilik dan ketuk pintu bilik sebelah. Nasib baik lah dah tengah malam. Kang tak pasal-pasal je kena hempuk ngan beg...hehhehe..
Sampai kat restoren member tersebut, aksi melampau pun terjadi. Melompat tak hingat. Terutamanya aku, angah & Nubhan. Errrrrr......aku ngan Nubhan paling over kot!!..... RINDU!!!! Rasa nak tapau bawak balik je. Mujur orang...hahahhahahahahhaha
Usaha aku sikit je. Tapi aku rasa kegembiraan kami melebihi segala-galanya. I'm glad!! So, after chit chat ,hugging & jumping around things, we finally balik ke airport dengan muka yang tersenyum girang...hehhee. Thanks kawan sebab minta your staff untuk hantar kami ke airport.
Pergi bertiga, balik berlima. Kami semua satu flight balik ke KL. Flight slightly delay, tapi semuanya ok je. Kami sampai LCCT , lepak kejap makan. Dan balik ke rumah masing-masing.
Ok that's it!!! My journey to Kuching. Walaupun tak sempat nak terokai Kuching macam pelancong lain, tapi aku puas hati kerana jumpa dia disitu.Maybe next time la nak pergi berjalan lagik.
P/S : Second time been on the plane with him...but no fighting scene involved!!!....hahahhahahaha
P/S : 2: Entry ni dah diedit. Sebab yang dulu tulis macam hape tah!!!..ngeeeeeeeee
PIX courtesy of Harney's FB and my not so canggih blackberry....;p
No comments:
Post a Comment