Tuesday, December 25, 2012

Hatyai - Day 1

Yeaayyy!!!! I'm visiting Hatyai again!!! Last aku ke Hatyai, tahun 2005 dengan team Dynamic Multimedia. Tahun ni dengan Angah, Harney, Kak Long, Jimmy & paling best, aku bawak mak sekali.
Puduraya a.k.a Pudu Sentral yang berwajah baru. Lebih bersih, sejuk & less bising

Ok, kepada sesiapa yang nak pergi Hatyai dengan penuh adventure nya, boleh la naik bas. Kitaorang naik bas dari Pudu Sentral ( Nama glamer Puduraya...hahahha) sampai ke hatyai dengan harga RM 45.00 sahaja sehala. Just pergi kat kaunter “ Hatyai Variety Tour” kat sebelah KFC tu, beli tiket konsortium. ( errrkk ter promo plak)
Tiket bas kitaorang no 7,8,9,10,11 & 12

Bas ni kira VIP couch la. Kalau pejalanan malam, mereka bagi selimut. So, boleh lah tidur dengan aman walaupun bas tu rasanya macam fridge bergerak.

Bas ni berhenti kat Changlun untuk minum dalam jam 5.00 pagi. Kami makan nasi lemak yang seciput je tu dan milo letak air panas. Hehehhe... tu je lah!!!.

Kitaorang sampai kat border, Bukit kayu Hitam dalam jam 8.30 camtu. Oklah, tak terasa sangat perjalanan nya sebab leka tidur. The hurdle comes when kita kena turun naik bas kat Border Malaysia & lepas tu border Thailand kat Sadao. Urgghhhh!!!! Dah la kena heret beg sendiri, kena plak bayar RM 1.00 kat Imigresen Thai. Hahahhahaa.... ok, no complaint!!

Dari Imigresen tu ke dalam bandar Hatyai ambik masa dalam 1 jam jugaklah. Sempat tido, pas tu bangun, pas tu tido, pas tu bangun..... last-last sampai kat town. Di depan office Hatyai Variety Tour.

Tune Hotel. Ok lah dari tak ada. Bersih dan user friendly... errr!!!..

Dari situ kami naik tuk tuk ke Tune hotel. RM 2.00 je satu kepala. Kalau duit Thai, 20 bhat sahaja. Ok, nak kata pasal hotel Tune ni, memang tak la seperti yang dikatakan sangat. Walaupun minimum je hiasan kat dalam tu, tapi facilities nya cukup sesedap rasa gitew. Yang penting bilik air ada paip!!

Tuk Tuk adalah pengangkutan rasmi kami kat sini. Jalan malu jangan segan...belasah jer..hahahha

Hari kami start dengan makan kat satu restoren Muslim dekat dengan Tune Hotel ni. Kalau keluar dari hotel, jalan ke kiri...lepas simpang 4 tu, jalan terus lagik sampailah ke simpang 4 yang kedua, lepas tu turn right. Akan nampak restoren tu kat barisan kedai sebelah depan.Makanannya sedap jugaklah..ada roti canai, mee sup dan lain-lain makanan lah. Memang sedap.

Restoren ni aku lupa nama dia. Tapi camni lah interior nya 

Kalau nak tahu, waktu di Hatyai ni lambat sejam dari waktu di Malaysia. Untuk Solat, boleh je ikut waktu Malaysia. Sebab kalau tengok waktu Hatyai pun, waktu nya kurang sejam. Contoh nya Zohor kat sana kol 12.15. kalau ikut jam kita 1.15. So, memang masuk lah waktunya. Hehehhehee. Jangan risau, Hotel Tune ni ada tunjuk arah kiblat.
 Rasa nak kaut semua kasut ni bawak balik. Tapi apakan daya... :p

Kami mulakan dengan pergi ke Pasar. Bukan Pasar ikan. Tapi Pasar jual macam-macam benda. Baju & kasut paling banyak. Beg tangan melimpah ruah kat sini. Memang rambang mata tengok barang kat sini. Kitaorang beli lah jugak barang-barang makanan sikit. Ikan bilis tomyam, bawang goreng, chili flakes. Rasa macam nak borong macam-macam.

muke gumbira baru balik dari memborong..

Model baju hujan.... Lepas ni gerenti laku baju hujan di Hatyai..hehhehe

Lepas tu kitaorang balik ke Hotel untuk Solat. Petang nya kitaorang gerak ke Floating Market. Haaaaaaaaa... Kat sinilah hujan lebat sampai kena pakai baju hujan. Kat floating market ni banyak jual makanan. Souvenir jual kat atas. Boleh jalan-jalan keliling tengok orang berjual. Aku try gak lah tomyam kat sorang makcik ni. Memang kelas la tomyam nya. Kebanyakan makanan yang dijual dalam 20-25 bhat je. Tak mahal. Boleh beli minuman , lepas tu bekas yang dibuat dari clay tu boleh bawak balik.

Tuu dia Floating market.... memang floating sesungguh
Lepas jalan-jalan kat situ, kitaorang terus gerak ke town. Kat situ kitaorang makan pulut ayam. Pulut dihidangkan dengan ayam goreng, sos dan bawang goreng. Serius sedap!! kitaorang makan sampai tak pandang kiri kanan. Giler sedap!!


 Very the tasty one... You guys should try this kalau sampai ke Hatyai

 Then jalan-jalan lagi, beli fridge magnet, beli itu beli ini.....then balik ke Hotel. Perghhh penat!!!! rasa nak terpukang je. 
Me, Mak & Harney, sempat pose bila sampai ke town. Penat giler dah...

 Memang jalan sakan. Check beg duit.....aiyakkkk!! tak sedar banyak dah habis. Hhahhahahahhahaha

No comments: