Tuesday, March 12, 2013

Jalan-Jalan Cari Makan Di Hujung Minggu

What is the most interesting activity kalau nak buat time weekend? Okey, jawapannya sangat obvious!!! MAKAN!!!! . Kalau tengok saiz, kami-kami ni saiz nya paling besar pun saiz M. Tapi kalau pasal makan, orang saiz XL pun gerun.

So, kami memulakan kerja hunting for foods ni malam sabtu lepas. Jauh perjalanan sampai ke Puchong tu ha. Ok, macam KL tak ada tomyam kannn.. Lokasi Kami mencari makan is Restoren milik Mila Jirin or ramai orang kenal as Mila AF5 yang namanya EMBUN URAI.
Ini adalah tomyam kelapa namanya. Tom yam biasa, duduk dalam kelapa muda. Tapi isi kelapa tu tak dapat nak korek sebab dah keras. Presentation memang meletup kebabo lah mende ni. Tapi rasa cam ok lah. Dalam ni ada ketam, sotong, udang,ikan, lala. Pendek kata, semua mahkluk-makhluk laut dok berenang-renang dalam tomyam ni.

Selain dari ni, kami order kangkung belacan, ayam masak pedas, telur dadar. Boleh dikatakan murah jugaklah, semua tu makan 4 orang, tak sampai RM 50.00. Nak bayar pun kami gelak-gelak. Kesian adik bagi bill dok tercengang-cengang.

So, bagi sesiapa yang nak pergi tu, restoren ni terletak di Taman Tasik Prima di Puchong. Kalau jumpa mydin, kat area-area situ lah. Mydin kecik ye, bukan besar. hehehhehee

Esoknya....kami pergi pulak kesini. Ini adalah restoren yang berkonsep. Semua furniture kat dalam ni dibuat menggunakan buluh. Sesuai dengan namanya ISTANA BAMBU. Bukan je furniture, jalan, atap, perhiasan semua buluh. I see Bamboo kekdahnya bila dah sampai sini. Hahhahaha
Untuk yang makan berdua, bertiga, empat... ini lah tempatnya. Cantik kan kerusi ni. Rasa nak bawak balik umah satu set. Seriously cute!!
Aku order makanan yang simple je. Ini pun dah RM 10.00 sepinggan. Namanya Soy Sauce Fried Beehun. Itu nama kormesial nya lah. Nama kampungnya Bihun goreng kicap. Hahahhahaa. Sedap jugaklah, berpadanan dengan harganya , ada sotong & udang kat dalam. Portion pun banyak giler..semput mek nak habiskan.

Untuk yang nak singgah sini, Restoren ni kat tepi MRR2 menuju ke arah Pandan. berhadapan dengan kilang Glaxo SmithKline. Kira seberang highway lah. Dari restoren ni boleh nampak jelas Highland towers. Hahahhahaa... seram pulak aku tengok dah naik pokok sampai ke atas tu.

Tempat terakhir kami singgah, Nando's !!! Ini makanan biasa je lah. Kami dok sini pun makan mushroom soup dengan garlic bread jer. Sambil minum hot chocolate. Mat salleh sangat lah kannn..Hahhaha.Our friend je makan ayam half extra hot dengan sos extra hot. Okey, dia memang lidah tebal. Abaikan.

So, itulah aktiviti kami setiap hujung minggu. Sesekali kami jumpa, kami pergi makan je lah. Try sana, try sini. Kita kerja seminggu, apa salah nya dua hari tu reward diri sendiri kan...;p

p/s : Diet tak pernah menjadik. Punca nya??? 

No comments: