Actually aku jarang nak menulis pasal apa yang aku tak pasti. Tak mahu menulis benda yang aku rasa aku tak paham kesahihannya. Tapi yang ini memang seriously amazing. Kisah budak perempuan yang tak berapa popular masa dia hidup, tapi dia sangat popular bila dia dah mati.
Kisah budak ni start di satu hari 3 June 2012. Alkisahnya, aku bukan suka sangat search apa-apa kat twitter. Apatah lagi masa tu aku baru dengan twitter ni. Apa yang orang buat, aku ikut je. Masa tu kawan-kawan suka sangat search apa yang trending. Nak tahu apa yang trending malam tu? #yasminhunwick. Well..sapa tah manusia ni?. So, aku tekan la search button tu. Yang keluar dari nama ni adalah sorang budak perempuan tingkatan 5 dari Langkawi. Owhh..bukan mat saleh. tapi partly mat saleh.
Aku mula search nama ni di Google. Lagi aku search lagi aku boleh baca macam-macam cerita. Sebenarnya Yasmin ni adalah blogger. Pakai tudung dan sangat comel. Aku mula wonder why budak perempuan ni jadi famous sekelip mata macam ni. Padahal kes dia adalah kes kemalangan. Bukan kita tak pernah baca apa itu kemalangan kan? Kita baca kat paper, setiap hari ada kemalangan maut. Kalau dia bukan selebriti...kenapa orang nak bercerita tentang dia? So, I go digging HER BLOG .
Dia memang bukan selebriti...tapi dia ada something yang telah membuka minda ramai orang. Dia cerita tentang sesuatu yang sangat mengerikan not long before her death. Kalau baca blog dia, dapat kita tangkap yang dia budak biasa, remaja biasa yang menulis dengan bahasa budak-budak, yang hidup gembira dengan family dan kawan-kawan. Something so common. Tapi entry tu yang buat dia jadi lain dari yang lain.
Aku masih baca blog dia walaupun blog tu sekarang ni disambung oleh mak dia. Her father is mat saleh, tapi the way he wrote dalam blog tu... Man!!! Aku pun tak pandai tulis cam tu. Sometimes rasa sedih sangat kalau baca tulisan ayah dia. Maybe sebab cara ayah dia menulis tu lemah lembut sangat & penuh kasih sayang.
Baru-baru ni, aku nampak ada novel yang telah dikeluarkan in honour of her. Keuntungan dari novel ni akan disedekahkan ke tabung Palestin. Semoga usaha si penulis di berkati Allah hendaknya. Tengok!! kalau orangnya baik, dan meninggal pun masih ada orang yang nak usahakan untuk mendapatkan pahala untuknya.
Kisah Yasmin memang amazing. Maybe ada orang rasa ianya diperbesar-besarkan. Tapi percayalah, kalau buka hati, buka mata....baca balik apa yang ditulis oleh arwah, ibu dan ayah nya... There's something for you to think about actually. Siapa sangka, arwah akan jadi sepopular ini selepas kematiannya? Maybe dia sendiri pun tak pernah sangka.
p/s : Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment