Tuesday, May 1, 2012

Kuching, Sarawak

Owhhh yeah...I have this in my draft..... Tak perasan aku ada masukkan gambar dalam blog ni. Okey, here we go....sikit cerita pasal di Kuching Sarawak.

Aku terbang ke Sarawak dengan angah &; harney untuk Hi-Tea With Celebrity ni!. Ermmm..kenapa kami begitu giler? Simple! sebab aku belum pernah ke Sarawak. Sebab bila aku jejak Sarawak, aku akan officially dah jejak semua negeri di Malaysia. Kebetulan harga tiket pun bagus dan ada Hi-Tea ni sekali. Tu je pun. Hahahhaa

Kami fly pagi, flight tak delay. Everything is in order, berjalan lancar.Sampai ke Kuching tepat pada waktunya. Hahahhahaha......best kan??. Manakala si penyanyi dan manager nya naik flight lain, dan mereka ter delay tengah hari tu. So, kami berjaya sampai dulu dan lepak hotel sementara menunggu mereka sampai ke Kuching.

                                       This is the ticket. We don't pay for it...*Syhhhhhh*


Sampai je kat hotel, kami disambut dengan bunting yang berada  di tengah-tengah lobi. Rasa bangga pulak...Hehehehe. Kami bangga dengan kamu!!

Memandangkan Nubhan & Syuib ada banyak tempat nak pergi, ada radio interview bagai, kami bertiga ke waterfront je tengahari tu. Disebabkan lapar yang amat sangat & tak tahu kat mana nak makan. Kitaorang makan je la Pisang Goreng ni. Yang bestnya, pisang ni dicecah dengan sos cili campur kacang tumbuk. Sedap!!!


Balik dari waterfront, kami pergi join tengok rehearsal. Yang ini yang paling kelakar. Boleh pulak lagu oh Juwita, penarinya menari macam menari zapin. Ok, layan je lah....zapin pun zapin lah....janji menari. Ada banyak lagu yang akan dinyanyikan, kalau tak salah ada 9 lagu termasuk duet dengan Lufya. Iyee... Lufya AF6, sama batch dengan Nubhan tu.

Lepak-lepak sementara menanti cik Lufya plak rehearsal. Dalam gambar tu, angah, kak kiah, Nubhan, Syuib & Harney. Aku tukang amik gambar....hahahhaa. 



Lepas show, ada signing session. Nasib baik aku bawak gambar-gambar lama Nubhan. So, kami bagi je kat tetamu untuk autograph. Nampak tak Syuib buat apa tu? He's trying to get a good view and he did!! 

p/s : Envy his hair..urrrrggghhhhhhhhhhh!!!!!

This is US!!! My best friends. Ada sorang lagi yang tertinggal dari gambar ini kerana dia tak berjaya pergi ke Kuching sebab kerja...huhhuu.. we missed you Fit darl.

This is the man of the show. I must say, I am totally not in love with he langsir kat situ. Tapi leave the langsir lah.....Janji si artis punya show mantap giteww....


Malam selepas Hi-Tea, kami dibawa oleh Deejay Sarawak FM & Cats FM ke Petrajaya untuk makan Mee Kolok. Perghhhh!!! This is very good!!! Rasa nak makan dua mangkuk!! hehehhee.... Kira berbaloi lah walaupun pusing tak tahu berapa kali dan naik kereta himpit-himpit. Hehehehe...Macam tak biasa kannn....

The best thing about Kuching is, I managed to contact our long lost friend. Fit dah SMS, BBM, PM etc kat dia long before we reached Kuching, tapi tak jawab. Apa yang aku buat, sebaik saja touch down kat airport, aku terus SMS & Whatsapp dia. Tapi tak jugak jawab.So, pasrah jer lah....

Tetiba tengah-tengah malam sebelum esoknya nak balik KL, dia balas SMS & whatsapp tu. He said boleh jumpa kat restoren dia kol 2 petang.Ok, flight kol 5.30 petang. Ada chance nih!!!  Di tengah malam yang hening tu, aku rasa nak melompat je keluar bilik dan ketuk pintu bilik sebelah. Nasib baik lah dah tengah malam. Kang tak pasal-pasal je kena hempuk ngan beg...hehhehe..

Esoknya lepas check out, kami jalan-jalan kat waterfront. Kesian Nubhan, baru feeling-feeling ronda-ronda, ujan pulak turun. Lebat pulak tu. Haishh!! Nasib baik kitaorang bertiga dah shopping semalam.hehehhehee. So, kami ambik-ambik gambar je lah. Sekali dengan peminat yang lalu lalang pun ambik gambar jugak.Oh ya, dan kitaorang makan rambutan. Macam kat Semenanjung tak ada rambutan. Kat kampung lagi melambak..hehehhehhee...

Sampai kat restoren member tersebut, aksi melampau pun terjadi. Melompat tak hingat. Terutamanya aku, angah & Nubhan. Errrrrr......aku ngan Nubhan paling over kot!!..... RINDU!!!! Rasa nak tapau bawak balik je. Mujur orang...hahahhahahahahhaha

Usaha aku sikit je. Tapi aku rasa kegembiraan kami melebihi segala-galanya. I'm glad!! So, after chit chat ,hugging & jumping around things, we finally balik ke airport dengan muka yang tersenyum girang...hehhee. Thanks kawan sebab minta your staff untuk hantar kami ke airport.

Pergi bertiga, balik berlima. Kami semua satu flight balik ke KL. Flight slightly delay, tapi semuanya ok je. Kami sampai LCCT , lepak kejap makan. Dan balik ke rumah masing-masing.

Ok that's it!!! My journey to Kuching. Walaupun tak sempat nak terokai Kuching macam pelancong lain, tapi aku puas hati kerana jumpa dia disitu.Maybe next time la nak pergi berjalan lagik.

P/S : Second time been on the plane with him...but no fighting scene involved!!!....hahahhahahaha

P/S : 2: Entry ni dah diedit. Sebab yang dulu tulis macam hape tah!!!..ngeeeeeeeee

PIX courtesy of Harney's FB and my not so canggih blackberry....;p

Birthday Party Again...

Am I writing in my own blog? owhh..okey, this is my blog...

Hi everybody... !!! If there are "everybody" lah...hehhehee

Just finished organizing another birthday party for Nubhan. It's been 4 times aku menguruskan birthday party untuk dia. Well...if the first one layak di panggil party la kan. Party terkejut main hentam gitu. Aku ingat lagi macam mana aku buat alphabet dalam Mahkamah sebab tak boleh nak buat kat luar. Lepas tu main tepek je kat dinding Chicken Hartz tu. By the way....it's meriah.At least ianya menutup kesedihan...hahhaaa..opss!!!! at least for a nite. hahhahahahaa. Adehhh...cerita lama tu!!

Second one kat Fullhouse Jalan Yap Kwan Seng. Yang ini pun lack of preparation sebab malam tu leka berlari berkejaran kat tepi pantai dengan tepung, telur & majerin. Hahhaha. That was so damn crazy.Esoknya kena look pretty for a birthday party. Penat giler pakai skirt & high heels. Pas tu ada pulak joget-joget pulak. Adeh.....Double Crazy!!!

Third one was just behind Fullhouse. Scrumptious!!! Well yang ni over prepared!!. With all the stars & balloons. Dah macam birthday party budak-budak. Don't blame us!! Kami menurut perintah cik manager. ahhahahhaa. This one buat aku rasa nak migraine berbulan-bulan.kahkahkahkah. Seriously! Sampai sekarang masih terasa. Apa yang sebenarnya terjadi? biarlah aku dan orang-orang yang berkenaan saja yang tahu.

Yang terbaru, baru je lepas tak sampai sebulan dulu. It's far from yang pernah dibuat dulu.Kami buat kat rumah anak yatim. Di Rumah Bakti Hulu Kelang. Nak kata terbaik, over stated pulak kan. Tapi yang ini paling simple, paling sincere & paling mudah di organize. Tak sangka ramai pulak Nubies yang join. Aku suka jer....penat pun tak berapa sangat. Expenditure pun tak berapa meletup. So, better stick to this kind of "party"....Simple, nice & datang dari hati.

Okeh...itu saja aku nak update. AGAIN,  no birthday present for him this year. Like I ever give him a present. Hahhahahahhaa.Never!! Kedekut sungguh aku.

P/s : The best present he ever get from me....Is organizing his birthday party every year without fail.......( if he want to take it take way la......If not? ermmmm..... )

Friday, March 2, 2012

A picture speaks a thousand words

picture credit to Preety Peektures fanpage

Hai alzz

This is officially the picture that made me cry today....

Dah lama aku tak menangis bila tengok gambar. Tapi gambar ni sangat menyentuh hati. Sejak ada nya Adam & Aisy dalam hidup aku, aku jadi sensitif kalau sebut pasal kanak-kanak. Apa lagi nak melihat gambar yang macam ni. Dulu tak jadi effect kalau aku tengok orang buang anak, gambar budak-budak didera. Tapi sekarang ni cepat je air mata keluar.Aku ingat lagi aku tengok gambar seorang budak lelaki kena selotep mulutnya di putrajaya. Aku menangis sampai bengkak-bengkak mata. Tak dapat bayangkan kalau anak-anak kesayangan aku dibuat macam tu.Mahu aku patahkan tengkuk orang yang membuat tu agaknya.

Tapi.....itu naluri semulajadi perempuan. Naluri keibuan. Walaupun Adam & Aisy bukan anak aku, tapi mereka adalah darah daging aku. Aku sayang macam anak sendiri.

Alhamdulillah, kawan-kawan aku sekarang suka buat kebajikan & pergi kerumah anak yatim. Insya-Allah kami akan pergi lagi nanti. Bila & dimana nanti kami akan tentukan bersama. Tapi melihat anak-anak yang tiada ibu bapa ni, hati rasa sayu....macam mana kehidupan tanpa orang yang paling penting dalam hidup kita eh? tanpa rumah yang sebenar, tanpa adik beradik yang sebenar? apa pun tak ada.....sedih nya.....

p/s : sedih tengok orang mengemis bawa anak-anak.....they not deserve street life macam tu....they deserve a home....

Wednesday, February 15, 2012

Fanatik?

Hai Alzz,

It's been sometimes since the last day I go & "dive" into this emotion. salah aku jugak, diam tak diam aku pergi baca balik kutukan untuk aku, dia, dia & dia satu masa dulu. Dulu aku baca dengan hati yang marah, tapi sekarang aku membaca dengan hati yang sedih. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba aku jadi sangat sedih walaupun dah dekat 2 tahun entri itu ditulis.

Dari hari pertama kejadian tu, hanya beberapa kali saja aku "buka mulut" di alam maya ini. Selebihnya aku hanya berani bercakap dengan kawan-kawan terdekat. Komunikasi antara kami jadi terlalu massive. Masing-masing marah, macam-macam perkataan yang terluah. Tapi tak ada seorang pun daripada kami meluahkan nya terus ke alam maya. sebab kami tahu akibatnya. Air yang sudah sedia keruh buat apa nak tambahkan keruhnya.

Aku tak mahu salahkan sesiapa. Mungkin masalah dia yang terlalu ikutkan perasaan. Dia seorang yang terlalu marah sampai dah tak tercari perkataan yang sesuai untuk meluahkan perkataan yang tepat supaya orang yang dibenci tu jadi sakit. Sakit yang amat sangat. Maybe dia tak perasan, yang jadi mangsa itu pernah jadi kawan. Hal kecil tak akan jadi besar kalau dia tak buka mulut di alam maya ini.Tapi nak buat macam mana, benda dah terjadi.Apa saja damage yang telah dilakukan, biarlah jadi pengajaran.

Tapi apa yang terjadi ada hikmahnya. Ada satu kehidupan yang dulunya buat aku lemas, sekarang dah tidak lagi.Aku bahagia dengan kawan-kawan yang memahami. Mereka bukan orang-orang yang sangat hebat. tapi mereka orang-orang yang decent. Sejak peristiwa itu, kami berempat tak pernah bermasam muka dah. Hal antara aku & dia dah selesai. Nak kata hilang terus, mungkin tidak!!! Tapi aku dah cuba untuk tak mengungkit kesalahannya dulu. Masalahnya, aku pun ada buat jahat juga dengan dia.haha.

Aku hanya nak jelaskan, aku bukan fanatik. Aku hanya nak membantu orang yang diamanahkan kepada aku. Aku dah janji, aku akan jaga amanah itu sebaiknya. Amanah orang tu berat, kalau tak terbawa, sebaiknya jangan bawa.Walaupun aku bukan sapa-sapa & aku tak akan ambil tahu 100% tentang dia, tapi cukuplah aku ada disini memerhatikannya. Nampak sipi-sipi pun tak apa. Janji aku tahu dia ok. Tu dah cukup dah.

Dah la.....aku penat nak fikir tentang apa yang orang fikir tentang aku. Nak kata apa pun kata lah. Aku dah maafkan dah. semoga Allah memberi kesejahteraan kepada dia. Sebab pernah Tuan kata, orang yang hatinya sentiasa marah,sentiasa rasa benci, orang tu tak diberikan ketenangan. ermmm...Tuan memang betul. kalau hati tenang, orang tu tak akan rasa marah-marah.So, banyakkan la mengingati Allah, sebab itu je caranya kalau nak buat hati tenang.

Sekarang ni tahun pun dah baru. Azam pun kena baru. Hidup apatah lagi, memang kena baru. So, aku hanya nak fokus kepada kehidupan aku ini dan teruskannya. nak jadi apa pun jadi lah. Aku bukan seorang manusia yang punya cita-cita besar nak jadi orang kaya raya.Cukuplah kalau aku tak papa kedana.Ahaks...

p/s : Mood nak pergi Singapore jalan-jalan Universal Studios.....anyone care to join???

Tuesday, December 20, 2011

An Evening With Nubhan

With The greatest kind of peoples......Luv them all....

Tak tahu nak tulis apa pasal event ni. Just some points will do kan........

* This event took the LONGEST time to prepare....Like dalam 3 bulan. But the SHORTEST in NFC's history. Hahhahahhahaa.....Start kol 2...kol 4 dah nak wrap up.

* The organizer are, Syuib from BME Entertainment, Nubhan from Nubhan Management & Me, angah & Harney from NFC. So, 5 orang je.....sejak berbulan-bulan kami brainstorm nak kan yang terbaik. Meeting kol 12 tengah malam pun ada.huhuhuhuuhuuh. Asal jumpa je.. topiknya mesti ."EVENT".....berbakul-bakul cadangan keluar...tapi kadang-kadang se mangkuk je masuk.hehehhee.

*Glam wall was Syuib's idea.....SUPER LIKE it!!!!.

*Since sebulan sebelum event, tiap-tiap minggu this 3 stooges lepak kat umah angah. macam-macam keje nak kena settle kan. Termasuklah membalut hadiah... ;p

* Sehari sebelum event, aku ngan harney terpaksa merayau keserata KL & Selangor untuk collect barang-barang sponsor. It took us 12 hours with harney's si putih swift!!!!!. Nasib baik ada ABU & aku tahu jalan jugaklah. Kalau tidak..........ermmmmmmm....

*First event ever yang guna walkie talkie. So damn cool!! hahhahahaa..sampai sekarang terasa macam terdengar-dengar suara syuib kat line sana ....hahhahahaha...

*Satu-satu nya event yang tak benarkan Nubhan turun stage dari mula majlis sampai akhir. ngeh,...ngeh...ngeh......."seronok buli den kan???" ....yeee..sangat seronok!!!!!. Setahun sekali membuli artis, apa salah nyeeeeee.....

*Sapa tak pergi memang rugi. Lepas AF...inilah masanya kalo nak tengok Nubhan menari dengan penari. Kekok tu ada lagik la. Tapi good try....hahhahahhahaaa..Lagipun jangan takut untuk mencuba benda baru, buat je.....

*Rasanya ini event paling payah nak organize.Sebab ianya hanya berkonsepkan hi-tea show and not NFC's event only. So, nak tune benda ni sangat payah. Sampai pening kepala dibuatnya. Tapi alhamdulillah hasilnya bagus!!!!!

*Obviously event pertama yang kami bekerjasama dengan pengurus baru Nubhan, Syuib!!. Syuib banyak menolong & banyak beri tunjuk ajar apa yang patut ada, apa yang tak patut ada. suke!!!

Thanks kepada :-

# 4 Jahanam....for making this a great event. Tanpa korang, memang tak akan wujud event ni. Satu keberanian yang orang tak lain payah nak ada.

# AJK's (Yani, Ieien, Adila,Ktcats, Ajoy & Deqsue) beautiful peoples!!! it's been great working with u guys.

# Vins - Walaupun banyak yang masih blur, tapi learning sesuatu yang baru memang take times.So, belajarlah dari apa-apa kesilapan yang dah dilakukan.

#Syuib - I should have thank you first actually. You make this happens!!

#Nubhan - Tanpa Nubhan apa je la "An Evening With Nubhan".......hahhahhahahhaa.Great job!! great performance, Great look (?), great....great!!! So, be great la ye!!!!.....

So, me signing off.............dah carca marba dah aku tulih ni....;p

** Baca guest tulis "best event ever" bla..bla..bla......terubat rasa penat.

Tuesday, August 23, 2011

Fobia.......Still



Hai allzzz,

Dah lama aku tak tulis apa-apa kat sini kan? malas!!! Lagipun tak siapa akan baca pun.....hehhee.

Aku tak tahu mana nak luahkan apa yang ada dalam kepala aku ni. Bukan tak da orang yang nak dengar apa yang aku nak cakap kan, tapi kalau orang dengar pun, tak ada yang betul-betul faham.

Sebenarnya aku masih fobia. Bulan ni cukup setahun!!!. Bulan ni jugak banyak ubah kehidupan aku, orang-orang sekeliling aku dan segala-galanya. Complete turnover!!.

Aku tak salahkan sesiapa. Macam yang aku katakan pada dia setahun lepas. Dalam 10 sebab kenapa aku ngan dia serta mereka break off. Bukan semua salah mereka. Aku pasti setengah nya adalah salah aku.Aku maafkan dia. Tak ada siapa yang mendorong dia minta maaf melainkan diri dia sendiri walaupun sampai sekarang aku tak tahu apa punca dan sebab musababnya. Walaupun mula-mula sakit hati, canggung, tak selesa. Tapi lama kelamaan semuanya ok macam biasa semula.

Tapi aku kehilangan yang lain. Ada yang suruh aku maafkan je. I did!!!...Aku dah maafkan dah. Tapi hanya satu je, aku tak akan pernah nak berjumpa lagi. Tu saja. Cukuplah apa yang dah dikatakan.Aku bukan batu.....perasaan aku sama macam orang lain.Dibentak-bentak, di kutuk, dikata. Aku tak boleh berdiam saja. Kalau aku malaikat, mungkin aku boleh tersenyum je.Tapi aku manusia biasa. Sesekali cuba lah letak diri anda ditempat aku.Anda akan terasa betapa sakitnya.....

Biarlah......tak adanya aku mungkin akan buat hidup orang lebih baik kan? So, baik aku diam saja disini. Tak ada ALLAH tu nak kejam sangat dengan aku. melainkan hanya aku yang kejam dengan diri aku sendiri.Sudahlah..........Jadi kan itu pengajaran & kenangan. Some of the kenangan memang sangat manis.Sampai bila dikenang pun boleh buat tersenyum sendiri. Biarlah kenangan pahit tu hilang je macam tu. Tak berbaloi untuk aku fikirkan.

Berbalik cerita pasal fobia aku tu, tahun ni tiba-tiba aku rasa nak pergi bercuti bersama lagi. Bukan aku tak pernah pergi sendiri, tapi aku nak merasa tengok musim yang lain pula. Tapi fobia tu masih ada. Aku takut apa-apa jadi lagi, dan semuanya hancur untuk kali kedua. Aku tak nak kehilangan orang-orang yang ini.Mereka ada disini dimasa aku down. Dimasa semuanya againts aku. Aku takut ada lagi kesalahan aku buat dan semuanya hilang. Dah tak sanggup lagi.

Sumpah aku memang terasa nak pergi.............Tapi aku takut risikonya nanti. errmmmmmmmmmmmmmm..............Aku dah tipu dia macam-macam. Aku dah tipu yang lain.Tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri.

p/s : Entah kenapa menjadi-jadi pulak confused aku ni.....

Wednesday, February 23, 2011

DIFF BETWEEN JUST FRN AND REAL FRN

Hai Alzzz...

I received this SMS last night. I don't know from whom, but it sounds...............TRUE!! Hahhaa. So, I type it back for you to read. In the manner of how it was send to me. Ngeee...

DIFF BETWEEN JUST FRN AND REAL FRN

JF : Calls ur name sweetly
RF: calls u always with stupid silly names
JF: “never seen u cry”
RF :cry with U or stop u crying..
JF : will never hurt u
RF : “hurt u often with 1000's of apologies”..
JF: know a few things about u
RF: could write a book about u


the rest......just like an ordinary SMS, they tell you to forward to all your friends.

SO!!!...Do I have that real friends? The one that calls me stupid names? The one that always hurt each other & apologize million times? cry with me? Write a book???....let me think...ermmmmmm







Think hard..think hard...put on my thinking cap....think again & again....






Maybe they DON'T call stupid names, but they call me cute names. Hurting? If you are my friend, you'll know whose that person was or were. We hurt each other today, but we come back smiling tomorrow. Not remember anything. hahha.Cry?? we cries several times...together!! hahhahaha..all of us!! behind pillow.wahahhahahaha. None of us can write a book. So, leave that option behind....So after all...........














I guess I do!!!!