Wednesday, November 28, 2012

Kakak Rama-Rama

Ini adalah rama-rama. Kenapa letak gambar rama-rama? Saja je. Sebab kalau entri tak ada gambar, macam boring je. Hahahahhaa

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal rama-rama. Tapi pasal kakak rama-rama. Macam mana dia dapat nama tu? ermmmm... sebab dia kata dia keturunan rama-rama. Ok, ridiculous !! Tapi memang itulah yang dia kata kat aku.

Kakak rama-rama adalah partner aku . Actually dia senior. Balajar pandai, tapi kurang betul. Aku tak tahu apa masalah dia kat rumah. Tapi yang aku tahu masalah tu sampai terbawak-bawak ke office.

Aku mula kerja dengan kakak ni tahun lepas bulan januari. Aku dengar dah macam-macam cerita tak elok pasal dia. Tapi tawakal je lah.

Ingatkan boleh tahan, tapi last nya aku menjelma menjadi hulk almost everyday. Korang bayangkan, habis lebih 100 fail dia koyakkan minutes sheet tu. Aku rasa nak pitam jer......



Early this year, system eic ditarik dari komputer dia sebab buat onar. Tak pasal-pasal je aku kena memo sebab dia kacau system.

Nak cerita pasal kakak rama-rama ni, 10 entri pun tak cukup. Cukuplah aku katakan yang dia nyaris je nak buat aku sakit jantung, darah tinggi, giler meroyan dan bermacam-macam lagi penyakit psikitari.


                   Tahun ni akhirnya doa aku dikhabulkan. Alhamdulillah. Aku doakan dia stay lah dengan family dia kat kuantan nun sebab aku rasa dia kena ada dengan family. Dia akan pindah ke session court mulai Disember. Walaupun aku tahu perangai dia yang macam-macam tu. Tapi aku doakan sajalah dia berubah kat sana. Harap dia kat buat kacau kat tempat orang... Aminnnnnnn...


Semua rama-rama tu ehsan pakcik gugel 

No comments: