Sunday, November 25, 2012

Universal Studios Singapore trip 11 - 13 Oktober 2012

Yeay!! Akhirnya sampai juga ke USS!! 

Nak cerita pasal pergi USS ni, sebenarnya dah banyak kali tertunda. Tapi akhirnya berjaya juga. Dan teman aku seperti biasalah, Angah & harney. Hahahhahaa....

Ok, kami pergi dengan package Hotel Puteri Pacfic. RM 398.00 per person. Bilik imperial deluxe untuk 3 hari 2 malam. Kami bertolak ke JB pagi Khamis, pergi berjimbaan di USS hari Jumaat dan balik KL pagi-pagi Subuh, errrr sebelum subuh hari sabtu. Jangan risau, package ni untuk tempat menginap, breakfast untuk 2 hari, pengangkutan dari JB ke USS, USS ke JB. Tiket USS & Maritime Museum. So, berbaloi-baloi.

Meh aku cerita pasal USS. Ramai yang dah pergi kan. So, mesti semua recognize the famous amos globe. Tengok globe je dah excited uols. terasa nak melompat-lompat je masuk dalam tu.


Inilah Globe tu. Berasap-asap kat bawah...sangat the dramatic one.


So, me and angah pun snap-snap la gambar. Nak kasi tahu kitaorang dah sampai USS


First ride yang kitaorang terjah was this Transformers ride. Nak masuk punyalah panjang beratur. So, untuk yang malas nak beratur berpusing-pusing tu, sila lah beli tiket express. Kalau tak salah, ad on SGD 30 kot. Kalau tak salah lah. Tak ingat sebab kami pakai tiket biasa je. Berbalik kepada ride ni....This is above awesome!! Terbaik dalam banyak-banyak ride. Siapa yang pergi USS dan skip ride ni, memang rugi. Memang real lah bila termasuk dalam battle dengan Transformers tu. Ermm... tanak cerita panjang lah. Pergi experience sendiri nak tahu hebat ke tak.


So, aku ngan Harney pun snap-snap lah gambar dengan pakcik yang beso gedabak kat belakang tu. Ini muka lepas menjerit tak hengat. hahahahhaa


Tak ingat ni yang kingdom nombor berapa. Kitaorang main terjah je sebab nak ambik gambar dengan haiwan-haiwan peliharaan ni. They're so cute kan.... Cute sampai rasa nak gigit je.

Ride ni dalam kingdom Madagascar. Ride nya macam naik sampan lalalalala....row row your boat gently down the stream. Gitu lah. Tapi tengah-tengah dok tengok haiwan-haiwan tu, tetiba ada air hujan. Wallaweiii... masing-masing tutup kepala takut basah. Tetiba air tu ketepi. Chaissss!!!! element of surprise nya agak melampau di situ. 

Ini yang paling aku suka tengok. Kingdom of Shrek. Tu istana nya, far far away castle. Macam real wooo. Kalau aku ada banyak duit, memang aku buat istana cenggini letak kat kampung aku. Hahahaha....


Snap dulu, lepas tu kitaorang masuk ke dalam. Ada show 4D . Ini memang terbaekk. 4D show nya memang sangat entertaining. This is one of the best lah. So, kalau korang pergi USS, make sure tak skip this one. Gerenti keluar dengan muka yang tersengih-sengih.Ngeeee....... 


Jalan-jalan sekitar tu, ternampak barney yang sangat cute ini. Being a fan of Sesame Street since belum tahu ABC, aku tak lepaskan la peluang nak snap dengan Barney. Cute kan kitaorang. Errrrr.... Kitaorang memang cute!!!

 Lepas tu oscar. Tong sampah oscar tak busuk, sebab dia cute giler. Kitaorang pun cute gak kat sini kan...hahahhahahaa

Nak cerita pasal ride ni, tak naik pun tak pe. tapi kalau setakat nak lalalala..dadidu..dadidu. Memang boleh lah. Memang tak mencabar langsung. Layan je lah.....at least cuba.

Ini kat Ancient Egypt. Uwaaaaaaaaaaa... Sumpah aku tak akan naik lagi dah sampai bila-bila. Dah lah aku phobia dengan gelap. Ride kat dalam ni gelap gelita. Lepas tu suka hati mak pak atok nenek dia, hentam kedepan, tarik ke belakang, lintang pukang sampai rasa nak tercabut barrier kat perut tu. Haiyaaa.... no second time beb. Mak takutttt.....

Lagi satu, kat depan ni ada kedai makan style arab. Kedai ni halal. So, boleh lah makan kalau nak makan.. Tapi aku nasihatkan, jangan la makan banyak-banyak. Takut termuntah plak.


Lepas tu, dah pening kat ancient egypt, kitaorang pergi pulak naik accelerator. Ingat simple cam ni tak pening, sekali keluar rasa nak pitam. Giler gak lah berpusing-pusing cam tu.

  Kat sini ada satu permainan yang sangat syok. Rasa nak terbang macam burung. Weeeeeeeeeeeeee... Tapi pening jugak!! adehhh semua ride buat kepala pening lalat. Tapi yang paling best, ride yang dekat air tu. siap pakai baju hujan sebab takut basah. Memang akan basah!!! Ride ni macam tak takut, tapi bila dah masuk kat dalam terowong gelap tu, kena angkat tinggi-tinggi, lepas tu kena campak keluar. Uwaaaaa.....takutttttt....basahhhhhhh!!!!! 

Ini ada performance by haiwan-haiwan peliharaan yang comel tahap gaban tersebut. Cute kan derang. rasa nak amik bawak balik salah sekor. I like to move it...move it....lalalalala......Aci tak kalau rasa nak lepang je sekor-sekor. Sebab comel tahap gaban.
So, inilah hasilnya bila jam dah menunjukkan jam 8 malam. Letih giler. USS tutup dalam jam 7 macam tu. So, sementara menunggu bas pick up kami balik JB, kami duduk lah rehat kat sini sambil makan coklat yang dibeli kat kedai tepi kasino tu. huhuhuu..memang ada kasino okey, jangan pergi dah lah.

Kami beli lah sikit-sikit buah tangan untuk orang-orang yang tersayang. Dah duit SGD mahal, so...tak lah beli banyak. Mana orang yang penting jer.

Ok, itulah percutian pendek kami ke USS,memang fun, lepas tensen semua. Sebab leka dok menjerit jer. hahhahahahha. Tapi ada juga lah yang tak menakutkan. Macam Hollywood tu. Just tengok macam mana orang buat filem je. So, untuk yang ada penyakit, boleh la jalan-jalan tengok-tengok tempat je. Tak payah lah naik ride sebab ride memang akan buat korang end up masuk spital. Ngeeee.......

p/s : Masuk situ make sure ambik peta ye. Sebab kat situ ada mark mana satu kedai halal yang boleh dimakan. Sebab tak semua kedai makan kat dalam USS tu halal... *wink*

No comments: