Dah lama ni baru aku ada kekuatan untuk menulis something tentang arwah adik abah aku yang aku panggil Busu ni. Antara ramai-ramai adik beradik abah, aku adik-beradik memang paling rapat dengan busu & maksu. Walau jarang balik kampung dan jumpa dengan mereka, tapi bila berjumpa, mereka ini lah yang paling boleh dibuat kawan sebab memang suka layan otak sempoi anak-anak saudara.
11 September 2013 aku kehilangan busu. Terus terang aku kata, masa aku datang melawat dia di hospital Kuala Pilah 2 minggu sebelum itu, aku dah agak dah. Tak tahu kenapa, tapi ini memang rasa hati aku yang dari dulu tak pernah fail. Aku masuk dengan Abah ke ICU tu, bila aku nampak muka Busu, air mata turun sendiri. Tapi aku tahan juga. Sampai aku tanya, " busu kenapa jadi camni?" Bodoh gak la soalan tu. Memandangkan pelawat hanya dibenarkan melihat saja, aku tengok saja lah, tak tahu nak cakap apa. Then masa nak balik, aku panggil dia macam-macam, paksu lah, busu lah, apa lah... aku tak tahu kenapa lidah jadi berbelit-belit.
Berapa lama sejak Arwah Uwan ( Mak Abah) Meninggal, baru kali ni aku nampak abah menangis. Tak ada apa yang lebih menyedihkan dari melihat abah menangis. Mak? Mak memang selalu menangis. Mak tu air mata dia macam air aip. Bila-bila je bukak tab, kuar lah airnya. Hehhehe.
Oraitt, cukup!! Aku dah tak mahu tulis lagi pasal Busu. Sebab makin aku tulis, makin aku rasa kehilangan dia. Semoga Busu tenang disana, adik sentiasa doakan Busu & semua keluarga kita. Tiap-tiap hari....
OK!! Ni cerita pasal tudung pulak. Seperti yang semua tahu, aku baru je pakai tudung. Hehhehe..baru tak baru gaklah, dalam 2 tahun lebih. Nak aku kata apa? MEMANG PAYAH nak jaga tudung ni kalau hati tak kuat. Aku ada nampak beberapa kawan aku yang katanya nak berhijrah memakai tudung. Ada lah pose sekali dua kat Sosial Media, pakai tudung cara hijabista. Senang cakap, aku tak suka sangat perkataan BERHIJRAH ni. Sebab apa? HIJRAH tu besar maksudnya. Kalau sekadar pakai tudung je, yang lain belum sempurna, tu bukan hijrah namanya.
Tapi yang tak bestnya, tiba-tiba letak gambar tak pakai tudung pulak. Dah kemana niat hijrah nya?
Senang macam ni, kalau hati belum tetap, JANGAN!! Jangan buat sebab nak pujian orang. Buat kerana LILLAHITAALA. Hal pakai tudung ni boleh jadi sensitif. Bukan pakai tudung tu macam pakai mekap. Kejap ada kejap tak ada. Once sarung atas kepala dengan niat nak mula tutup aurat, sila lah pakai terus. Tak malu dengan kawan-kawan, malu lah dengan ALLAH. Malu lah dengan diri sendiri.
Yang lagi buat aku terfikir.. Ni fikir hal orang, bunyinya macam jaga tepi kain orang pulak kan? Tapi terfikir, apa yang dalam fikiran mereka ni, sekali tunjuk kata nak start bertudung. Lepas tu tak berapa lama, bukan main seksi dengan sleeveless nya. Relevan ke macam tu? Kalau belum rasa niatnya tetap, jangan pakai. Aku dulu pun macam tu. Mula pakai rasa best je pakai tudung. Lepas tu mula rimas sebab panas. Mula fikir nak bukak tudung. Pas tu, malu dengan diri sendiri. Hehhehe..Padan muka!!
Sekarang ni aku cuba lah perbaiki apa yang tak betul. Tapi untuk betul-betul menutup aurat dalam konteks yang sebenarnya, aku masih belajar. Masih ada yang tak betul sana sini. But...... kita perlu belajar. Sesuatu yang drastik tu kadang-kadang bagus, kadang-kadang tak bagus. So, belajar lah satu-satu. Semoga nanti akan lebih baik.
Ni pasal sesuatu yang telah menurun dan terus menurun........................................................
Minat aku telah menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun...............
Aku dah kurang minat nak buat event. Aku dah letih. Mungkin sebab tekanan kerja. Aku letih outstation setiap minggu mungkin. Tu sebab aku rasa malas dan kurang berminat nak buat event yang memerlukan 100% perhatian aku. So???? Boss?? mana Boss??? Boss.... saya letih la. Rehat sekejap boleh?
p/s: Kelabu mata asyik tengok dia...................
No comments:
Post a Comment