Jangan salah terkam atau salah fikir.
Ini BUKAN Review.
Siapalah aku nak me review filem
pengarah sehebat Garin Nugroho dan kerja pasukannya yang sehebat ini.
Mission accomplished!! Akhirnya,
setelah beberapa tahun menyelusuri karier, filem demi filem milik
Reza Rahadian, pada 16 April lepas aku berjaya menonton sendiri,
first handedly filem si actor, Guru Bangsa : Tjokroaminoto. Nanti
aku ceritakan bagaimana aku sampai lepas ke Indonesia. Sekarang ni
aku lagi excited nak bercerita tentang filem ini.
First of all, saranan aku kepada
sesiapa yang masih belum menonton filem ini, baca dulu dan buat
sedikit homework tentang HOS Tjokroaminoto terutamanya ketika beliau
bersama Serikat Islam, latar belakang dirinya, siapa yang duduk
bersamanya di Rumah Peneleh serta latar belakang mereka more or less
sehingga tahun 1921. Kalau tak baca, anda akan kelaut atau masuk ke
gaung kerana tak faham cerita. Jangan harap durasi 160 minit itu akan
spoon feed anda se detail-detailnya.
Aku sendiri hanya tahu kewujudan
Tjokroaminoto ketika terserempak dengan gambar Reza & Maia di
instagram. Aku ketawa ( ini serius) melihat misai yang agak pelik
itu. Tapi bila aku search nama tokohnya... Ye, ini bukan bahan ketawa
ye adik, ini bahan serius.
Beberapa highlight yang aku nak cerita
tentang filem ini. Ye, seperti biasa kepada yang selalu singgah
disini.. hanya dalam bentuk point. Kerana aku bukan seorang yang
teknikal atau expert dalam bidang apa pun. Aku bercerita dari pandangan mata dan pemikiran
aku saja. Mungkin akan berlainan dengan pendapat orang lain diluar sana.
* Adegan favourite aku dalam filem ini
adalah bila Tjokro marah dengan seorang orang belanda yang menengking-nengking seorang lelaki yang terketar-ketar memegang teko panas. Teko itu diambilnya perlahan-lahan dan tehnya dituang sehingga tumpah, penuh dipiring dan meleleh ke lantai . Dialognya keras dan tajam, kemudian berlalu meninggalkan sang belanda yang naik angin sampai
kekepala. Pemberontakan yang sangat berani dan menyeramkan.
* Tjokro & Soeharsikin main kekabu,
duduk santai diatas tunggul kayu. Walaupun dialog Tjokro “potong stim”
sangat sebab tiba-tiba bercakap pasal kematian, tapi itulah satu-satunya adegan yang anda akan lihat selama
160 minit itu, wajah Reza yang manis ketawa. The rest.....masam,
keras dan nampak sangat degilnya. Hehehhehe
* Aku tak tahu apa nak panggil cara
shoot itu. Blocking kot. Tapi aku suka dengan shoot yang sebegitu.
Semua orang bercakap dalam masa yang sama. Masa scene orang jawa dan
orang cina bergaduh, Tjokro datang melerai. Bersama-sama Tjokro ada
beberapa orang lagi. Dan mereka bercakap serentak. Itu memang
“hidup”.
* Selepas Soeharsikin meninggal dunia,
walaupun scene itu tidak seharu dan sesedih scene di Habibie &
Ainun, tapi berhasil membuatkan kami semua terdiam sekejap ( Ada
ibu-ibu dibelakang aku yang berbual macam kat kedai kopi dalam
panggung wayang tu). Tuan Tjokro hanya duduk pegang bantal diruang tamu dan
memain-mainkan kekabunya. Scene beralih ke anak nya Oetari yang
menangis dalam pelukan mbok... tapi bila beralih semula ke kerusi
Tjokro, dia dah tak ada disitu. Itu sangat dalam.......Pada aku.
* Hijrah!! Beberapa kali..sampai ke
hujung filem ini kita akan dengar perkataan Hijrah dari mulut Tuan
Tjokro. Sampai dia bertanya pada Agus Salim “ Sudah sampai kemana
Hijrah kita?” Akhirnya Agus jawab “ Ke Arafah”. “ Hidjrah
juga ditulis di penjara ”... Kemudian di depan cermin ketika dia
memakai songkoknya. Hijrah dan Iqra' ni lah teras filem selain simbolik kekabu yang berterbangan.
* Mungkin semua orang dalam dunia moden
ini tak pernah berjumpa dengan Tuan Tjokro yang sebenar. Tapi kalau
dilihat dari filem ini, Tuan Tjokro memang berani dan tegas. Lihat
saja bila dia ditangkap, dia berjalan sendiri. Dia masuk sendiri
dalam sel penjara, pandangan matanya tajam bila disentuh orang
belanda. Dia enggan tunduk kepada penjajah. Itu semangat “orang
lama'. Tapi orang sekarang??? Sendiri mau ingatlah...
* Scene Interrogation dalam penjara
yang sesekali muncul itu adalah antara scene yang paling kuat dalam
filem ini pada aku. Tak nampak pun raut ketakutan dalam wajah Tjokro
walau dibentak-bentak dan disoal siasat sebegitu. Dengan tegasnya,
orang Yaman itu pula yang disuruhnya duduk. Kemudian dia buka pintu sel sendiri dan tutup sekuat hati. Perghhh!!!!
* Batik yang dipakai oleh kesemua
pelakon dalam filem ini serius sangat cantik. Terutama yang dipakai
oleh Reza. Mereka membuat aku mencari batik right after aku keluar dari cinema. Hahhaha
* Adegan muzikal dalam filem ni agak
pelik sebenarnya. Tapi aku okay sebab nyanyiannya semua sedap. Yang
paling sedap tentunya “Terang Bulan” oleh pasangan Tjokro &
Soeharsikin. They should sing more keroncong after this. Dengan
iringan muzik yang mendayu-dayu, aku jadi lupa yang lagu Terang Bulan
ni sebenarnya sama dengan lagu Negaraku. Ngeeeee
* Paling mengejutkan adalah Putri
Ayudya. Jujur je..masa dapat tahu dia yang akan jadi isteri Tjokro,
aku terfikir juga, boleh ke dia ni berlakon? Okay!! persoalan itu
meleset sampai ke lautan Hindi. She is Soeharsikin. Wanita yang lemah
lembut, penyayang, ibu dan isteri yang sangat baik. Tapi tegas. Pada
akhirnya panggilan “ Mas” dan “dek” itu bunyinya sangat
romantik. Tapi jangan harap lah akan ada adegan romantik ala filem cinta. Mereka nampak seperti suami isteri biasa, ada chemistry... tapi tidak melebih-lebih.
* Lupakan rupa paras Reza Rahadian yang
tidak jawa atau tidak perlu potong hidungnya supaya tidak mancung (
Hahhahaha). Dari mula dishoot kakinya sehinggalah ditutup filem ini,
anda akan melihat Tuan Tjokro. Bukan lagi Reza Rahadian. Berkarisma,
degil, berani, keras kepala tapi ada soft side yang sangat manis serta approachable.Tuan Tjokro ditangan Reza adalah cukup sempurna.
Dia seorang yang bercerita dengan mata. Jadi, bila dia bercakap,
pandang matanya.... kerana disitu lagi kuat dialognya.
* Christine Hakim, Tanta Ginting, Deva
Mahendra, Ibnu Jamil,Chelsea Islan dan semua yang terlibat dalam
filem ini adalah team yang terbaik. Watak-watak mereka sangat hidup
dan memorable. kadang-kadang watak-watak inilah yang memancing ketawa atau menambahkan ketegangan.
Walaupun filem ini grand dan hampir
sempurna, tapi ada juga kelemahannya. Tapi aku tak mahu ceritalah
yang itu. Bukan sebab ini filem orang, tapi sebab kita belum tentu
boleh sampai ke tahap ini. Baik dari segi apa pun. Kecuali filem
“Terbaik Dari Langit”, “ KIL”, “Hanyut” atau beberapa
filem lain yang sudah pun menerima award atau setidak-tidaknya
appreciation dari pihak antarabangsa, kita sebenarnya masih
kekurangan filem bermutu.
Berhentilah buat filem yang tidak
menjana minda. Aku menonton filem “Guru Bangsa: Tjokroaminoto”
ini bukan kerana aku tak berbangga dengan negara dan sejarah negara
aku sendiri, tapi pada aku... sejarah itu walau datang dari negara
mana pun, itu adalah pelajaran. Lagi-lagi sejarah bagaimana nenek
moyang kita dulu memperjuangkan negara kita sehingga jadi sehebat
sekarang ini.
Untuk orang Indonesia... Pergilah
menonton. Anda akan belajar sesuatu dari filem ini.
P/s :Aku suka sangat dengan trem nya.
Tapi sayang, bila melihat posting-posting netizens yang datang ke
bekas lokasi filem ini, Trem itu dah jadi mangsa vandalisme.
Sedih.....
Semua gambar adalah ihsan pakcik gugel..Hehhee
7 comments:
Menarik cara mengomentarinya. ini emang film keren. banyak melibatkan artis dan seniman terbaik macam Christine Hakim,Sujiwo Tedjo, Kartolo (Seniman Lokal Surabaya) dan mereka rela jadi bukan pemeran utama.:)
pernah tengok Film Cin(T)a??
itu juga film bagus. kontrovrsial (Tidak lolos lembaga sensor) dan deteil banget dengan symbol-symbolnya. kalo dilihat dari sudut positif tanpa sentimen, pasti banyak dapat pelajaran. sila tengok,
Salam
Terima kasih Ongky. saya bukan pengamat filem profesional. Hanya seorang yang suka menonton filem. Lagi-lagi filem yang usahanya semaksimal ini. tidak pernah saya sanggup ke luar Malaysia hanya kerana sebuah film. Tapi untuk film ini saya satisfied. worth every single cents.
Masih belum menonton. Nanti akan saya cari di internet. saya banyak menonton filem Indo. Ada yang jika ditayang disini, akan jadi sedikit sensitif. tapi saya selalu melihat dari sudut pandang yang positif. Apa saja filem itu....pasti ada pelajarannya.
Terima kasih sekali lagi :)
New movie kat pawagam indo: jenderal soedirman
Bapaknya pejuanh indonesia.. Seorang muslim taat dr org muhammadiyah sampai dengan jd jenderal besar di indo... just watch it.. salam serumpun.
salam serumpun syam
Thanks for the comment. Yeah.. i heard about that film too. looking forward to watch. saya suka dengan filem berbentuk sejarah. kebetulannya di indo banyak filem seperti itu. saya juga telah menonton filem Sang Kiai. That is a very good film.
Harap nanti saya akan datang lagi ke Indo... mencari DVD filem-filem berkualiti disana. ;)
Kikey i just watch it.. and i was disappoiinted.. bad film on amazing figure..
Tak ada aktor terkenal bukan dr sutradara yg dikenal juga.. akyor utamanya sy ga pernah liat, aktingnya datar ga hidup kalah dg pemain pendukungnya.
Sy rasa pemilihan pemain utama berdasarkan ciri ciri fisik jenderal soedirman saja.. bukan dr bakat aktingnya..
"Angel" sejarah yg diambil tdk bombastik utk sbuah film sejarah. Dan gambaran profil yg tdk utuh.. sy rasa sutradara nanggung dalam menempatkan film.. apakah mau mengangkat profil atau mengambil momentum sejarahnya.. sayang saya kecewa
Tdk jd sy rekomen ke kikey
Wasalam
Post a Comment