Trip ke Bandung..Acara ibu dan anak
untuk membeli baju raya. Hehehhehe.
Actually aku plan nak ke Jakarta untuk
menonton filem Guru Bangsa : Tjokroaminoto. Tapi memikirkan nanti aku
hanya akan melompat from one city to another city, lebih baik aku ke
Bandung. Boleh juga membeli belah untuk raya. So, selepas bertanya
kepada beberapa teman dari Indonesia, mereka kata di Bandung pun ada
cinema yang menayangkan filem secara serentak seluruh negara.
Soooo...to Bandung we goooo...
Aku arrange trip “Free & Easy”
dengan mak. Maksudnya, kami tak ada itinerary. Travel agent hanya
siapkan hotel, flight ticket, transport dan driver. Yang lelain
pepandai la setel sendiri.
16 April 2015
Maka lepas subuh, aku dan mak pun berangkatlah ke KLIA 2 yang giler bapak besar itu. Kebetulan aku baru je buat stunt kat depan Maybank Dayabumi dan terseliuh kaki, jadinya perjalanan dari kaunter check in ke air bridge adalah sangat memenatkan. Huhuhuhuuhu..
Kami “terbang” pada jam 9.50 tepat. Sepatutnya sampai ke Bandung jam 10.30 pagi ( waktu Bandung terkebelakang 1 jam dari waktu Kuala Lumpur), tapi pesawat tak boleh nak mendarat kerana pesawat Presiden Indonesia, Pak Jokowi pun nak mendarat di Airport Husein Sastranegara. Jadinya... kami berlegar-legar dalam sejam lebih di ruang udara Bandung dan selamat mendarat pada jam 11.45 pagi. Hehehhe.. Aku terserempak dengan kak E kat dalam flight. Giler ah... dok dekat-dekat umah tapi tak jumpa, dalam pesawat pulak boleh jumpa.
Bandara Husein Sastranegara, Bandung.
Kat airport kami jumpa dengan Pak Mal
yang sangat baik, dia lah yang bakal jadi supir kami. Pak Mal bagi
tau yang Presiden Jokowi datang meninjau Bandung kerana ada Kongres
Asia Afrika pada 24 April nanti. Jadi, Pasar Baru dan kawasan sewaktu
dengannya ditutup sampai petang. So, kami check in Hotel Zodiak, Kebon Kawung , mandi dan
siap-siap dan lepas tu mulakan perjalan di Bandung... Dengan menjauhi
kawasan Pasar Baru.
Lokasi pertama : Nasi Padang
Dah sampai Indonesia jangan tak makan
nasi padang. Tu je pesan aku. Dan jangan lupa cuba sambal hijau yang
sangat sedap itu. Lama juga kat situ sebab hujan. Kami makan bertiga
dalam IDR 80k. Hehhehhee. Tak lah mahal pun. Janji makanannya
memuaskan hati. Pesanan lagi, jangan tinggalkan supir anda.
Hahhahahahah
Lokasi Kedua :Ciwalk.
Tiket wayang filem Guru Bangsa : Tjokroaminoto
Sebenarnya bila dapat je wifi hotel,
aku terus search jadual filem GBT di Cinema XXI. Bila tunjukkan kat
Pak Mal, dia kata kat Ciwalk ni bagus cinemanya. So, kami ke Ciwalk
terus. Kebetulan, masa tu baru jam 3.20 petang. Sampai kat XXI, aku
terus ke kaunter dan tengok jadual. Cik kat kaunter tu kata, “
masih baru, mau masuk sekarang?”.. Lohhhh ingatkan nak masuk yang
jam 6.00 petang. Aku balik ke Pak Mal, dia kata masuklah...dia
tunggu. Yeayyyyyyy!!! Maka hari ini dalam sejarah, aku menonton filem
di panggung wayang di luar negara. Wakakkakakakaka...
Lokasi Ketiga: Mi Ayam
Lepas tengok wayang, lapar.. sebab
filem tu 2 jam 40 minit. Pak Mal bawa kami makan kat satu gerai
simple je kat mana ntah. Kami semua pesan Mi Ayam dan makan
sama-sama. Entah sebab lapar, entah sebab puas hati dapat tengok Tuan
Tjokro atau memang mi ayam tu sedap tahap dewa dewi.. maka tak sampai
5 minit... licin mi tersebut. Alhamdulillah.......
Lepas makan, kami balik je ke hotel
sebab kebanyakan kedai tutup jam 6 petang. Aku tengok mak mengantuk
dah. Letih pun ada tu. So, 16 April tu.. kami hanya menonton wayang,
makan dan kemudian...... Tido!!!
"Rumah" sementara kami, Hotel Zodiak Kebon Kawung
17 April 2015
Kami janji dengan Pak Mal jam 8.00 pagi
lepas sarapan. Aku suka pagi di Bandung, sejuk dan nyaman je. Ada
satu rombongan dari Terengganu pun tinggal di hotel yang sama. Kami
tak bertegur sapa sangat, hanya sembang dengan sorang lelaki yang
kawannya tercabut kasut. Hahahhaha
Lokasi Pertama : Pasar Baru
Lumayan laaaaa bertingkat-tingkat. Dah
la kaki masih sakit. Tapi shopping kat sini boleh jadi giler kot. Aku
ngan mak sampai duduk kat sofa, siap di bagi mineral water sebab
lebih sejam dok situ pilih kain. Habis gak sampai angka juta rupiah
kat satu kedai. Hehhehhee
Disebabkan ter psycho dengan kain-kain
batik di filem GBT, aku dok cari batik. Kalau nak yang cantik memang
mahal, so aku ambik batik printing. Okay la jugak.. cantik!! Dapat
kat aku 3 pasang baju untuk raya nanti. Mak pun beli jugak untuk
dirinya sendiri dan family terdekat. Lain kali nak ke Pasar Baru,
bawak lah duit seguni. Sebab geram dengan kain. Hahahhaha
Lokasi kedua : Toko Tiga
Kat sini baju yang dijual ada jenama.
Tapi lebih murah. Aku beli baju untuk Adam & Aisy. T-Shirt
kanak-kanak kat sini dalam IDR 65k je camtu. Kedainya tak lah besar
sangat, tapi dapat coupon. Setiap pembelian akan dapat souvenir. Aku
dapat 2 biji keychain yang akhirnya aku bagi kat Adam & Aisy.
Lokasi Ketiga : Ayam Penyet Surabaya
Jangan tertipu dengan kecantikannya.... Ini adalah amat pedas!! Hahahhaha
Pak Mal bawa kami yang dah kelaparan
kat satu restoren kecil yang sesak ramai orang. Hahhahhaa. Nampaknya
ayam penyet nya sangat sedap sampai nasi kotak yang tengah di pack
kat sebelah tu menimbun-nimbun banyak nya. Sampai kat kami.. haaaaaa
ambik ko!!! Ayam penyet tu memang sedap!! Tapi...... Pedas!! Sampai
berair-air mata makan. Aku suka cara yang macam ni. Duduk makan
dengan orang tempatan, bayar sendiri dan nikmati perjalanan yang
simple. Tak ada sesiapa yang mengatur.
Lokasi Keempat : Rumah Mode
Untuk penggemar pakaian berjenama... Kat sini memang boleh jadi giler.....
Lepas makan, kami ke Rumah mode. Lebih
kurang sama dengan Brasco yang aku pergi dulu kat Bali. Aku kesini
hanya nak beli baju untuk abang ipar aku yang cerewet itu.
Hahhahhaha. Dekat sejam jugak berlegar-legar kat dalam dan akhirnya
jumpa juga yang berkenan. Tapi Bandung hujan di waktu petang, nak
keluar dari rumah mode ke kereta, berlari-lari ayam kami.
Lokasi Kelima : Paris Van Java
Ada show kat sini. Tapi aku tak tahu
siapa yang menyanyi. Tak ada buat apa sangat, hanya jalan-jalan
menikmati mall yang sangat besar dan beli sehelai baju Airish. Harga
barang kat dalam ni memang tahap biasa je. Kalau murah pun, yang ada
diskaun. Tapi kalau rasa nak jalan-jalan dan blend dengan orang
tempatan... Okay je. Tempat pun selesa.
Lepas dari situ, kami balik ke hotel
dan singgah kat kedai ala 7E untuk beli kudap-kudapan. Aku kalau
duduk dalam hotel memang nak mengunyah je lah jawabnya. Malam tu kami
kemas beg yang makin membesar gara-gara terlebih shopping.
Hahhahahhaha
18 April 2015
Selfie kat Airport.... Tunggu nak check in
Kami terpaksa gerak awal dari hotel
sebab katanya ramai diplomat asing akan turun ke Bandung melalui
Jakarta. Jadi lalulintas akan jadi sesak. Almaklumlah.. jalan di
Bandung tu agak kecik. So, jam 7.30 kami dah gerak ke Bandara a.ka
Airport. Lama juga la menunggu since flight kami jam 11.50 pagi.
Kat situ kami berkenalan dengan orang
Malaysia yang datang ke Bandung untuk bisnes. Mak
aiiiiii..bertingkek-tingkek barang eh. Hahhahahha. So,
sembang-sembang buat hilang boring sampailah checik in, sampailah
kami menuju ke pesawat. Untuk pengetahuan anda yang belum pernah ke
Bandung, airport Husein Sastranegara kecik dan untuk ke pesawat, kena
jalan kaki di tarmac macam LCCT dulu. Tapi no complaint lah. Janji
dah puas hati dapat shopping dan dapat mengintip Tuan Tjokro kat
cinema. Wakakakakakaka ( Tak abih-abih Tuan Tjokro)
Kami sampai ke KLIA2 dengan selamat dan
jalan kaki laaagggggiiiiii!! Tak boleh besar lagi ke airport tu??
Ngeeeeeeee
QZ 173.. Flying home...
p/s : Masa flight balik, aku duduk kat
seat A, makanya di tepi tingkap. Aku suka sebab boleh tengok luar,
awan cantik berkepul-kepul macam kapas. Dan mengingatkan aku pada
simbol kekabu di filem GBT. Tapi kalau anda cepat gerun, elakkan lah.
Sebab sesekali tu timbul jugak gerun bila pesawat masuk kedalam awan,
kemudian keluar balik, masuk balik...... Hahhaha.
No comments:
Post a Comment