Thursday, July 2, 2015

Our Last Seating for JRKS Tenggara


Effendy, Encik Azlan, Tuan Rajendran, Aku & Zufri

Aku sedih.. Tu je yang aku rasa sekarang. Setelah lebih 2 tahun aku join Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) untuk region Tenggara, 1 Julai 2015 adalah seating terakhir kami kerana Tuan dah bersara dari Government. Aku sayang dengan team ni sebab semuanya dah macam ayah dan abang-abang sendiri. Ada masanya diaorang buli aku sebab aku sorang je perempuan. Tapi most of the times, diaorang yang selalu belanja aku makan. Layan aku macam anak dan adik.

Maybe aku tak akan jumpa mereka lagi dimasa depan kerana aku akan transfer ke mahkamah lain dan certainly akan cover region lain. Whatever it is, mereka tetap kawan-kawan aku yang paling sporting walaupun semuanya lelaki.

Aku akan merindui Tuan Rajendran yang selalu layan aku macam anak. Dia selalu tanya aku, dah sampai Melaka? Dah makan? Nanti malam keluar dengan siapa? Lepas Abah & abang ipar aku.. dia lelaki yang paling concern dengan keberadaan aku.

Akan ingat bodo-bodo alang si Fendi. Dia ni pandai, tapi blur. Selalu jadi mangsa aku ngan zufri. Aku rasa selamat dengan Fendi kerana dia lagaknya dah macam abang aku sendiri. Dia baik sangat. Maybe aku akan jumpa dia sekali sekala nanti kalau dia ada datang ke Office aku.

Haaaaa... Yang ini kawan aku yang paling aku senang dalam ramai-ramai. Zufri ni kawan aku sembang setiap kali di Seremban atau Melaka. Dia kalau bercerita, dengan tangan-tangan naik. Orangnya baik, sporting dan selalu belanja aku makan. Yeahhhh... rakan duet aku masa pi karok. Sebab dia sorang je rajin layan suara sumbang aku. Hahhahaa

Encik Azlan selalu ada di Melaka. Aku suka dengan attitude dia. Dia ni bijak orangnya. Kalau bercakap pasal Banking & Finance, aku terkagum sungguh. Walaupun aku bekas budak banking.... satu haram pun aku tak paham.

Encik Dauz, Encik Kamarul, Fanny, Ripana, Ridzuan, Tengku.... Yang ini semua tak ada dalam gambar. Tapi semuanya baik-baik belaka. Aku happy mengenali mereka semua. Walaupun urusetia-urusetia Socso semua aku akan jumpa selalu kat office, tapi bila berada di outstation ni lain macam happy nya. hehhehe

Till me meet again guys.. ;)

p/s : Mesti rindu kan??


No comments: