Wednesday, August 26, 2015

Tabula Rasa di A-List

 

Mungkin ini pertama kali aku bercerita tentang filem yang pelakonnya tidak dalam list favourite aku. Semuanya kerana curious sejauh mana Tabula Rasa ini “menyelerakan” sehingga menang award dan ditayangkan di A-List. Kerana jika di filem itu ada aktor favourite aku, aku tak payah nak tengok sinopsis atau tengok production value whatsoever, aku akan terus menonton tanpa syarat. Tapi ini, yang aku “kenal” hanya Dewi Irawan kerana pernah menonton lakonan beliau di 'Ketika Tuhan Jatuh Cinta”. Yang lain... I have no idea.

So, memandangkan Astro buka semua channel sampai 31 Dec ni, maka aku dapatlah menonton filem Tabula Rasa ini dengan gambar HD di channel A-List. Yeah, selain beberapa filem “besar' Indonesia yang ditayangkan secara exclusive di Astro Best atau Astro First, kebanyakannya aku hanya menonton di youtube yang gambarnya setelah di download... Hahhaha.... Agak menyedihkan.


Nak sinopsis, google sendiri. Tapi cukup aku katakan, filem ini memang “cukup rasa” nya. Kisahnya simple, lakonan yang mengalir, gambaran yang menyenangkan. Aku suka filem ini. Aura nya se simple : “tak perlu pelakon lelaki handsome, tak perlu pelakon wanita jelita, kalau jalan ceritanya bagus, lakonannya bagus, filemnya akan jadi bagus juga.” Ini Filem yang menjejak dunia nyata, bukan berangan-angan sampai kelangit. dan aku suka kesederhanaannya.

Well.. bukan aku tak hargai filem Malaysia. Bukan aku tak patriotik, tak nasionalis. Aku bangga jadi anak Malaysia. That's it!!

Tapi kenapa bila aku menonton filem, pandangannya ke negara jiran?


Okay..selain perbezaan bahasa yang tidak terlalu kronik sampai perlukan subtittle, agama dan budaya nya juga tidak terlalu jauh tersasar. Kalau nak dibandingkan dengan status “kekayaan”, memang Malaysia ni kategori senang lah. Tapi produk filem kita selalu tak capai kepuasan aku sebagai penonton. Memang ada filem yang bagus. Tapi tak banyak dan selalunya pelakonnya sama je. 

Aku okay dengan filem Shuhaimi Baba. Tapi kalau dah combo nya cenggitu je sampai berpuluh filem pun, bosan jugak ( Contoh kavitha Sidhu yang appear di almost every film..kill the mood woooii. Sometimes sampai jadi tak relevan) . Macam filem Osman Ali juga. Yang aku boleh telan hanya CUN. Dia pun suka juga pakai combo yang sama. Dah naik bosan. Ada filem yang “naik taraf' sikit, tak juga tayang di sini. Contohnya HANYUT yang dah banyut entah kemana. Filem seperti SEMBUNYI, TERBAIK DARI LANGIT, KIL, CEO pulak, bagus tapi tak laku. Banyak lagi la filem yang bagus, tapi doomed to die kekdahnya. Yang laku.... filem bodoh yang langsung tak menjana minda. *sigh*

Actually aku suka filem yang simple, yang bercerita tentang realiti. Tidak terlalu berbajet tinggi, bukan filem pakai CGI or pelakon lagak ngeri yang buat seram kaki. Hanya relationship antara manusia yang biasa , toleransi beragama dan hubungan antara kaum yang tidak dibuat-buat . Macam Tabula Rasa ni lah. Cuba tonton sendiri. Tapi make sure bukan tengah lapar. Sebab visual masakan dalam filem ini memang boleh buat meleleh air liur.


Errmmmmmmmm..

Bercakap pasal favourite actor, setelah Habibie & Ainun, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, YasminePendekar Tongkat Emas, Guru Bangsa Tjokroaminoto, coming soon 3 Srikandi, Halfworlds dan Firegates, aku berharap Reza Rahadian akan kembali ke filem yang tidak berbajet besar, biopics atau filem yang hype nya melantun-lantun. 

Aku rindu dengan karyanya seperti di Emak Ingin Naik Haji , Hafalan Sholat Delisa atau Alangkah Lucunya Negri Ini. Filem sederhana tentang manusia dan hubungan nya dengan manusia lain. Untung dia ada TV Series “Dibawah Lindungan Abah” yang berjalan sepanjang Ramadhan baru-baru ini. Yang endingnya bikin banjir airmata di malam raya.. Hahahhahahahhaa..... Adeiiii!!! Ada ke patut buat ending macam tu punya tragik dan tayang malam raya. *facepalm*

P/s : Kalau tak kerana kawan aku kawen 31 Ogos ni.. nak je aku pi tengok Bukit Kepong HD kat Aeon mall depan umah.

Semua gambar credit to pakcik google

3 comments:

Unknown said...

Apakah ibu seorang guru???
Coba tengok 'trailer filem mars Indonesia', saya rasa ingin menangis melihat trailernya.
Dan reza Rahardian akan bermain di film my stupid bisa dan 3 Srikandi, semua ada di YouTube

Kikey said...

Hii Miki

Bukan, saya bukan guru. Saya seorang interpreter.

Saya sudah menonton My Stupid Boss. Harap nanti akan ada 3 srikandi ;)

Riri Due Cerita said...

sudah tonton film 'Aisyah biarkan kami bersaudara' belum?
mungkin film itu sesuai dengan selera Anda.Film tentang toleransi beragama dan banyak mendapat award.Film lain yang bagus yaitu 'Athirah'.Oh ya sekarang sedang trending film 'Cek Toko Sebelah'.Ada pelakon Malaysia jadi aktor utamanya.