Ermmm..aku hanya nak cerita tentang
majlis kahwin.
Memandangkan satu Malaya ni dah tahu yang
Nubhan nikah 29 Ogos hari tu dan bersanding 30 & 31 Ogos di
Seremban dan Juasseh. So, ini cerita pendek aku tentang majlis
sanding sebelah lelaki.
Actually keputusan untuk menghadiri
majlis dia ni adalah keputusan last minutes since undangannya pun
sampai last minutes. Aku memang ada terima kad jemputan dari Angah
Ruzi sehari selepas habis raya masa aku kerumah angah. (
Hehehhehe.... baru nak datang beraya) . Masa tu tak decide pun nak
pergi sebab memikirkan aku ada kursus Audit di Melaka dari 27 hingga 30
Ogos tu.
Then..... hari selasa (25 Ogos)
tiba-tiba masuklah whatsapp bertalu-talu jam 5.30 petang.
TaaaRaaaaa..... jemputan dari pengantin lelaki untuk majlis di
Juasseh. Okay........ nak pergi ke idok, nak pergi ke idok. Aku hanya
jawab InsyaAllah je. Sebab balik dari Melaka dah hari ahad. Takut
keletihan.
Balik dari Melaka, tiba-tiba Harney
tanya lagik, nak pi ke tak? Dengan berat hati, aku jawab je lah ye.
Aku penat sebenarnya. Hehehhehee. Tapi mengenangkan aku memang kenal
baik dengan family Nubhan ni, aku decide nak pergi lah jugak. Tak
elok dimata orang kalau tak datang. Walaupun kami dah jarang
berhubung, tapi silaturrahim dengan family kena jaga jugak. Ye tak???
Jadi 31 Ogos tu aku pi lah Seremban kat
Harney. Pergi ngan parents dia sekali. Memandangkan ini last minutes
decision, kami pergi beli hadiah last minutes jugak. Hahahhaha.
Sorrylah kawan!! jemputan last minutes, hadiah pun ikut last minutes.
So that you know... Yang kami memang saaanggattt jauh dari pelamin. Gambar ni pun zoom ntah berapa kali using harney's iphone.
Sampai ke Juasseh ngam-ngam pengantin
tengah berarak. Giler ramai orang kot!! Aku ngan Harney hanya tengok
dari jauh je. Dah macam pergi jom heboh dah keadaan kat situ.Tak nampak muka pengantin, nampak tanjak je. Hahahahahha
Kami kena tunggu lebih sejam baru dapat
makan. Itupun serdak rendang daging ngan sosej. Okay, ini first time
aku makan nasik majlis kahwin yang lauknya macam ni. Dimaafkan lah
sebab orang terlalu ramai. Kelam kabut sikit lah makcik katering tu.Kesian dia.
Kami jumpa dengan family Nubhan,
semuanya ada kat situ. Then lepas sembang-sambang, aku balik ke KL.
Kami tak jumpa pun pengantin. Sebab orang terlalu ramai dan sesak
sungguh. Maybe dia tahu kami datang sebab ada hadiah tu. Maybe lahhh.
Kalau tak tahu pun tak apa. Janji bahagia.
Harney, Angah & Me... try photobooth kat depan dewan.
Dah lama tak jumpa Toi (AF6 /
Hyperact),surprise gak dia ingat lagi aku even aku dah pakai tudung.
Hehehehe. Dulu aku tak pakai tudung. Ada juga beberapa orang AJK FC
yang lama-lama muncul kat situ. Semuanya atas jemputan Angah Ruzi.
Bagus angah ni... ingat siapa yang berjasa dengan FC anak sedara dia
tu. Hahahhahaha.
Okay.. rasanya tu je lah aku nak
cerita. Over all, majlis diaorang ni meriah la. Just jumlah tetamu
nya jauh terasar dari expected guest nya. Hehhehe. Selamat pengantin
baru Nubhan & Dayah!! Semoga kekal hingga ke Syurga. Hehhehehhee
p/s : Tahniah Guru Bangsa Tjokroaminoto
as Film Terpuji Festival Film Bandung 2015. Tak sia-sia aku pergi
menonton sampai ke Bandung. Hehhehehe
No comments:
Post a Comment