Ini adalah real copy. Memang aku punya.
Akhirnya!! Setelah hampir dua tahun Yasmine tayang di Brunei dan Indonesia, aku dapat juga salinan original DVD ini. Thanks Angah Ruzi yang bersusah payah mencari di Bandar Sri Begawan. Mula mecari di KFC sampailah ke Gadong Mall. Akhirnya jumpa di Sia & Tang. Okay, aku bukan nak bercerita pasal macam mana aku dapat DVD ni. Tapi aku nak bercerita apa yang aku tengok dari "mata" Yasmine.... dan juga.........
................. dari mata ayahnya, Fahri.. (literally) Hehehhehe
* Ini filem Brunei, maka dialognya memang akan dalam Bahasa Brunei. To be frank, ini bukan bahasa Brunei yang selalu aku dengar bila ke sana. Dua kali dah aku kesana, selalunya bahasa pasar yang digunakan dirumah adalah sangat susah untuk difahami. Luckily Yasmine menggunakan bahasa standard. Yang bunyinya lebih ke Bahasa Melayu Malaysia kecuali lebih baku. Welll...aku tak perlukan subtitles untuk film ini walaupun ada subtitles dalam bahasa Inggeris. Hebat tak aku?? Hahahha
* Cast yang datang dari pelbagai negara. Ada Liyana Yus dan Nadiah Wahid yang originally dari Brunei. Ada encik mega star Reza Rahadian yang datang dari Indonesia, bersama Agus Kuncoro, Mentari de Marelle, Dwi sasono, Roy Sungkono, Maharasyi dan Ariffin putra as cameo. ada Dian P.Ramlee, M.Nasir, Nabila Huda, Aryl Falak, Soo Wincci & Carmen Soo dari Malaysia. Fuhh!! How Siti Kamaludin deal with these peoples??? hahahhaa..
* Semua. I mean, SEMUA cast bercakap dalam bahasa Brunei tersebut. Haaaaaaaaaaaa.. Kat sini lah kita tengok, ada yang okay, ada yang canggung. Bukan bahasa sendiri kannn. Kalau aku pun di suruh berlakon dan bercakap full in Indonesian or Bruneian, memang aku nangis lah. Jadik camne pun, akan tetap tak bunyi native speakers. Hihihihi. But Reza and Agus did a good job.
* Okay, enough cerita pasal semua tu. Mari aku cerita pasal BRUNEI. Apa yang dipamerkan dalam Yasmine adalah Brunei yang aku "kenal". Yang serene.. yang aman damai. Percayalah cakap aku. untuk kita yang memang biasa tinggal di bandar besar, memang akan rasa "Krikkkkk..krikkk..krikkk" gitu. Lagi-lagi bila menjelang malam. Sebab memang Brunei tak bising.
* Kampung air. Nenek Yasmine tinggal kat kampung air. Dua kali aku kesana, aku tengok sendiri keadaan hidup di kampung air itu. Memang naik bot kemana-mana. Kami naik bot jugak. Tapi kehulu sungai, lepas tu kehilir sungai. Kampung Air ni memang landmark terpenting di Brunei. Kamu bukan ke Brunei kalau tak ke kampung air. Interesting lifestyle.
* "At least menjangkau la dulu" Kata Fahri bila anaknya tak sempat nak makan. Itu sesuatu yang aku belajar dari family angkat aku di Brunei. Ini macam adab kita orang melayu, kalau tak sempat makan... jamah jelah. tapi mereka hanya menjangkau. Just jangkau je makanan tu dengan tangan. Tak payah usik. Hormat ajakan orang lah. ( Correct me if I'm wrong.)
* Nenek Yasmine suka buat ambuyat. Dan cara makan ambuyat dah ditunjukkan oleh yasmine. Masuk mulut.... telan. Ngeeeeeee.. camne nak kunyah kalau ambuyat itu adalah kanji? pernah makan gam? Hahahhaha. Camtulah rasa ambuyat. Memang kalau tak pernah makan, siksa nak telan. Ambuyat ni ada pencicahnya. Dulu kami makan cicah ngan kuah durian. memandangkan rasa ambuyat ni bland. So, kalau dicicah.... adalah perasanya.
*Ayah Yasmine adalah librarian. Honestly, bagi orang yang tak pernah pergi Brunei, akan fikir semua orang disana duduk atas duit, kaya raya. Well... tak semua. ada jugak golongan pertengahan seperti yasmine dan ayahnya Fahri. Cuma struggle nya tak lah sehebat kita kat sini. hahahhahahaa...
*Silat !!. Nusantara ini menang ada sesuatu yang common untuk di kongsi. Iaitu silat. Silat boleh unite kita atau boleh mengasingkan kita. Yasmine belajar silat sebab nak pikat lelaki. Tapi akhirnya dia yang kecewa. Dan kemudiannyaYasmine menang pertandingan silat bukan sebab lelaki itu. Tapi sebab cintanya pada silat itu sendiri. Fahri pulak berpatah arang dengan silat sebab salah guna pengetahuannya. Dia hampir membunuh kawan baik sendiri. Tapi silat juga yang menyatukan balik persahabatan mereka... melalui Yasmine.
* Pemakaian tudung disana bukan strict sangat. Tapi untuk sekolah, Universiti dan agensi kerajaan, mereka memang pakai tudung. Yasmine nyaris nak kena jemur bawah tiang bendera sebab tak pakai tudung pergi sekolah. Hahhahaa. Comel je dia balas balik pak guard tu. Then bila Yasmine pakai tudung, itu tudung macam budak skolah kat sini jugak.
*Kereta. Haaaaaaaaa... orang Brunei memang naik kereta beb!! Bukan orang Malaysia, orang Indonesia, orang Singapura atau Thailand tak naik kereta. Tapi kita ada jugak naik bas atau tren. Mereka tak. Mereka naik kereta. Pernah sekali aku pi umah family kat sana, berterabur kereta kat halaman. Ingatkan ada kenduri. Rupanya memang ahli keluarga je. Tapi yang magiknya, jalan tak jem!! Hahahaa.. ini sebenarnya reflect daripada populasi mereka yang sikit, harga minyak yang rendah dan tax!! Hihihi.. No more argument!! *TINGGG*
Okay... aku nak cerita pasal cast plak...
Liyana Yus...
*Liyana Yus. Ini pelakon baru yang di trained khas untuk filem ini. Bagi masa dan bagi lagi banyak filem.. this girl can go very far. Yasmine Fatia dalam diri Liyana tak nampak seperti dibuat-buat. Mengalir secara natural. Dia dibesarkan oleh ayahnya. Degil, berani, nakal, lasak dan dalam masa yang sama, comel. Aku suka tengok dia buat nakal atau bila dia kena marah ngan ayahnya. ekspesi muka dia memang kelakar. And she's good in silat too. Silat ditangan Liyana, tegas tapi penuh dengan kewanitaan. Langkah dan jurus nya cantik.
Reza Rahadian in Berlin. Picture credit to his official IG. @officialpilarez
* He was just 6 years older than Liyana. Tapi Reza Rahadian jadi ayahnya Yasmine. AYAH okey, bukan abang. Hahahhaa. Fahri adalah single father. Hari-harinya berserabut dengan perangai anak nya yang baru meningkat remaja itu. Dia lelaki dan Yasmine perempuan. Susah untuk Fahri memahami Yasmine. Lagi-lagi bila dilarang bersilat, makin galak pulak si anak bersilat. Sampai panggil cikgu mengaji kat rumah pun, dia pergi jugak join silat. Hahahhahaa. Kesian Fahri. Aku suka cara Reza portray Fahri Ismail. Tenang, lemah lembut, very fatherly... Tapi tegas. Oh lupa, Fahri ni OCD.. Hahhahahaha. And his silat pun cantik, his Bruneian dialect pun boleh pakai. So.... okaylah!! and he is very handsome too.. ( okay, dah melalut kelaut dah nihh)
* Nadiah Wahid ni pun pelakon baru. She is adorable. Comel macam teddy bear. Hehehe. Badan dia besar, tapi pandai jugak bersilat tu. siapa kata orang badan besar tak boleh buat aktiviti lasak??
* Cast dari Indonesia, Agus Kuncoro, Mentari de Marelle, Dwi sasono, Roy Sungkono, Maharasyi, dan Ariffin putra. Selain Ariffin Putra yang hanya jadi Cameo, yang lain banyak scene terutamanya Roy. Sebab dia kawan baik Yasmine. Aku suka watak Jamal jugak. Pelatih silat yang ironik nya tidak bersilat. Mereka semua did a good job. did justice to the film.
* Dari negara ku yang tercinta, ada Dian P.Ramlee, M.Nasir, Nabila Huda, Aryl Falak, Soo Wincci & Carmen Soo dari Malaysia. Dalam ramai-ramai ni, hanya Carmen je yang tak ada dialog. Tapi kita semua tahu dia adalah isteri Fahri. Maknya Yasmine. Dian P.Ramlee aman-aman aja jadi nenek Yasmine dan Nabila Huda yang, well.... agak tua berbanding adik-adik yang lain.hihihii. tapi okaylah..... at least kita ramai jugak kat situ dan dengan kualiti yang setara dengan yang lain.
Errmmm.. maybe aku dah menulis terlampau banyak disini. Untuk yang nak menonton Yasmine, silalah dapatkan dari Brunei. aku belum nampak lagi DVD nya dijual di sini. Di Indonesia pun katanya belum ada. Tengoklah!! it's a feel good movie. Cerita ringan yang tak sakit kepala. Just enjoy the view. Sebab Brunei dalam filem ini cantik. Dan enjoy the silat.
..............serta enjoy muka comel-comel yang muncul di skrin anda. Serius mereka semua comel. hahahhahaaa
p/s :Aku tunggu 3 srikandi dan Rudy habibie. dan My Stupid Boss.Fuhh..fuhhh!!!
All pictures credit to Google image. except for Reza's picture. Credit to @officialpilarez instagram
No comments:
Post a Comment