Invitation card nya.... Cute!!
Actually ini filem Reza yang kedua yang aku tonton sendiri di pawagam selepas Guru Bangsa Tjokroaminoto di Bandung pada tahun 2015. Tapi yang pertama aku hadiri premier nya. Premier filem ni dibuat di GSC Pavilion,Kuala Lumpur pada hari Isnin 16 Mei 2016. Aku pergi berlima. Dengan Kak Sofie dan 2 anaknya.... dan dengan Yusrizal. Kawan aku dari twitter.Tiket lagi satu? Errmmm.. yang tu bagi hantu. Hahhahahaha
Okay... As usual, aku hanya nak tulis point by point saja sebab nak buat dalam bentuk artikel memang aku FAIL BIG TIME. Aku tak akan bagi sinopsis, sebab ini baru premier... kalau nak tahu apa sebenarnya filem MY STUPID BOSS ni.... Sila lah tunggu 19 Mei ni. Akan tayang di sini, negara asalnya Indonesia, Brunei dan juga Singapore.
ABOUT THE PREMIER
Picture credit to : madness films
* My Stupid Boss di edarkan di Malaysia oleh Skop productions. Kelihatan boss Skop, Datuk Yusof Haslam dalam list VIP. Then ada duta besar Indonesia dan beberapa orang kenamaan lain.
*Yasmine Hani bertindak sebagai pengacara. Yang kelakarnya, selepas habis tayang film, dia pandang Reza " Heii...lain lah muka you" Hahahaha...Mesti ngeri tengok muka bossman sebelum tu. Hahahhaha
* Reza Rahadian yang kelihatan sangat tenang. Bila sebut je nama dia, histeria semua. Tapi dia nya composed je. He is certainly the centre of attraction malam tadi. Agak awkward juga melihat dia se composed itu. hahahahhaha
* Aku star struck!! Frankly cakap, Reza in person memang sangat handsome. Walaupun tak berapa tinggi dan very skinny. Tapi karismanya memang mengundang spotlight. He choose to speak fully in english, maybe sebab sedar bahasa dia susah nak difahami kat sini kot.
* Bunga Citra Lestari memang seorang yang ceria. Ceria dari mula datang sampailah habis. All you can see is, dia ketawa.
* Kat red carpet ada fazura, Zizan Razak dan beberapa artis lain. Antara yang paling awal sampai adalah Bront Palarae. tiba-tiba muncul kat depan tu. Handsome jugak bront ni.Hihi
* Ada ucapan-ucapan dari VIP sebelum mula filem, lepas tu tayangan filem.... then baru ada sesi soal jawab. ambik masa sampai pukul 12 tengah malam. Then kat luar ada lagi TV pulak buat interview. akhirnya sampai umah kol 1 pagi. Hadehhhh..
ABOUT THE FILM
Poster My Stupid Boss versi Malaysia
* Ini filem komedi. Memang untuk buat orang ketawa. Tapi ada kalanya aku rasa kesian dengan bossman. Tak tahu kenapa. Walaupun dia menjengkelkan, tapi bila orang buat tak perduli dengan dia. Muka dia tu buat aku simpati. Ngeeeeeeee....
* Ada adegan yang buat aku ketawa sampai keluar air mata bila bossman buat-buat pengsan dalam kereta ferrari tu. Memang bodoh giler.Dan bila diaorang bawak pintu besi masuk hutan.......boleh pulak dia baring-baring dengan senang hati atas pintu tu. Orang lain penat menolak,dia relex je sambil ketawa-ketawa. Rasa nak tampar je lelaju. Hahahhaa
* Kalau BCL kata Reza deserve Piala Citra lagi tahun ni, aku setuju!! Tengok dia as bossman dan tengok dia in real life.... memang jauh beza!! he nailed it every scene. Sekali pun tak terlepas bossman tu jadi Reza, Habibie, Tjokro, Satrio and all.
* Scene Bront & Mr Chew tukar-tukar sejukkan badan kat peti ais tu memang kelakar. Punyalah panas pejabatnya sampai duduk dalam peti ais. Memang literally duduk dalam peti ais nih. hahahhaha
Okay tak nak cerita banyak. Kalau ada masa lapang, pergilah tengok.Tapi jangan pulak expect filem ni penuh dengan pengajaran dan adegan-adegan mencabar. My Stupid Boss ni adalah filem untuk kita duduk santai, sambil gelak-gelak dengan kawan-kawan. Dan enjoy je tengok pelakon-pelakon hebat kolaborasi Indonesia dan Malaysia. They are sooo funny!! Trust me!!
p/s : Tunggu Rudy habibie. Tapi tunggu muka bossman hilang dalam kepala dulu. hahahahahahahaha
2 comments:
Aku sudag tengok film ini kemarin malam. Reza sangat baguss, hanya saja... Bunga citra lestari masih jelek aktingnya, lebih bagus bront dan azhari.
Tapi film ini terbaik dari film AADC2, entahlah... Selepas menonton film 'rangga dan cinta': rasa hati borring.
1 bulan ini saya menonton 3 film indonesia: AADC2, Mars (mimpi ananda raih semsesta) dan my stupid boss. Padahal tak pernah aku menonton film indonesia.
Diantara 3 filem, yang terbaik adalah mars dan my stupid boss. Coba tengok trailer mars (mimpi anada raih semesta) dan aisyah: biarkan kami bersaudara. Film cukup bagus
Oh yeah? Saya sudah tengok 2 kali. selepas premier ( which is free)...then saya tengok lagi kali kedua. kerana di Premier, sudah terlalu malam dan mengantuk.Tak focus.
Hahahhaa.. GIVE ME FIVE!!! I was expecting more conflict between rangga & cinta. but they end up jalan-jalan around Jogja. Good for tourism.. but bad for a movie. Hehe
saya suka menonton filem Indo. Tapi bukan semua tayang di Malaysia. luckily My Stupid Boss tayang disini dan dibuat gala premier nya. Untuk film lain, saya terpaksa tunggu DVD nya atau hanya di Youtube. :(
I will watch the trailers... thanks for the recommendation. :)
Post a Comment