Tuesday, September 28, 2010

Balik Kampung Pahang

Hi alzz...
To tell the truth....I'm in deep pressure now. So, menambah pressure is not an option. Untuk merelease tension yang dah macam mount Kinabalu tu.....aku decided untuk spend my time dengan family.

Untuk mengubat hati yang huru hara, minggu lepas kami sefamily balik kampung arwah atok di Pahang.Yeayyy!!!!!!!...

Semuanya in last minutes plan pun sebenarnya. Main redah jer...hahahhaa. Mula-mula aku tidur kat seat paling belakang. Hahahhaa. Dah la aku sorang je kat belakang tu. Letak bantal Aisy, aku lelap dengan penuh bangganya. Sampai setengah jalan baru terbukak mata, fuh!!! air sungai tengah penuh. Kalau memancing best nehh!!!..hehehee....

Sampai sana, kami decided untuk pergi ke kampung lama dulu. Dah bertahun-tahun kami tak kesana. Kat kampung ni la mula-mula arwah grandparents aku tinggal lepas pindah dari KL. Aku suka sangat kampung ni sebab tepi sungai. Perghhhh!!! zaman kecik-kecik dulu, arwah atok la yang paling rajin bawak kami adik beradik pergi sungai. Orang Pahang kata, time air “toho”.....time tu la orang-orang tak tahu berenang ni, sibuk nak turun ke sungai. Selalu kena RAP kan oleh mak tersayang. Sebab takut lemas.hehhehe

Tapi......sampai je ke sana, kecewa betul...rumah arwah atok dah tak ada, tapak nya pun dah tak ada. Yang ada hanya hutan belantara. Rumah-rumah orang kampung yang berderet kat tepi-tepi sungai semua dah tak berpenghuni. Semua dah roboh. Kalau ada pun, dah buruk sangat. Dulu aku ingat kampung tu panjang. Tapi bila lalu sekarang ni......pendek je rupanya.

Disebabkan kecewa..kami balik saja ke rumah baru atok. Errmmm..kat sini pun banyak kenangan. Dah 4 tahun dia tak ada pun, still kuat bau kayu-kayu yang dulu arwah atok guna buat kepala parang. Tiba-tiba rindu dia. Sebab dia bau kayu-kayu tu. Ingat lagi dia duduk kat tepi pintu dengan alat-alat pertukangan dia. Sedih tengok katil dia yang dah uzur dengan tilam yang dah berlipat tu. Rindu sangat masa-masa dulu....ketika rumah tu meriah dengan kami anak beranak. Sekarang ni dah sunyi sepi.Errmmm..tu sebab aku malas nak balik Pahang ni selalu-selalu. Tak boleh tahan air mata. Rindu giler dengan arwah atok.

Lepas tu, kami beraya kat rumah mak ngah di felda Purun. Kesian mak ngah, dia nampak tua dari mak aku. Padahal mak aku dah 60 lebih dah. Aiyakkk!!!. Rasanya dah lama dah kot mereka adik beradik tak jumpa. Sampai saja, mak, alang & mak ngah berpeluk-peluk..Huhuhuuhuhuuu.....macam program jejak kasih dah. Aku? Tersengih sambil tengok-tengok rumah mak ngah yang dah macam banglo kekdahnya.kekekkekekek.

Habis sembang-sembang dan makan-makan, kami pun balik.........

So, tu je la aktiviti kami sekeluarga hujung minggu aritu.Yang bestnya, tengok jiran depan umah atok tu bela 14 ekor kerbau.Walaupun baunya buat aku pening...tapi gemuk-gemuk kerbaunya. Kalau jual tu agak-agak kaya jugak kan?? hahhahahaaa.

P/s: Aku bukan robot.......

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya

Hai Alzzz.......

Selamat hari Raya Aidilfitri...!!!!!

Baru je sehari raya, aku dah makan macam-macam. Nampak gayanya...cepat je la badan aku naik balik. Baru je nak enjoy berat 50kg. Naik balik kot esok lusa.....hahhahahaa.

Aku baru bukak balik Facebook aku hari ni. Sebab aku shut down seminggu? errmmmm..aku tak nak jiwa kacau. Tu jer.....

Untuk sahabat-sahabat aku......maaf zahir batin kalau ada apa-apa yang aku buat sepanjang tahun ni membuatkan korang tak suka. Kira kosong-kosong la ye...

Jumpa lepas raya!!!!!!

Wednesday, September 1, 2010

Happy Birthday Adam

Hai Alzzzz...

This is Adam Danish Bin Mohd Hasani and he is officially 3 years old today. Just to wish him..... "Jangan nakal sangat kalau tak nak kena cubit"...hahhahahahahahaaaa.

Errmmmm..yesterday my sis told me a story about one retarded woman...Why I called her retarded? sebab memang macam tu pun.Bangga sangat dengan designer shoes dia tu.Kalau setakat yang half price, tak payah canang la weiii...huh!!!!...Am I jealous? Nope!! I am just annoyed!!!!!.Kalau aku nak beli, sekarang aku pun boleh pergi beli. Tapi nak turun naik tren pakai designer shoes? lupakan laaaaa....

Sometimes, this type of peoples, bila susah pandai pulak buat muka sedih minta tolong.Tapi bila dah senang, konon la bahagia sikit...mula lupa siapa diri dia sebenarnya. Berkali-kali aku fikir, I just have to agree dengan Tun M...Melayu memang mudah lupa. Tak tahu la penyakit apa ni...penyakit bangsa ke atau hanya satu statement yang semua orang agree untuk mengiyakan.Melayu memang mudah lupa, jadi...mari kita lupa ramai-ramai....(?????)

p/s: Raya...Raya...Raya.....seminggu lagi!!!...