Wednesday, November 22, 2017

Perempuan-Perempuan Chairil


Picture credit to it's website

 Yeay!! Berjaya!!! 

Payah giler nak dapatkan tiket untuk teater ni. Masa tiket mula jual je, Website cramp!! Error.. lepas tu terus tak boleh nak masuk. Kalau kawan-kawan kat Indo kata payah, apatah lagi aku yang diseberang laut ni. Menderita!!

Memang banyak kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang percubaan untuk mendapatkan tiket tersebut. Sampai aku ngan kak Sofie dok bertekak lah. Tak payah la aku cerita panjang lebar. Tapi memang sakit hati, sakit telinga, sakit mata etc..etc....

Then bila keadaan sikit tenang in between ributsss tersebut.. aku senyap-senyap bukak website titimangsa foundation. click punya click, tiba-tiba boleh pulak. Hanya seat VIP dan VVIP je ada. VIP berharga IDR 750,000 dan VVIP IDR 1,000,000. Hahhaha. Tapi itu pun dah tak banyak. Aku belasah je la order VIP. Alhamdulillah boleh. Petang tu aku pergi kat money changer untuk transfer duit ke akaun kat invoice sheet tu. Lepas settle semua, nitnot bagi aku number person in charge untuk confirm kan bayaran. lepas confirm, settled!!

Sebenarnya mudah je proses nya. Errmmmm.....

Okay, kita tinggalkan je la kisah beli tiket tu. Meh aku cerita pasal teater ni.

kami ke Indonesia pada hari Jumaat, saja nak rehat di Bekasi, makan-makan kat Sumarecon dan lepak kat Harris Hotel & Convention Centre feeling-feeling orang kayoo. Hahahahhaha

Jumpa ngan Nad kat Sumarecon, Bekasi. Lama tak makan kat Coco Ichibanya. dapat pulak kawan Nad belanja air. Hehehehe.. Terima kasihhh...

Back in Jakarta pada hari Sabtu, kami tinggal kat Hotel Alia Cikini. Just seberang jalan je dengan Taman Ismail Marzuki dimana terletaknya Teater Jakarta. Pementasan yang kami nak pergi ni hari Sabtu 11 November 2018. Pukul 3 petang tu, kami pergi ambil tiket di lokasi. Sebenarnya kat dalam tengah berlangsung Full Dress Rehearsal dan lepas tu sidang media. Tapi kami dok kat luar tengok budak-budak berlatih menari. Hihihihi...

Baru lepas redeem ticket. Tiket untuk VIP. Permandangan nya cukup cantik sebab nampak keseluruhan hall

So........

Pementasan tu berlangsung jam 8.00 malam. Kalau kat kita, jam 9.00 malam la. 

Ini macam biopic juga. Tapi kisah Chairil anwar dengan 4 orang perempuan yang pernah hadir dalam hidupnya. Menurut kata orang, ada lebih dari empat. Tapi tak kan nak cerita semua lah kan.. jadi, yang diambil hanya empat orang. Ida Nasution, Sri Ajati, Sumirat dan Hapsah. 

Opening pementasan ni dimulakan dengan monolog Chairil. Menceritakan tentang kawan nya dan tentang perempuan-perempuan. Katanya, bukan dia yang kejar perempuan... perempuan yang kejar dia. Hahahhahaaa... 

Then barulah pentas dibuka dengan set-set siap dengan side kick si Reza.

Picture credit to it's website
Ida Nasution :

Watak ni dibawa oleh Marsha Timothy. Personally aku belum pernah tengok Marsha dimana-mana filem atau apa-apa kerja dia yang lain. Selain cantik, Marsha sebagai Ida memang convincing. Aku suka perwatakan Ida yang cerdik, bijak dan sophisticated tu. Cara dia mematahkan rayuan-rayuan Chairil tu buat aku senyum sendiri.  Pada zaman tu Ida dan pandai memandu kereta sendiri tapi dia diberitakan hilang dalam perjalan dari Jakarta ke Bogor. Maybe Ida terlalu cerdik untuk Chairil. Well, sometimes ada lelaki yang suka dengan perempuan yang cerdik tak terjangkau begini kannnn...

                                                          Picture credit to it's website
Sri Ajati

...is Chelsea Islan. Macam Chelsea, Sri ni orangnya cantik. Sri adalah model lukisan, penyampai radio dan orang kaya-kaya. Kalau nak kata part yang light, dengan Sri ni lah part yang paling light antara 5 segmen. Aku tak tahu apa-apa pasal Sri, tapi katanya hubungan antara Sri dan Chairil tak lebih dari hubungan platonic. Paling cute bila Sri tanya Chairil, dia datang nak jumpa ke..nak makan siang? Chairil kata dia dah makan................ 2 hari lepas. Hahahhahaa. 


 Picture credit to it's website
Sumirat

Aku selalu tengok Tara Basro sebab aku tengok Halfworlds season 1 dan Pendekar Tongkat Emas. Dan aku suka tengok muka ala-ala bitchy dia tu. Segmen antara Chairil dengan Mirat ni adalah segmen paling "panas". Di segmen ni akan nampak betapa passionate nya percintaan Chairil dan aku suka tengok macam mana Reza sangat fluid disini. Desperate dan penuh emosi. Di sini ada satu line yang paling aku suka.

"Sedang dengan cermin aku enggan berbagi"

 Dang!!!!!!!! (mulut ternganga mata terbeliak..)

 Picture credit to it's website
Hapsah


Sita Nursanti ni pun aku belum pernah tengok lagi. Nama pun baru kali ni dengar. hahahha. But among all 4 ladies, aku paling suka Hapsah. Rupanya dia "lawan" Reza yang paling jadik. Hapsah adalah perempuan biasa yang sangat biasa, dia tak faham puisi-puisi Chairil, dia anggap Chairil macam orang biasa yang malas kerja dan otak berserabut. Banyak dialog-dialog dalam segmen ni memancing ketawa. Walaupun ada joke yang aku langsung tak faham kerana menggunakan loghat daerah. Tapi over all..... This is the best segment.

* Aku ingatkan Chairil je yang batuk...rupanya si Reza yang memang batuk. Padanlah terseksa sungguh bunyiknya... hihihi

 Picture credit to it's website
Chairil Anwar


Walaupun aku dah lama "mengenali" dan mengikuti kerja-kerja Reza Rahadian. Termasuk filem, telemovie, sinetron ataupun hanya persembahan pentas, tapi inilah pertama kali aku tengok sang aktor diatas pentas teater. 

Teruja?

Giler tak!!! 

From the time dia berdiri atas pentas buat monolog tu... sampailah akhirnya tirai turun, I just can't keep my eyes off him. Projection suaranya jelas, kuat dengan emosi yang berubah-ubah. Dia berada disemua segmen dengan time off tak sampai 10 minit tapi deliver dengan sangat cantik. Bukan senang nak hafal script yang panjang dan penuh dengan puisi macam tu. Kena ada fokus tahap tertinggi and he nailed it big time!!

Lepas jumpa dengan nitnot di KL hari tu.... kali ni kami jumpa lagi di Jakarta. sayangnya tak dapat nak bersembang lama sebab nitnot kena balik cepat.

Selesai pementasan... aku keluar dan terserempak dengan Reza ( and the whole bunch of audience) di luar teater hall. Orang ramai sangat dan aku tak bercadang nak mengendeng. Aku tengok je la dia lalu............. Bye Chairil!!!! ( Waving dalam hati...)

Before the show aku terjumpa dengan adik Reza, David dan lepas show jumpa lagi. Kali ni dia yang snap kan gambar kami dengan Mama dia & Makcik dia sekali. Thanks David..

Kak Sofi, Mama Maya ( His aunty), Mama Dian ( His Mom) and me.....

Okay... basically, Chairil Anwar adalah seorang yang rebellious. Orang yang berserabut, keras kepala dan tidak memikirkan masa depan walaupun bercita-cita nak jadi menteri. He died at 27. Katanya pada Hapsah, dia nak hidup lagi seribu tahun. Looks like, setelah 68 tahun... Chairil masih "hidup" dan karya-karya nya masih di hargai orang.

It's a good experience. I'm honored to be one of a few Malaysian who witnesses the impressive show. Empat orang actress yang sangat bagus dan seorang lead aktor yang beyond words. Clearly he is not just a handsome face with fame and good ( very good perhaps) pay..... but with magnificent talent also. 

Congratulations to all cast, crew, director, writers & producers.  Till then.......

                                                               
                                                  Chairil si Binatang Jalang
                                                          Picture credit to it's website

p/s : Dari dulu lagi sebenarnya aku end up "jatuh cinta" dengan watak-watak yang dibawakan oleh Reza... Never with him.......

Thursday, August 3, 2017

The Salesman

The toughest thing to do is mengajak kawan-kawan tengok wayang, tapi filemnya diaorang tak suka. Atau tak sama genre.

Nasib baik aku berjaya pujuk 3 orang ini, Wani, Nathan & Ashraf untuk tengok filem Iran yang aku memang nak sangat tengok. Hehehehe.



Kami naik MRT ke Bukit Bintang dari Pasar Seni,. Syukurlah ada MRT ni. Tak payah kami bawak kereta parking kat Pavilion yang memang confirm mahal tu. Kenapa pilih Pavilion kalau dah tau parking nya mahal? Errrmmm..... Sebab filem ni hanya tayang di selected cinemas je. samada Mid Valley, One Utama atau Pavilion. Maka kami pilih Pavilion sebab ada MRT.

Sampai kesana, kami ambil tiket dulu. Okay, tak payah cakap pun semua orang tahu.filem camtu memang tak ramai orang nak tengok. So, selain dari kami..hanya ada kurang dari 5 orang yang duduk dalam pawagam tu.

Okay...iklan jap...

Sapa-sapa yang pergi Pavilion, nak tengok wayang... tapi risau nak pi surau jauh sangat kat bawah nun. Boleh pi surau kat tingkat 5. Cari kedai FITFLOP. ( Sampai hari aku taip ni..kedai tu masih wujud) Surau kat celah tu je. Nampak ada logo surau tu, masuk je dalam. Pepandai la cari lepas tu..Hehehhe

Orait..sambung balik.

Filem The Salesman ni adalah filem dari Iran. aku memang suka filem dari Iran sejak dulu lagi. Sejak zaman Children Of Heaven lagi. Sayangnya... filem dari Iran sangat limited kedatangannya ke Malaysia. Kalau tak dapat dari internet, sometimes aku tengok kat A-List. Baru kali ni aku dapat tengok kat pawagam.

It's a very good movie. Jalan ceritanya tak complicated, dan walaupun agak slow.... boleh menahan kita untuk duduk lama dan curious apa yang watak-wataknya akan lakukan.

Satu yang aku dapat dari filem ni..... Tak payahlah berdendam sangat. Sebab dendam tu tak akan bawa kita kemana pun. Akhirnya menyesal sendiri.

Lepas habis wayang, kami pi makan kat food court. Makanan pun dah tinggal sikit je memandangkan masa tu dah 9.30 malam. jadi, kami sebat je apa yang ada. Hehehehhehehe

Thanks banyak-banyak la kawan-kawan yang sanggup bayar tiket dan teman aku tengok filem ni. sayang korang banyak-banyak. Hehehehe.. nak group hugs tak boleh, aku hug Wani je la.. Hahahahahahaha

P/S : Tahniah Reza Rahadian menang BEST ACTOR di 57th Asia Pacific Film Festival. Actually aku wonder jugak kenapa Indonesia tak hantar Rudy Habibie bertanding dimana-mana filem festival antarabangsa sebab sayang performance sebagus tu tak masuk festival. Akhirnya masuk jugak..dan menang. STRIKE!!!!


Friday, June 30, 2017

Drama oooooooooo Drama

Actually aku rasa nak tweet benda ni. tapi memandangkan twitter aku ada kat tablet dan aku malas nak menaip di keypad tablet yang besar tu...............

Dan juga rasanya agak panjang untuk di tweet. So, aku decided untuk menaip nya disini.

Okay, recently, banyak drama yang ditayangkan di TV kannn. Boleh kata station TV berlumba-lumba nak keluarkan drama yang dapat menarik rating paling tinggi

Frankly, aku tadak masalah dengan drama yang banyak "bergentayangan" di TV. Kalau aku rasa nak tengok, aku tengok. Kalau rasa malas nak tengok.. aku tak tengok.

Tapi one thing yang agak mengganggu aku adalah... dialog!!

Semalam aku tertengok satu drama yang tengah hit bagai nak rak ni. kalau korang tau, tau lah. Tak payah lah aku cakap kat sini.

Content drama 24 episode tu, pada aku okay je. Standard jalan cerita kebanyakan drama TV kita...Nothing new... But I still can deal with it.

Tapi......... Ini dialog antara hero & heroin............

Sayang... sayang.......sayang...........sayang.......sayang... sayang.......sayang...........sayang.......
( Fill in the blank untuk perkataan-perkataan lain)

Dalam satu dialog, ada berapa kali SAYANG daaaaaaaa....... ( tepuk dahi)













Okay tu je aku nak kata........... Chow!!!!





P/S : Selamat Hari raya Aidilfitri Semua.. Maaf Zahir & Batin


Tuesday, May 23, 2017

Memburu "Critical Eleven"

Aku ke jakarta untuk menonton Critical Eleven(CE). Last minutes decision sebab kak Sofie ada event dengan Pilarez ( Fanbase Reza Rahadian)

Untuk yang tak tahu tentang filem ni, bolehlah buka Instagram Ika Natassa ( Penulis buku), Reza Rahadian ( Lead actor.. IG tu IG Fanbase dia), Adinia Wirasti ( Lead Actress) dan juga IG cast lain, Refal Hady, Revalina S.Temat, Hamish Daud dan lain-lain.

This is going to be veryyyyy long dan kalau tak nak spoiler, sila lah skip posting ni sebab I will cerita everything. Dari perjalanan aku, sampailah ke Filem Citical Eleven.

The Journey

Barisan yang tak panjang...tapi lama gilakkk

Kami fly jam 7.40 pagi dari KLIA. First time aku naik Lion Air. Disebabkan ada sekumpulan pakcik yang aku rasa baru balik umrah beratur kat depan tu dan bawak berbelas-belas luggage, kami terdelay kat check in counter hampir sejam. End up kami hanya ada masa 15 minutes je sebelum boarding. Akhirnya terjadilah kejadian yang jarang berlaku......Berlari dalam airport!!. Nasib baik KLIA1..kalau KLIA2 dan boarding nya jauh.... Maybe kitaorang dah kurus kering.Hehehe.  

Jarang dapat duduk depan camni...selalu tersepit je kat tengah-tengah 

Akhirnya kami berjaya jugak sampai ke Jakarta setelah rough landing yang buat kitaorang nasib baik je tak tercampak ke depan. (Gara-gara duduk depan sekali)

Nasi + ayam bistik

Di airport Soekarna-Hatta, kami makan kat Solaria. Actually ni tempat makan yang paling aku suka kalau aku ke Jakarta. Sebab makanan nya ada rasa dan portion nya banyak. Memang sesuai sebab kami memang tak breakfast dan makan tengahari tak akan secepatnya.

Lepas makan, kami naik bas ke station Gambir. Dari Gambir naik teksi ke Smart Hotel. Kat hotel ni memang tak sempat buat apa pun. Mandi, siap-siap dan keluar ke Pondok Indah Mall 2 (PIM2) untuk acara Nonton Bareng ( NOBAR) kak Sofie. Aku tag in sebab aku tak nak jalan sorang. Thinking about waiting somewhere sampai dia habis event dan kemudian tengok wayang sama-sama.


Tiket wayang ni harga nya IDR75,000. Dalam RM 23++. 

Kitaorang naik grab ke PIM2. Sampai kat sana, ada dah geng-geng Pilarez dia menunggu kat depan cinema XXI. Aku tak kenal diaorang. Hanya kenal Nitnot, Fifit dan Yenny. Yang lain aku tak tahu sapa. Mulanya aku ingat nak tengok CE lepas mereka habis event. Tapi melihat tiket seterusnya jam 6.30 petang dan kami jauh dari Jakarta Pusat, aku decide untuk beli tiket untuk masa yang sama. Jam 3.55 petang. Sementara menunggu Studio buka, aku duduk je kat tepi dan minum Latte. Hehehehhee. Kat situ aku berkenalan dengan sepasang suami isteri yang nak menonton CE jugak. Sembang punya sembang, diaorang pernah ke KL dan si suami minat M.Nasir & Zainal Abidin. Hhehehhee.Kita swap artis kegemaran rupanya.  

  Latte yang berharga IDR 30,000

Bukak je Studio 1, aku pun masuk ke dalam tanpa menunggu kak sofie and the gang. Sebab aku tak nak la orang kata aku tunggu artis diaorang pulak. Sebab memang bukan attention aku pun. Aku hanya nak tengok wayang dan tayangan jam 3.55 petang tu memang dibuka untuk public jugak.


Tak lama lepas tu, pawagam pun dah hampir penuh. Apparently, budak-budak Pilarez ni bukan Nobar dengan Reza sahaja, tapi dengan his whole family. Tengah duduk layan iklan, tetiba lampu yang sepatutnya dipadamkan, tetiba menyala terang. And there he was, Mr Aldebaran Risjad himself crawling like Ju On out of the screen. Hahahhahahhaa. Taklah. Reza Rahadian masuk dalam panggung. Bersama dengan “Isteri” nya Tanya Baskoro Risjad a.k.a Adinia Wirasti . Heboh dalam panggung bila diaorang tu datang berdua. Reza claimed that dia terserempak dengan Adinia kat luar. Well... Obviously, nobody believes him laaaa. Even if it is true. Hahahhahahaha.

My Indonesian friend..Nitnot 

Habis wayang, aku pun keluar sambil tumpang-tumpang tengok Reza. Hahahhahaaa. Aku tumpang tengok je laaaaa...bukan buat apa-apa pun. Then aku terus keluar dari panggung dan tunggu kak sofie kat luar. Hehehhee...aku sesat tak tahu nak pi mana sampailah tetiba Reza keluar dari situ. Errkkk!!! Sekali dengan rombongan yang bergerombolan keluar. Diaorang pergi ke XXI semula dan aku ikut selepas jumpa dengan Nitnot. Aku kesana sebab tak tahu nak pi mana. Sampai kesitu, diaorang semua bergambar dan bersembang. Aku duduk je kat kerusi tepi tu tengok Reza. Memang aku suka buat gitu kan... tengok je. Dia pakai T-Shirt putih kosong, ripped jeans dan kasut converse yang agak comot. Comot dari Converse aku. Tapi sangat handsome. Hahahhahaha. Lebih handsome dari yang aku jumpa masa My Stupid Boss dulu. Dan dia lalu depan kaki aku je.  

KFC box set... Tak de kat KL ni.

Habis event, kami pi makan kat Food Court. Aku makan KFC Box Set. Tak ada kat sini Box Set ni. Kak Sofie suka, tapi aku tak boleh gi. Hahhahaha. Adeiii.

Kami balik ke Hotel hantar barang dan lepas tu keluar balik ke Grand Indonesia (GI) dan beli tiket CE untuk esok pulak. The after that balik hotel untuk rehat.

Critical Eleven for the second time....Penat nangessss

Hari ahad tu kitaorang tak pi mana pun. Hanya pi GI, makan aiskrim dan lepas tu tengok CE. Beli tumbler Starbucks dan balik hotel dan kemudiannya terus naik teksi pergi ke airport. Paham-paham je lah Jakarta kann..jem dia lebih kronik dari KL. Tak nak la ketinggalan flight.

Sampai KL kol 12.30 tengah malam sebab flight delay dekat sejam kat Jakarta. Nasib baik lah Ali, kawan abang ipar aku tu ada datang jemput. Well... tak jemput sangat laaaaa... kena bayar jugak sebab dia buat uber. Hihihihi

Tumbler ni je yang aku beli sepanjang aku kat Jakarta...kekekkekeke

So, itulah cerita aku ke Jakarta pada 20-21 mei aritu. Memang tak buat apa pun. Hanya pi tengok wayang je. Nak buat camne, memang aku minat filem-filem pelakon yang duduknya diseberang laut. Well, deal with it laaaaa...

Crtitical Eleven

Official poster

Kali terakhir aku menangis sampai bengong adalah ketika tengok TV series Dibawah lindungan Abah episode akhir. Malam raya masa tu. Tak pasal-pasal pagi raya mata sembab. Hahhahahaha..

CE buat aku menangis lagik. Dikala kebanyakkan orang fokus kepada kepada cinta Ale & Anya, aku melihatnya dari sudut perasaan sepasang ibu bapa yang kehilangan anak. Rasanya tak payah lah aku tulis sinopsis nya Kerana filem ini diadaptasi dari novel Ika Natassa yang menjadi best seller di Indonesia. Maka, ramai yang tahu jalan ceritanya. Tapi aku nak tulis apa yang membuatkan aku meleleh air mata dan apa yang membuatkan aku suka filem ini.

First time Ale dan Anya jumpa... Dalam First Class Cabin,  Singapore Airline

Okay, ini harapan palsu dan peringatan untuk aku, jangan harap lah lelaki se handsome Ale Risjad akan duduk disebelah aku dalam flight. Melainkan kalo aku Tanya Baskoro yang duduk first class, pakai baju mahal dan kelihatan seperti perempuan high class. Ngeeee...Kalau ada pun lelaki handsome, dia akan buat bangang je. Hahahhahaaa. Ini first time Ale & Anya jumpa. Scene tu memang comel. Tapi aku rasa....dalam sejuta perempuan, Anya je yang bernasib baik jumpa lelaki handsome nak giler dalam flight dan dia nak berkenalan. Kekekkekekekke..


The love birds

Lepas kahwin anya dengan rela hati ikut Ale ke New York. Dia start keje part time dan enjoy her life walaupun Ale kejap ada kejap tak de sebab kerja di rig di Teluk Mexico.Tapi bila Anya start pregnant, Ale jadik over protective. Being an independent woman, yatim piatu dan biasa semuanya sendiri, aku boleh faham perasaan Anya bila dipaksa-paksa balik ke Jakarta dan bergantung dengan keluarga mertua. Dan juga faham dengan pendirian Ale. Dia jauh dan jarang balik. Anya pulak pregnant dan tak ada siapa jaga. Bila Anya accident, very minor accident actually... Ale jadi bertambah-tambah over protective sampai akhirnya jadi bergaduh. Being a wife, apa lagi yang boleh dilakukan? Ikut je la...... He is the husband by the way.

Bila Aidan buat his first kick. Anya menangis kerana terharu dan Ale.. ' It's real...It's kicking” dengan muka yang penuh kekaguman. Entah mengapa, aku ikut terharu. They are sooo cute.


Dah mula nak bertekak ini dua orang...

Di Jakarta, everything went well. Anya balik ke tempat kerja lama dan kembali ke geng lama nya Tara, Agnes & Donny. Dan Ale minta tukar ke rig yang berada di Laut Jawa. Semuanya baik-baik saja sampailah anak didalam perut Anya tiba-tiba tak bergerak. The worst nightmare untuk semua parents pun terjadi. Aidan yang ditunggu-tunggu dah meninggal dalam perut kerana terbelit tali pusat. Ini starting point yang buat rumah tangga diaorang goyang. Dan aku jugak meleleh air mata. Bayangkan perasaan seorang ibu bila terpaksa melahirkan anak yang dah meninggal. Sebak giler bila Anya pegang tangan Aidan yang dah tak ada response. Malam-malam dia terjaga, perah susu. Tapi anak tak ada nak bagi susu. Arghhhhhh.. Ini feeling paling seksa.


 Scene Ale menangis di kubur Aidan sendirian tu really broke my heart. Damn you Reza!!!

Ale:  Ramalan cuaca kata, 20% hujan akan turun.... 
20% je... Hahahhahaha

Dan Ale mula buat dingin. Mula perlahan-lahan menyalahkan Anya. Sampailah apa yang terbuku dalam kepalanya tiba-tiba tak tersengaja, terkeluar. Kalau Anya tak terlalu sibuk, mungkin Aidan masih ada. Memang rasa nak jotos je kepala Ale yang cerdik tapi tak cukup sensitive tu. Dan perang dingin pun bermula. Padan muka ko, Ale. Cakap tak tapis-tapis.

Bestfriends Anya.. Donny, Tara & Agnes

Cold war mereka dapat dikesan oleh parents Ale dan mula campur tangan. Ini scene yang sangat bagus. Dua aktor muda terbaik dengan dua lagenda perfileman indonesia dalam dua scene yang di selang selikan. Ayahnya bawa Ale jauh ke puncak sambil melawat kubur Aidan dan ibunya menasihatkan Anya di rumah. Bahagianya dapat mertua yang memahami kannnn. Walaupun Ale dan ayahnya tak pernah baik, tapi ayah tetap ayah. Kalau anaknya ada masalah, memang tak akan dapat sorok dari pandangan seorang ayah.

The Risjads : Anya, Ayah, Ibu, Raisa, Ale & Haris

Pada hari jadi Ale, family nya buat surprise. Walaupun marahkan Ale, Anya tetap belikan lego Star Wars yang Ale idam-idamkan. Masa ni performance Reza-Asti memang terbaik. Antara reluctant dan mahu, Anya relakan tangannya diheret Ale kemana-mana. Dan disebabkan rasa bersalah dengan kelancangan mulutnya, Ale tetap pegang tangan Anya walaupun dia tahu Anya cuba mengelak. Selepas birthday party ni ada satu scene yang dikatakan agak x-rated. Tapi pada aku..biasa je. Ada je filem Malaysia yang ada scene gitu walaupun tak banyak. Mereka pasangan yang madly in love dan sangat merindui satu sama lain. Ale ingat masalah selesai lah lepas tu.......... Hati perempuan, Aldebaran Risjad!! Bukan macam main lego. Dah lerai, boleh cantum balik dengan cepat. 

Ale biasa dengan besi dan minyak....tak pandai nak berlembut.. 

Perang dingin tak setel lagik. Anya meeting ke Singapore tak bagi tau. Ale nak menyusul dia tak bagi. Ale boring duduk rumah. Disebabkan dia berserabut, dia di suruh cuti 2 bulan untuk bertenang. Ye lah..sapa nak kerja dengan dia kalau dia asyik nak baling barang je. Balik dari Singapore, perang lagik. Ini serius nak lagakan aja kepala budak berdua tu. Anya marah Ale tak pernah masuk bilik Aidan yang disiapkannya sendiri . Sebab penting bagi dia untuk Ale menjengah bilik Aidan. Dan Ale marah Anya tak pernah pergi ke kubur Aidan. Saling salah menyalahkan. Dan perkataan terakhir Ale sebelum dia pergi.... Salah siapa? Fikir sendiri.


Sakit otak ko ni Aldebaran Risjad!!! Hahhahahaha

Sebagai perempuan, aku faham perasaan Anya ketika tu. Dia baru lepas bersalin dan anak yang dilahirkan nya tu meninggal. Si Suami yang sebenarnya penyayang, romantik dan sangat memberi perhatian.... turn out menjadi “musuh” nya sendiri. Menyalahkan nya beberapa kali. Kalau aku sendiri pun, kesedihan tu memang tak ada hujungnya.

Akhirnya mereka berdamai juga dengan ego masing-masing. Anya pergi ke kubur Aidan for the first time dan Ale memberanikan diri masuk ke bilik Aidan. Saat Ale menangis di tepi baby cot tu sampai menggigil badan, rasa nak pi peluk Ale biar dia berhenti nangis. Tapi kang kot kena jotos kepala ngan bini dia plak...Ngeeeeee

Aldebaran Risjad

Cerita diaorang berakhir dengan manis. Lepas kejadian yang buat Anya takut setengah mati, dia maafkan juga Ale. Well Anya, kamu dah terima dia yang begitu.... Cari la jalan macam mana nak handle mulut si handsome yang tak pakai penapis tu. Hehehhe.

Honestly, filem ini banyak flaws. Ada scene yang melompat-lompat dan sometimes mengelirukan. Dan juga bebarapa product placement. Tapi set aside those technical problems, Critical Eleven berjaya menusuk sehingga ke hati. Persoalan yang ditimbulkan sangat real dan sangat related dengan mana-mana pasangan yang baru berkahwin. Walaupun masa nak nikah tu, suka sama suka....walaupun “sampul” nya secantik dan seindah mereka berdua, akan ada satu hari nanti dimana ada perbalahan yang samada akan membawa kepada lebih kekuatan cinta atau akhirnya membawa kepada perceraian.

Taaarrrraaaaa!!!!! Ale & Anya akhirnya ada Ansel. Comel kan???

Aku tabik dengan bakat lakonan Reza Rahadian. Aku dah kata aku penat kata dia bagus. Tapi dia bagus dan aku nak kata dia bagus sebab dia sangat bagus sampai aku rasa aku sayang Ale tapi aku rasa nak terajang dia. Hahhahaha. Adinia Wirasti, she is sooo brilliant. Boleh rasa betapa sakitnya dia. Kesedihan dia.Dan aku suka Keara yang bubbly, Raisa yang matang, parents Ale yang sangat warm. Harris yang menjadi lebih dari seorang adik. Well... keluarga Risjad ni memang lahir semua lawa-lawa rupanya. Hahahahaha Dan juga Tara, Agnes & Donny. True friends yang kita semua idam-idamkan.

Okay.... mungkin filem ini tak akan tayang kat Malaysia. Kalau tayang pun.... mungkin akan dikerat dan dicincang sampai lumat. Kerana ini filem DEWASA. Yang ratingnya pun D di Indonesia. Banyak adegan kissing, peluk-peluk, dukung-dukung... Lompat berjemaah atas sofa. Biasalah tu, logik nya, pasangan baru berkahwin, yang sedang bercinta gila-gila...Depa hanya tengok-tengok je ke? Come onnnnnn.... Hahahhahaaa

Filem ini banyak menggunakan Bahasa Inggeris dalam dialog. Between Ale & Anya, between them & their co-workers. Untungnya bahasa Inggeris Reza & Asti bagus dan sedap didengar. Kalau depa ni tercalon dan menang dalam mana-mana anugerah tahun depan.... aku tak complaint. They deserved it!!Ini chemistry terbaik dan paling believable selepas Habibie & Ainun.   

 Suka tengok family ni.... lawa-lawa belaka..

Well..panjang lebar dah aku taip. Maybe kalau ada yang baca ni, anda akan sedikit pening dan penat dan mengantuk dan akhirnya tutup je windows anda. Hehhehee. Reza dah tak de filem dah untuk tahun ni.. so, aku berehat dulu la ye dari “memburu” filem dia di Indonesia.

P/S : Tunggu Tomo Gunadi pulak.

* All pictures related to Critical eleven, credited to their respective websites.

Apa saja yang aku tulis disini adalah pendapat peribadi. Tak bertujuan untuk mempengaruhi atau memburukkan sesiapa. Critical Eleven masih tayang di semua pawagam ( Bisokop) diseluruh Indonesia. Enjoy!!

Thursday, February 9, 2017

Surga Yang Tak Dirindukan 2



I went to Jakarta again...kali ini untuk filem Surga Yang tak Dirindukan 2

Dan kali ini juga, untuk premier di Plaza Indonesia. Tak payah ceritalah lah macam mana aku boleh dapat tiket tu. Just aku nak tulis sikit pasal filem ini..

Untuk yang di Indonesia, filem ini telah mula ditayangkan semalam, 9 Feb 2017 dan untuk yang di Malaysia, SYTD2 akan start tayang pada 16 Februari 2017.

Dan untuk yang belum menonton filem ini... awal-awal aku katakan...sila SKIP POSTING INI kerana ianya mengandungi SPOILER.

Tapi kalau nak baca jugak...... Silakan. Ini adalah padangan aku sebagai penonton. Pandangan individu dan tidak ada kena mengena dengan pandangan orang lain yang mungkin jauh berbeza. Dan aku tak akan cerita pasal jalan ceritanya. Just by character saja lah....

Okey... kita start dengan main subject iaitu...



ARINI ( Laudya Cynthia Bella)

Honestly aku suka Arini di SYTD yang pertama. Dia wanita yang tegas, positif dan isteri yang sangat redha. Tapi aku agak kurang suka Arini di SYTD2.

Kisahnya, Arini dijemput oleh komuniti Islam di Budapest untuk mempromosi kan bukunya. Nothing wrong with that. Dia ditemani oleh Anak nya Nadia dan Sheila. Managernya ( yang sangat cute dimainkan oleh Nora Danish). Everything went good....Arini berjumpa dengan Meirose dan Dr Syarief ..dan selebihnya tengoklah sendiri.

Jadi, apa yang salahnya Arini? Bila semua kata Arini ikhlas kerana membenarkan suaminya berbaik-baik semula dengan madunya Meirose, sebenarnya dia selfish. Dia tahu umur dia tak panjang, dia paksa Meirose untuk terima Pras, dia paksa Pras terima Meirose. Semata-mata  kerana nanti bila dia dah tak ada, Pas tak pandai buat segalanya sendiri dan Nadia akan tak ada ibu. Dia nak Mei ganti tempat dia.

Well.. secara logik akal dan secara nyatanya... ini tindakan mementingkan diri sendiri. Dia paksa Pras, paksa Mei, okaylah..tu suku sakat dia. Tapi dia ada tanya Syarief?

Okay..tak sempat nak tanya Syarief... okay then...

Arini akhirnya dah jumpa Syurga yang dia rindukan. The end...Tamat kisah Arini....


PRASETYA ( Fedi Nuril)

Pras adalah lelaki alim, romantik, penyayang dan lurus. Idaman semua wanita. Tak ada apa sangat aku nak cerita pasal Pras. Dia tetap Pras yang aku "kenal" di SYTD dulu. Kesian jugak kat pras sebab kena ikut wasiat isteri. Cakap apa pun tak guna. Hehehehhehe..

Tapi okay jugak... dia tak merasa jadik duda. Aku rasa Pras dah jumpa Syurga dia. Dapat isteri lagi dan dapat anak dua.


MEIROSE (Raline Shah)

Aku tak sangka aku akan suka lakonan Raline Shah. Aku suka Meirose yang dia bawakkan. Nampak independent, bahagia. Dia dah happy-happy saja tinggal di Budapest dengan anak dia Akbar. Ada kedai sendiri, ada kawan-kawan yang baik, ada boyfriend hensem (hehehe)

Tapi kehidupan normal Mei tiba-tiba jadik abnormal sebab kedatangan Arini sekeluarga. Haywire sebab tiba-tiba Arini suruh pulak dia jangan bercerai dengan Pras. Maybe Mei masih sayang kan Pras dan jugak dia nak kan lelaki alim untuk jadik suaminya instead of a half Hungarian yang banyak benda tak tahu tu.... So, babai la Syarief. Walaupun ko hensem dan baik begitu... Hahahahahhaa

Syurga Meirose pun dah ditemui. Dia akhirnya jadik satu-satunya isteri Pras. Ada dua orang anak dan pembimbing hidupnya seperti yang dia impikan.


SYARIEF KRISTOF (Reza Rahadian) a.ka. Mangsa Keadaan 

Aku expect Syarief Kristof akan jadi orang jahat yang merosakkan rumah tangga Pras bersama Arini dan Meirose pada mulanya. Tapi turn out that Arini, Pras & Meirose yang mengecewakan hidup Syarief. Kesian mamat ni. Dah la lurus, baik dan tak banyak karenah. Dia dah siap beli cincin, dah melamar Mei. Dia nak belajar agama. Aku tak nampak apa yang tak eloknya Syarief sampai dia di perlakukan begitu. Mentang-mentanglah dia tak banyak cakap dan dia orang luar dari rumah tangga depa dan dia memang orang luar. Tak de pun sapa-sapa mintak pendapat dia bila nak sapu awek dia. Hihihihi.

Ermmm... memang redha, ikhlas dengan menyerah kalah tu...bezanya tipis je kan?

Tak ada Syurga untukmu disini Syarief.... Sila ngorat lain. Hahahhahaha

Oh ya, aku suka jugak bila filem ini tak memberikan pelakon cameo atau seorang random girl untuk syarief sebagai ubat kekecewaan dia. Jodoh tak akan muncul secepat kilat.... So, itu real!!



Honestly, aku suka chemistry Reza / Raline. Pertama kali aku tengok diaorang berdua ni, masa filem TERPANA. Tapi tu sikit je. Kali ni baru betul-betul "bercinta". Harap nanti ada satu filem yang menggandingkan Reza / Raline lagi. Sebab they look soooo gorgeous together. Oh ya, kali ni Reza berbahasa Hungary. Seperti biasa, petah dan bersahaja. Aku tak tahu dia nak cakap bahasa apa pulak lepas ni... Hahahaha...

Tahniah jugak kepada Nora Danish. Walaupun wataknya biasa-biasa je..tapi ada suntikan cuteness disitu. Tak malu jugak la munculnya Nora kat filem ini kannn...

Yang lain-lain pun okay. Ada gelak ketawa nya, ada sedihnya. Dan sebenarnya, scene yang paling awkward adalah bila tiba-tiba Syarief masuk rumah Meirose sebab nak menghantar mainan Akbar. Ada Arini dan Pras sekali kat dalam rumah. Rupanya Arinilah orang yang Syarief ceritakan kat Meirose dan Pras adalah orang yang Meirose ceritakan kat Syarief. Awkward Big Time!!!!

So.................

Untuk yang nak menonton filem ini, silakan menonton bermula 16 Feb ni di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Untuk yang di Indonesia, dah boleh menikmatinya sekarang.. Just go with the flow.. nikmati permandangan Budapest yang sangat cantik dan juga quartet diatas yang sangat cantik dan sangat hensem.

A movie worth to watch

p/s. Menunggu Aldebaran Risjad di Critical Eleven.