Wednesday, December 31, 2008

Memories.......

Tiba-tiba....Aku terasa nak keluarkan gambar lama. Haa..haaaa....Gambar time aku dengan AFCM. Dari 2004 sampailah 2008. Bukan tak banyak, tapi aku tak scan. Sebab aku pakai kamera filem je dulu. Inilah kalau korang nak tengok, sikit dari beribu-ribu keping dalam simpanan aku.
Adam FC first raya. Aku tak ambil gambar dengan Adam. Tapi dengan "jemputan" dia. Farah breep breep.Haa..haaa...Such a sweet girl!!!. Majlis ni di Kelab Darul Ehsan. Meriah walaupun penghujung majlis tu ada peristiwa sedih sikit. By the way........di majlis ni lah aku mula kenal Linda Cik Bintang. Hee..heeee....kawan baik aku sampailah sekarang!!Birthday Adam yang ke 22 tahun. kat hotel Holiday Villa Subang. Themenya merah putih!!...Merah menyala dalam ballroom tu.Meh aku kenalkan. Sebelah aku tu lah Linda. Sebelah Linda tu Adam & Is. Depan tu aku lupa nama. Then Shaz, Qila, Ila & Zue. Is & Zue adalah AJK AFCM Sabah.Sanggup turun KL sebab nak raikan birthday Adam.

Hari raya kat Saloma Bistro. Hee..heeee....meja kami adalah meja terakhir yang Adam singgah.So, ambik gambar ala kadar jelah. AJK dah nak cepat tarik dia keluar. Tak cukup masa.Macam biasa, majlis raya AFCM mesti ada anak yatim. Aku lupa dah anak yatim rumah mana datang masa ni.
Ni bowling inter-FC anjuran Nana FC & Farah Fauzana FC. AFCM main sebelah KRU VIP. Ahli KRU VIP & AFCM lebih kurang sama je. So, havoc lah dua team jadi separa gila. Adam ada datang masa ni. Tapi tak dapat nak ajak ambil gambar.Kelam kabut sangat. So, aku, Linda & Ila dok snap dengan Ijan je lah. Kalau peminat Adam mesti tahu siapa Ijan ni. Kawan Adam yang juga ahli kumpulan ESDCO.
Dengan Ning Baizura. Hee..hee..heeee..Dinner anjuran Ning Clix, AFCM & Za8 FC. BEST!!!. Yang aku tahu, Vern ada juga dimajlis ni. Tapi aku tak nampak dimana dia berada. Haa..haaaa...Aku memang kekwat kan Vern.Masa tu lahhhhhhhh......
Lepas tu, ambil gambar ngan Adam plak. Majlis raya lah kekdahnya kan.......macam ni la. Aku suka time ni walaupun budak-budak AFCM hanya datang 2 meja je. Satu meja VIP & aku dok belakang sekali....meja yang tak berapa VIP.Wakakakkakaka
Rasanya ini first time AFCM bawa ahli-ahli keluar KL. kami buat majlis dua hari satu malam kat PD. Tinggal di hotel seri malaysia. Masa ni la paling seronok. Lagi-lagi inilah first time Adam bawa kereta waja dia yang ber air brush tak hingat tuh. Haa..haaaaa...
AC Disini. live kat Astro RIA. After the show. Memang keje giler ni. Aku datang dengan kazen aku, naik cab!!!. Punya lah tegar!!. mula-mula aku nak kat belakang.Tapi disebabkan kerusi dah habis, aku terpaksa squeeze duduk kat depan sekali. Adooiiiii!!!!!!!!!.depan-depan kamera!!. Bila tengok balik ulangan, rasa nak terjun gaung jer.......Ngong tol!!!..haa..haaaa...
Ini Hi Tea dengan AFCM sempena valentine day. Theme nya pink putih. Aku suka sangat hi tea ni. Sebab suasana santai sangat!!. Kami duduk kat sofa dalam satu bilik sederhana besar. Rasa macam dekat antara satu sama lain.Permulaan majlis, Adam beri bunga rose pink sorang satu. Sampai sekarang aku simpan rose tu. sampai dah kering rangup dah.Haa..haaa..
Kat PD. Second time AFCM buat trip. Buat apa tu???.....Kebetulan Birthday aku. so, dapatlah sesuap kek secret recipe Adam.Haa..haaaa. Sebenarnya kek tu kelab bagi kat Adam sebab menang Pelakon Lelaki Pilihan kat FFM.Alih-alih dia raikan birthday orang pulak. Bukan aku sorang ni, 3 orang. Bodow tol muka aku time ni. Wakakakakkaa.........
Perlancaran ADAM II kat The Carnival Sungai Petani kedah. Trip 2 hari 1 malam dengan KMG. Kami bermain tak hingat kat water park tu. Hari Ahad orang kedah kerja, so....kami kerjakan lah The Carnival tu sesama kami je. Sepanjang aku join AFCM...inilah acara paling Best!!. Sampai sekarang aku still teringatkan gelongsor biru kat situ. Taubat aku!! Sampai bila-bila aku tak akan naik dah gelongsor tu. menyeramkan sungguh!!!!
Pra dengar album ADAM 3 kat pejabat KRU. Ini lah last aku bergambar dengan Adam. Kami 20 orang adalah orang pertama yang dengar full album masa ni.lepas pra dengar, KMG hidang nasik lemak...tapi aku tak makan sebab sakit rahang ketawakan Adam belajar cakap Tamil.Hee..heeeee..

So, that's it!!! Gambar-gambar lama.haa..haaaaaaaa..macam-macam ghupe kan. Rindu sangat dengan Adam & AFCM. Bukan aku tak nak join & bukan aku busy sangat dengan Nubhan.It's just.............masa & tempat yang selalu tak sesuai.Nantilah..........bila-bila ada masa nanti, aku join balik. Good Luck Adam in 2009!!!!

Happy New Year

Esok 2009!!!..So, I'm a year older. OLD, but still.......YOUNG. Haa..haaaaaaa..alahhh..just enjoy your life while you can lah. aku dah tahu dah macam mana kalau dah tak larat nak bangun. Rasa tak berguna pun ada. So, live your life to the fullest. Tapi beringat la kan..........Jangan la nak over!!

2008 banyak bawak kenangan. Yang manis, yang pahit, yang payau. Yang meluat pun ada. 2008 lah aku kenal Tegarians, Nubhan, Vern, Nubies..lepas tu aku balik ke cari.com. Last aku dok melepak disitu, tahun 2004. Lepas tu aku keluar terus dari situ. Tahun ni aku masuk balik & terus melekat kat situ. Ramai kawan aku dapat kat situ.

Banyak yang aku belajar di tahun 2008 ni. banyak yang aku hilang & banyak yang aku jumpa balik.Terus terang aku cakap, aku suka kehidupan aku dalam tahun ni. Lebih banyak warna dari tahun-tahun yang lepas. Aku mula tengok dunia dari perspektif yang berbeza. Am I happy with all the changes? Well.........boleh laaaaaaa...Aku tak mahu dah diri aku yang dulu-dulu tu.Yang selalu berfikiran negatif & sensitif.

So, Azam tahun 2009?? Pernah ke aku ada azam? Pernah!! Azam tahun 2008 dah tercapai 80%. Ha...haa..apa azamnya? Biarlah aku ngan ALLAH je yang tahu. Tapi aku puas hati....!!!!Tahun ni aku akan pergi ke BALI & JAKARTA. Ke Bali pada bulan 3 & Jakarta pada bulan 10 Insya-Allah. Dah lama dah sejak aku pergi BEIJING pada 2006, aku dah tak keluar negara.Balas dendam tahun 2009 nih.Haa..haa..haaaa....

Ada azam lain?...eeeemmmm....ada!!! Tak payah la aku cakap. Nanti tengoklah!!!.......Aku akan usaha sedaya upaya untuk capai hasrat yang satu tu.

To Tegarians - 2008 is the beginning. Harap kita akan bersatu sampai bila-bila. Luurrvvesss you all.

Vern - Apa nak cakap ek??...Haa..haaa..Tetiba tak tau nak cakap apa kat ko. Stay THE BEST la kot.Haa..haaa....

Nubhan - Nakkk sangat dengar album pertama ko dik. Memang nakkkkk sangat!!!!!!....

AFCM - Aku tak kemana-mana. Aku ada...............Harap Adam lebih cemerlang tahun 2009!!...Lama tak jumpa. Rindu looorrrrrr...huhuuhuhuhuuuuu

Monday, December 29, 2008

Bowling Inter FC anjuran Shawal FC

Bowling time!!!!! again!!!!!..dah banyak kali aku ikut bowling tournament. Semuanya dengan AFCM. Kali ni je yang berbeza. Aku join Mamat nih punya FC. Haa..haaa..haaaaa.....Suka suki je kan ikut mana-mana FC. Kebetulan Adam FC tak tahu yang ada tournament ni. So, it's Nubies turn lohhhhhh.....
Look at his shirt......T-shirt ni sama dengan semua Tegarians. Bukan official Nubhan FC punya T-shirt. Hanya specific untuk tournament ni sahaja. Gambar ni aku snap just before Nubhan sibuk mengusik Beckham dari Mila FC kat sebelah. Kelam kabut jadinya bila Beckham tu sebenarnya...melatah!!!
All yang pakai T-shirt Tegarians 69. Haa..haaaaa..what 69 stands for???...Haa..haaaa..biarlah kami je yang tahu.
Dah macam-macam posing keluar dah ni.......Dah penat berposing kekdahnya.
Siap ambik pandangan belakang lagik. Sebab nak tunjuk NFC kat belakang tu sebenarnya.
In the middle of the game. Sempat lagik budak bertiga ni snap gambar. Posing sesuka hati namanya.Nasib baik aku tak snap original pose. Kalau tak...................makan ulam lorrrrrr...Haa..haaa...
Aku pun join sekali. Haa..haaaaaaa.....Gasaklah weeeeiii. ku assistant manager what!!!..wakakakakka.Penat tau keje sambil berseorak sakan.
Lepas main bowling....kami pergi makan kat KFC. Nubhan tak sabar nak bukak present dia. Coklat Tiramitsu rupanya.....habis kat situ jugak kami makan ramai-ramai.
Hamper ni Nubhan punya jugak. satu-satunya yang dia tak ceraikan. Haa..haaaa..Payah tu nak dapat hamper ni. Kena muka tebal kekdahnya.wakkakakakaka....
Yang ini memang hancur kami kerjakan. Ini hamper untuk anugerah team paling havoc. Haa..haaa..No 2!!! Thanks banyak-banyak la to Nubies yang sudi turun padang jadi pom pom gurls. Korang memang rawksssss!!!!..Lain kali kita sorak lagik ye.Ini hadiah Nubhan sebagai pemain paling cool. Apa tak cool nya, bola tercampak kebelakang pun dia boleh buat ala-ala Divo lagik.Suka hati ko la dik.......
Itu story kat bowling. Yang ni story kat Mid Valley. Semalam Tegarians keluar lunch ramai-ramai. Menu istimewa, Daging Salai Masak Lemak. Masakan YB!!...Perghhhh meletopppsss!!!!
Muzi, Tira & Fit.........sementara tunggu yang lain datang.Sempat snap gambar dulu...
Tokwan, YB. Tira & Vern. Vern tersangat lah officialnya. Wakakakkakakkaaa...Tau-tau jelah kan...baru balik dari istana.
Aku, Eila & Bad......Aku makan mee kari, lepas tu makan nasik. Semata-mata sebab tergode dengan daging salai masak lemak YB.Haa..haaaaaa..Rugi weehhh sapa yang tak makan tuh.
Ni dia!!!!!!!!!!!!!!!!!....Tinggal kuah jer lepas tu..Haa..haaa...
Vern yang datang all the way dari Seri Menanti. Siap dengan songkok & sampin nya. Haa..haaaa....Smart jugak bila Vern dressing macam ni.
Tu sajalah.........Haa..haa...Yang ada dalam gambar tu sajalah ada kat tempat kejadian. TAK ADA sesiapa lain yang tersorok atau sengaja disorokkan dari pandangan umum. Sekian,Terima kasihhhhhh...hee..heeee...

Tuesday, December 23, 2008

Storm???.....

I've been silent for a VERY LONG time. Cukup lama untuk aku collect & buat interpretation aku tentang kes ini. Aku bukan cepat nak menuding jari pada sesiapa. Sebelum aku melenting, aku akan fikir masak-masak dulu. Tapi this thing had gone too far.

Sebenarnya, frankly speaking, aku masih tak boleh nak digest masalah ini. Ada satu gap antara aku & permasalahan ni yang aku still can't put my finger on. Wonder why? Because sebenarnya ianya bukan masalah. Ianya hanya pemikiran yang setengah masak dari orang-orang yang sebenarnya sudah masak rentung!!.

Aku bukan baru dalam arena "KELAB PEMINAT" ni. Aku terlibat dengan KRU posse, KRU VIP, ADAM FC. Talking about KRU, faham sajalah kan......dah lama!!!. So, aku faham bits & pieces karenah & keadaan dalam satu-satu FC. Before Nubhan muncul, aku memang FULLY INVOLVED dalam AFCM. Infact, aku one of the most GILA dalam FC tu. Mana yang aku tak pergi, tanyalah...sampai bila aku missed gathering baru-baru ni.....cepat je aku kena blacklisted. Ada aku kesah??? aku puas tengok Adam "membesar" depan mata. From zero to somebody. I've made my part....so, it's up to them la sekarang nak buat apa.

Jadinya, aku tak terkejut bila ada perkara yang agak Kelakar berlaku dalam Nubhan FC. Kisah JATUH CINTA sampai air liur meleleh-leleh, kisah SENTAP, kisah TAK CUKUP, Kisah nak MENGEMPUNYA,kisah TERLAMPAU AMBIL KISAH, kisah apa-apa lah...banyak sangat!! Tu semua aku dah tengok!! Kadang-kadang buat aku rasa nak ketawa.

Reason kenapa aku involved dengan Nubhan is entirely berbeza dengan kenapa aku involved dengan Adam. Aku start berminat dengan Nubhan sebab SUARANYA. Orangnya?. Maaf cakap, mula-mula tengok pon tak selera. Tapi lama kelamaan Nubhan banyak berubah. Makin lama makin pleasent dimata. Tapi cukup ke tu? Tak cukup lagi.Masih banyak yang dia perlu baiki.

Balik pada kisah FC ni, bak kat Vern...FC is for fun!! Sepatutnya sekumpulan manusia dikumpulkan dalam sebuah kelab adalah untuk suka-suka. Untuk menyokong kerjaya yang empunya kelab. Tapi selalunya it turn out jadi mengarut sebab adanya parasit-parasit yang cuba jadi lebih sudu dari kuah.

Aku bukan menulis sebab aku nak defend Kawan-kawan aku. Tapi nak aku jelaskan, Tegarians tak buat apa-apa pun. Kami hanya berkawan sesama kami. Minat kami yang sebenarnya agak berbeza. Kami ada habit suka mengikut jejak Nubhan. Bukan kerana terlampau fanatik, tapi kerana kami suka berjalan jauh. Terlanjur minat dengan Nubhan, apalah salahnya kami menyokong dia bila dia ada show di luar KL. At least dia tak sunyi, ada juga peminat walaupun setakat 5 atau 6 orang. Buat teman dimasa dia tak kenal sesiapa disekeliling dia.

Aku tahu ramai yang salah anggap dengan kami. Terutamanya dengan keakraban kami dengan Vern. Untuk pengetahuan semua, kami berkawan dengan VERN. Bukan Nubhan. Status Nubhan tu, tak lebih dari seorang artis & seorang adik.Tidak ada sorang pun dari Tegarians yang ada direct contact dengan Nubhan. Kalau kami dah bataskan gelaran "kakak" & "adik" antara kami...so, itulah batasnya. Kami tak akan pergi lebih dari itu.

Kami tahu status kami, kami tahu dimana kami berdiri. Tegarians masih siuman & faham situasi dalam industri hiburan ni. Kami semua profesional. Kami respect bakat Nubhan. Mungkin nampak kami "popular" sebab kami selalu kelihatan disekeliling Nubhan. Jangan risau...kami tak nak dia tu. Kami hanya berada disitu sebab kami ada disitu. Sesiapa yang nak dekati dia, silakan....dia bukan hak kami.

So, dinasihatkan disini....Kalau kamu mahu diri kamu dihormati. Hormatilah orang lain. Kami tak minta disanjung dipuja. Kami hanya minta diberi sedikit ruang untuk bernafas. Kami tak pernah berhasrat untuk merosakkan sesiapa, terutamanya Nubhan. Dia pun dah besar panjang, He's a smart boy & tahu berfikir sendiri baik buruknya. Kami pun sama macam nubies yang lain....kami menyokong kerjaya Nubhan & mahu yang terbaik untuk dia.

Aku tak tahu macam mana nak menjentik, menampar atau menyepak terajang. Aku hanya memberi pendapat. Keadaan dalam Nubhan FC ni adalah keadaan normal yang boleh berlaku dalam mana-mana FC pun. Bila dah ramai tu....mula lah ada yang tarik muka, yang kecik hati & worst, yang terasa BESAR. Lepas tu mula la tuding jari sana sini. Silap tuding, orang yang tak ada dosa pun jadi berdosa besar pada dia.

Ok...itu sajalah ........ Kadang-kadang aku terfikir juga........diam-diam aku buat kesimpulan. Kalau lah Nubhan tak masuk AF kan..............Ada ke manusia-manusia yang terjatuh cinta separuh mati dengan dia? Ada ke yang nak berebutkan dia sampai tak cukup? atau ada ke yang terlalu kisah pasal dia? I Bet tak ada!!!! Haaa..haaaaaaaaaa....

Monday, December 22, 2008

Dinner with MY FRENZ....

Aku tak bawak kamera!!....Adessss!!!!...so, aku tak snap gambar lah kekdahnya.
Aku, Fit ( Bring along her son Eg), Muzi, Edna, YB, Baby & Vern having dinner malam tadi di Mid Valley. Just a small Christmas celebration for our dearest friend, Vern.The celebration was small, but the foods were BIG!!!.... Yeap! Aku yang tengah pantang seafood tiba-tiba jadi pantang jumpa. Perghhhh!! Rugi kalau tolak rezeki macam tu punya best!!..Sekali setahun punya penangan. Cukup-cukuplah aku "puasa" masa diaorang open table bagai nak rak kat Penang & Kedah hari tu.

Dinner kali ni best sebab kami dok dalam bilik yang Vern kata, banyak sejarah. Yang manis, yang pahit...semua ada dalam bilik tu. Kalau lah dinding tu boleh bercakap kan baik....hee..heee...Banyak cerita boleh dengar.

Lepas makan & sembang-sembang, kami keluarkan Christmas Gift "Taraaaaaaa!!!!!" You should see how he giggle. Macam budak-budak dapat gula-gula. Punyalah happy!!. It's Armani code!! From 7 of us!!! Didatangkan sekali dengan hadiah tu, is a big "not so christmas" card..haa..haaaaa....Suka suki je!!!!..
So..that's it!!..This is a free & Democratic country. Suka hati jelah nak celebrate apa & dengan siapa. Hee..heeee....Vern is our friend & this is what a bunch of friends should do. Celebrate together walaupun berbeza....

Merry Christmas Vern......Muuaaaahhhhhhhhh!!!!!!!..haa...haaaa.....

Pix courtesy of mrmanager.blospot.com

Sunday, December 21, 2008

Merry Christmas Everyone!!

A little too early to wish?..Nope!! It's only 3 days before some of my friends celebrate christmas.

Merry Christmas to My Boss Yang Arif Tuan Fredrick. I still think on what to buy for him this year. We bought one basket full of chocolates last year. Gila banyak!!. Considering that he want to loose weight this year, so I think chocolates seems to be a little too pursuasive.Haa..haaa..haaaa...

Merry Christmas to my friend David. Who gave me Hari raya card every year without fail. No card for you lohhhh....Macam biasalah. Aku kan "Yang Arif"!!!....haa..haaaaaa......Jangan makan hati ye.

Merry Chritmas to everybody I know in MPKL, who stays in & who stays in and out. Haa..haaa...Sometimes I can be so pelupa. Aku ingat ramai bagi kad raya this year, tapi aku lupa siapa yang celebrate apa. Apa-apalah...........Janji aku ingat semua yang lalu lalang depan aku, siapa yang celebrate Christmas tu, Merry Christmas!!!..Enjoy your holiday.

Last but certainly not least.........Merry Chistmas to my Friend, Vern!!!. This is the first year kannnn..Haa.haaa..berfore this aku baca je ko sambut Christmas. It's been a wonderful roller coaster ride with you and your team, pening....tapi fun!!!..Haaa..haaaaaaa.....

Office aku dah mula senyap...Semua dah mood cuti. Aku mood pening + sakit.........Malasnya.....................

Demam

Balik dari sungai petani....aku demam teruk sampai lebih seminggu. Perghhh!!!!!!!!!! tak pernah demam macam ni. 3 klinik aku pergi, habis lebih 100 hengget. Baru hari ni aku berjaya bangun & makan sikit. Tapi still nasi taste too pelik. Tak tahu kenapa. Tapi better dari day one lah, where air kosong pon seems too pahit untuk ditelan.

By the way,I heard about some hustle bustle around the town about Tegarians. But I still don't know exactly what it's all about. Maybe I have to ask my friends about it. Sebab setakat ni hanya aku je yang belum clear pasal hal ni. Demam punya pasal kannnnnnnnnnn.....kalau tak demam, agaknya boleh aja aku tahu ceritanya.

Pasal cerita di sungai petani tu, rasa aku, tak banyak sangat yang nak diceritakan. Semuanya dah ada, lengkap dengan gambar semua di blog vern. We enjoyed it as much as we did in any trip. Semua trip ada keistimewaannya masing-masing. Kali ni yang paling best maybe sebab ada orang belanja makan kaw-kaw punya. Aku pun terkejut jugak tengok foods macam nak kenduri tu. Padahal perut dah kenyang makan kat cinta sayang. Those peoples were great!!....Bukan senang nak dapat orang belanja makan macam tu kan.So, kami bedal jelah...haa..haaa...

And satu lagi, perjalanan yang menyiksakan dari sungai petani terus ke Seremban untuk satu lagi show.Haa..haaaaaaaaa...Yang itu memang memenatkan. Lagi2 aku demam. Cepat je kepala aku ditangkap migraine. Nasib baik kawan2 cepat bertindak. Kalau tak, hilang nak tengok Nubhan, diaorang kena tengok aku pulak.Wakakakakaka.

So sorry to those who waited in Seremban. Sorry kalau aku tak berapa nak mesra alam. Pepaham jelah ye, tak sihat......Lain kali kita jumpa di KL saja lah ye.

Cakap pasal di KL, Christmas ni akan ada bowling inter FC. Nubhan FC akan bermain sama. Tapi kami bukan nak bermain untuk menang, kami hanya nak bersuka-suka saja. So, jemputlah semuanya datang ye, kita meriahkan lagik pasukan kita tu.Kalah menang bukan ukuran....Janji HAVOC!!!!!!!!!

p/s : Adam FC main???....missed you all sooooo much!!

Monday, December 8, 2008

Rules to be Tegarians

Haaaaaaa..haaaaaa...kelakarnya posting ni. Tapi it just cross my mind........Tiba-tiba rasa kelakar dengan gelaran Tegarians tu. Actually nama tu Vern yang bagi. Sebab apa?.. Panjang ceritanya.Biarlah hanya kami saja yang tahu kenapa. Tapi "ahli" tegarians ni ada 10 orang je. Aku, Fit, Muzi, YB, Edna, Atok, Baby Neves,Tira, Kak Sue & Kak Fazy.

Nak jadik tegarians ni, tak lah susah....tapi ada rules jugak lah kan.............

* Bukan "jatuh cinta" terbalik tertonggeng sampai meleleh2 air liur kat Nubhan. Haa..haaa..haaa...None of the tegarians yang jadik macam tu setakat ni. Dan tak akan jadik sampai bila2.

*Puji....bila ada yang nak dipuji. Kutuk....bila ada yang nak dikutuk. Kritik.....bila ada yang nak dikritik.

*Sokong 100% on KERJAYA. Hal lain......pi lantak dia lah,tak masuk campur!!

* Semua Tegarians, except for Tira, panggil Nubhan "adik"........sebabnya, kami semua tua dari dia.Haa..haaa..

*Sanggup keluarkan duit....Haa..haaaaa....Kalau kedekut, jangan harap nak join budak-budak gilos ini...

*Sanggup tadah je gurau kasar kami. Sebab perkataan "bodow" tu dah besa dah sebenarnya. Jangan cepat nak amik ati.

*Kalau tak mahu kongsi makan atau minum....jangan gatai nak join kami. Sebab kami makan & minum je makanan sesama kami....

*Sanggup tido dua tiga jam? sanggup makan sikit2? sanggup dok tepi longkang? sanggup squeeze badan dalam kete yang padat? sanggup travel jauh2?..Haa.haaa...haaa..

*Lawan je bila disuruh lawan. Ada aku kesah??...wakakakkaka...kami belasah jer!!!...

*Bertindak secepat mungkin. Tegarians tak akan hesitate.

Tu jer kot. Bukan susah pun. Haa..haaaa..haaaa.....Kami bukan gila sangat, tapi kami suka berkumpul sesama kami, sembang2 & minum2 kopi. Jangan takut ngan kami, kami tak makan orang. Haa..haaaa...Kami just a bunch of Nubhan fans yang nampak lebih dari just drooling over him. Kami jumpa kawan-kawan among the fans. Maybe sebab sekepala, kami boleh get along.

Tegarians.......To Kedah this week!!!!......Haa.haaaaaa..

Semi Final Muzik-muzik - Balada (5/12/2008)

On Friday.....Semi Final Muzik-muzik Balada. Emmmm....What I'm going to say?..eeeeeemmmm....It's BIG!! Imagine banners & crazee screams......Riuh rendah dalam hall tu. Walaupun mulanya kami diingatkan ini bukan konsert AF. Tapi lepas tu, tah kemana perginya peringatan tu. Macam nak gila audience menjerit. Mainly from Ziana's fans, Bob, Faizal Tahir, Anuar Zain & Nubhan's.

Nubhan the newbie......bawak Nubies sampai 3 rows....Itupun dah kira kejayaan dah tu dik!!!

Ini pentasnya. I'm a bit far from it. But still can see lohhh. Kalau aku, menakutkan jugaklah pentas macam ni. wakakakakkaa.
Nubies..yang ni belum termasuk yang all around the planet lagik. Haa..haaa..haaa...Nubhan patut bangga dengan penyokong macam ni. Bukan senang tau, artis baru nak kumpul macam ni punya loyal fans. Orang nak kata kakak Hubi ke, kakak ubi ke, apa ke...ada aku kesah???...kalau tak minat, dok diam-diam.
Kesian dak ni, lintang pukang dia kena hurung. Kesian jugak kat kitaorang, nasib baik tak kena pijak.Haa..haaa..haaa.. Tahniah Nubhan!!. You've been on the stage where your rivals can only dream of. Sebaris dengan nama-nama besar dalam industri ni, menyanyi untuk semi final Juara Lagu in less then a year of performing!!...You should be proud of yourself....Orang lain ternganga-nganga lagik, ko dah sampai kesitu. You should smile dik!!
Ini megi muzi...aku pun tak tahu kenapa aku snap gambar ni. Sebab aku nak makan pun dah tak larat time ni. Nak tahu pukul berapa megi berasap ni sampai kat meja? kol 5.45 pagi....antara sedar dengan tidak.Wakakakkaa.Ada orang tu tido dalam kete sampai posing maut weeeehhhh...sapa????...sapa yang ada kat situ tahulah.....haa..haaa..haaa..
On Nubhan's performance, frankly speaking, aku tak concentrate. Aku & YB leka kira "akuuuuu" yang 6 kali tu. Takut salah satu angsa. Tapi alhamdulillah..tak ada!!! GOOD!!. Ok, kira aku bukan Nubies / Tegarians la ye....Aku bercakap sebagai penonton kat situ. Actually suara Nubhan memang LAIN dari yang lain. Honestly, aku cakap....Soothing sangat!!!!
Baju dia? eeemmmm..yang tu aku tak berapa nampak, sebab jauh. Tapi bila tengok balik gambar, rasanya ok je. A Singer should look like a singer, bukan sama dengan penonton. And that's how a singer should look like!!!!.....
Rambut....Ha!!! Interesting subject!! Dah lama rambut Nubhan ni jadi issue. Pada aku, nak rambut macam mana pun ok jer...yang penting SUARA. Kalau muka ko meletopsss, menyanyi asyik pancit jer.......aku rela lari je jejauh.Haa..haaaa...

Thursday, December 4, 2008

Semi Final Muzik-Muzik - Balada

Kali terakhir rasa macam banyak rama-rama dalam perut ni, is when Adam made it to the semi final about 3 years ago. Pop rock masa tu. His first single.Tapi rasa tu tak lama sebab dia yang the first person diumumkan masuk AJL20. Tak tahu macam mana nak describe happy nya tengok dia melangkah one step further.

This year, giliran Nubhan. Ni lagu final dia di AF6. Siapa sangka kan......."angsa" tu jugaklah yang masuk semi final. Haa..haaaa....

Good luck to Nubhan. Nubies dah buat yang terbaik, dah undi bermati-matian untuk make sure dia ke semi final. Sekarang ni it's up to him macam mana nak nyanyikan lagu tu. Baik persembahannya, maybe those "mulut longkang" will at least diam. Walaupun sekejap lah kan....sebab diaorang tu selalu je cari salah orang. Tapi kalau buruk persembahannya, itu sendiri mahu ingat la dik.......kalau nak lama dalam industri ni, you better do something to your voice.

Anyway, alang-alang dah sampai pentas semi final ni........Belasah jer habis-habisan. Kasi pukul habis!!!!...Masuk AJL atau tak....sekurang-kurangnya puas ati..hee..heeee..

Malam ni aku pergi tengok live.Fuh!!!!..doa lah banyak-banyak ye.....MAKE US PROUD DIK!!!..itu je pesan akak............

pix credit to Nubhan FC & mrmanager.blogspot

Monday, December 1, 2008

Statistic


This is the first time I reveal the statistic of my Fotopage. I know, it wasn't much. But it did tell me something.........
Hee.heee.that I have peoples sneaking, lurking & spying on all the pictures I took.
The highest ever was on Monday 24 Nov ( which I didn't manage to save...). Kalau tak salah, about 300 over views. Viewers aku tak ingat. Tapi sorry lohhhh...masa tu aku tak upload lagi gambar-gambar di Penang. I know peoples are waiting for those pixs..wakakkakaka
Actually I set up this fotopage just because nak share gambar je. Sebab susah sangat nak email...jadi, aku upload semuanya kesitu. Dulu all pixs aku letak watermark. Tapi sekarang ni aku left it as it is. Cuma saiznya je aku kecikkan. Rasanya mengganggu pemandangan sangat lah dengan watermark tuh.
So, sesiapa yang nak ambil gambar-gambar tu silakanlah...........tapi INGAT!!!Jangan nak buat macam rete sendirik......Setiap gambar tu ada value yang tersendiri. Semuanya menuntut masa, duit & segala macam jenis pengorbanan........Penat wwooo berkejar kesana kemari.Hee..hee...
It you're Adam's fans, Nubhan's or sesiapalah artis yang aku snap tu, feel free to view this fotopage http://whiteshiro.fotopages.com/. It wasn't much.....but boleh aja untuk suka-suka..hee..heee...
happy viewing......

Sunday, November 30, 2008

In The end

(It starts with)One thing / I don’t know why
It doesn’t even matter how hard you try
Keep that in mind / I designed this rhyme
To explain in due time
All I know
time is a valuable thing
Watch it fly by as the pendulum swings
Watch it count down to the end of the day
The clock ticks life away
It’s so unreal
Didn’t look out below
Watch the time go right out the window
Trying to hold on / but didn’t even know
Wasted it all just to
Watch you go
I kept everything inside and even though I tried / it all fell apart
What it meant to me / will eventually
be a memory /of a time when I tried so hard
And got so far
But in the end
It doesn't even matterI had to fall
To lose it all
But in the end
It doesn't even matter
One thing / I don’t know why
It doesn’t even matter how hard you try
Keep that in mind / I designed this rhyme
To remind myself howI tried so hard
In spite of the way you were mocking me
Acting like I was part of your property
Remembering all the times you fought with me
I’m surprised it got so (far)
Things aren’t the way they were before
You wouldn’t even recognize me anymore
Not that you knew me back then
But it all comes back to me
In the end
You kept everything inside and even though I tried / it all fell apart
What it meant to me / will eventually / be a memory / of a time
when I tried so hard
And got so far
But in the endIt doesn’t even matter
I had to fall
To lose it all
But in the endIt doesn’t even matter
I've put my trust in you
Pushed as far as I can go
For all this
There’s only one thing you should know
I've put my trust in you
Pushed as far as I can go
For all this
There’s only one thing you should know
I tried so hard
And got so far
But in the endIt doesn’t even matter
I had to fallTo lose it all
But in the endIt doesn’t even matter

Bowling time!!!

It's bowling for Nubies. Semalam kami lepak-lepak kat Times Square, minum-minum, makan & main bowling. As usual, I am the one yang terpaksa tengok saja. Thanks to my right hand. Dah lama sakit akibat tergeliat about a month ago.Sakit siotttt...
This is me & Fit...doing the jumping thing depan pokok krismas. Yang paling lawak, orang-orang yang ambil gambar kat sekeliling kami semuanya maintain skema. Kami je yang melompat macam tuh. Tapi ada aku kesah???...kami nak melompat, kami punya suka lah..haa...haaaa...


Later......Tokwan, Tira & Eila joined the team. Lompat lagik!! Kali ni lebih tinggi.Haa..haaa..haaaaa...

Lepas tu diaorang main bowling. 3 games!!!. I watched until the end of the games. simpan sakit jiwa sebab tangan tak bleh nak hayun bola bowling. Sorry guys, I'll play later. Bila tangan dah baik ye.

Monday, November 24, 2008

Jom Heboh - Stadium Batu Kawan - Penang

2 days event & 2 nights at pearl view hotel. It's a little too long to tell the full stories. So, I'll let these pixs do the talking.....


We drove from KL along with Hot FM crew, Nubhan, Vern & Nikki. Well....too fast too furious pun tak laju macam van Hot FM tu.Penat kami mengejarnya. But what I love the most about these peoples I've been riding with. They are CRAZY...!!!!
This is our driver. Not so crazy, but still can be classified as one

Look at them...Fooling with fries...Haa..haa..haaa....
And this too. Taring apa tu Edna??
Day one : Booth hot FM. Disebabkan jalan jam, susah nak dapat parking & jarak yang jauh antara parking dengan booth. Kami terlepas Nubhan's first song. But, It's ok...still can catch up with him.

Then Nubhan move to gua.com's booth. Kejadian kejar mengejar berlaku antara Nubhan dan kami berlima.Seboleh-boleh dia nak jugak kenakan salah sorang. Akhirnya YB yang terpaksa naik tiup belon.

Booth Harian Metro. Another round of "ada untukmu".

And this sweet Nikki was there too. Tak sempat nak ucap terima kasih & bye to Nikki on Sunday.Sebab lewat sampai ke tapak karnival. Tapi Nikki memang sweet la....you go girl!!
We can see PG everywhere in penang. Haa..haaa...This is one of the car yang konvoi pergi Pulau. But I can't tell who's behind the wheel...Wakakakaka...


Day 2 : Booth Hot FM. Look at our shirt!!!....haa..haaaa....Cute giler kan... Semuanya saiz M. We drew attention around the karnival sebab pakai baju sama. haa..haaaa....dah memang PG kan. Suka semua perhatian ni.

This is Nubhan....singging Ketahuan & ada untukmu. Dah 4 round nyanyi lagu ni dari semalam.

Booth Gua.com. Kali ni adegan kejar mengejar berlaku lagi. Nasib baiklah dua hari je jom heboh. Kalau seminggu, bertambah kurus semuanya sebab asik nak berkejaran. Kali ni nasib aku tak baik. Terpaksa jugalah tebalkan muka naik stage. Ko memang nak kena Nubhan!!!!! ....and Vern......You too!!!!..haa..haaa.haaaaaa...

Sound check. Sometimes this guy can be so playfull. Sebelum nyanyi, sempat juga dia buat pose dengan kaki atas speaker.

YB, Edna, Muzi, Nubhan, Fit, Aku & Vern....showing off our shoes..Haa..haaa...These peoples are full of FUN....
Backstage with baby yang drive Stacy all the way from KL.
I laugh....Haa..haaa...Cute!!!

After singging. He keep digging for the pisang goreng crunch and keep makan even when I try to take a pix of him for my friend. But one thing for sure, I loovvveeee his jacket. I truly am. He looks sooo GORGEOUS!!. Yelah....minus that hair lah kan. Haa..haaaaa...Tapi gasaklah nak rambut macam mana pun dik, janji nyanyi meletopsss!!!
Look at the boy, he's having fun taking picture. And look at the man behind him...having fun sleeping...Haa..haaa..haaa...
After all the hu ha around the island & around the jom heboh....this is the only pix I took with Nubhan. Look at his face. He's doing it on purpose. Drakula!!!
These kids having so much fun digging for that crunch. Sampai cari piring.Haa..haaa....Kesian pisang goreng tu. tak ada yang nak melayan.Tepung je habis kena makan.
Fireworks after the show. I gave it to Nubhan for his good performance...CAYALAH!!!!
That's all for Penang trip. Kami balik ke KL jam 2.25 pagi. Arrived here at around 5 something. close to 6am. I'm home at 7.30am....clean myself & go back to sleep for few hours. Mengantuk!!!