Friday, March 2, 2012

A picture speaks a thousand words

picture credit to Preety Peektures fanpage

Hai alzz

This is officially the picture that made me cry today....

Dah lama aku tak menangis bila tengok gambar. Tapi gambar ni sangat menyentuh hati. Sejak ada nya Adam & Aisy dalam hidup aku, aku jadi sensitif kalau sebut pasal kanak-kanak. Apa lagi nak melihat gambar yang macam ni. Dulu tak jadi effect kalau aku tengok orang buang anak, gambar budak-budak didera. Tapi sekarang ni cepat je air mata keluar.Aku ingat lagi aku tengok gambar seorang budak lelaki kena selotep mulutnya di putrajaya. Aku menangis sampai bengkak-bengkak mata. Tak dapat bayangkan kalau anak-anak kesayangan aku dibuat macam tu.Mahu aku patahkan tengkuk orang yang membuat tu agaknya.

Tapi.....itu naluri semulajadi perempuan. Naluri keibuan. Walaupun Adam & Aisy bukan anak aku, tapi mereka adalah darah daging aku. Aku sayang macam anak sendiri.

Alhamdulillah, kawan-kawan aku sekarang suka buat kebajikan & pergi kerumah anak yatim. Insya-Allah kami akan pergi lagi nanti. Bila & dimana nanti kami akan tentukan bersama. Tapi melihat anak-anak yang tiada ibu bapa ni, hati rasa sayu....macam mana kehidupan tanpa orang yang paling penting dalam hidup kita eh? tanpa rumah yang sebenar, tanpa adik beradik yang sebenar? apa pun tak ada.....sedih nya.....

p/s : sedih tengok orang mengemis bawa anak-anak.....they not deserve street life macam tu....they deserve a home....

Wednesday, February 15, 2012

Fanatik?

Hai Alzz,

It's been sometimes since the last day I go & "dive" into this emotion. salah aku jugak, diam tak diam aku pergi baca balik kutukan untuk aku, dia, dia & dia satu masa dulu. Dulu aku baca dengan hati yang marah, tapi sekarang aku membaca dengan hati yang sedih. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba aku jadi sangat sedih walaupun dah dekat 2 tahun entri itu ditulis.

Dari hari pertama kejadian tu, hanya beberapa kali saja aku "buka mulut" di alam maya ini. Selebihnya aku hanya berani bercakap dengan kawan-kawan terdekat. Komunikasi antara kami jadi terlalu massive. Masing-masing marah, macam-macam perkataan yang terluah. Tapi tak ada seorang pun daripada kami meluahkan nya terus ke alam maya. sebab kami tahu akibatnya. Air yang sudah sedia keruh buat apa nak tambahkan keruhnya.

Aku tak mahu salahkan sesiapa. Mungkin masalah dia yang terlalu ikutkan perasaan. Dia seorang yang terlalu marah sampai dah tak tercari perkataan yang sesuai untuk meluahkan perkataan yang tepat supaya orang yang dibenci tu jadi sakit. Sakit yang amat sangat. Maybe dia tak perasan, yang jadi mangsa itu pernah jadi kawan. Hal kecil tak akan jadi besar kalau dia tak buka mulut di alam maya ini.Tapi nak buat macam mana, benda dah terjadi.Apa saja damage yang telah dilakukan, biarlah jadi pengajaran.

Tapi apa yang terjadi ada hikmahnya. Ada satu kehidupan yang dulunya buat aku lemas, sekarang dah tidak lagi.Aku bahagia dengan kawan-kawan yang memahami. Mereka bukan orang-orang yang sangat hebat. tapi mereka orang-orang yang decent. Sejak peristiwa itu, kami berempat tak pernah bermasam muka dah. Hal antara aku & dia dah selesai. Nak kata hilang terus, mungkin tidak!!! Tapi aku dah cuba untuk tak mengungkit kesalahannya dulu. Masalahnya, aku pun ada buat jahat juga dengan dia.haha.

Aku hanya nak jelaskan, aku bukan fanatik. Aku hanya nak membantu orang yang diamanahkan kepada aku. Aku dah janji, aku akan jaga amanah itu sebaiknya. Amanah orang tu berat, kalau tak terbawa, sebaiknya jangan bawa.Walaupun aku bukan sapa-sapa & aku tak akan ambil tahu 100% tentang dia, tapi cukuplah aku ada disini memerhatikannya. Nampak sipi-sipi pun tak apa. Janji aku tahu dia ok. Tu dah cukup dah.

Dah la.....aku penat nak fikir tentang apa yang orang fikir tentang aku. Nak kata apa pun kata lah. Aku dah maafkan dah. semoga Allah memberi kesejahteraan kepada dia. Sebab pernah Tuan kata, orang yang hatinya sentiasa marah,sentiasa rasa benci, orang tu tak diberikan ketenangan. ermmm...Tuan memang betul. kalau hati tenang, orang tu tak akan rasa marah-marah.So, banyakkan la mengingati Allah, sebab itu je caranya kalau nak buat hati tenang.

Sekarang ni tahun pun dah baru. Azam pun kena baru. Hidup apatah lagi, memang kena baru. So, aku hanya nak fokus kepada kehidupan aku ini dan teruskannya. nak jadi apa pun jadi lah. Aku bukan seorang manusia yang punya cita-cita besar nak jadi orang kaya raya.Cukuplah kalau aku tak papa kedana.Ahaks...

p/s : Mood nak pergi Singapore jalan-jalan Universal Studios.....anyone care to join???

Tuesday, December 20, 2011

An Evening With Nubhan

With The greatest kind of peoples......Luv them all....

Tak tahu nak tulis apa pasal event ni. Just some points will do kan........

* This event took the LONGEST time to prepare....Like dalam 3 bulan. But the SHORTEST in NFC's history. Hahhahahhahaa.....Start kol 2...kol 4 dah nak wrap up.

* The organizer are, Syuib from BME Entertainment, Nubhan from Nubhan Management & Me, angah & Harney from NFC. So, 5 orang je.....sejak berbulan-bulan kami brainstorm nak kan yang terbaik. Meeting kol 12 tengah malam pun ada.huhuhuhuuhuuh. Asal jumpa je.. topiknya mesti ."EVENT".....berbakul-bakul cadangan keluar...tapi kadang-kadang se mangkuk je masuk.hehehhee.

*Glam wall was Syuib's idea.....SUPER LIKE it!!!!.

*Since sebulan sebelum event, tiap-tiap minggu this 3 stooges lepak kat umah angah. macam-macam keje nak kena settle kan. Termasuklah membalut hadiah... ;p

* Sehari sebelum event, aku ngan harney terpaksa merayau keserata KL & Selangor untuk collect barang-barang sponsor. It took us 12 hours with harney's si putih swift!!!!!. Nasib baik ada ABU & aku tahu jalan jugaklah. Kalau tidak..........ermmmmmmm....

*First event ever yang guna walkie talkie. So damn cool!! hahhahahaa..sampai sekarang terasa macam terdengar-dengar suara syuib kat line sana ....hahhahahaha...

*Satu-satu nya event yang tak benarkan Nubhan turun stage dari mula majlis sampai akhir. ngeh,...ngeh...ngeh......."seronok buli den kan???" ....yeee..sangat seronok!!!!!. Setahun sekali membuli artis, apa salah nyeeeeee.....

*Sapa tak pergi memang rugi. Lepas AF...inilah masanya kalo nak tengok Nubhan menari dengan penari. Kekok tu ada lagik la. Tapi good try....hahhahahhahaaa..Lagipun jangan takut untuk mencuba benda baru, buat je.....

*Rasanya ini event paling payah nak organize.Sebab ianya hanya berkonsepkan hi-tea show and not NFC's event only. So, nak tune benda ni sangat payah. Sampai pening kepala dibuatnya. Tapi alhamdulillah hasilnya bagus!!!!!

*Obviously event pertama yang kami bekerjasama dengan pengurus baru Nubhan, Syuib!!. Syuib banyak menolong & banyak beri tunjuk ajar apa yang patut ada, apa yang tak patut ada. suke!!!

Thanks kepada :-

# 4 Jahanam....for making this a great event. Tanpa korang, memang tak akan wujud event ni. Satu keberanian yang orang tak lain payah nak ada.

# AJK's (Yani, Ieien, Adila,Ktcats, Ajoy & Deqsue) beautiful peoples!!! it's been great working with u guys.

# Vins - Walaupun banyak yang masih blur, tapi learning sesuatu yang baru memang take times.So, belajarlah dari apa-apa kesilapan yang dah dilakukan.

#Syuib - I should have thank you first actually. You make this happens!!

#Nubhan - Tanpa Nubhan apa je la "An Evening With Nubhan".......hahhahhahahhaa.Great job!! great performance, Great look (?), great....great!!! So, be great la ye!!!!.....

So, me signing off.............dah carca marba dah aku tulih ni....;p

** Baca guest tulis "best event ever" bla..bla..bla......terubat rasa penat.

Tuesday, August 23, 2011

Fobia.......Still



Hai allzzz,

Dah lama aku tak tulis apa-apa kat sini kan? malas!!! Lagipun tak siapa akan baca pun.....hehhee.

Aku tak tahu mana nak luahkan apa yang ada dalam kepala aku ni. Bukan tak da orang yang nak dengar apa yang aku nak cakap kan, tapi kalau orang dengar pun, tak ada yang betul-betul faham.

Sebenarnya aku masih fobia. Bulan ni cukup setahun!!!. Bulan ni jugak banyak ubah kehidupan aku, orang-orang sekeliling aku dan segala-galanya. Complete turnover!!.

Aku tak salahkan sesiapa. Macam yang aku katakan pada dia setahun lepas. Dalam 10 sebab kenapa aku ngan dia serta mereka break off. Bukan semua salah mereka. Aku pasti setengah nya adalah salah aku.Aku maafkan dia. Tak ada siapa yang mendorong dia minta maaf melainkan diri dia sendiri walaupun sampai sekarang aku tak tahu apa punca dan sebab musababnya. Walaupun mula-mula sakit hati, canggung, tak selesa. Tapi lama kelamaan semuanya ok macam biasa semula.

Tapi aku kehilangan yang lain. Ada yang suruh aku maafkan je. I did!!!...Aku dah maafkan dah. Tapi hanya satu je, aku tak akan pernah nak berjumpa lagi. Tu saja. Cukuplah apa yang dah dikatakan.Aku bukan batu.....perasaan aku sama macam orang lain.Dibentak-bentak, di kutuk, dikata. Aku tak boleh berdiam saja. Kalau aku malaikat, mungkin aku boleh tersenyum je.Tapi aku manusia biasa. Sesekali cuba lah letak diri anda ditempat aku.Anda akan terasa betapa sakitnya.....

Biarlah......tak adanya aku mungkin akan buat hidup orang lebih baik kan? So, baik aku diam saja disini. Tak ada ALLAH tu nak kejam sangat dengan aku. melainkan hanya aku yang kejam dengan diri aku sendiri.Sudahlah..........Jadi kan itu pengajaran & kenangan. Some of the kenangan memang sangat manis.Sampai bila dikenang pun boleh buat tersenyum sendiri. Biarlah kenangan pahit tu hilang je macam tu. Tak berbaloi untuk aku fikirkan.

Berbalik cerita pasal fobia aku tu, tahun ni tiba-tiba aku rasa nak pergi bercuti bersama lagi. Bukan aku tak pernah pergi sendiri, tapi aku nak merasa tengok musim yang lain pula. Tapi fobia tu masih ada. Aku takut apa-apa jadi lagi, dan semuanya hancur untuk kali kedua. Aku tak nak kehilangan orang-orang yang ini.Mereka ada disini dimasa aku down. Dimasa semuanya againts aku. Aku takut ada lagi kesalahan aku buat dan semuanya hilang. Dah tak sanggup lagi.

Sumpah aku memang terasa nak pergi.............Tapi aku takut risikonya nanti. errmmmmmmmmmmmmmm..............Aku dah tipu dia macam-macam. Aku dah tipu yang lain.Tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri.

p/s : Entah kenapa menjadi-jadi pulak confused aku ni.....

Wednesday, February 23, 2011

DIFF BETWEEN JUST FRN AND REAL FRN

Hai Alzzz...

I received this SMS last night. I don't know from whom, but it sounds...............TRUE!! Hahhaa. So, I type it back for you to read. In the manner of how it was send to me. Ngeee...

DIFF BETWEEN JUST FRN AND REAL FRN

JF : Calls ur name sweetly
RF: calls u always with stupid silly names
JF: “never seen u cry”
RF :cry with U or stop u crying..
JF : will never hurt u
RF : “hurt u often with 1000's of apologies”..
JF: know a few things about u
RF: could write a book about u


the rest......just like an ordinary SMS, they tell you to forward to all your friends.

SO!!!...Do I have that real friends? The one that calls me stupid names? The one that always hurt each other & apologize million times? cry with me? Write a book???....let me think...ermmmmmm







Think hard..think hard...put on my thinking cap....think again & again....






Maybe they DON'T call stupid names, but they call me cute names. Hurting? If you are my friend, you'll know whose that person was or were. We hurt each other today, but we come back smiling tomorrow. Not remember anything. hahha.Cry?? we cries several times...together!! hahhahaha..all of us!! behind pillow.wahahhahahaha. None of us can write a book. So, leave that option behind....So after all...........














I guess I do!!!!

Tuesday, December 21, 2010

Maulidur Rasul & Terengganu

Hi Alzzzz....

Lama aku tak blogging. Tak tahu apa nak tulis sebenarnya.

Okey, ni aku citer sikit pasal aktiviti pertama tahun ni. Alhamdulillah kami berjaya melaksanakan sambutan Maulidur Rasul di surau Ad-Din bandar Sunway. Nak cerita pun akan jadi panjang berjela. So, nak dipendekkan cerita, sambutan ini berjaya walaupun Nubhan sampai lambat. tak salahkan dia jugaklah, kerja dia dah macam tu.

Terima kasih kepada semua yang terlibat....kalau ada rezeki kita boleh buat lagik..hehhehehhe

AJK dua organisasi....AJK Surau & AJK NFC......Thanks a lot guys!!!

This is us with Sarimah & without Harney sebab Harney yang tukang amik gambar....hahhaha

Ok....yang ni aku nak sembang pasal pergi Terengganu pulak. Sebenarnya aku tak pernah pergi Terengganu. Sekali pun tak pernah.

Kali ni kami pergi berempat, aku, angah, fit & harney. Fit drive sebab angah mengantuk.Dia tidur 2 jam je malam sebelumnya. Setelah dekat 2 tahun, aku kembali jadi co-pilot Fit. Dulu masa bawa Nubh & Vern ke JB,drive Rover Vern.Tahun ni bawak angah & harney, drive vios angah.Dua-dua tak de ampun......speed baekkkkk punya.ngeeeeeee

apa yang aku suka pasal Terengganu?

Keropok Lekor. Ada yang goreng ada yang rebus. Pertama kali makan yang rebus, rasanya agak pelik.hhahahahha. Setakat ni aku hanya makan yang goreng jer. So, pengalaman makan yang rebus adalah agak ganjil...wakakkaka

Nasi Dagang. Favourite mak aku. Rasa happy sangat dapat makan nasi dagang di negeri nya sendiri...Sedappppppp...baru je aku tengok kat AFC chef wan masak nasi dagang...aku dah dapat makan yang original punya.Super duper happy....hehhe

pasar payang.Pergghhhhhhhhhhh....derang tadak jual apa agaknya? sebab rasanya semua ada kat situ.Hahhahahhaa. Aku sempat beli T-shirt untuk Adam & Aisy. Then beli kipas sebab panas giler!!!

Seman. Seman ni bukan orang, tapi makanan. macam gula-gula kapas yang di compressed kan dan ditabur dengan tepung gandum. yes!! tepung gandum. rasa pelik...wahahahaha. First time aku makan tepung gandum tanpa dibuat kuih atau cekodok.

Pantai batu buruk.Malam tu kami lepak kat pantai.....Nyaman nye dapat rasa angin pantai laut china selatan tu. Ombaknya besar. Dari jam 11 lebih sampai 2.30 pagi kami lepak kat situ sampai baring-baring. Apa yang kami buat? makan keropok lekor sambil bersembang kosong. Rasa lega sangat bila dapat duduk aman macam tu dengan kawan-kawan tanpa gangguan....

Masjid kristal.yeayy!!! akhirnya!!! aku dapat tengok masjid ni depan mata. Cantikkkkk sangat..sangat...sangat!!!. tapi sayangnya panas sangat.sampai tak dapat nak duduk lama.
Depan masjid kristal. Panas giler sampai tak boleh nak bukak mata.Hhahahahhahaa

Thanks banyak-banyak to Sarimah & 4 adik iparnya izu, Fazli, Shah & Amy yang sudi bawa kami jalan-jalan kat area Kuala Terengganu. Mereka ni memang ada wire short la...penat mulut dok ketawa dengan lawak derang.Terengganu memang cantik.......makanan je ada sikit pelik & manis. tapi above all, aku memang satisfied dengan trip pendek ni.....memang best!!!

p/s :Next trip you guys????????....off to Redang!!!!!!

Thursday, December 16, 2010

The end is here.....

hai alzzz...

Alhamdulillah.....semuanya dah selesai dengan jayanya and I'm happy with the result.

Bercakap pasal event ni......This is the LAST event for NFC this year. Secara rasminya NFC sudah menjayakan 11 events & take part in 1 event organized by candy FC......FC paling aktif katanya.Tu yang jadi berderet-deret event tu.

Tahun depan Insya-Allah akan ada event lagi.Tapi menurut yang tuan punya kelab, tak la sekerap tahun ni. Penat kot nak pulun sampai macam ni. hahhahaa.Terpulang lah kepada dia macam mana dia nak mencorakkan FC dia tahun depan.Aku doakan yang terbaik untuk dia.

So..............Secara rasminya aku hanya ada 14 hari..atau 2 minggu saja lagi sebagai setiausaha & bendahari NFC.Apa yang akan terjadi selepas tarikh 31 Disember 2010 aku serahkan saja pada Allah SWT.

p/s : tengah menyiapkan segala laporan.....when I say segala..it means, SEGALA...hahhaha...