Monday, November 30, 2009

Show @ Seremban

Hai alzzz...

cerita basi!! Tapi nak jugak cerita.

Hari Ahad 29 November, aku pergi show Nubhan kat Seremban. Show untuk TM. Jangan tanya kenapa aku gigih sangat pergi show tu sensorang. Sebab hanya orang yang tahu saja tahu kenapa aku jadik sampai cenggitu. Haa..haaaa...haaaaaa....Sungguh complicated!!!

Aku sampai sana dah pukul 1 lebih, jumpa lah dengan dak-dak Nubies yang tengah bersidai kat MCD. Sorry la ye korang, senang hati je aku sebat makanan korang. Kenyataannya, aku lapar tahap gaban ketika itu.

Show start dalam pukul 2 lebih macam tu. Nubhan nyanyi 4 lagu,Cari Jodoh ( Kelakar siott lagu nih...haa..haaaaa), Fall For you, Tercipta untukku & Seadanya aku. Frankly speaking, aku tak berapa puas ati dengan show yang ini. Tapi considering some factors...eeeemmmm...Yeahh!!Ignore je lah kecacatan yang sikit-sikit tuh.

Lepas show, aku naik tingkat 2 kat parking. Yelah,terpaksa mintak belas ehsan Zaly untuk hantar balik.Heee..heeeee.....Kebetulannya Nubhan ada kat situ, so opportunity lah untuk Nubies yang datang untuk berjumpa & bergambar dengan dia dalam keadaan yang aman sikit. Eemmmm...motip tetiba vending machine kat sebelah tu “bercakap”??? Haa..haaaa...macam-macam pulak cakapnye, nak amik gambar jugak datanglah...errr..keluarlah dari situ!! errrkkk!!!!!!

So....kami balik KL jelah lepas tuh.Tujuan aku kesitu tak kesampaian sebenarnya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.Tapi aku dapat cara lain untuk itu. (Cepatlah semua ni berlalu, aku dah penat giler ni!!!.)

Esok Insya-Allah, aku akan lepaskan apa yang lama sangat berada dalam tangan aku. Hampir 2 bulan terperap!!! Bagaimana caranya untuk aku lepaskan, jangan tanya. Mungkin aku dalam keadaan mood baik, aku akan cakap baik-baik. Tapi kalau aku dalam mood tak baik.....Emmmm, tapi rasanya aku tak akan tembak sesapa. It's not going to be a personal attack. Walau macam mana terkilan pun aku, aku akan jaga air muka orang lain. Aku tahu macam mana rasanya kena tembak bertubi-tubi dan aku tak akan sampai hati buat orang lain macam tu.

So, untuk sesapa yang berkenaan, jumpa esok. Mungkin yang terakhir dalam tahun ni & yang terakhir untuk aku berada didalamnya....It's December by the way.

Me ...............Thinking of climbing......I need to start on something. Kang tak lopeh naik kang....Haa..haa..haaaaaa....

*Picture credit to Tira's facebook. Gambar-gambar lain, sila lah melawat Nubhan FC, dah tahap kilo dah ada kat situ...hehehhehee...

Thursday, November 26, 2009

Semi Final Ketiga Muzik-Muzik

Hai Alzzzzz...

Aku pergi ke semi final ketiga Muzik-muzik minggu lepas. Kenapa aku pergi? saja je..!! Haa..haaaaaa..

**Kami pergi bertiga. Aku, Fit & Edna. Aku jumpa Fit kat mid valley & lepas tu gerak ke office Edna. Kami pergi sri pentas tanpa tiket...haa..haaaa...ni memang stok nak langgar je ni!!!

** Trick nak masuk? tengok pak gad dulu.....agak-agak dia tak nampak, cepat-cepat masuk sambil buat muka tak bersalah. Haa..haaaaaaa...

** Kami dok ngan fans Tomok.Thanks to KT & Nora sebab allowed kami dok sekali ngan derang.Korang memang agak giler la!!!

**Mula-mula ingat Nubhan masuk ke AJL...ghupenye tidak. Haa..haa..haaaa..tak per la, bukan rezeki dia nampaknya tahun ni.

**Lepas semi final tu, kami terus keluar & lepak makan kat pelita. Tempat yang sama kami lepak last week nya.Tapi kali ni, kami bertiga je la.....hee..heeee..

**Thanks Fit sebab hantar aku balik kerumah. Kali ni tak selama minggu dulu. Agak awal la kami balik, walaupunnnnnnnnn...haa..haaaaa...

Okeh, tu je la pasal Muzik-Muzik Semi Final last week.Tak ada apa pun, kami pergi suka-suka je. Kadang-kadang pergi tanpa menyokong sesiapa pun ok jugak.Hee..heee..

Sunday, November 15, 2009

Muzik-Muzik Separuh Akhir

Hai Allzzzz...

Tahun kedua aku ke separuh akhir muzik-muzik. Tahun lepas untuk Ada Untukmu dan tahun ni untuk Seadanya Aku.

**Aku pergi ngan beckham naik tren dari masjid jamek. Janji ngan Fit & Edna kat NSTP, opis Edna. Boleh tu aku ngan Beck jalan kaki dari station bangsar ke NSTP. Sambil jalan...sambil sembang. Nasib baik hujan dah berhenti.Heee..heeee..

** Sampai kat NSTP, call Edna & kami duduk di cafe sementara menunggu Edna salin baju & Fit sampai.Terima kasih banyak-banyak kat Fit sebab sudi tumpangkan kami ke Shah Alam....Terima kasih!!!!!!

** Sampai kat sana, kami pergi jumpa zaly dulu untuk ambil tiket sebab kebetulannya aku yang in charge tiket.Lepas tu kami pergi cari makan walaupun hanya Edna & Fit saja yang makan.Aku hanya minum teh O & Beck, errr..aku lupa dia minum apa.Haa..haaaa...

**Kami masuk ke dalam Sri Pentas jam 9 lebih..masa tu dah separuh penuh,terpaksa la duduk dibelakang. Belakang pun...............belakang la.

** Nubhan perform no 2...Walaupun tangan dah macam parkinson, tapi suara maintain sedap woooo. Haa..haaaa....Just, proud of him.!!!

** Lepas habis tu, kami lepak-lepak sekejap, aku jumpa dengan geng-geng AFCM yang datang untuk Adam. Sembang-sembang sket...lama tak jumpa derang.

** Lepas tu kami off ke section 9, pergi melantak roti canai. Huhuhuhuhu..dah nak pagi, tak selera nak makan, Lagipun tekak kembang sebab milo ais terlampau manis.

** Dalam kol 2 pagi, kami bersurai....Terima kasih lagi sekali kat Fit sebab sudi hantar aku balik sampai depan pintu pagar. Walaupun sebelum tu Beck dok shower ngan cerita hantu.Huhuhuhuhuhu.

** sampai rumah, aku bukak FB....ada dah yang online. Adehhh..derang ni tadak keje lain la, FB...FB...FB....wakakakakaaa. Samalah kan ngan aku ni!!!!

Thanks kepada semua NUBIES yang sudi turun padang malam tu. Teriakan korang memang semangat giler walaupun bilangannya kecik je. Banner tu yang tak tahan...besar giler sampai kena lipat.haa.haaaaaa..

Congratulations & Good Luck Nubhan!!!!..May Luck be with you!!!!

Thursday, November 12, 2009

Boss-less............again!!!

Hai alzzz...

Today I got a bird telling me the good news & the bad news

The good news is.....My boss get promoted

The bad news is.......She's out of this court.

Mix feelings sekarang ni. I like her actually. Kami kat sini panggil dia..”ratu cantik” or “model of MP”.Well....obviously, she's pretty lah. Bergaya tahap meletuupp punya. The Interpreter & PA pun tak macam tu. Wakakakkakakaa.

Happy tu happy jugaklah sebab dia tu kadang-kadang angin putting beliung. Haa..haa..Biasalah, perempuan. Tapi memang happy for her sebab dia get promoted.

One thing paling odd pasal boss-boss aku yang keluar dari court ni, semuanya berlaku pada 13 haribulan, hari Jumaat. Orang putih panggil Friday the 13th. Bukan aku percaya pun pasal tu, tapi kelakar kan.....dua-dua kejadian berlaku pada tarikh yang sama. Cuma boss pertama aku je yang aku lupa bila dia transferred out.Yang aku ingat, dia bagi aku sejadah dari mekah. Tuan Fred pulak bagi aku bunga satu vase...emmmmm....tapi dah nak meninggal pun dah bunga tu.Haa..haaa..haaaa...

So, from 1 Dec 2009..I'll be officially boss-less........Again!!! So..........................Emmm...tak tahu la nak cakap apa dah. Pasrah je la aku....

Tuesday, November 10, 2009

Hobin Jang Hobin

Hai Alzz..

Haa..haa..gelak dulu!!

Ini memang out of this world punya keje. Selama hidup aku, belum pernah aku pergi stadium tengok bola. Habis kawan-kawan aku keluar tanda soal bila dapat tahu aku pergi tengok bola.Haa..haaa...

Actually it's coincidence je. Aku memang nak jumpa YB berkaitan hal FC. Tapi memandangkan dah jumpa tu, YB ajak aku sekali pergi tengok Negeri Sembilan lawan kelantan kat bukit jalil sekali ngan Edna & Fit. Memandangkan aku memang tak pernah tengok bola, aku setuju je la. Haa..haa.sebenarnya aku tak tahu pun berapa harga tiketnye. Main terjah je.

Lepas lepak-lepak kat Times Square, kami gerak ke bukit jalil. Sampai kat bukit jalil dalam jam 5.30 petang.Sebab jalan ke bukit jalil tak jem lagik, kami ingat ok laaaa...sekali tengok, stuck sampai tak bergerak.Dah la tu...ujan lebat jugak la.
Sampai kat sana, kami cari parking....dapat la satu slot kat depan pangsapuri seberang stadium. Huhuhuhu..kena meredah lumpur sebab hujan belum berenti. Siap berpayung-payung lagik.Sungguh hazab masa tu. Kasut pun dah mula menunjukkan ciri-ciri nak kotor. Sangat merimaskan!!!
Kat stadium......yang kami nampak hanya merah je. Tak tahu kat mana warna kuning. Lepas beli makanan, kami jalan masuk dalam.....mata dok mencari geng-geng penyokong negeri sembilan.Langsung tak nampak. Dah sampai atas baru nampak few of them.Cuak giler time tu. Dah la tu, kena berjalan jauh untuk nak menyampaikan ke pintu biru dimana penyokong negeri sembilan masuk stadium. Cet!!! Tadak orang sangat. Kami boleh masuk senang lenang je.

Tetiba, dicelah-celah tiang stadium, kami dah nampak lautan merah di dalam. Bertambah cuak.Apa nak jerit ni...macam gajah lawan ngan semut je kekdahnya. Cari punya cari tempat duduk....dapat la satu row yang agak baik untuk kami berempat. Hee..heee..Beshhhh!!!..nampak padang dengan jelas.
So, duduk je la sementara menunggu perlawanan mula.Biasalah, bila pemain-pemain masuk padang untuk warm up....penyokong macam histeria la. Penyokong kelantan yang sangat ramai tu, bunyi macam Orc dalam LOTR. Seriau mendengar nya. Haa..haaaa...Penyokong Negeri Sembilan plak, dah 8.30 baru filling up. Sangat slow masuk stadium. Maybe diaorang datang dari dekat...so...lambat sebab jem.Tapi yang best..semua bawak bendera. Termasuk kami yang tetiba rent bendera dari pakcik kat depan tu.Time kasih la pakcik yeeee!!!

Perlawanan mula slow tapi makin rancak lepas gol pertama. Aku yang tak pernah tengok bola tetiba melebih-lebih pulak. Siap naik atas kerusi. Cam no tu? Tak sedar sakit belakang. Ha..haa..haaaaa..
Walaupun hujan dan padang licin, tapi aku suka tengok diaorang main. Kiranya puas hati la....Bayar RM20 rasanya sangat berbaloi.

Tapi seperti yang semua tahu...Incident penyokong Kelantan bakar kerusi, baling mercun, baling botol sangat menakutkan. Ada jugak mercun yang landing baeeekkk punya kat penyokong Kelantan sendirik. Yang paling teruk, diaorang baling mercun ke tengah padang. Lepas tu dari atas, baling kat penyokong N9. Isshhhh...Nak cakap tak bertamadun kang marah. Tapi relex la....bola sepak je. Bukan the matter of life & death. Gila lah!!!

So, lepas habis perlawanan & N9 bawak balik Piala Malaysia tu...kami pun balik la jugak. Tapi macam orang buta. Edna depan, YB, Fit, aku...berpegang-pegang baju. Takut terhilang plak dalam crowd. Lagipun bahaya, sebab keadaan tegang. Sampai dekat dengan station LRT tu, terjadi pulak pergaduhan kat situ antara penyokong-penyokong. Kami cepat-cepat lari ikut jalan lain. Seram jugak walaupun nampak macam ada polis & FRU kat situ.

Sampai kat kereta, kasut dah teruk sangat kotornya sebab lumpur. Kami ikut jalan lain untuk balik sebab jalan kat depan tu sangat jem. Kami pergi pelita bangsar untuk makan & lepas tu hantar Fit ke KL sentral untuk ambil kereta dia.

Aku & edna ikut YB balik ke Putrajaya..tapi tak tidur sampai 5 lebih dok sembang pasal perlawanan bola tu.Haa..haaa..Tetiba ada orang tu dah ada idola baru & tetiba aku minat dengan bola....cam no tu??? YB la ni!!!!..ha..haaa..haaaaa...

Makan @ Rose 911

Hai Alzzz...

Sangat seronok hujung minggu ku.

Hari Sabtu tu, aku, Edna, YB, Fit, Muzi pergi makan kat Rose 911 kampung pandan....bawak atok. Hee..heee..Sesekali Atok datang KL, kami bawak dia makan masakan Negeri Sembilan yang baeeekkk punya.
Order apa? Biasalah, daging salai masak lemak mesti ada kannnn. Lepas tu gulai lemak ketam, ikan bakar, sambal udang, sambal tempoyak, sambal daun kayu dan juga badak berendam 11 ekor. Haa..haaaa....giler banyak wooo. Tapi kan...kami makan sampai licin. Yang lagik best, atok hirup kuah masak lemak macam hirup sup. Padahal aku, muzi & Fit dah merah padam muka sebab kepedasan. Issshhh...bukak kedai masakan N9 la tok kat Brunei...wakakkakakakaa...
Lepas makan, kami gerak pi Times Square. Jalan-jalan je.....lepak-lepak kat Starbucks dan jumpa kawan-kawan Atok si Meth & kamal. Boleh tahan gila-gila gak derang tu.

4.30pm....kami dah mula nak gerak ke bukit Jalil untuk tengok bola....hee..heeee...tetiba hujan lebat dalam perjalanan. Citer pasal bola? Nanti aku citer.

Wednesday, November 4, 2009

Merapu..............

Hai Allzzz..

Haa..haaaa..actually aku tak da apa nak tulis. Aku hanya pening kepala ngan paper work yang sangat rumit ni. So.................merapu la jawabnya.

Actually aku nak cerita, tadi aku google gambar majalah sensasi.

Kenapa aku google?

Sebab aku dah lupa macam mana rupa majalah tu.

Kenapa aku nak ingat rupa majalah tu?

Sebab budak-budak ni ada photoshoot dengan Nubhan untuk majalah tu. So, aku hanya nak refresh my mind on how the magazine looks like.

Aku jumpa la dengan gambar majalah tu.

Tapi......the picture leads me to somewhere else. Tiba-tiba macam naik DeLorean ikut Marty McFly.........

Sampai ke SINI...

Ke"rumah" lama.....(((Spook!!!))..........Where's Sam & Dean?????

Well, actually....Website ni was established pada 2004 ketika AF2. 5 years back...tapi still ada kat situ & masih boleh digunakan, lagi best...masih boleh reply.Haa..haaaaa....Bravo Doc Brown!!!!

So now.....I'm smiling la sekarang baca posting sendiri & kawan-kawan lama. Haa..haaa.caya tak? ramai yang masih contact & ada yang jadi BFF dah sekarang ni...hee..heeee..way to go Paris Hilton!!!!!!!!!...Haa..haaa..

Errr...Apa aku merapu ni....

I'm totally loosing my mind now. Mata dah nampak nombor je....."Aku bukan robot...aku bukan robot!!!" Ahaksss!!!

*** Teringat pulak baju levi's gambar robot......"play time"...haa...haaa...haaaaa...