Tuesday, February 23, 2010

Kawan lama ku

Hai Alzzzzz..

Sebenarnya aku tak ada mood nak update blog ni. Ditambah dengan kerja yang melimpah ruah, aku rasa macam nak masuk dalam kotak, seal rapat-rapat....lepas tu..tido.Hahahhahaaaa.

Semalam aku jumpa kawan lama aku. Sekelas dari part 1 sampai part 6 kat ITM Segamat.Hahahhaa.Zaman aku dulu, ITM lagik loor.Dah 12 tahun aku tak jumpa dengan dia. Bermula dengan Salyn yang sibuk nak buat reunion, mamat ni plak add aku kat YM dia. Dan the rest...HISTORY!!!

Walaupun selama 2 tahun ni, aku hanya ber YM, ber FB dan SMS dengan Arif ni...tapi lama-lama dia jadi kawan baik aku. Pelik kan!! Sebab masa study dulu, aku tak pernah bercakap pun dengan dia. sekarang ni, dia lah kawan aku mengadu, kawan aku bergaduh & mengata.Hahahhaa. Tapi aku tetap respek dia, sebab dia laki orang..wakkakakaa.

Semalam aku jumpa dengan dia sebab nak mintak tolong.Aku realize yang dia photographer, so...aku minta jasa baik dia untuk tolong buat photoshoot. Ermmmm......puas jugaklah aku kelentong dia, korner sana, korner sini...akhirnya dia setuju.Hahhahaaaa. Macam ni la kawan!!!!. Penat jugak brainstorming........akhirnya kami dapat kata sepakat!...Good to have this kind of friend kannn..Yang tak memandang remeh orang lain.

So, satu keje dah setel. Akan dapat lagi satu keje yang lagi memenatkan. Aku penat, stress & perlukan rehat.

Maybe aku akan take long holiday & lari dari semua ni sekejap.Bila aku dah ok......aku masuk balik..hehheee. Semua ni buat kepala aku jadi macam ikan sumbat.Tinggal lagi ikan sumbat sedap dimakan......kepala aku plak tak boleh dimakan...hahahahhahaaa

So.....chow!!!

Monday, February 8, 2010

Laman Santai - Istana Budaya

Hai Alzzz...

Haaaaaaaaaaaaaaaa.....Dah 3 kali kan Nubhan join Laman Santai ni. Tapi inilah pertama kali aku datang tengok. Errmmmm..boleh tahan juga keadaan kat situ. banyak kerusi-kerusi untuk duduk ala-ala santai sambil tengok live performance.

Tapi nak dijadikan cerita, agak lawak jugaklah bila Moon & Tira tetiba sesat time nak pergi jemput aku & edna. Tak boleh salahkan diaorang jugak, sebab jalan ke Setiawangsa tu agak mengelirukan kalau jarang-jarang datang.So, janji nak datang ambik kol 8...akhirnya diaorang sampai kol 9 lebih. Hahhahahaa. Nasib baik sampai Istana Budaya, masih ada lagi performancenya.
Kami sempat catch Nubhan menyanyikan dua lagu, Seadanya aku & Oh! Juwita. Yang first round, aku tak berapa perasan poji cakap lagu apa. Sebab bising sangat dengan performance satu band baru tu. Hehehheheeee....
Inilah akhirnya, ambik gambar suka-suka. Dah agak lama jugak aku tak bergambar macam ni. Hahhahahahaa..Gasaklah la labuuuu...
Lepas tu...errmmm sesat lagik!!! Iskkkkk........hari sesat sedunia namanya kot.
By the way, last weekend macam happening jugak. Jumaat malam pergi tengok wayang ramai-ramai. Filem Toothfairy!! Walaupun macam bodo jugaklah ceritanya, tapi ok jugaklah dari tengok cerita kuntilanak yang mula-mula je saspen. Lepas tu..........lagi baik tido. Haahhahahaa. At least aku have fun jugaklah main fooseball dengan budak-budak ni. Walaupun bermain dalam keganasan yang melampau, tapi macam tak besa.....dulu main futsal pun best jugak kepala aku jadi tempat lantunan bola.
Ermmmmmmmm......thinking of changing my hairstyle. Cam ne ye??? Straight dah, pendek dah, errrr...curl??....**sigh**

Thursday, February 4, 2010

Minggu yang sangat sibuk

hai Alzz..

Teruk betul tajuk entri ni kan. Hahhahahaa. Errmmm, memang aku sangat busy minggu ni. Bukan busy dengan kerja sangat, sebab sampai kehari ni....aku masih belum terima boss baru. Dah la kak Kiah dah kena sambar dengan Boss lain. Aku jadi sebatang kara kat Mahkamah 23 ni. Sedih jugaklah kalo nak difikirkan balik.huhuhuhu

So, berbalik kepada apa yang aku sibukkan, it's nothing actually. Hanya kerja-kerja FC yang agak banyak. Kitaorang baru nak memperkenalkan kad keahlian, so.......kerja-kerja mengumpul data tu ada sikit rumit. Paham-paham sajalah....nak deal dengan orang yang ramai memang payah. Lagi-lagi kalau benda tu corcerning duit. Hehehehheee. Walaupun hanya RM 10 kannnn...

So, pada sesiapa yang berminat nak join NFC secara rasminya, sila lah join kami kat SINI atau SINI. Atau boleh je add kat Fanpage baru atas nama AHMAD NUBHAN AHAMAD. (hehhee...boleh lak letak nama IC kannnn..hahahha). Atau boleh cari kat myspace, atau pun Facebook group atau.....errrrrrr..banyak bebeno la link nye. Adeiiiiii..!!!..

Ermmm..ok, tu jer!! Aku nak fikir benda lain kejap!!!