Thursday, February 4, 2010

Minggu yang sangat sibuk

hai Alzz..

Teruk betul tajuk entri ni kan. Hahhahahaa. Errmmm, memang aku sangat busy minggu ni. Bukan busy dengan kerja sangat, sebab sampai kehari ni....aku masih belum terima boss baru. Dah la kak Kiah dah kena sambar dengan Boss lain. Aku jadi sebatang kara kat Mahkamah 23 ni. Sedih jugaklah kalo nak difikirkan balik.huhuhuhu

So, berbalik kepada apa yang aku sibukkan, it's nothing actually. Hanya kerja-kerja FC yang agak banyak. Kitaorang baru nak memperkenalkan kad keahlian, so.......kerja-kerja mengumpul data tu ada sikit rumit. Paham-paham sajalah....nak deal dengan orang yang ramai memang payah. Lagi-lagi kalau benda tu corcerning duit. Hehehehheee. Walaupun hanya RM 10 kannnn...

So, pada sesiapa yang berminat nak join NFC secara rasminya, sila lah join kami kat SINI atau SINI. Atau boleh je add kat Fanpage baru atas nama AHMAD NUBHAN AHAMAD. (hehhee...boleh lak letak nama IC kannnn..hahahha). Atau boleh cari kat myspace, atau pun Facebook group atau.....errrrrrr..banyak bebeno la link nye. Adeiiiiii..!!!..

Ermmm..ok, tu jer!! Aku nak fikir benda lain kejap!!!

No comments: