Monday, February 8, 2010

Laman Santai - Istana Budaya

Hai Alzzz...

Haaaaaaaaaaaaaaaa.....Dah 3 kali kan Nubhan join Laman Santai ni. Tapi inilah pertama kali aku datang tengok. Errmmmm..boleh tahan juga keadaan kat situ. banyak kerusi-kerusi untuk duduk ala-ala santai sambil tengok live performance.

Tapi nak dijadikan cerita, agak lawak jugaklah bila Moon & Tira tetiba sesat time nak pergi jemput aku & edna. Tak boleh salahkan diaorang jugak, sebab jalan ke Setiawangsa tu agak mengelirukan kalau jarang-jarang datang.So, janji nak datang ambik kol 8...akhirnya diaorang sampai kol 9 lebih. Hahhahahaa. Nasib baik sampai Istana Budaya, masih ada lagi performancenya.
Kami sempat catch Nubhan menyanyikan dua lagu, Seadanya aku & Oh! Juwita. Yang first round, aku tak berapa perasan poji cakap lagu apa. Sebab bising sangat dengan performance satu band baru tu. Hehehheheeee....
Inilah akhirnya, ambik gambar suka-suka. Dah agak lama jugak aku tak bergambar macam ni. Hahhahahahaa..Gasaklah la labuuuu...
Lepas tu...errmmm sesat lagik!!! Iskkkkk........hari sesat sedunia namanya kot.
By the way, last weekend macam happening jugak. Jumaat malam pergi tengok wayang ramai-ramai. Filem Toothfairy!! Walaupun macam bodo jugaklah ceritanya, tapi ok jugaklah dari tengok cerita kuntilanak yang mula-mula je saspen. Lepas tu..........lagi baik tido. Haahhahahaa. At least aku have fun jugaklah main fooseball dengan budak-budak ni. Walaupun bermain dalam keganasan yang melampau, tapi macam tak besa.....dulu main futsal pun best jugak kepala aku jadi tempat lantunan bola.
Ermmmmmmmm......thinking of changing my hairstyle. Cam ne ye??? Straight dah, pendek dah, errrr...curl??....**sigh**

No comments: