Wednesday, December 30, 2009

The Making of.......

Video promosi......

Emmmmmm...Untuk nak buat gelak-gelak di hari terakhir tahun 2009. Memang kelakar time buat VC ni. Lagi-lagi bila kena kutuk buat pelem low budget..wakakakakaaaa.....tak kisahlah derang nak cakap apa pun, janji hepi!!!!.

Just enjoy the video.

">

Video Clip "Aku jatuh cinta"

Hai Alzzz...

Saja nak tayang video ni..haa..haaaa..walaupun aku tahu suara liyana ni tak semerdu atau segemersik mana, tapi boleh laaaa jugak.

Bukan lagu atau suara yang aku nak ceritakan, tapi video clip ni. Walaupun banyak campur-campur dengan scene dari filem Duhai Si Pari-pari..tapi still, video clip ni cantik.

emmmm..dah lama tak tengok video clip artis Malaysia yang bagus since ramai penyanyi senior hybernate. Hee..heee..

So, tak pe la...ENJOY je la!!...

video credit to: ghazTHEMEDIAHUSTLER

">

Tuesday, December 29, 2009

Azam tahun baru???

Hai Alzzz..

Esok adalah hari terakhir dalam 2009. Hari Jumaat......dah masuk tahun baru, 2010. So..............persoalannya, adakah azam tahun ni berjaya?
Haa..haa..Tu memang persoalan yang sangat susah nak dijawab. Aku tak rasa aku perlukan azam untuk 2010 sebab azam 2009 ni pun tengah diawang-awangan lagi. Aku nak biarkan hidup ni go with the flow. merancang banyak-banyak pun tak membawa manfaat pun.
Apa yang aku akan buat tahun depan aku akan consider sebagai bukan azam. Hanya aim untuk hidup yang lebih baik.
Maybe tahun depan aku akan seriously berfikir tentang nak beli benda yang ada 4 tayar, berbumbung & boleh berjalan diatas jalan raya. Haa..haaaa.....Kereta!!!. Penat dah aku menyusahkan kawan-kawan menghantar aku balik. Kalau nak balik malam je, mesti benda yang pertama datang dalam kepala aku...siapa yang nak hantar balik? So..............tahun depan kena lebih bersedia.

Lepas tu, aku ingat nak berjalan ke luar negara lagi. Setakat ni hanya 3 negara je yang pernah aku lawati. Insya-Allah, ada rezeki mungkin nak cari sebuah negara lagi.Wahhhhhhhhhh.......tinggi nya cita-cita aku.

Maybe melancong dalam negara pun akan jadi agenda aku tahun depan. Kesian Phan, dah berkali-kali dia ajak aku pergi penang. Kalau tak ada apa aral...aku nak juga pergi kesana jumpa dia. Emmmmm......Linda pulak dah pergi Dungun. Aku doakan Linda dapat balik KL..hee..heeee....Dah lama tak jumpa partner in crime aku tuh. Huhuhuhuhuu.

FC? Yang ni memang kes naya. Tapi naya tak naya jugaklah......tahun depan cabarannya menjadi lebih besar. Kenapa aku masih stay? It's not because of him if you ask me. Aku hanya doing a favour....for a friend. Doakan saja semuanya akan berjalan lancar.Nak kata aku yakin sangat, tak juga.Tapi kadang-kadang tu yakin sangat pun tak guna la jugak.......emmm...tak tahu nak cakap apa laaaa...Que sera sera...

Hal lain? Yang tu akan ku consider as time goes by. Buat masa ni................aku terima saja apa yang datang. By the way..ini gambar-gambar Adam yang telah dianayai oleh mama nya. Apalah nasib budak ni dapat mama kepala sengal macam tu.wakakakakaaa..
Model barang plastik??? model bakul? atau fesyen tahun 2010???...Haa..haaaa....Bayangkan dia boleh berlari dengan selambanya pakai bakul ni kat kepala. Ingat topi keledar ke hapa? Adoyaiii anak aku!!!!!...haa..haaa...Ini pulak akibat menangis berguling-guling merajuk sambil pakai songkok.Tak pasal-pasal kena letak bunga. Dah macam krisis identiti dah ghupenye.

Haa..haaaa.saja je kannnn mummy dia kannnnn.....Nasib ko lah Dam dapat mama & mummy macam ni. Sabar je ye....hee..heee..

Sunday, December 13, 2009

Natrah

Hai alzzz...

Friday, 11th Dec, aku pergi tengok NATRAH. Haa..haaaa..haaaaaa....Akhirnya dapat jugak tiket walaupun dapat kat upper circle. Kena la ngan harga tiket nye plak kannnn...RM30 sorang.Bukan senang nak book tiket wooo....ini booking hari Isnin ni. Kalau booking lewat sehari je, langsung tak dapat kekdahnya.

Petang tu, aku jumpa dengan YB kat Old Town Bangsar. Sempat jugaklah kami makan sikit sementara menunggu Edna. Gigih minah tu jalan kaki dari opis pi Old Town.Haa..haa..haaaaaa...Punyalah nak cepat sebab takut jalan jem. Pepaham je la kan, orang Selangor cuti hari Jumaat tu.

Dalam kol 7.45, kami sampai kat Istana Budaya. Agak ramai la orang kat luar tu. Pergi ambil tiket dulu, lepas tu kami lepak-lepak ambik gambar. Haa..haaaaaa..Nak dijadikan cerita, bateri kamera aku dah agak uzur. So, tak bleh tahan lama sama sangat, tengah bergumbira ambik gambar..tetiba bateri habis!!! Hampesss sungguh. Yang si YB plak, kamera dia, bagi kat kete dia posing sakan kat luar tuh.Wakakakakaka.Maka, tak la dapat nak bergambar banyak-banyak.

Kami masuk ke Panggung Sari dalam kol 8.20 cam tu. Memang penat gile naik tangga. Bukan rendah upper circle tu. Dah nak sampai ke bumbung. Wakakakkaaaa.....Nampak la pentas IB tu sepenuhnya. Tapi muka pelakon hampess tak nampak apa-apa. Jadiklahhh..janji nampak. Yang penting, permulaan teater ni di mulakan dengan lagu NEGARAKU.Hee..hee...bila berdiri kat tempat duduk tu, terasa sayup je kebawah.Adehhh ngeri!!!

Bagi aku, aku bukan orang teater. Aku pun tak faham hukum hakam teater. Yang aku tahu, aku enjoy jugaklah dengan teater ni. Kalau nak judge dengan jualan tiket & jumlah penonton, memang tak rugi la pelakon yang berlakon dalam teater ni. Penuh giler uolsss walaupun pementasan yang aku tengok ni extension.

Picture credit to Syed's Facebook
Habis persembahan, kami keluar & cari Syed. Haa..haa..haaa..Punyalah lama tak jumpa Syed. Last jumpa masa show TM kat Seremban dulu. Lepas tu dah tak jumpa lagi. Sekali jumpa, macam jejak kasih la pulak siap dengan group hug...huhuhuhuhu...“kami ni dah lama terpisah” bak kata Syed bila dia mintak ada sorang adik tu snap kan gambar kami. Haa..haaa..haaaaaa.....

The best part kat IB ni....curi gambar pelakon nya. Wakakakkaaa..Ini memang kelakar tahap gaban. Dah lama sangat aku tak buat keje macam ni. Mula ingat nak balik, tapi lepas tu, aku ngan Edna pergi menyelit ditengah-tengah orang ramai semata-mata nak ambik gambar pelakon NATRAH. Yang kelakarnya, kamera aku kan dah abes bateri, aku dok gasak snap pakai handphone. Dalam cahaya yang kureng tu, semua gambar nampak blur. Tiba-tiba aku rasa nak test balik kamera aku. Alhamdulillah, menyala balik...Kami pun apa lagik, snap je la bagai nak rak. Sampai orang tah siapa-siapa pun masuk jugak....haa..haaa
Emmmmmm.....Tiba-tiba rasa rindu dengan situasi tu......dah cukup lama aku tak ambil gambar curi-curi macam tu.Ambil gambar orang yang tak kenal aku. Wakakakkakakaaa.

Lepas tu, kami pergi makan kat kampung baru.Lapar punya pasal, kami sebat kaw-kaw punya. Lepas makan, YB hantar aku & Edna balik rumah ambil baju dan kami pergi lepak rumah YB malam tu...Kat rumah YB, tak payah ceritalah..banyak makan tido je sampai aku jadi terlebih tido..haa..haaa......

Thursday, December 10, 2009

Friends & Foes

Hai alzzz...

Things had been so quiet lately. I don't know,peace is much in demand I guess. Too much noise in my head and all goes haywire!!!..And now, I realize that some peoples obviously need overhauls.

Remember I told you guys about “telefon rosak” ? Satu cerita yang melalui “jalan” yang sangat panjang. Dihujungnya, cerita sudah bertukar rupa. Sekarang ni baru aku tahu bahaya nya mulut yang sebegitu dan aku minta maaf kalau aku terpaksa limit kan apa yang aku selalu kongsi dengan “sahabat-sahabat” itu. Tak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali mereka menghuru hara kan hidup aku.

Perkara ni dah berlaku lama dulu, tapi masih belum reda-reda lagi. Masih diperdebatkan oleh kawan-kawan rapat aku. Permulaanya mudah, hanya perselisihan pendapat & perasaan antara dua sahabat. Tapi yang agak peliknya, benda tu merebak ke telinga orang-orang yang tidak sepatutnya in a blink of the eyes. I don't believe it!!!!!

Aku hanya tahu bila si mangsa tiba-tiba call aku, calm & cool bertanya kenapa. Dan aku berani kata, hanya dia saja yang sudi bertanya soalan tu selain dari seorang lagi sahabat yang concern. Dekat 2 jam aku cuba explain apa yang berlaku sampai panas telinga....well, plus bill yang agak melambung bagi pihak dia lah kan. It's a damai antara kami. Aku tak pernah merajuk pada dia, aku tak pernah marah dia & aku tak kisah pun apa yang berlaku. Terus terang aku kata, aku tak mahu buat musuh dengan dia.

Tapi.......damai yang kami harapkan, tiba-tiba tanpa hujan tanpa ribut..Aku dapat call dimalam buta. It's a friend yang concern tu lah. Baru aku tahu, cerita semudah itu dah sampai ke telinga seorang manusia yang tak sepatutnya. The last person on this God green earth yang aku expect akan tahu cerita budak-budak ni. Mengucap panjang aku!!! This is too much!! Nak je aku pergi cilikan mulut yang membawa cerita tu!!!.Kurang ajar punya orang!!!!

Bukan aku nak marah, tapi aku kesal..tak seorang pun dari manusia-manusia yang mendengar cerita tu bertanyakan pada aku apa yang sebenarnya berlaku. Tak ada seorang pun!!!! Hanya si mangsa & that friend..err.....dan sorang lagi yang tak terlibat dalam cerita. Dah aku yang dikatakan punca masalah, sepatutnya yang mendengar, bertanya pada aku. Bukan telan apa yang si mulut busuk penyampai cerita tu kata. Semuanya damn idiots!!!!.. I couldn't believe I used to call them friends.Pemikiran tahap komunis, macam tu lah, main angguk je!!

Yang lagi aku tak boleh tahan, kenapa cerita peribadi antara aku & kawan aku jadi perdebatan hangat sampai ke pihak yang tak sepatutnya? Sebab dengki? Sebab tak puas hati? Aku tak faham kenapa manusia boleh jadi macam ni. Kisahnya hanya antara aku dan dia dan antara kami lah sepatutnya diselesaikan. Bukan membawa cerita sampai ke orang yang tah apa-apa tu.Emmmm...tapi, aku gembira jugak la kan....at least I made it big on this year's calendar. Wakakakkaa..Stupid me!!

Eemmm..to those yang membaca, korang rasa benda ni berlaku dalam Mahkamah Perusahaan, AFCM, NFC, kat rumah aku, kat kampung aku, sekitar setiawangsa atau just tepi jalan kat dataran merdeka ni.....itu korang punya pasal la. Fikir la sendiri!!! Yang aku tahu, aku fed up dengan mulut tahap hanj ni!!! Jangan kerana nak melangkah jauh, tebas sekeliling sampai botak. You wont get very far my dear!!

** Tetibe terharu bila ada orang kata, ada orang rindu dengan kami berempat. Hee.heeee...kami dapat yang “miskin” & kami telah menerima seadanya dia, bak kata tokti, apa pun yang terjadi,berjalanlah tanpa henti.....hee..heee........

**Errrr..ada mimpi odd malam semalam. Aku & dia bermimpi tentang aku, dia & dia.aku mimpi kami bertiga lepak di station bas & dia mimpi kami lepak dia station LRT. Bottom line is, kami lepak bertiga & lepak di public transport....MOTIP????????...Masih mencari motif mimpi kami ini.....Haa..haaa...haaaa....

NATRAH!!! HERE I COME!!!!!

Thursday, December 3, 2009

Adam & Aisy

Hai Alzzz...

Dah lama aku tak update gambar 'anak-anak" aku kannn....

Ni dia Adam Danish, yang sekarang ni dah 2 tahun 3 bulan.

And Aisy Danish.....4 bulan
My little Angels.......Tak sabar nak tunggu diaorang membesar.....