Friday, 11th Dec, aku pergi tengok NATRAH. Haa..haaaa..haaaaaa....Akhirnya dapat jugak tiket walaupun dapat kat upper circle. Kena la ngan harga tiket nye plak kannnn...RM30 sorang.Bukan senang nak book tiket wooo....ini booking hari Isnin ni. Kalau booking lewat sehari je, langsung tak dapat kekdahnya.
Petang tu, aku jumpa dengan YB kat Old Town Bangsar. Sempat jugaklah kami makan sikit sementara menunggu Edna. Gigih minah tu jalan kaki dari opis pi Old Town.Haa..haa..haaaaaa...Punyalah nak cepat sebab takut jalan jem. Pepaham je la kan, orang Selangor cuti hari Jumaat tu.
Dalam kol 7.45, kami sampai kat Istana Budaya. Agak ramai la orang kat luar tu. Pergi ambil tiket dulu, lepas tu kami lepak-lepak ambik gambar. Haa..haaaaaa..Nak dijadikan cerita, bateri kamera aku dah agak uzur. So, tak bleh tahan lama sama sangat, tengah bergumbira ambik gambar..tetiba bateri habis!!! Hampesss sungguh. Yang si YB plak, kamera dia, bagi kat kete dia posing sakan kat luar tuh.Wakakakakaka.Maka, tak la dapat nak bergambar banyak-banyak.
Kami masuk ke Panggung Sari dalam kol 8.20 cam tu. Memang penat gile naik tangga. Bukan rendah upper circle tu. Dah nak sampai ke bumbung. Wakakakkaaaa.....Nampak la pentas IB tu sepenuhnya. Tapi muka pelakon hampess tak nampak apa-apa. Jadiklahhh..janji nampak. Yang penting, permulaan teater ni di mulakan dengan lagu NEGARAKU.Hee..hee...bila berdiri kat tempat duduk tu, terasa sayup je kebawah.Adehhh ngeri!!!
Bagi aku, aku bukan orang teater. Aku pun tak faham hukum hakam teater. Yang aku tahu, aku enjoy jugaklah dengan teater ni. Kalau nak judge dengan jualan tiket & jumlah penonton, memang tak rugi la pelakon yang berlakon dalam teater ni. Penuh giler uolsss walaupun pementasan yang aku tengok ni extension.
Habis persembahan, kami keluar & cari Syed. Haa..haa..haaa..Punyalah lama tak jumpa Syed. Last jumpa masa show TM kat Seremban dulu. Lepas tu dah tak jumpa lagi. Sekali jumpa, macam jejak kasih la pulak siap dengan group hug...huhuhuhuhu...“kami ni dah lama terpisah” bak kata Syed bila dia mintak ada sorang adik tu snap kan gambar kami. Haa..haaa..haaaaaa.....
The best part kat IB ni....curi gambar pelakon nya. Wakakakkaaa..Ini memang kelakar tahap gaban. Dah lama sangat aku tak buat keje macam ni. Mula ingat nak balik, tapi lepas tu, aku ngan Edna pergi menyelit ditengah-tengah orang ramai semata-mata nak ambik gambar pelakon NATRAH. Yang kelakarnya, kamera aku kan dah abes bateri, aku dok gasak snap pakai handphone. Dalam cahaya yang kureng tu, semua gambar nampak blur. Tiba-tiba aku rasa nak test balik kamera aku. Alhamdulillah, menyala balik...Kami pun apa lagik, snap je la bagai nak rak. Sampai orang tah siapa-siapa pun masuk jugak....haa..haaa
Emmmmmm.....Tiba-tiba rasa rindu dengan situasi tu......dah cukup lama aku tak ambil gambar curi-curi macam tu.Ambil gambar orang yang tak kenal aku. Wakakakkakakaaa.
Lepas tu, kami pergi makan kat kampung baru.Lapar punya pasal, kami sebat kaw-kaw punya. Lepas makan, YB hantar aku & Edna balik rumah ambil baju dan kami pergi lepak rumah YB malam tu...Kat rumah YB, tak payah ceritalah..banyak makan tido je sampai aku jadi terlebih tido..haa..haaa......
No comments:
Post a Comment