Tuesday, June 15, 2010

My Adam.....

Hai Alzzz,

Dah lama kan aku tak cerita pasal anak aku yang sorang ni.Hehhehee..Dia demam sebenarnya. Suara pun dah ala-ala penyanyi rock dah.Tapi budak-budak kan, demam pun nak bermain jugak.So, unutk hiburkan hati dia yang duka lara sebab asyik kena makan ubat, kami lambakkan permainan..!!
Ini adalah salah satu fesyen dia yang terbaru.Dia memang suka letak macam-macam benda atas kepala. Hari tu bakul, semalam tin butter cookies. Nasib baik tin lama, kalau baru..jenuh gak la nak membasuh kepala dia tu.Dah la nak bersyampoo bukan main susah.Nak syampoo kepala dia pun macam nak runtuh umah...
Yang ini pulak dia panggil "acukkk"....hehhehee.nak tahu apa acuukk?? acukkk tu maknanya "masuk" means...ala, kete, moto, kapal terbang apa-apa jelah..semua boleh masuk kat tengah-tengah gerbang ni. Errmmm..kalau nak tahu, aku je la mangsa dia kalo nak buat acukkk ni.So, I come out with this design...siap dengan tayar sekali kat atas gerbang tu. And those Ferraris...tu sebenarnya kereta dari collection papa dia. Dah tak jadik collection dah..sebab Adam dah jadikkan salah satu dari toys dia.hehhee
Inilah kejadiannya kalau Adam bermain. Melambakkan mainan dia dalam bilik aku.huhuhuhu..nampak ultraman tadak tangan tu? Yang tu kena pulas tangan dia, tercabut terus.hehhehehe....Adam ni banyak mainan, tapi semuanya car, moto & ammmen. Kengkadang aku pun sekali main ammen dia tu.adeiiiii...siap lampu kat perut tu yang tak tahan tu..hahha
By the way, aku harap Adam cepat sihat, hilangkan suara dia yang ala-ala mat rock tu.hazab aku dengar.hehhehe. Nanti kalau mummy ada masa, mummy bawak jalan-jalan naik tren...pi Aquaria..hehhe
okeh..tu jer..nanti aku citer pasal adik dia aisy pulak ye......

Sunday, June 13, 2010

Wayang & Bowling

Hai Alzzz

Saja nak cerita, hari khamis minggu lepas, aku, harney & moon pergi menonton Lagenda Budak Setan. Pertama...sebab kami AJK tertinggi NFC.Tak logik lah kalau kami tak menyokong filem pertama si Ikon kan.............Kedua.....sebab semua orang dah tengok, kami je yang masih tak tahu cerita. Ketiga, dan yang paling kukuh reason nya, It's Lagenda Budak Setan uolss!!!!...Siapa yang tanak tengok novel terpemes tu jadi filem kannn.hehhehehe.

Okey,,ini pandangan seorang yang tak cerdik pandai dalam filem. Rasanya aku tak in capasity untuk komen banyak-banyak. Tapi pada aku...it's just an ordinary film. Yang mengangkat filem ni sebenarnya adalah populariti novelnya je. Aku jenis yang tak attach dengan apa yang aku tengok.Kalau tak betul-betul, aku memang tak sinking dalam cerita. Sayang jugaklah.....LBS buat aku tunggu bila nak abes je. Hahahhahahaa. Nak cakap macam mana ek? Errrmmmm.....maybe buku tu sangat tebal.Then..bila nak ceritakan semuanya dalam satu duration yang pendek, jadiklah banyak loop & rushing. Honestly aku tak nampak dimana SETAN nya. Kalau tak baca novelnya...memang le tak paham kenapa le Kasyah tu dikatakan setan. Sebab tak le jahat sangat pun...hahhahahaha

Nak aku komen pasal Nubhan ker??? Wakakakakaa.......bolehhh laaaaaa....Budak baru kan masa tu. Senang cakap, aku tak kecewa la dengan dia.Jauh lebih bagus dari dua drama raya dia yang hazab 2 tahun lepas tu.hehhehee.

Hari Ahad pulak, kami adakan Bowling Friendly Match dengan Tomok FC dan Toi FC sebagai jemputan. Tak ada apa-apa sangat pun sebenarnya, hanya nak have fun sesama kami je.Bayaran yang dikenakan pun cost to cost je.Tak ambil untung langsung.Hahhahahaa. Tapi, walaupun event kecik, aku tido jugak kat umah moon di kajang. Tolong lipat tuala tangan untuk hadiah. Malam tu, harney datang, dia pulak letak gambar Nubhan kat dalam beg kecik tu. Hahahhaaa..sungguh tak balance.Gambar Tomok & Toi tak de pun.Nak wat cam ner......keje last minutes katanya.

Keputusannya? Tomokianz menang dengan Ristoe sebagai pemain terbaik. Hahahhaa...NFC paling tinggi pun number 7 dari 12 team. Yang corot pun NFC, ratu longkang pun dari NFC. Wakakakkaa.....gasak je la!!!!!...

So, thanks to all crew yang terlibat, terutamanya mastermind.....Nora of tomokianz, Moon of NFC dan Harney of NFC. Thanks to Ain of Tomokianz yang bantu aku kat registration serta berlari kesana kemari. Seronok kerja dengan korang. Tak ada tekanan & juga happening sangat.Kalah pun tak jadi hal..janji menang sorak...hahhahahah!!

p/s : Aku nak tuala.....aku nak tuala...aku nak tuala.....hahahhahahahaha.

Monday, June 7, 2010

Camping @ Bagan Lalang

Hai Alzzz...

Camping pulak!!! yeayyy!!!...hahhhahaha....aku tak pernah suka camping sebenarnya.Tapi since camping yang dibuat ala kadar hampir sebulan lepas, aku jadi suka bercamping ni.

Kali ni event ini telah diketuai oleh Harney dan di assist oleh aku, Moon & Tira, KT, Yani, Ieien, Adila, Angah Ruzi & Deqsue. Dan macam biasa....aku adalah menteri kewangan...hahhahaha....nasib baik event ni tak menuntut banyak duit macam event lain..so, tak ada lah pening kepala sangat nak mengira duit.

Kami start pada hari Jumaat....process membeli barang dan menyiapkan apa yang patut. Aku tak join beli barang sebab aku kerja. Ada benda urgent yang aku nak siapkan. So, aku terpaksa beri pada harney & moon untuk pergi beli barang. Malam tu dia orang ambik aku.........penuh satu kereta barang..adeiiii..!!!..hahahahha.

Untuk memudahkan kerja, kami sewa satu bilik kat Hotel Seri Malaysia. Senang AJK nak letak barang, bersiap & untuk Nubhan tido.Hehhehee....bukan tak mahu dia tido di Khemah.Tapi.......paham-paham je la ye, lantai khemah itu tersangatlah kerasnya...wahahhahhahaa..
So, inilah sebahagian dari khemah yang didirikan pada hari sabtu. Aku tak ada kat sini masa budak-budak ni datang sebab aku balik ke Kajang pergi goreng nasi. Hehhehehe..macam la pandai kannnn...Gasak je tuh!!!.

Lepas goreng nasi, kami pergi fetch Nubhan kat depan Uniten sebab dia tak tahu jalan ke Bagan Lalang.Hehehhe....masak jugaklah dia mengikut kami pusing ke Putrajaya ambil kek dan lepas tu berpusing-pusing sebab terlupa jalan.Hahhahaaa.....dan masak jugaklah kami kena sound dengan dia sebab menghabiskan minyak kete dia..kwang..kwang..kwang...
Aku, Harney & Zamani...sampai-sampai jer, aku join diaorang bakar ayam. Ngeh...ngeh..ngehhh.....resepi ini adalah ciptaan tokwan pada malam sebelumnya. Aku hanya jadik tukang kacau saja. So........jadik la BBQ kami pada hari tersebut...wahhhh!!!
Inilah ayam tu!!!!...yang tersengih tu..Nora...presiden Tomokians.Selain dari ayam, kami ada frankfurter, kentang, daging burger dan jagung. Errmmmm...mewah dengan makanan!!!Ini lah keadaannya kot masa budak-budak ni baru sampai. Tugas Harney & Tyra membahagikan kumpulan & memberi tugasan pada diaorang. Tahu-tahu, kami sampai je.....semua dah duduk berkumpulan. Membincangkan apa yang nak dibuat malam tu..hehhehehehee....Syabas bete...syabassss...
Gambar ni Tyra yang snap......dalam perjalanan balik ke khemah. Senja-senja tu...melepak kat tengah-tengah laut.hehhehee....practically tengah laut la kan..sebab air surut.nasib baik tadak yang menumpang bergambar ye..
Moon, Deqsue,Harney,Adila & aku...pantang nampak kamera!!!...kat belakang tu sepang gold coast yang belum siap sepenuhnya. Tapi malam-malam semua lampu dibuka...cantik sangat!!!
Lompat tinggi-tinggi sampai cucur atap....errrrrrrrrr..tak bleh sambung, sebab semua dah kertu. hahhahahahhaaaa..macam-macam gaya daaa, macam cap kaki tiga ada, melompat tadak perasaan pun ada..asalkan happy udahhhh!!!
Yuna? Anna Rafali?? TIDAK!!! Tali Rafia.....hahahhahahaaa....esksen je ngan gitar adila ni. Bukan pandai main pun.Aku suka gitar sebenarnya. Dulu-dulu pun ada petik-petik gitar abang ipar aku.Tapi aku petik jer....semua kucing lari...hahahahhaa..motip???..sebab kucing tak mo mati cepat!!!..hahahaha
Yang ni pun eksen jerrrr.....semua main gitar ni. Yang berbunyi lagu, hanya masa Nubhan main lagu ditepi pantai. Itupun lagu tu je dia tahu..adeiiiii..memang fail berjemaah kekdahnya...hahahhaa
Unggun api ni pun cerita kelakar.Bayangkan, dari siang berganti-ganti orang nak hidupkan unggun api ni.Sampai ajoy curah setengah botol minyak tanah milik orang camp sebelah. Tapi tak jugak menyala. datang mamat suar merah ni....sekali pasang jer dah hidup!!!!....issskkk!! sungguh memalukan bila tidak berpengetahuan am.
Tengah-tengah Nubhan nak menyanyi...ala, lagu "andaiku tahu" (siottt je pilih lagu tu kannn???? huh!!!)..tiba-tiba ramai orang kat depan kawasan perkhemahan kami. Adeiii..semua pakat nak tengok dia.Yang kelakarnya, boleh pulak dia duduk sebab malu. Tadak motip sungguh penyanyi yang dah beratus-ratus show boleh malu dengan orang kat kawasan khemah. Hehhee...masih tak paham motipnye.So, untuk hilangkan malu dia, dia ajak la moon sekali. Hehhehee..kesian moon kena paksa buat performance.
Yang ini performance yang tadi petang bagi kumpulan. Diaorang ni buat medley lagu-lagu yang aku dah tak ingat. Tapi sporting giler walaupun lepas tu ada keganasan melampau...hahahahahhaaGroup Nora yang buat boria lupa lirik..hahahhahaaa. kelakar diaorang ni. Main hentam jerrr..tapi tetap entertaining.
Yang ini paling havoc!! namanya group nyamuk. Edna & Deqsue jadik nyamuk, Sarimah & KT konon-konon nya bercamping.Hahhahahaha.....memang kelakar gila-gila.Sakit perut gelakkan diaorang.
Ni group mati ditengah jalan.Diaorang ni macam buat pantomin.....dalam 4 group ni, diaorang je yang pilih cerita sedih...
Lepas habis performance & kumpulan nyamuk menang....kami buat truth & dare...ngeh..ngeh..ngehhh..sungguh kureng permainan ini kerana aku telah terkena!! hampeh!! tak kan woods manager pun kena jugak!!!..hampesssss!!!!...
Ini adalah acara paling havoc malam tu. Kami celebrate birthday Edna yang kebetulan jatuh pada hari esoknya.Then, kami decided untuk celebrate birthday sarimah, Ajoy, Nora, Bad & Zamani. Inilah kali pertama kami buka celebration tepung tawar ala-ala kejam ni kepada orang yang bukan geng kami. Kesian diaorang...tak pasal-pasal kena mandi tepung jugak. Huhuhu..tengoklah muka aku, rambut dah macam dye kaler putih..yang tangan panjang kat belakang tu pulak tengah nak menambah tepung!!! siott je aku kejar tak dapat!!!!

Birthday gurls & boy...Ajoy & Bad tadak dalam gambar..Ajoy hilang tah kemana, Bad lak...hehehhee....jiwa kacau.hehhehe. Paling teruk dalam gambar ini adalah edna!!..hehehhe...happy birthday Edna!!!
Pagi esoknya, kami ada games. Tapi aku tak join..hanya record video je. Lepas tu lepak-lepak mandi laut dan bersantai-santai atas pasir.Nubhan mula-mula join tengok games, lepas tu balik hotel sebab mengantuk sangat. Mana tak nye, malam tu pukul 4 pun belum tido lagi.Esoknya pukul 7.30 pagi dah terhendap-hendap kat khemah. Errr...notice apa yang tertulis kat pasir tu? KAMI SAYANG NUBHAN...wakakkakakakaa.......yang tu facebook group sebenarnya. Yang kelakarnya, aku & moon adalah penasihat. Adeiiii..aku pun tak tahu apa nak nasihatkan budak-budak ni...pakat tengok je la...haahhaha
Aku, harney,Ajoy, Adila, Ieien & Angah Ruzi.....dah penat buat macam-macam pose.Akhirnya kami end up macam ni..har har har.........suka hati je laaaaa...
So, dalam pukul 11.30, kami berkemas & makan tengahari. Kami sediakan nasi ayam. Lapar punya pasal..kejap je habis. Mana tak nye, makan pagi hanya sandwiches je. Dekat-dekat pukul 1, kami bertolak balik. Semua kereta heading ke AEON AU2 untuk Show Suria FM...hehehe..depan umah je kay!!!.Kecuali kete moon yang balik ke Kajang sebab moon lupa nak bawak seluar jeans.hehhehehe...Tapi kami sempat lah catch up performance Nubhan kat situ.
Inilah show tu....Nubhan nyanyi lagu aku & dirimu duet dengan Rini, Oh! Juwita & lagu baru Aku atau Dia. Lepas abes perform, dia terus balik sebab nak berkejar majlis kawen ke apa tah.....
So...itu sajalah 2 hari 1 malam kat Bagan Lalang.Kepada mereka-mereka yang bertugas, Thanks banyak-banyak......kepada mereka yang datang pun thanks banyak-banyak. Kepada Nubhan, thanks banyak-banyak la jugak. Hehhehehe.....
Next celebration, sila abaikan marjerin ye. Telur pun.........cukuplah hanya tepung tawar. ngeh..ngeh..ngehh.......nasib baik beday aku jatuh bulan pose.Berharap mereka-mereka yang bertanduk itu hilang tanduknya...wakkakakakaka.
Gambar-gambar adalah ehsan Facebook Nurilyani Mashuri, Nurain Othman & cikgu budi a.ka. zamani....nak tengok yang lagik banyak..taip je nama-nama diaorang ni kat FB...banyak giler gambar.
p/s Dah dua hari kaber tido..tak jugak abes2 lagik mengantuk....adeiii