I went to Jakarta again...kali ini untuk filem Surga Yang
Dan kali ini juga, untuk premier di Plaza Indonesia. Tak payah ceritalah lah macam mana aku boleh dapat tiket tu. Just aku nak tulis sikit pasal filem ini..
Untuk yang di Indonesia, filem ini telah mula ditayangkan semalam, 9 Feb 2017 dan untuk yang di Malaysia, SYTD2 akan start tayang pada 16 Februari 2017.
Dan untuk yang belum menonton filem ini... awal-awal aku katakan...sila SKIP POSTING INI kerana ianya mengandungi SPOILER.
Tapi kalau nak baca jugak...... Silakan. Ini adalah padangan aku sebagai penonton. Pandangan individu dan tidak ada kena mengena dengan pandangan orang lain yang mungkin jauh berbeza. Dan aku tak akan cerita pasal jalan ceritanya. Just by character saja lah....
Okey... kita start dengan main subject iaitu...
ARINI ( Laudya Cynthia Bella)
Honestly aku suka Arini di SYTD yang pertama. Dia wanita yang tegas, positif dan isteri yang sangat redha. Tapi aku agak kurang suka Arini di SYTD2.
Kisahnya, Arini dijemput oleh komuniti Islam di Budapest untuk mempromosi kan bukunya. Nothing wrong with that. Dia ditemani oleh Anak nya Nadia dan Sheila. Managernya ( yang sangat cute dimainkan oleh Nora Danish). Everything went good....Arini berjumpa dengan Meirose dan Dr Syarief ..dan selebihnya tengoklah sendiri.
Jadi, apa yang salahnya Arini? Bila semua kata Arini ikhlas kerana membenarkan suaminya berbaik-baik semula dengan madunya Meirose, sebenarnya dia selfish. Dia tahu umur dia tak panjang, dia paksa Meirose untuk terima Pras, dia paksa Pras terima Meirose. Semata-mata kerana nanti bila dia dah tak ada, Pas tak pandai buat segalanya sendiri dan Nadia akan tak ada ibu. Dia nak Mei ganti tempat dia.
Well.. secara logik akal dan secara nyatanya... ini tindakan mementingkan diri sendiri. Dia paksa Pras, paksa Mei, okaylah..tu suku sakat dia. Tapi dia ada tanya Syarief?
Okay..tak sempat nak tanya Syarief... okay then...
Arini akhirnya dah jumpa Syurga yang dia rindukan. The end...Tamat kisah Arini....
PRASETYA ( Fedi Nuril)
Pras adalah lelaki alim, romantik, penyayang dan lurus. Idaman semua wanita. Tak ada apa sangat aku nak cerita pasal Pras. Dia tetap Pras yang aku "kenal" di SYTD dulu. Kesian jugak kat pras sebab kena ikut wasiat isteri. Cakap apa pun tak guna. Hehehehhehe..
Tapi okay jugak... dia tak merasa jadik duda. Aku rasa Pras dah jumpa Syurga dia. Dapat isteri lagi dan dapat anak dua.
MEIROSE (Raline Shah)
Aku tak sangka aku akan suka lakonan Raline Shah. Aku suka Meirose yang dia bawakkan. Nampak independent, bahagia. Dia dah happy-happy saja tinggal di Budapest dengan anak dia Akbar. Ada kedai sendiri, ada kawan-kawan yang baik, ada boyfriend hensem (hehehe)
Tapi kehidupan normal Mei tiba-tiba jadik abnormal sebab kedatangan Arini sekeluarga. Haywire sebab tiba-tiba Arini suruh pulak dia jangan bercerai dengan Pras. Maybe Mei masih sayang kan Pras dan jugak dia nak kan lelaki alim untuk jadik suaminya instead of a half Hungarian yang banyak benda tak tahu tu.... So, babai la Syarief. Walaupun ko hensem dan baik begitu... Hahahahahhaa
Syurga Meirose pun dah ditemui. Dia akhirnya jadik satu-satunya isteri Pras. Ada dua orang anak dan pembimbing hidupnya seperti yang dia impikan.
SYARIEF KRISTOF (Reza Rahadian) a.ka. Mangsa Keadaan
Aku expect Syarief Kristof akan jadi orang jahat yang merosakkan rumah tangga Pras bersama Arini dan Meirose pada mulanya. Tapi turn out that Arini, Pras & Meirose yang mengecewakan hidup Syarief. Kesian mamat ni. Dah la lurus, baik dan tak banyak karenah. Dia dah siap beli cincin, dah melamar Mei. Dia nak belajar agama. Aku tak nampak apa yang tak eloknya Syarief sampai dia di perlakukan begitu. Mentang-mentanglah dia tak banyak cakap dan dia orang luar dari rumah tangga depa dan dia memang orang luar. Tak de pun sapa-sapa mintak pendapat dia bila nak sapu awek dia. Hihihihi.
Ermmm... memang redha, ikhlas dengan menyerah kalah tu...bezanya tipis je kan?
Tak ada Syurga untukmu disini Syarief.... Sila ngorat lain. Hahahhahaha
Oh ya, aku suka jugak bila filem ini tak memberikan pelakon cameo atau seorang random girl untuk syarief sebagai ubat kekecewaan dia. Jodoh tak akan muncul secepat kilat.... So, itu real!!
Honestly, aku suka chemistry Reza / Raline. Pertama kali aku tengok diaorang berdua ni, masa filem TERPANA. Tapi tu sikit je. Kali ni baru betul-betul "bercinta". Harap nanti ada satu filem yang menggandingkan Reza / Raline lagi. Sebab they look soooo gorgeous together. Oh ya, kali ni Reza berbahasa Hungary. Seperti biasa, petah dan bersahaja. Aku tak tahu dia nak cakap bahasa apa pulak lepas ni... Hahahaha...
Tahniah jugak kepada Nora Danish. Walaupun wataknya biasa-biasa je..tapi ada suntikan cuteness disitu. Tak malu jugak la munculnya Nora kat filem ini kannn...
Yang lain-lain pun okay. Ada gelak ketawa nya, ada sedihnya. Dan sebenarnya, scene yang paling awkward adalah bila tiba-tiba Syarief masuk rumah Meirose sebab nak menghantar mainan Akbar. Ada Arini dan Pras sekali kat dalam rumah. Rupanya Arinilah orang yang Syarief ceritakan kat Meirose dan Pras adalah orang yang Meirose ceritakan kat Syarief. Awkward Big Time!!!!
So.................
Untuk yang nak menonton filem ini, silakan menonton bermula 16 Feb ni di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Untuk yang di Indonesia, dah boleh menikmatinya sekarang.. Just go with the flow.. nikmati permandangan Budapest yang sangat cantik dan juga quartet diatas yang sangat cantik dan sangat hensem.
A movie worth to watch
p/s. Menunggu Aldebaran Risjad di Critical Eleven.
6 comments:
Aku suka baca review disini, bahasa Melayu kakak nampak jelas dan aku bisa mengerti. Di komentar YouTube ada banyak bahasa Malaysia banyak yg tak bisa ku pahami.
Sepertinya kakak suka menulis, biasanya orang yg suka menulis juga suk baca buku.
Ada beberapa novel asma Nadiah yang sudah difilmkan: cinta laki2 biasa, istana kedua (yg berganti judul : surga yg tak dirindukan), catatan hati seorang istri dan assalamualaikum Beijing.
Aku sarankan kakak baca kumpulan cerita : cinta laki-laki biasa, bagus kak. Hanya saja jangan lihat filmnya, tak sebagus cerita asli di novel.
Coba kakak download disini http://buku.mwapblog.com/download-koleksi-novel-cerpen-karya-asma-nadia-lengkap-2.html
menarik. semoga kedepan ada ulasan tentang film Kartini... :D
Lin Ysr
terima kasih... Saya hanya menulis menggunakan bahasa Melayu yang mudah dan santai. Di youtube itu, banyak street lingo. Sometimes saya sendiri pun tak faham.. heheheh
Iya, saya sangat suka membaca. InsyaAllah nanti jika saya ke Jakarta lagi..saya akan cari buku-buku tersebut. terima kasih. :)
Anything in my life
Sayangnya saya tak berkesempatan menonton kartini...
Tapi saya akan menunggu DVD nya. Terima kasih kerana sudi hadir kesini.. ;)
Post a Comment