Wednesday, November 29, 2017

Trailer "The Gift"


Seriously, aku dah lama tak begitu excited hanya dengan trailer. tapi kali ni memang aku excited. rasa macam memanggil-manggil je ke Jogja. Hahhahahahaa...masalahnya office nak pindah. Memang tak de la aku nak ke Jogja.

Actually macam ni, dalam dua, tiga tahun kebelakangan ni, aku dan beberapa kawan "PILAREZ" banyak bercerita tentang filem-filem Reza. PILAREZ tu adalah Fan Club nya Reza Rahadian. Walaupun aku berkawan dengan mereka, tapi aku BUKAN Pilarez. Well, aku bukan in habit untuk masuk Fan Club. Dari dulu minat KRU pun tak pernah masuk FC depa. Hihihi.

Okay, sambung cerita pasal sembang-sembang kosong kami.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apa yang aku dan kawan-kawan realized, banyak filem -filem Reza bersifat modern atau filem popular. Walaupun dia tak menurunkan kualiti, tapi dia dah meyimpang jauh dari genre yang membuat kami, especially AKU!! jatuh cinta dengan filem-filem dia.

Alangkah Lucunya Negeri Ini, Emak Ingin Naik Haji, Perempuan Berkalong Sorban,  Hati 2 Dunia 1 Cinta. Hafalan Solat Delisa. Tu semua filem yang "menyangkut" aku untuk filem-filem seterusnya. Tapi kebelakangan ini, Reza dah kurang berlakon dalam filem-filem macam tu.

Well, aku masih suka filem-filem mainstream seperti Test pack, Kapan Kawin, Talak Tiga, Strawberry Surprise, Syurga Yang Tak Dirindukan 2 dan juga Critical Eleven. Habibie & Ainun dan Rudy Habibie, sila tolak tepi. Yang tu tanak komen sebab yang tu walau masuk aliran mainstream, tapi kualitinya tak boleh nak deny.

Sooooo... Bila tengok trailer 'The Gift" ni, aku jadi excited. Aku tak tahu jalan cerita nanti akan mengarah ke arah mana, tapi ini sesuatu yang aku dah lama tunggu. Pada aku, cukup lah dengan lelaki romantik, penyayang, gentleman dengan rambut dan baju tersedia rapi. Itu bagi kat orang lain.

Mungkin aku akan select filem-filem Reza yang sebegini, baru aku akan ke Jakarta lagi. Cukuplah rasa menyesal "buang" duit pergi menonton SYTD2 disana sedangkan ada tayang disini. Yang tu satu hal..satu hal lagik, errrmmmm.. tak payah la aku cerita. Hahahhahahaha

Terus terang aku cakap, aku ni minat tu minat juga..tapi kalau tak berkenan di mata dan hati aku... sekali tu je la aku tengok.Lepas tu aku simpan je buat pekasam. Jangan harap aku nak ulang. Ada dah 2,3 filem yang merasa nasib macam tu. ;p

P/s : Malam kang nak subscibe filem ' Bisik Pada Langit". Aku suka menonton filem Melayu. Aku just tak suka menonton Drama Melayu. Hihihi

No comments: