I've been silent for a VERY LONG time. Cukup lama untuk aku collect & buat interpretation aku tentang kes ini. Aku bukan cepat nak menuding jari pada sesiapa. Sebelum aku melenting, aku akan fikir masak-masak dulu. Tapi this thing had gone too far.
Sebenarnya, frankly speaking, aku masih tak boleh nak digest masalah ini. Ada satu gap antara aku & permasalahan ni yang aku still can't put my finger on. Wonder why? Because sebenarnya ianya bukan masalah. Ianya hanya pemikiran yang setengah masak dari orang-orang yang sebenarnya sudah masak rentung!!.
Aku bukan baru dalam arena "KELAB PEMINAT" ni. Aku terlibat dengan KRU posse, KRU VIP, ADAM FC. Talking about KRU, faham sajalah kan......dah lama!!!. So, aku faham bits & pieces karenah & keadaan dalam satu-satu FC. Before Nubhan muncul, aku memang FULLY INVOLVED dalam AFCM. Infact, aku one of the most GILA dalam FC tu. Mana yang aku tak pergi, tanyalah...sampai bila aku missed gathering baru-baru ni.....cepat je aku kena blacklisted. Ada aku kesah??? aku puas tengok Adam "membesar" depan mata. From zero to somebody. I've made my part....so, it's up to them la sekarang nak buat apa.
Jadinya, aku tak terkejut bila ada perkara yang agak Kelakar berlaku dalam Nubhan FC. Kisah JATUH CINTA sampai air liur meleleh-leleh, kisah SENTAP, kisah TAK CUKUP, Kisah nak MENGEMPUNYA,kisah TERLAMPAU AMBIL KISAH, kisah apa-apa lah...banyak sangat!! Tu semua aku dah tengok!! Kadang-kadang buat aku rasa nak ketawa.
Reason kenapa aku involved dengan Nubhan is entirely berbeza dengan kenapa aku involved dengan Adam. Aku start berminat dengan Nubhan sebab SUARANYA. Orangnya?. Maaf cakap, mula-mula tengok pon tak selera. Tapi lama kelamaan Nubhan banyak berubah. Makin lama makin pleasent dimata. Tapi cukup ke tu? Tak cukup lagi.Masih banyak yang dia perlu baiki.
Balik pada kisah FC ni, bak kat Vern...FC is for fun!! Sepatutnya sekumpulan manusia dikumpulkan dalam sebuah kelab adalah untuk suka-suka. Untuk menyokong kerjaya yang empunya kelab. Tapi selalunya it turn out jadi mengarut sebab adanya parasit-parasit yang cuba jadi lebih sudu dari kuah.
Aku bukan menulis sebab aku nak defend Kawan-kawan aku. Tapi nak aku jelaskan, Tegarians tak buat apa-apa pun. Kami hanya berkawan sesama kami. Minat kami yang sebenarnya agak berbeza. Kami ada habit suka mengikut jejak Nubhan. Bukan kerana terlampau fanatik, tapi kerana kami suka berjalan jauh. Terlanjur minat dengan Nubhan, apalah salahnya kami menyokong dia bila dia ada show di luar KL. At least dia tak sunyi, ada juga peminat walaupun setakat 5 atau 6 orang. Buat teman dimasa dia tak kenal sesiapa disekeliling dia.
Aku tahu ramai yang salah anggap dengan kami. Terutamanya dengan keakraban kami dengan Vern. Untuk pengetahuan semua, kami berkawan dengan VERN. Bukan Nubhan. Status Nubhan tu, tak lebih dari seorang artis & seorang adik.Tidak ada sorang pun dari Tegarians yang ada direct contact dengan Nubhan. Kalau kami dah bataskan gelaran "kakak" & "adik" antara kami...so, itulah batasnya. Kami tak akan pergi lebih dari itu.
Kami tahu status kami, kami tahu dimana kami berdiri. Tegarians masih siuman & faham situasi dalam industri hiburan ni. Kami semua profesional. Kami respect bakat Nubhan. Mungkin nampak kami "popular" sebab kami selalu kelihatan disekeliling Nubhan. Jangan risau...kami tak nak dia tu. Kami hanya berada disitu sebab kami ada disitu. Sesiapa yang nak dekati dia, silakan....dia bukan hak kami.
So, dinasihatkan disini....Kalau kamu mahu diri kamu dihormati. Hormatilah orang lain. Kami tak minta disanjung dipuja. Kami hanya minta diberi sedikit ruang untuk bernafas. Kami tak pernah berhasrat untuk merosakkan sesiapa, terutamanya Nubhan. Dia pun dah besar panjang, He's a smart boy & tahu berfikir sendiri baik buruknya. Kami pun sama macam nubies yang lain....kami menyokong kerjaya Nubhan & mahu yang terbaik untuk dia.
Aku tak tahu macam mana nak menjentik, menampar atau menyepak terajang. Aku hanya memberi pendapat. Keadaan dalam Nubhan FC ni adalah keadaan normal yang boleh berlaku dalam mana-mana FC pun. Bila dah ramai tu....mula lah ada yang tarik muka, yang kecik hati & worst, yang terasa BESAR. Lepas tu mula la tuding jari sana sini. Silap tuding, orang yang tak ada dosa pun jadi berdosa besar pada dia.
Ok...itu sajalah ........ Kadang-kadang aku terfikir juga........diam-diam aku buat kesimpulan. Kalau lah Nubhan tak masuk AF kan..............Ada ke manusia-manusia yang terjatuh cinta separuh mati dengan dia? Ada ke yang nak berebutkan dia sampai tak cukup? atau ada ke yang terlalu kisah pasal dia? I Bet tak ada!!!! Haaa..haaaaaaaaaa....
3 comments:
lantak la kak...
biarkn syaitan2 itu...
[farell takut klu syaitan itu farell kenal then, dia wat baek dpn farell]...
korg smua sbr je la...
biarkn dia....
yg penting smua tau spe tegarianz...
lg pun korg da jd cam wartawan utk nubies....
ye la kn...
memandangkn kami nie b'status plajar ada komitment yg lebih penting, xsalah klu korg b'tindak sbg WARTAWAN...
melaporkn sgala xtvt NUB....
biarkn kesyaitanan dia m'nguasai diri dia....
aidaaaaa....dapat gak akak menjejak blog aida, hepi sangat..
pasal posting aida ni... emmmm.... akak kenal aida, kira lama juga kan? dari adam fc pun... byk gak kita kongsi... bukan byk pun, sikit tu adalah akak faham your style. so, kalau ada yg ckp pasal aida begitu- begini, tidak mudah untuk akak termakan dgn cakap- cakap begitu. akak respect pendirian aida. ingat kan? akak dari mana, xdelah akak ajak aida berciter overdose pasal side sanaaaa tu. akak citer @ ngadu passal adam je kan? begitu juga pasal nubhan, apa yang berkenaan ngan nubhan je akak usik2, yang lain, akak je la yg syok sendiri @ cari org lain yg spesis ngan syok sendiri akak. semuanya terpulang pada hati kan dik? baik penerimaan hati masing2, maka baiklah jadinya, buruk penerimaan, maka jadi buruklah. susah kan dik, nak jaga hati semua. tapi adakalanya kita kena bersuara gak. bersuara bukan untuk menunjuk2 kita ni betul & sebagainya tapi bersuara ata suatu kebenaran. akak pun ada gak terkecil hati ni, tapi aida pun punya masalah sendiri, akak x kacaula aida. banyak bersabar dik, akak tetap percaya kat aida (aida antyara kawan2 akak yang akak sayang)... trek aje nubhan tu, akak pun dapat story...hehehe
Farell - Tak best sebenarnya dalam Fc sibuk nak berdengki-dengki & tarik muka sesama sendiri. Kami tak buat apa-apa sebenarnya. Kalau orang nak ikut Nubhan....ikut sajalah kannnn....Kami tak halang.Dah tak nak ikut, apa kami boleh buat. Kami ikut, ramai pulak yang banyak bunyi. abes cam no???..Hee..heee..
Kak Mas - Memang susah kak nak puaskan hati semua orang. Memang boleh sabar, tapi kalau dah melampau tu, nak jugaklah diberi penyepak sebijik dua. Hee..heee..heeee...
sama-sama lah kita support kerjaya Nubhan..............dan Adam jugak. Huhuhuhuhu...windu siottt ngan Adam FC.
Post a Comment