Adam FC first raya. Aku tak ambil gambar dengan Adam. Tapi dengan "jemputan" dia. Farah breep breep.Haa..haaa...Such a sweet girl!!!. Majlis ni di Kelab Darul Ehsan. Meriah walaupun penghujung majlis tu ada peristiwa sedih sikit. By the way........di majlis ni lah aku mula kenal Linda Cik Bintang. Hee..heeee....kawan baik aku sampailah sekarang!!Birthday Adam yang ke 22 tahun. kat hotel Holiday Villa Subang. Themenya merah putih!!...Merah menyala dalam ballroom tu.Meh aku kenalkan. Sebelah aku tu lah Linda. Sebelah Linda tu Adam & Is. Depan tu aku lupa nama. Then Shaz, Qila, Ila & Zue. Is & Zue adalah AJK AFCM Sabah.Sanggup turun KL sebab nak raikan birthday Adam.
Hari raya kat Saloma Bistro. Hee..heeee....meja kami adalah meja terakhir yang Adam singgah.So, ambik gambar ala kadar jelah. AJK dah nak cepat tarik dia keluar. Tak cukup masa.Macam biasa, majlis raya AFCM mesti ada anak yatim. Aku lupa dah anak yatim rumah mana datang masa ni.
Ni bowling inter-FC anjuran Nana FC & Farah Fauzana FC. AFCM main sebelah KRU VIP. Ahli KRU VIP & AFCM lebih kurang sama je. So, havoc lah dua team jadi separa gila. Adam ada datang masa ni. Tapi tak dapat nak ajak ambil gambar.Kelam kabut sangat. So, aku, Linda & Ila dok snap dengan Ijan je lah. Kalau peminat Adam mesti tahu siapa Ijan ni. Kawan Adam yang juga ahli kumpulan ESDCO.
Dengan Ning Baizura. Hee..hee..heeee..Dinner anjuran Ning Clix, AFCM & Za8 FC. BEST!!!. Yang aku tahu, Vern ada juga dimajlis ni. Tapi aku tak nampak dimana dia berada. Haa..haaaa...Aku memang kekwat kan Vern.Masa tu lahhhhhhhh......
Lepas tu, ambil gambar ngan Adam plak. Majlis raya lah kekdahnya kan.......macam ni la. Aku suka time ni walaupun budak-budak AFCM hanya datang 2 meja je. Satu meja VIP & aku dok belakang sekali....meja yang tak berapa VIP.Wakakakkakaka
Rasanya ini first time AFCM bawa ahli-ahli keluar KL. kami buat majlis dua hari satu malam kat PD. Tinggal di hotel seri malaysia. Masa ni la paling seronok. Lagi-lagi inilah first time Adam bawa kereta waja dia yang ber air brush tak hingat tuh. Haa..haaaaa...
AC Disini. live kat Astro RIA. After the show. Memang keje giler ni. Aku datang dengan kazen aku, naik cab!!!. Punya lah tegar!!. mula-mula aku nak kat belakang.Tapi disebabkan kerusi dah habis, aku terpaksa squeeze duduk kat depan sekali. Adooiiiii!!!!!!!!!.depan-depan kamera!!. Bila tengok balik ulangan, rasa nak terjun gaung jer.......Ngong tol!!!..haa..haaaa...
Ini Hi Tea dengan AFCM sempena valentine day. Theme nya pink putih. Aku suka sangat hi tea ni. Sebab suasana santai sangat!!. Kami duduk kat sofa dalam satu bilik sederhana besar. Rasa macam dekat antara satu sama lain.Permulaan majlis, Adam beri bunga rose pink sorang satu. Sampai sekarang aku simpan rose tu. sampai dah kering rangup dah.Haa..haaa..
Kat PD. Second time AFCM buat trip. Buat apa tu???.....Kebetulan Birthday aku. so, dapatlah sesuap kek secret recipe Adam.Haa..haaaa. Sebenarnya kek tu kelab bagi kat Adam sebab menang Pelakon Lelaki Pilihan kat FFM.Alih-alih dia raikan birthday orang pulak. Bukan aku sorang ni, 3 orang. Bodow tol muka aku time ni. Wakakakakkaa.........
Perlancaran ADAM II kat The Carnival Sungai Petani kedah. Trip 2 hari 1 malam dengan KMG. Kami bermain tak hingat kat water park tu. Hari Ahad orang kedah kerja, so....kami kerjakan lah The Carnival tu sesama kami je. Sepanjang aku join AFCM...inilah acara paling Best!!. Sampai sekarang aku still teringatkan gelongsor biru kat situ. Taubat aku!! Sampai bila-bila aku tak akan naik dah gelongsor tu. menyeramkan sungguh!!!!
Pra dengar album ADAM 3 kat pejabat KRU. Ini lah last aku bergambar dengan Adam. Kami 20 orang adalah orang pertama yang dengar full album masa ni.lepas pra dengar, KMG hidang nasik lemak...tapi aku tak makan sebab sakit rahang ketawakan Adam belajar cakap Tamil.Hee..heeeee..
So, that's it!!! Gambar-gambar lama.haa..haaaaaaaa..macam-macam ghupe kan. Rindu sangat dengan Adam & AFCM. Bukan aku tak nak join & bukan aku busy sangat dengan Nubhan.It's just.............masa & tempat yang selalu tak sesuai.Nantilah..........bila-bila ada masa nanti, aku join balik. Good Luck Adam in 2009!!!!
So, that's it!!! Gambar-gambar lama.haa..haaaaaaaa..macam-macam ghupe kan. Rindu sangat dengan Adam & AFCM. Bukan aku tak nak join & bukan aku busy sangat dengan Nubhan.It's just.............masa & tempat yang selalu tak sesuai.Nantilah..........bila-bila ada masa nanti, aku join balik. Good Luck Adam in 2009!!!!
No comments:
Post a Comment