Wednesday, February 15, 2012

Fanatik?

Hai Alzz,

It's been sometimes since the last day I go & "dive" into this emotion. salah aku jugak, diam tak diam aku pergi baca balik kutukan untuk aku, dia, dia & dia satu masa dulu. Dulu aku baca dengan hati yang marah, tapi sekarang aku membaca dengan hati yang sedih. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba aku jadi sangat sedih walaupun dah dekat 2 tahun entri itu ditulis.

Dari hari pertama kejadian tu, hanya beberapa kali saja aku "buka mulut" di alam maya ini. Selebihnya aku hanya berani bercakap dengan kawan-kawan terdekat. Komunikasi antara kami jadi terlalu massive. Masing-masing marah, macam-macam perkataan yang terluah. Tapi tak ada seorang pun daripada kami meluahkan nya terus ke alam maya. sebab kami tahu akibatnya. Air yang sudah sedia keruh buat apa nak tambahkan keruhnya.

Aku tak mahu salahkan sesiapa. Mungkin masalah dia yang terlalu ikutkan perasaan. Dia seorang yang terlalu marah sampai dah tak tercari perkataan yang sesuai untuk meluahkan perkataan yang tepat supaya orang yang dibenci tu jadi sakit. Sakit yang amat sangat. Maybe dia tak perasan, yang jadi mangsa itu pernah jadi kawan. Hal kecil tak akan jadi besar kalau dia tak buka mulut di alam maya ini.Tapi nak buat macam mana, benda dah terjadi.Apa saja damage yang telah dilakukan, biarlah jadi pengajaran.

Tapi apa yang terjadi ada hikmahnya. Ada satu kehidupan yang dulunya buat aku lemas, sekarang dah tidak lagi.Aku bahagia dengan kawan-kawan yang memahami. Mereka bukan orang-orang yang sangat hebat. tapi mereka orang-orang yang decent. Sejak peristiwa itu, kami berempat tak pernah bermasam muka dah. Hal antara aku & dia dah selesai. Nak kata hilang terus, mungkin tidak!!! Tapi aku dah cuba untuk tak mengungkit kesalahannya dulu. Masalahnya, aku pun ada buat jahat juga dengan dia.haha.

Aku hanya nak jelaskan, aku bukan fanatik. Aku hanya nak membantu orang yang diamanahkan kepada aku. Aku dah janji, aku akan jaga amanah itu sebaiknya. Amanah orang tu berat, kalau tak terbawa, sebaiknya jangan bawa.Walaupun aku bukan sapa-sapa & aku tak akan ambil tahu 100% tentang dia, tapi cukuplah aku ada disini memerhatikannya. Nampak sipi-sipi pun tak apa. Janji aku tahu dia ok. Tu dah cukup dah.

Dah la.....aku penat nak fikir tentang apa yang orang fikir tentang aku. Nak kata apa pun kata lah. Aku dah maafkan dah. semoga Allah memberi kesejahteraan kepada dia. Sebab pernah Tuan kata, orang yang hatinya sentiasa marah,sentiasa rasa benci, orang tu tak diberikan ketenangan. ermmm...Tuan memang betul. kalau hati tenang, orang tu tak akan rasa marah-marah.So, banyakkan la mengingati Allah, sebab itu je caranya kalau nak buat hati tenang.

Sekarang ni tahun pun dah baru. Azam pun kena baru. Hidup apatah lagi, memang kena baru. So, aku hanya nak fokus kepada kehidupan aku ini dan teruskannya. nak jadi apa pun jadi lah. Aku bukan seorang manusia yang punya cita-cita besar nak jadi orang kaya raya.Cukuplah kalau aku tak papa kedana.Ahaks...

p/s : Mood nak pergi Singapore jalan-jalan Universal Studios.....anyone care to join???