picture credit to Preety Peektures fanpage
Hai alzz
This is officially the picture that made me cry today....
Dah lama aku tak menangis bila tengok gambar. Tapi gambar ni sangat menyentuh hati. Sejak ada nya Adam & Aisy dalam hidup aku, aku jadi sensitif kalau sebut pasal kanak-kanak. Apa lagi nak melihat gambar yang macam ni. Dulu tak jadi effect kalau aku tengok orang buang anak, gambar budak-budak didera. Tapi sekarang ni cepat je air mata keluar.Aku ingat lagi aku tengok gambar seorang budak lelaki kena selotep mulutnya di putrajaya. Aku menangis sampai bengkak-bengkak mata. Tak dapat bayangkan kalau anak-anak kesayangan aku dibuat macam tu.Mahu aku patahkan tengkuk orang yang membuat tu agaknya.
Tapi.....itu naluri semulajadi perempuan. Naluri keibuan. Walaupun Adam & Aisy bukan anak aku, tapi mereka adalah darah daging aku. Aku sayang macam anak sendiri.
Alhamdulillah, kawan-kawan aku sekarang suka buat kebajikan & pergi kerumah anak yatim. Insya-Allah kami akan pergi lagi nanti. Bila & dimana nanti kami akan tentukan bersama. Tapi melihat anak-anak yang tiada ibu bapa ni, hati rasa sayu....macam mana kehidupan tanpa orang yang paling penting dalam hidup kita eh? tanpa rumah yang sebenar, tanpa adik beradik yang sebenar? apa pun tak ada.....sedih nya.....
p/s : sedih tengok orang mengemis bawa anak-anak.....they not deserve street life macam tu....they deserve a home....