Dalam kesedihan ini, sedar tak kita? tragedi ni sebenarnya mengajar kita sesuatu.
Tak kira bangsa apa, agama apa, pandangan politik apa, sebenarnya kita boleh bersatu.
Kita boleh sama-sama menangisi kehilangan sebuah pesawat dengan 239 orang yang dibawanya sedangkan kita tak kenal walau sorang pun didalam pesawat itu.
Kita sama-sama berdoa dan berharap agar pesawat itu ditemui dengan semua orang didalamnya selamat.
Kita tak pernah perduli pun apa agama, bangsa atau warganegara penumpang dan crew MH370. Kita hanya mahu mereka pulang.
Umat Islam boleh mengenepikan semua fahaman politik dan menghadiri solat hajat memohon keselamatan semua di dalam pesawat tersebut.
Kita boleh sebenarnya. Kita bukan bangsa yang tidak bersatu. Kita boleh bersatu.
Tapi
Ada yang masih mahu menangguk di air keruh. Masih ada yang sengaja menunjukkan ketidak matangan. This is not about kamu bangsa dan agama apa, bukan kerana pandangan politik kita semua berbeza-beza.
Tapi ini keadaan yang kita harung sama-sama. As a nation. Sebagai rakyat Malaysia.
Setelah 17 hari mencari, hari ini seluruh Malaysia menangisi kehilangan MH370. Malah seluruh dunia pun turut sama bersedih.
Ini hari yang akan diingati untuk jangka masa yang lama. Bukan saja oleh kita, tapi oleh seluruh dunia. Ini cerita yang akan diceritakan untuk berkurun lamanya. Kisah sebuah pesawat gergasi yang hilang entah kemana... ditelan ganasnya lautan hindi.
Bon Voyage MH370.. Semoga destinasimu disana baik-baik saja.
p/s : Al-Fatihah untuk semua penumpang & crew yang beragama Islam. Dan takziah untuk yang bukan muslim.