Wednesday, June 25, 2014

Outstation.....!!!

Sesiapa yang follow aku di semua media sosial yang aku ada, mesti terfikir kan? Apa je perempuan ni asyik berulang alik dari KL ke Seremban, lepas tu Melaka pulak. Hehhehhee..

eh ,jap, ada ke orang terfikir eh? 

Okay, ada gak lah sebenarnya. Ada yang bertanya aku apa yang aku buat merayap merata-rata camtu.

Aku bekerja...

Actually boss aku. a.k.a Yang Arif Tuan sitting as chairman dalam Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial ( JRKS) bagi bahagian Tenggara. Kami cover Negeri Sembilan ( Seremban & Kuala Pilah) Serta Melaka.

Haaaaaaa.. Tu sebab aku selalu ke dua tempat ni.  Bukan kami berdua je. Ada wakil dari Legal Department of SOCSO, ada sorang urusetia, ada sorang wakil dari majikan ( MEF) dan sorang wakil dari pekerja (MTUC). Semua sekali 6 orang. So, semua kes akan di evaluate bersama oleh Chairman, MEF & MTUC supaya tak berat sebelah.

Okay, apa fungsi Jemaah Rayuan ?

Sebenarnya mereka ini adalah third party yang meng evaluate kes permohonan Orang Berinsurans (OB) berkenaan pencen ilat, pencen penakat, bencana kerja bla..bla..bla... Kira untuk dapatkan compensation lah dari SOCSO ( PERKESO) selepas permohonan pertama di tolak oleh Socso.

Ada ramai yang tak tahu, kalau permohonan kepada SOCSO tak berjaya, boleh buat rayuan. Ini  lah board yang mendengar rayuan tu. Kalau Socso salah evaluate, boleh la dapat compensation tu. Kalau memang dah straight forward tahu kenapa socso tolak, say babai lahhhhhhh...... Tak dapek la nak nolong..

Buat kes SOCSO ni fun sebenarnya. Tanyalah semua jurubahasa yang terlibat dengan kes Socso ni. Selain dari kerja luarnya, yang paling fun adalah berjumpa dengan macam-macam ragam masyarakat. Jangan tak tahu, ada yang boleh dapat award pelakon terbaik pun ada.

Tapi mostly yang datang ke JRKS ni orang-orang nya memang sangat-sangat memerlukan bantuan.Kadang-kadang tu rasa serba salah nak cakap rayuan ditolak. Tapi board JRKS pun terikat dengan undang-undang jugak. Bukan boleh sesuka hati nak bagi duit kannnn.. So, jangan la salahkan kami kalau habis bicara, muka kami cam nak mintak sedekah senyum dari OB. Sebab kami pun sebenarnya memang kasihan..............Tapi tak boleh nak buat apa-apa.

Okay tu je lah. Kalau nak penerangan lajut, boleh pergi terus ke pejabat socso a.k.a Perkeso untuk lebih jelas tentang hal-hal claim ni ye. Kalau aku nak terangkan kat sini, pakai sampai esoklah aku menaip... korang baca tak paham, aku yang menaip pun sama jadi tak paham. Hehhehehehe

p/s : Selain Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade, mana lagi aku nak pi tah......