Assalamualaikum
Ni aku nak cerita tentang trip pergi vietnam 19-21 September yang lepas.
Malas nak cerita day by day... Just aku nak point out benda-benda penting kalau sesiapa yang nak buat trip ke Vietnam khususnya untuk bershopping sakan.
* Percayalah cakap aku.... Textile di Vietnam memang murah. Murah kalau ikut standard kita di Malaysia. Aku beli English Cotton pun baru RM 27++ sepasang 4.5 meter tu. Boleh dapat lagi murah kalau rajin cari. Tapi jangan tengok murah je terus cekau, tengok dulu kualitinya. Sebab ada yang murah, tapi kualiti tak berapa baik.
* VIETNAM DONG? Senang citer, tak payah susah payah cari money changer nak tukar duit Dong. Bawak je RINGGIT MALAYSIA sebab kat sana semua kedai terima RM.......Termasuklah pengemis.. Hhehehehhee..
* Kalau ada Dong, coversion nya camni. 200,000 VD sama dengan RM 30.00. Disebabkan kami pi tukar duit Dong dan money changer tu bagi kami 200,000 VD sekeping-sekeping. Kami kena kira balik.
Contohnya kalau derang quote 450,000 VD. Kenalah convert pakai calculation sendiri camni.
450,000 x 30.00 / 200,000 = RM 67.50
Lagi contoh
50,000 x 30.00 / 200,000= RM 7.50
* Hotel pulak. Aku dok Blessing One Saigon. Hotel ni tak derla besar mana, tapi sesuai dengan kehendak aku. Bilik ada hair dryer, mini fridge dan kettle. So, bawaklah apa-apa untuk dimakan didalam bilik. Kalau nak iron baju, boleh bagitau front counter. Staff derang akan ironkan baju anda dengan charge USD 1 atau RM 3.00. Tak payah tunggu, nanti derang akan hantar ke bilik.
* Dok Blessing One Hotel ni paling win adalah tempat shopping nya. Sebab depan tu je pasar malam dan juga Bahn Thanh Market. So..... korang beli lah barang, hantar hotel. Pas tu jalan balik sampai lebam. Hikhikhik
* Makanan halal. Ini memang dilema orang melayu kalau nak ke oversea. Bagi yang biasa travel, makanan bukan hal utama sebab selalunya frequent traveller ni tau camne nak survive walaupun makan roti ngan megi jer. Tapi............ untuk yang choose hotel yang aku duduk ni, jangan risau. Depan hotel tu banyak restoren halal. Yang 1 Malaysia pun adoooo... So, boleh makan sama cam korang makan kat Malaysia.
( Tips untuk yang baru nak berjinak-jinak berjalan ke negara orang : Jangan nak komplen apa yang anda makan. Lain negara lain cara masaknya. So, nikmati saja apa yang ada kay)
* Kalau anda mahukan one day trip ke Mekong River ATAU Cu Chi Tunnel,Aku recommend mereka ini. Ada satu kedai jual telekung, baju-baju kurung serta dress sebaris dengan Blessing One Hotel. Nama kedai tu Aysha. Dikedai tu ada Ayob & Alif. Mereka buat muslim tour dengan bayaran USD 25.00 per head untuk setiap satu tempat. Dalam RM 80++ lah gitu. Berbaloi trip ni Kalau tak ramai anda akan pergi dengan Van ( Yang sangat selesa) kalau ramai akan ada koc atau bas yang pendek tu. Pun selesa sangat. Makan tengahari disediakan. Tour guide Encik Ismail atau Encik Karim pun sangat friendly.
Mekong River Trip :
Naik bot di delta Mekong
Merasa Madu lebah dan kalau nak main python pun boleyyy
Melihat perusahaan Coconut Candy
Makan buah-buahan tempatan
Naik sampan di anak sungai
Shopping di pinggir sungai mekong
Makan tengahari ( Halal)
Shopping lagi
Cu Chi Tunnel Trip :
Cu Chi Tunnel
Hard Rock Cafe, Ho Chi Minh City
War remnants Museum
Saigon Post Office
Makan Tengahari ( Satay House, milik rakyat Malaysia)
* Pastikan anda bukan Claustrophobia kalau nak ke Cu Chi Tunnel. Sebab tunnel yang bakal anda masuk sangat kecik, gelap dan melemaskan. Kalau nak masuk jugak, masuklah... Tapi dalam 2,3 meter didepan, turn left, anda akan nampak tangga keluar.
* Jangan percaya kalau orang kata orang-orang vietnam kurang ajar, tak pandai senyum, garang etc..etc.. Sebenarnya depends on how you approach them. Mereka semua jual barang, tak kan nak kurang ajar pulak kan. So, anda yang kena maniskan mulut dulu. Datang tempat orang, hormati orang ditempat itu. Dengan automatik orang akan hormati kita.
* Kopi....Hehhehhee... Sesekali cuba lah kopi ais vietnam yang dijual dengan motor disekitar situ. RM 3.00 jer atau USD 1.00 atau 20,000 VD. Sedap kopinya...sedap sampai tak sedar dok sedut-sedut, tinggal ais jer. Hahhahahahaa
* Souvenir memang melambak-lambak lahhh. So, bandingkan harga dulu. Di delta mekong souvenir murah. T-shirt pun boleh dapat RM 5.00 sehelai. So, boleh lah borong untuk satu family. Semua pakai baju "I LOVE VIETNAM" gitewwww
* Baju cotton biasa dengan beads boleh dapat dalam RM 39.00. Untuk cotton biasa tanpa beads boleh dapat RM 28 sepasang. Jadi...cari betul-betul. Sebab ada tempat yang jual lagi mahal dari ni.Kalau anda bernasib baik dapat jumpa yang harga camni. Sila beli banyak-banyak.Ngeeeee...
* Untuk yang curious, Ye!! toilet kat hotel ada paip. Hahhahaha.. kecuali di airport yang tak der paip. So, no worries. Just untuk solat, bawaklah compas dan waktu solatnya cepat sejam dari Malaysia.
* Motor ada beribu-ribu dalam bandar. Jadinya...berhati-hatilah dengan motor. Jangan jadi ayam. Hehhehee
* Ini tips yang paling giler. Hahhahaha.. Mereka yang ambik flight Air Asia, untuk balik tu check in kan luggage anda online siap-siap sebanyak 25kg. Kalau pergi 4 orang, check in kan setiap orang 25 kg. So, anda akan ada 100 kg untuk 4 orang. Untuk hand carry dah ada7 kg kan?. Jadinya hand carry total 28 kg. Dengan 128 kg dalam tangan....... Anda boleh shopping sampai surrender. Hehehhehehe. Awas!! Jangan harapkan 20kg standard tu. Anda akan menyesal sebab kalau anda exceed ,bayaran di kaunter check in adalah dalam USD!!
* Travel light. Jangan pergi 4 hari, bawak baju 4 pasang. Kita bukan nak pi buat modelling. Cukuplah satu jeans pakai 2 hari. Bawak baju lagi 3 helai dan sepasang baju tidur. Jangan beratkan beg anda. Nanti nak balik sini tak dapat masuk english cotton lah, telekung lah...bla..bla..blaaaaaaaaaaaaaa... sampai kena beli beg lain pulak. Buat payah nak angkat jer.
* Kat hotel memang ada disiapkan penimbang. So, sebelum balik siap-siaplah timbang beg anda supaya sesuai dengan keperluannya
Okay, tu saja tips dan information untuk anda-anda yang pertama kali nak ke Vietnam. Selamat bercuti dan memborong!!!... Hehhehe
p/s : Next!!!!