Mungkin ini pertama kali aku bercerita
tentang filem yang pelakonnya tidak dalam list favourite aku.
Semuanya kerana curious sejauh mana Tabula Rasa ini “menyelerakan”
sehingga menang award dan ditayangkan di A-List. Kerana jika di filem itu ada aktor favourite
aku, aku tak payah nak tengok sinopsis atau tengok production value
whatsoever, aku akan terus menonton tanpa syarat. Tapi ini, yang aku
“kenal” hanya Dewi Irawan kerana pernah menonton lakonan beliau
di 'Ketika Tuhan Jatuh Cinta”. Yang lain... I have no idea.
So, memandangkan Astro buka semua
channel sampai 31 Dec ni, maka aku dapatlah menonton filem Tabula
Rasa ini dengan gambar HD di channel A-List. Yeah, selain beberapa
filem “besar' Indonesia yang ditayangkan secara exclusive di Astro
Best atau Astro First, kebanyakannya aku hanya menonton di youtube
yang gambarnya setelah di download... Hahhaha.... Agak menyedihkan.
Nak sinopsis, google sendiri. Tapi
cukup aku katakan, filem ini memang “cukup rasa” nya. Kisahnya
simple, lakonan yang mengalir, gambaran yang menyenangkan. Aku suka
filem ini. Aura nya se simple : “tak perlu pelakon lelaki
handsome, tak perlu pelakon wanita jelita, kalau jalan ceritanya
bagus, lakonannya bagus, filemnya akan jadi bagus juga.” Ini Filem yang menjejak dunia
nyata, bukan berangan-angan sampai kelangit. dan aku suka
kesederhanaannya.
Well.. bukan aku tak hargai filem
Malaysia. Bukan aku tak patriotik, tak nasionalis. Aku bangga jadi
anak Malaysia. That's it!!
Tapi kenapa bila aku menonton filem,
pandangannya ke negara jiran?
Okay..selain perbezaan bahasa yang
tidak terlalu kronik sampai perlukan subtittle, agama dan budaya nya
juga tidak terlalu jauh tersasar. Kalau nak dibandingkan dengan
status “kekayaan”, memang Malaysia ni kategori senang lah. Tapi
produk filem kita selalu tak capai kepuasan aku sebagai penonton. Memang ada
filem yang bagus. Tapi tak banyak dan selalunya pelakonnya sama je.
Aku okay dengan filem Shuhaimi Baba. Tapi kalau dah combo nya
cenggitu je sampai berpuluh filem pun, bosan jugak ( Contoh
kavitha Sidhu yang appear di almost every film..kill the mood woooii. Sometimes sampai jadi tak relevan)
. Macam filem Osman Ali juga. Yang aku boleh telan hanya CUN. Dia pun
suka juga pakai combo yang sama. Dah naik bosan. Ada filem yang “naik
taraf' sikit, tak juga tayang di sini. Contohnya HANYUT yang dah
banyut entah kemana. Filem seperti SEMBUNYI, TERBAIK DARI LANGIT,
KIL, CEO pulak, bagus tapi tak laku. Banyak lagi la filem yang bagus,
tapi doomed to die kekdahnya. Yang laku.... filem bodoh yang langsung
tak menjana minda. *sigh*
Actually aku suka filem yang simple,
yang bercerita tentang realiti. Tidak terlalu berbajet tinggi, bukan
filem pakai CGI or pelakon lagak ngeri yang buat seram kaki. Hanya
relationship antara manusia yang biasa , toleransi beragama dan
hubungan antara kaum yang tidak dibuat-buat . Macam Tabula Rasa ni
lah. Cuba tonton sendiri. Tapi make sure bukan tengah lapar. Sebab
visual masakan dalam filem ini memang boleh buat meleleh air liur.
Errmmmmmmmm..
Bercakap pasal favourite actor, setelah
Habibie & Ainun, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Yasmine, Pendekar
Tongkat Emas, Guru Bangsa Tjokroaminoto, coming soon 3 Srikandi, Halfworlds dan Firegates, aku berharap Reza Rahadian akan kembali ke
filem yang tidak berbajet besar, biopics atau filem yang hype nya
melantun-lantun.
Aku rindu dengan karyanya seperti di Emak Ingin Naik
Haji , Hafalan Sholat Delisa atau Alangkah Lucunya Negri Ini. Filem
sederhana tentang manusia dan hubungan nya dengan manusia lain. Untung dia ada TV Series “Dibawah Lindungan Abah” yang berjalan
sepanjang Ramadhan baru-baru ini. Yang endingnya bikin banjir airmata
di malam raya.. Hahahhahahahhaa..... Adeiiii!!! Ada ke patut buat
ending macam tu punya tragik dan tayang malam raya. *facepalm*
P/s : Kalau tak kerana kawan aku kawen
31 Ogos ni.. nak je aku pi tengok Bukit Kepong HD kat Aeon mall depan
umah.
Semua gambar credit to pakcik google
Semua gambar credit to pakcik google