Once in a while..doing something crazy is nescessary
Dan.......sangat perlu untuk aku
menonton Rudy habibie di negara asalnya, Indonesia.
Jadi.. pada 24 Julai, berangkatlah aku
dan Kak Sofie ke Jakarta, tepatnya ke Bekasi untuk menonton filem ini
yang sebenarnya dah masuk minggu ketiga tayangannya ini.
Tapi.....I'm not going to review this
film. Aku hanya nak bagi point yang membuatkan aku sampai ke hari ini
masih memikirkan si Rudy.... dan juga karakter-karakter lain yang
wujud didalam nya.
The title character, Rudy Habibie ni orang nya keras kepala, degil, bijak, berani, confident, lantang.. tapi lembut hati dan......... MANJA!. Hahahha. Aku tak tahu samada it's Reza Rahadian yang berada diposisi watak itu atau memang Rudy asalnya sebegitu, tapi watak tu sangat melekat kuat dan meyakinkan. Sampai aku tak nampak Reza Rahadian kat situ. Hanya nampak Rudy Habibie. Giler dasyat mamat nih... !! Dia buat aku terkagum-kagum sampai tak mahu nak alih mata dari skrin tu setiap kali dia muncul. Macam kerasukkan Habibie!!
Walaupun filem ini filem serius, tapi ada scene yang buat orang yang menonton..ketawa sendiri. Contohnya ketika Rudy di cabar mengingat semua menu yang di order oleh pelajar-pelajar senior kat sebuah cafe. Dia menang cabaran tu sebab dia ingat semua dan akhirnya dapat meal free selama 3 hari. Ini memang scene balas dendam paling best tahun ini. Well...... provided la kalau kamu secerdik, sebijak dan segenius Rudy. Kalau aku, aku ingat roti je. Lain tak ingat.
Rudy kata dia anak kanibal, ayahnya
bagi dia makan otak orang Jerman. Sebab tu dia pandai cakap Jerman.
Hahahhahaha. Ini memang lawak. Memang dasar budak nakal tak makan
saman.
Earnest Prakasa sangat “mencuri” perhatian aku sepanjang filem ini. Honestly aku tak kenal dia siapa. Tak pernah tengok performance dia pun. Kemudian baru aku tahu, dia adalah stand up comedian. Bila fikir komedian, maksudnya orangnya kelakar lah kan. Tapi Lim Keng Kie dalam filem ini langsung tak buat kelakar. Dia adalah opposite dari Rudy. Sahabat sejati yang tenang, baik hati dan sentiasa ada dengan Rudy.
Satu lagi watak yang mengejutkan adalah
Ayu dari Indah Permatasari. Yang ni lagiklah..aku belum pernah tahu
pun Indah ni wujud sebelum ini. Hahahha. But she nailed it. Grace and
beauty of a princess gitu. Statement dia jelas, jangan bagi seorang
wanita kecewa. Sebab bila wanita itu kecewa.. dia mampu buat apa
saja.
Aneh nya aku tak rasa sumbangan yang
intense dari Chelsea Islan. Yes dia cantik....sangat cantik!! Dan
bila dipasangkan dengan Reza, comel la sangatttt. Just aku tak terasa
impak nya macam impak BCL masa di Habibie & Ainun. Tapi honestly,
bila Ilona menangis, aku akan ikut menangis. Sebab Chelsea menangis
macam sedih giler. Sama macam masa di Guru Bangsa Tjokroaminoto dulu
bila dia bertanyakan ke Pak Tjokro tentang kewarganegaraan dia.
Terasa sedihnya mendalam.
Bahasa Jerman. Terkelam kabut aku membaca subtitles sebab banyak dialog dalam bahasa jerman. Terutama untuk Reza a.k.a Rudy. Well, he sounds very good. Macam bahasa harian dia je cara dia bercakap tu. So, untuk anda yang nak menonton filem nya nanti....jangan alihkan mata anda. Sebab kalau tertinggal, ini bukan astro beyond... tak boleh nak reverse pun untuk baca balik. Ahaks!!
Pesanan paling kuat yang kita boleh ambil dari filem ini adalah..jangan tinggal Solat. Rudy boleh solat bawah tangga beralaskan surat khabar, kenapa kita tak boleh solat dalam surau yang memang terang-terang ada sejadah? Nak baik ke buruk ke kehidupan ini, jangan lah tinggal Solat.
Scene yang paling menyentuh hati adalah antara scene yang di hujung.. ketika di stesen keretapi. Ini scene yang paling kesian bila Ilona (Chelsea Islan) berlari ke belakang keretapi dan menangis disitu. Berharap Rudy akan berpaling. Rudy pulak langsung tak menoleh.. hanya berjalan terus sambil meleleh-leleh air mata. Hahahhahahaa... aku fail!! Sama ikut merebeh macam aku plak Ilona.. hahahhahahaa
And yes... flashback kisah Rudy masa kanak-kanak tu memang menyentuh perasaan. Tentang akrabnya dia dengan ayah nya, kehidupan yang serba kekurangan kerana perang. Untuk adik-adik yang tengah belajar, sila ambil perhatian. Dulu nak belajar tinggi tak cukup fasiliti, tak cukup duit pun gigih si Rudy nak belajar. Sekarang ni tak dapat iphone macam tak dapat nasi. Semua nak senang je. So, please learn from him. Tak mati pun kalau ada yang kurang. Yang boleh bawak mati tu kalau gagal.
Kalau anda pernah menonton Habibie &
Ainun, anda akan rasa filem Rudy Habibie ni agak “kasar” dan
'huru hara”. Sebab dalam Habibie & Ainun, kisahnya lembut dan
kisah cintanya penuh satu filem. Kisah cinta dalam Rudy Habibie hanya
sebagai perencah je. Kebanyakkan yang diceritakan adalah kisah
kehidupan Rudy dari sisi lain.
Jadi.....untuk ukuran sebuah filem Asia Tenggara, ini filem yang memang tak boleh anda semua lewatkan. Macam tak aci plak nak bandingkan ngan filem Hollywood, Bollywood ke apa tu kann. Pada aku, ini filem yang cukup baik. Lakonan yang excellent & spectacular dari Reza Rahadian ( Penat dah aku kata dia ni bagus... cer cuba sekali buat tak bagus. Bagi chance kat aku ngutuk..hahahah). Performance yang bagus dari Chelsea Islan, Indah Permatasari, Earnest prakasa, Boris Bokir, Pandji dan semua yang terlibat. Satu pakej yang sangat menyenangkan.
And... my favourite Indonesian
director, Hanung Bramantyo.... Good job!!
RUDY HABIBIE akan tayang di
pawagam-pawagam seluruh Malaysia starting tomorrow, 4th August.. Go and watch it
guys. Ada banyak benda yang boleh kita belajar. Dan untuk aktor-aktor
serta pembuat filem kita...... pi tengok!!! Banyak benda yang korang
kena belajar pasal lakonan dan pembuatan filem..(Hahahahha kejam
sungguh statement ini)
p/s : Pak Manoj, if you really want to
make Habibie & Ainun 3.. please put BCL back on board.... Ngeeee
All photos credit to google image & their respective websites. Thank you :)