Dah 3 kali aku pi Hatyai. Jangan tanya aku apa best kat sana. Sebab kalau aku kata best, ada orang kata tak best.. kalau aku kata tak best, kang ada plak yang kata best.
So..... Meh la aku cerita apa yang best pada aku kat Hatyai tu sampai 3 kali aku pi menyibuk kat sana.
trip kali ni ramai. Selain dari regulars seperti aku, Harney, Angah dan Kak Long Alin.... Cik Zai ngan anak dia Suhada pun join gak. Then kawan-kawan Harney satu tempat kerja seramai 9 orang pun join juga. Kami naik bas dari Hentian Duta jam 11.00 malam. Bas ke Hatyai dah tak de kat Pudu Sentral ye... semua dah kat Hentian Duta. Tambang bas, RM 58.50 sehala, bas Konsortium.
Kami sampai ke Changlun dalam pukul 5.40 pagi, 30 September 2016. Ngam-ngam untuk Solat Subuh. Maybe tempat tu perlu penambahbaikkan sebab surau nya kecik sungguh. Untuk perempuan, satu line tu muat 3 orang je. Tapi bas berderet-deret. Nasib kami baik, sampai je terus pi surau dan dapat solat dulu. Haaa..dan satu lagi, tempat wuduk kat depan. kat tempat orang ramai dok gosok gigi, cuci muka semua kat situ. Alahaiiii laaaaa......
Sampai ke Sadao dan jam 10.00 pagi... Beratur punyalah panjang. Punyalah lama.....sampai kering tekak.
Suhada, Harney & Me.... Tunggu cop pasport di Imigresen Thailand di Sadao
Sabtu, 1 Oktober 2016
Aktiviti pertama lepas check in Hotel adalah.... MAKAN!!
Ini Restoren Salma. Memandangkan kami tinggal di Hotel Regency, kami just jalan depan sikit, turn left dan terus jumpa restoren ini. Ini restoren muslim. Memang ramai orang Malaysia kat sini. Rasanya masa kami datang..semua orang dalam restoren ni, orang Malaysia. Hahahhaha. Oh dan.... yang paling best, Wi-Fi nya laju giler. Hihihi
Tomyam ayam, kerabu mangga, kailan ikan masin dan ikan siakap 3 rasa. Ini portion untuk 6 orang. Berbaloi bayar sampai lebih1000 Bhat sebab sedap giler. Untuk yang gemar dengan masakan Thailand, boleh cuba la kat sini.. Memang sedap.
Lepas makan, kami naik Tuk Tuk pergi Robinson. Disebabkan trip ni pendek, kami kena manfaatkan masa sepenuhnya untuk membeli belah. Robinson ni mall biasa je. Tapi barangnya banyak dan murah jugak lah. Kalau nak jalan-jalan beli barang... boleh la pergi Robinson. Naik je Tuk Tuk tu..... sorang 20 Bhat. Kira-kira RM 2.40 la kalau ikut currency sekarang ni.
Lepas asar, kami naik Tuk Tuk pi Floating Market. Okay... kalau nak pi sana, kena lah ramai-ramai. Sebab diaorang akan offer tunggu kita kat sana. kalau pergi tak ramai... mahal gak la. sebab diaorang charge 500 Bhat per Tuk Tuk. Pi reramai... boleh la share. Kat sini ada floating market yang jual makanan dalam sampan. Harga dalam range 20 bhat - 30 bhat. Murah-murah je. Bukan nak makan sampai kenyang pun. Sekadar nak merasa je. Then..untuk souvenir, boleh la beli kat sini jugak. Ada macam-macam jenis dan boleh tawar menawar.
Aku hanya beli ais kepal dengan cream. Harganya... 30 Bhat. Sedap jugak. Bekas clay tu boleh la dibawa balik rumah buat perhiasan.
Balik dari floating market, aku dan harney singgah kat town makan pulut ayam. Ayam gorang ni panas lagik dan pulut nya memang sedap. kalau datang ke Hatyai, jangan lupa makan pulut ayam, pulut durian, pulut mangga. Aku tak makan durian, so..aku makan pulut ayam je. Satu set Pulut Ayam ni dan Teh Tarik Ais... 100 bhat. Berbaloi.
Ahad, 2 Oktober 2016
Kami kena manfaatkan hari ini sepenuhnya sebab bas balik KL kol 7.00 malam ( 8.00 malam waktu Malaysia). So, pagi-pagi hari lepas sarapan kat Restoren salma ( Lagik!!!) kami pun ke Bazar. Kami berpecah, ikut je la sesapa sebab masa tak banyak nak jalan segerombolan. So, aku memilih untuk berjalan dengan Suhada. Budak ni senang nak bawak jalan sebab tak ada karenah apa pun. Dia ikut aku, aku ikut dia. Nak pi Bazar.. naik Tuk Tuk 20 Bhat sorang. Lepas beli belah.... Tuk Tuk ada je banyak kat depan Bazar. Just tell them nak pi mana.... diaorang akan bawak.
Lepas beli barang kat Bazar, aku ngan Suhada pi Robinson lagik. Lepas tu pi Odean, lepas tu masuk tak tahu berapa banyak mall kat town. Naik hotel kejap untuk solat, lepas tu sambung berjalan lagik.
Jalan punya jalan...lepas tu lapar. So... kami lepak kat Restoren Salma (laaaagiiiikkkk ) . Makan nasik Padprik. Honestly, ini nasik padprik paling sedap aku pernah makan. Nampak simple je kan? Tapi sedap. Namanya pun memang kat Thailand. Hehehheheh.
Petang tu kami extend dua bilik, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Untuk kami letak barang, mandi, siap-siap dan solat sebelum bas bergerak balik ke Kuala Lumpur.
Aku sampai ke Hentian Duta pukul 4.00 pagi. Naik teksi sampai Setiawangsa kena RM 40.00. Hahhahahaa..belasah je lah. sampai rumah, letak beg, tanggal tudung dan terus tidur kat atas sofa, kat ruang tamu.
Well..tak jugak boleh tidur lama. Sebab memang tak reti nak tidur lama. Nasib baik public holiday... so, ada lah masa nak kemas barang dan melepak sepanjang hari.
Besides my best friends, I don't really remember nama kawan-kawan lain yang datang dari Seremban. Tapi you guys adalah kawan trip yang fun. Thanks dan see you guys in the next trip.
Best friends, travel buddy, kawan bertekak, sahabat mengadu.... |
All pictures are from my instagram & Harney's