Tuesday, May 23, 2017

Memburu "Critical Eleven"

Aku ke jakarta untuk menonton Critical Eleven(CE). Last minutes decision sebab kak Sofie ada event dengan Pilarez ( Fanbase Reza Rahadian)

Untuk yang tak tahu tentang filem ni, bolehlah buka Instagram Ika Natassa ( Penulis buku), Reza Rahadian ( Lead actor.. IG tu IG Fanbase dia), Adinia Wirasti ( Lead Actress) dan juga IG cast lain, Refal Hady, Revalina S.Temat, Hamish Daud dan lain-lain.

This is going to be veryyyyy long dan kalau tak nak spoiler, sila lah skip posting ni sebab I will cerita everything. Dari perjalanan aku, sampailah ke Filem Citical Eleven.

The Journey

Barisan yang tak panjang...tapi lama gilakkk

Kami fly jam 7.40 pagi dari KLIA. First time aku naik Lion Air. Disebabkan ada sekumpulan pakcik yang aku rasa baru balik umrah beratur kat depan tu dan bawak berbelas-belas luggage, kami terdelay kat check in counter hampir sejam. End up kami hanya ada masa 15 minutes je sebelum boarding. Akhirnya terjadilah kejadian yang jarang berlaku......Berlari dalam airport!!. Nasib baik KLIA1..kalau KLIA2 dan boarding nya jauh.... Maybe kitaorang dah kurus kering.Hehehe.  

Jarang dapat duduk depan camni...selalu tersepit je kat tengah-tengah 

Akhirnya kami berjaya jugak sampai ke Jakarta setelah rough landing yang buat kitaorang nasib baik je tak tercampak ke depan. (Gara-gara duduk depan sekali)

Nasi + ayam bistik

Di airport Soekarna-Hatta, kami makan kat Solaria. Actually ni tempat makan yang paling aku suka kalau aku ke Jakarta. Sebab makanan nya ada rasa dan portion nya banyak. Memang sesuai sebab kami memang tak breakfast dan makan tengahari tak akan secepatnya.

Lepas makan, kami naik bas ke station Gambir. Dari Gambir naik teksi ke Smart Hotel. Kat hotel ni memang tak sempat buat apa pun. Mandi, siap-siap dan keluar ke Pondok Indah Mall 2 (PIM2) untuk acara Nonton Bareng ( NOBAR) kak Sofie. Aku tag in sebab aku tak nak jalan sorang. Thinking about waiting somewhere sampai dia habis event dan kemudian tengok wayang sama-sama.


Tiket wayang ni harga nya IDR75,000. Dalam RM 23++. 

Kitaorang naik grab ke PIM2. Sampai kat sana, ada dah geng-geng Pilarez dia menunggu kat depan cinema XXI. Aku tak kenal diaorang. Hanya kenal Nitnot, Fifit dan Yenny. Yang lain aku tak tahu sapa. Mulanya aku ingat nak tengok CE lepas mereka habis event. Tapi melihat tiket seterusnya jam 6.30 petang dan kami jauh dari Jakarta Pusat, aku decide untuk beli tiket untuk masa yang sama. Jam 3.55 petang. Sementara menunggu Studio buka, aku duduk je kat tepi dan minum Latte. Hehehehhee. Kat situ aku berkenalan dengan sepasang suami isteri yang nak menonton CE jugak. Sembang punya sembang, diaorang pernah ke KL dan si suami minat M.Nasir & Zainal Abidin. Hhehehhee.Kita swap artis kegemaran rupanya.  

  Latte yang berharga IDR 30,000

Bukak je Studio 1, aku pun masuk ke dalam tanpa menunggu kak sofie and the gang. Sebab aku tak nak la orang kata aku tunggu artis diaorang pulak. Sebab memang bukan attention aku pun. Aku hanya nak tengok wayang dan tayangan jam 3.55 petang tu memang dibuka untuk public jugak.


Tak lama lepas tu, pawagam pun dah hampir penuh. Apparently, budak-budak Pilarez ni bukan Nobar dengan Reza sahaja, tapi dengan his whole family. Tengah duduk layan iklan, tetiba lampu yang sepatutnya dipadamkan, tetiba menyala terang. And there he was, Mr Aldebaran Risjad himself crawling like Ju On out of the screen. Hahahhahahhaa. Taklah. Reza Rahadian masuk dalam panggung. Bersama dengan “Isteri” nya Tanya Baskoro Risjad a.k.a Adinia Wirasti . Heboh dalam panggung bila diaorang tu datang berdua. Reza claimed that dia terserempak dengan Adinia kat luar. Well... Obviously, nobody believes him laaaa. Even if it is true. Hahahhahahaha.

My Indonesian friend..Nitnot 

Habis wayang, aku pun keluar sambil tumpang-tumpang tengok Reza. Hahahhahaaa. Aku tumpang tengok je laaaaa...bukan buat apa-apa pun. Then aku terus keluar dari panggung dan tunggu kak sofie kat luar. Hehehhee...aku sesat tak tahu nak pi mana sampailah tetiba Reza keluar dari situ. Errkkk!!! Sekali dengan rombongan yang bergerombolan keluar. Diaorang pergi ke XXI semula dan aku ikut selepas jumpa dengan Nitnot. Aku kesana sebab tak tahu nak pi mana. Sampai kesitu, diaorang semua bergambar dan bersembang. Aku duduk je kat kerusi tepi tu tengok Reza. Memang aku suka buat gitu kan... tengok je. Dia pakai T-Shirt putih kosong, ripped jeans dan kasut converse yang agak comot. Comot dari Converse aku. Tapi sangat handsome. Hahahhahaha. Lebih handsome dari yang aku jumpa masa My Stupid Boss dulu. Dan dia lalu depan kaki aku je.  

KFC box set... Tak de kat KL ni.

Habis event, kami pi makan kat Food Court. Aku makan KFC Box Set. Tak ada kat sini Box Set ni. Kak Sofie suka, tapi aku tak boleh gi. Hahhahaha. Adeiii.

Kami balik ke Hotel hantar barang dan lepas tu keluar balik ke Grand Indonesia (GI) dan beli tiket CE untuk esok pulak. The after that balik hotel untuk rehat.

Critical Eleven for the second time....Penat nangessss

Hari ahad tu kitaorang tak pi mana pun. Hanya pi GI, makan aiskrim dan lepas tu tengok CE. Beli tumbler Starbucks dan balik hotel dan kemudiannya terus naik teksi pergi ke airport. Paham-paham je lah Jakarta kann..jem dia lebih kronik dari KL. Tak nak la ketinggalan flight.

Sampai KL kol 12.30 tengah malam sebab flight delay dekat sejam kat Jakarta. Nasib baik lah Ali, kawan abang ipar aku tu ada datang jemput. Well... tak jemput sangat laaaaa... kena bayar jugak sebab dia buat uber. Hihihihi

Tumbler ni je yang aku beli sepanjang aku kat Jakarta...kekekkekeke

So, itulah cerita aku ke Jakarta pada 20-21 mei aritu. Memang tak buat apa pun. Hanya pi tengok wayang je. Nak buat camne, memang aku minat filem-filem pelakon yang duduknya diseberang laut. Well, deal with it laaaaa...

Crtitical Eleven

Official poster

Kali terakhir aku menangis sampai bengong adalah ketika tengok TV series Dibawah lindungan Abah episode akhir. Malam raya masa tu. Tak pasal-pasal pagi raya mata sembab. Hahhahahaha..

CE buat aku menangis lagik. Dikala kebanyakkan orang fokus kepada kepada cinta Ale & Anya, aku melihatnya dari sudut perasaan sepasang ibu bapa yang kehilangan anak. Rasanya tak payah lah aku tulis sinopsis nya Kerana filem ini diadaptasi dari novel Ika Natassa yang menjadi best seller di Indonesia. Maka, ramai yang tahu jalan ceritanya. Tapi aku nak tulis apa yang membuatkan aku meleleh air mata dan apa yang membuatkan aku suka filem ini.

First time Ale dan Anya jumpa... Dalam First Class Cabin,  Singapore Airline

Okay, ini harapan palsu dan peringatan untuk aku, jangan harap lah lelaki se handsome Ale Risjad akan duduk disebelah aku dalam flight. Melainkan kalo aku Tanya Baskoro yang duduk first class, pakai baju mahal dan kelihatan seperti perempuan high class. Ngeeee...Kalau ada pun lelaki handsome, dia akan buat bangang je. Hahahhahaaa. Ini first time Ale & Anya jumpa. Scene tu memang comel. Tapi aku rasa....dalam sejuta perempuan, Anya je yang bernasib baik jumpa lelaki handsome nak giler dalam flight dan dia nak berkenalan. Kekekkekekekke..


The love birds

Lepas kahwin anya dengan rela hati ikut Ale ke New York. Dia start keje part time dan enjoy her life walaupun Ale kejap ada kejap tak de sebab kerja di rig di Teluk Mexico.Tapi bila Anya start pregnant, Ale jadik over protective. Being an independent woman, yatim piatu dan biasa semuanya sendiri, aku boleh faham perasaan Anya bila dipaksa-paksa balik ke Jakarta dan bergantung dengan keluarga mertua. Dan juga faham dengan pendirian Ale. Dia jauh dan jarang balik. Anya pulak pregnant dan tak ada siapa jaga. Bila Anya accident, very minor accident actually... Ale jadi bertambah-tambah over protective sampai akhirnya jadi bergaduh. Being a wife, apa lagi yang boleh dilakukan? Ikut je la...... He is the husband by the way.

Bila Aidan buat his first kick. Anya menangis kerana terharu dan Ale.. ' It's real...It's kicking” dengan muka yang penuh kekaguman. Entah mengapa, aku ikut terharu. They are sooo cute.


Dah mula nak bertekak ini dua orang...

Di Jakarta, everything went well. Anya balik ke tempat kerja lama dan kembali ke geng lama nya Tara, Agnes & Donny. Dan Ale minta tukar ke rig yang berada di Laut Jawa. Semuanya baik-baik saja sampailah anak didalam perut Anya tiba-tiba tak bergerak. The worst nightmare untuk semua parents pun terjadi. Aidan yang ditunggu-tunggu dah meninggal dalam perut kerana terbelit tali pusat. Ini starting point yang buat rumah tangga diaorang goyang. Dan aku jugak meleleh air mata. Bayangkan perasaan seorang ibu bila terpaksa melahirkan anak yang dah meninggal. Sebak giler bila Anya pegang tangan Aidan yang dah tak ada response. Malam-malam dia terjaga, perah susu. Tapi anak tak ada nak bagi susu. Arghhhhhh.. Ini feeling paling seksa.


 Scene Ale menangis di kubur Aidan sendirian tu really broke my heart. Damn you Reza!!!

Ale:  Ramalan cuaca kata, 20% hujan akan turun.... 
20% je... Hahahhahaha

Dan Ale mula buat dingin. Mula perlahan-lahan menyalahkan Anya. Sampailah apa yang terbuku dalam kepalanya tiba-tiba tak tersengaja, terkeluar. Kalau Anya tak terlalu sibuk, mungkin Aidan masih ada. Memang rasa nak jotos je kepala Ale yang cerdik tapi tak cukup sensitive tu. Dan perang dingin pun bermula. Padan muka ko, Ale. Cakap tak tapis-tapis.

Bestfriends Anya.. Donny, Tara & Agnes

Cold war mereka dapat dikesan oleh parents Ale dan mula campur tangan. Ini scene yang sangat bagus. Dua aktor muda terbaik dengan dua lagenda perfileman indonesia dalam dua scene yang di selang selikan. Ayahnya bawa Ale jauh ke puncak sambil melawat kubur Aidan dan ibunya menasihatkan Anya di rumah. Bahagianya dapat mertua yang memahami kannnn. Walaupun Ale dan ayahnya tak pernah baik, tapi ayah tetap ayah. Kalau anaknya ada masalah, memang tak akan dapat sorok dari pandangan seorang ayah.

The Risjads : Anya, Ayah, Ibu, Raisa, Ale & Haris

Pada hari jadi Ale, family nya buat surprise. Walaupun marahkan Ale, Anya tetap belikan lego Star Wars yang Ale idam-idamkan. Masa ni performance Reza-Asti memang terbaik. Antara reluctant dan mahu, Anya relakan tangannya diheret Ale kemana-mana. Dan disebabkan rasa bersalah dengan kelancangan mulutnya, Ale tetap pegang tangan Anya walaupun dia tahu Anya cuba mengelak. Selepas birthday party ni ada satu scene yang dikatakan agak x-rated. Tapi pada aku..biasa je. Ada je filem Malaysia yang ada scene gitu walaupun tak banyak. Mereka pasangan yang madly in love dan sangat merindui satu sama lain. Ale ingat masalah selesai lah lepas tu.......... Hati perempuan, Aldebaran Risjad!! Bukan macam main lego. Dah lerai, boleh cantum balik dengan cepat. 

Ale biasa dengan besi dan minyak....tak pandai nak berlembut.. 

Perang dingin tak setel lagik. Anya meeting ke Singapore tak bagi tau. Ale nak menyusul dia tak bagi. Ale boring duduk rumah. Disebabkan dia berserabut, dia di suruh cuti 2 bulan untuk bertenang. Ye lah..sapa nak kerja dengan dia kalau dia asyik nak baling barang je. Balik dari Singapore, perang lagik. Ini serius nak lagakan aja kepala budak berdua tu. Anya marah Ale tak pernah masuk bilik Aidan yang disiapkannya sendiri . Sebab penting bagi dia untuk Ale menjengah bilik Aidan. Dan Ale marah Anya tak pernah pergi ke kubur Aidan. Saling salah menyalahkan. Dan perkataan terakhir Ale sebelum dia pergi.... Salah siapa? Fikir sendiri.


Sakit otak ko ni Aldebaran Risjad!!! Hahhahahaha

Sebagai perempuan, aku faham perasaan Anya ketika tu. Dia baru lepas bersalin dan anak yang dilahirkan nya tu meninggal. Si Suami yang sebenarnya penyayang, romantik dan sangat memberi perhatian.... turn out menjadi “musuh” nya sendiri. Menyalahkan nya beberapa kali. Kalau aku sendiri pun, kesedihan tu memang tak ada hujungnya.

Akhirnya mereka berdamai juga dengan ego masing-masing. Anya pergi ke kubur Aidan for the first time dan Ale memberanikan diri masuk ke bilik Aidan. Saat Ale menangis di tepi baby cot tu sampai menggigil badan, rasa nak pi peluk Ale biar dia berhenti nangis. Tapi kang kot kena jotos kepala ngan bini dia plak...Ngeeeeee

Aldebaran Risjad

Cerita diaorang berakhir dengan manis. Lepas kejadian yang buat Anya takut setengah mati, dia maafkan juga Ale. Well Anya, kamu dah terima dia yang begitu.... Cari la jalan macam mana nak handle mulut si handsome yang tak pakai penapis tu. Hehehhe.

Honestly, filem ini banyak flaws. Ada scene yang melompat-lompat dan sometimes mengelirukan. Dan juga bebarapa product placement. Tapi set aside those technical problems, Critical Eleven berjaya menusuk sehingga ke hati. Persoalan yang ditimbulkan sangat real dan sangat related dengan mana-mana pasangan yang baru berkahwin. Walaupun masa nak nikah tu, suka sama suka....walaupun “sampul” nya secantik dan seindah mereka berdua, akan ada satu hari nanti dimana ada perbalahan yang samada akan membawa kepada lebih kekuatan cinta atau akhirnya membawa kepada perceraian.

Taaarrrraaaaa!!!!! Ale & Anya akhirnya ada Ansel. Comel kan???

Aku tabik dengan bakat lakonan Reza Rahadian. Aku dah kata aku penat kata dia bagus. Tapi dia bagus dan aku nak kata dia bagus sebab dia sangat bagus sampai aku rasa aku sayang Ale tapi aku rasa nak terajang dia. Hahhahaha. Adinia Wirasti, she is sooo brilliant. Boleh rasa betapa sakitnya dia. Kesedihan dia.Dan aku suka Keara yang bubbly, Raisa yang matang, parents Ale yang sangat warm. Harris yang menjadi lebih dari seorang adik. Well... keluarga Risjad ni memang lahir semua lawa-lawa rupanya. Hahahahaha Dan juga Tara, Agnes & Donny. True friends yang kita semua idam-idamkan.

Okay.... mungkin filem ini tak akan tayang kat Malaysia. Kalau tayang pun.... mungkin akan dikerat dan dicincang sampai lumat. Kerana ini filem DEWASA. Yang ratingnya pun D di Indonesia. Banyak adegan kissing, peluk-peluk, dukung-dukung... Lompat berjemaah atas sofa. Biasalah tu, logik nya, pasangan baru berkahwin, yang sedang bercinta gila-gila...Depa hanya tengok-tengok je ke? Come onnnnnn.... Hahahhahaaa

Filem ini banyak menggunakan Bahasa Inggeris dalam dialog. Between Ale & Anya, between them & their co-workers. Untungnya bahasa Inggeris Reza & Asti bagus dan sedap didengar. Kalau depa ni tercalon dan menang dalam mana-mana anugerah tahun depan.... aku tak complaint. They deserved it!!Ini chemistry terbaik dan paling believable selepas Habibie & Ainun.   

 Suka tengok family ni.... lawa-lawa belaka..

Well..panjang lebar dah aku taip. Maybe kalau ada yang baca ni, anda akan sedikit pening dan penat dan mengantuk dan akhirnya tutup je windows anda. Hehhehee. Reza dah tak de filem dah untuk tahun ni.. so, aku berehat dulu la ye dari “memburu” filem dia di Indonesia.

P/S : Tunggu Tomo Gunadi pulak.

* All pictures related to Critical eleven, credited to their respective websites.

Apa saja yang aku tulis disini adalah pendapat peribadi. Tak bertujuan untuk mempengaruhi atau memburukkan sesiapa. Critical Eleven masih tayang di semua pawagam ( Bisokop) diseluruh Indonesia. Enjoy!!