Monday, May 24, 2010

ke penang lagik...

Hai Alzzz..

Just came back from Penang last week. Hahhaa. I know..aku selalu menjengkelkan Phan, sebab setiap kali aku datang penang, mesti aku datang bersama-sama kawan-kawan aku & Nubhan. Kalau tak kerana Nubhan, aku tak datang penang. Harus le dia bengang ngan aku....hahhaaa..kalau tak, tak kan ajak jumpa pun mengelak jugak kannn!!...Adeiiiiii.....apadaaaaaaaa ko Phan.....

Apa yang aku buat kat Penang? Benda biasa yang aku buat lah. Tengok show.!!!. Kali ni bukan show besar pun.Hanya TM Chill Out. Tapi dua hari kann..rasanya tak jadi masalah kalau nak datang Penang untuk legakan kepala otak yang selalu tersumbat ni.

Aku kesana dengan moon, Harney & Edna. Entah kenapa aku rasa macam tak le jauh sangat Penang tu.Maybe sebab bukan aku yang drive kot.Hahhaha. Sampai sana, kami terus ke bilik hotel .Yeap!!! bilik hotel yang pernah kami duduk masa Jom Heboh dulu. Hotel Pearl View. Terus teringatkan kenangan dengan Vern & Nikki dulu. Huhuhuhu..rindu suasana macam tu.

Lepas rehat sekejap...kami gerak ke show kat jusco Perda. Tak banyak yang nak dikatakan pasal show ni...sebab satu lagu je.Yang lain-lain hanya bermesra dengan fans & ambil gambar sampai lebam mata.Hahhahaa...Lepas show.....kami pergi makan kat pizza hut. Yang mana telah di join oleh dua orang fans adik beradik dari penang.
Malam tu.....kami pergi ke pulau. Saja nak tengok pasar malam Feringghi yang sangat famous amos tu.Tapi...........hahahhahahaa..bukan nak salahkan Nubhan.Tapi, dia punya pasal la, kami hanya dapat teman dia beli selipar sepasang. Langsung tak dapat nak beli apa-apa. Cettt!!!!.....kalau dia tak menonong je nak balik, memang dah banyak yang diborong kat situ kot. Hehhhee.Tapi nak buat camne kan, at one point, kena faham keadaan dia jugak.Peoples recognize dia.So.....maybe tak selesa. Then, kami pergi lepak makan kat tepi pantai.Katanya tak sedap....tapi habis jugak!!.well..kebuluran namanya tu.hehhehe. Harga makanan kat sini agak reasonable laaa.Makan 5 orang..baru 100 lebih.Dengan ikan siakap 2 ekor!!!..Maybe sebab kami tak ambik udang 3 ekor kot..hahahhahahaa.

Lepas makan, terus gerak balik hotel. Perlukan tidur yang cukup supaya esok muka masing-masing tak macam panda bear.Huhuhuu.Malam tu, kami telah dijoin oleh Bad yang bawak Ktcats & Deqsue. Glad nampak muka derang. Rasa lebih meriah suasana.

Pagi esoknya, moon, aku & harney tak terus ke jusco.Kami pergi airport bayan lepas hantar Edna balik KL sebab dia ada hal urgent pasal family dia. Kesian Edna.....terpaksa tukar flight dari airasia ke firefly sebab system broke down.cam ne nak efisyen ni???
Show hari ahad mula jam 2.30 petang.Kali ni memang ramai fans. Kami usaha tepek link-link berkaitan Nubhan FC kat belakang gambar-gambar dia & edarkan percuma kat fans dia penang. It works!!!.Aku tak ingat berapa keeping yang aku bawak..tapi semuanya habis!!!..alhamdulillah.
Lepas show, kami makan kat ayam penyet. Sebelah Pizza Hut yang makan semalam nye tu je. Ramai jugak fans yang masuk dalam restoren tu bergambar dengan Nubhan. Errrmmm....ok la tu. Aku happy je tengok dia ramai fans kat penang tu.
Dah makan..kami gerak balik ke KL...Mulanya konvoi 3 kereta.tapi akhirnya jadi balik sendiri-sendiri.hahhhahaaa..nak buat macam mana, dah kelajuan kereta semua adalah berbeza. Hahhahahaa.Nak berkejar kejaran, baik tak payahlah...buat rosak kereta jer...hahhaa

So, itu je la cerita kat Penang. Tak ada apa sangat pun.Just kelakar mengenangkan macam mana zaly boleh nyaris nak tertinggal Nubhan dalam bilik hotel.hahhahaa..Sia-sia je kalau tertinggal......siapa yang nak menyanyi kalau dia tak ada? Hahhaaa

Cerita lain.........errrrmmmm..Sebenarnya, aku sangat teruja nak menunggu filem LAGENDA BUDAK SETAN. Bukan sebab Nubhan is in that movie, tapi sebab filem ni diadaptasikan dari satu novel yang paling popular pada zaman aku sekolah dulu.Sebenarnya aku tak berapa ingat samada aku pernah baca ke tidak novel ni.Tapi........seingat aku, novel ni memang dah tahap Must Read dah time tu. Tanyalah budak-budak yang lahir pada late 70’s & early 80’s.....maknanya, yang dah sekolah masa novel ni di pasarkan. Siapa yang tahu membaca, mesti akan tahu kewujudan lagenda Budak Setan ni.

So, aku tak salahkan audience kalau expectation derang tinggi pada filem ni. That’s how we expect bila satu legend di filemkan kannnn. Aku ada baca beberapa review, memang ada yang memuji lakonan Nubhan.well...aku tak expect much sebab aku tahu dia masih baru. Shoot filem ni pun tahun lepas.Tengah kecoh-kecoh nak buat gathering NFC..hahhahahahaaaaaa.

So, tunggu je la 3 Jun ni. Bagus ke tak bagus filem ni, at least tu dah jadikan one big gigantic step for him.Move forward..tak payah laju-laju. Slow & steady...........but stay. Tak guna terbang tinggi-tinggi, nanti kalau jatuh...bersepai..hahahhhaa..adeiiii!!!....
p/s : Cerita paling hangat sampai kehari ini, adalah cerita pasal sundae strawberry dengan 3 ekor udang. hahhahahaa

Monday, May 17, 2010

Jalan-Jalan Dengan Adam

Hai Alzz..

Hari Ahad aritu, pertama kali dalam 2 tahun 8 bulan umur Adam, aku bawa dia jalan-jalan sendiri tanpa parents dia. Hahhahahaa..Berani mati gak la!!!...

Actually aku ada small discussion dengan Harney pasal hal FC. Memandangkan hari tu cuti & semua orang ada kat rumah, aku decided nak membawa Adam sekali pergi discussion.Yelah, dia pun dah besar dan dah pandai terima arahan. So, why not aku bawa dia berjalan-jalan ambil angin.hehhheee

Aku bawa dia ke mid valley...pergi the garden...makan KFC & tengok binatang kat pet house.Biasalah budak-budak kannn..suka tengok binatang semua tu.tapi Adam baik....ikut arahan dengan jayanya. Then dia berbaik-baik juga dengan Harney..hahahhahahahaha.Sampai kat umah pun masih nak tanya mana aunty...hahhahaha

Lepas jalan-jalan sikit-sikit..Adam dah penat, dia asyik nak berdukung jerr...so, aku dukung dia pergi naik komuter & lepas tu naik Putra. Macam single mother dah aku ni!!!..hahhahahhaaa...No hal la..Adam punya pasal, apa-apa pun mummy buat!!. So, kita tunggu mamat yang bernama Aisy ni besar sket..then aku boleh bawak dia jugak merayap macam tu..hehheheeee...Cepat besar ye Aisy, tapi mummy tak bleh tua...wakkakakakaka
Okeh, citer lain.............last week aku pergi shoot gambar Nubhan untuk FC bersama-sama dengan Moon, Harney, Edna & KT..Gambar-gambar tu untuk kegunaan blog, forum, merchandise dan lain-lain yang berkaitan.
Errrmmmm..gambar kat bawah ni bukan part of it..ini gambar dia shooting untuk rancangan muzik aktif sebelum photoshoot untuk NFC tu. Hhehehhee.

So, nantikan wajah baru semua social network & website NFC dalam masa terdekat ni!!!!!!!.....
pix credit to NFC's Fotopages.

Saturday, May 15, 2010

Merpati tengah dating

Hai Alzzz,

Tak ada apa nak diceritakan pun, just nak share gambar merpati ni yang tengah dating....ade ke dating kat tingkap bilik aku...hahahahhahaaa.....comel kan??? sukerr....sukerr....sukerrr....!!!
Yang ni plak cermin mata Retro Tira yang aku jumpa in a very unexpected place...hahahahaaa. nantilah aku pulangkan. ada kat opis, aku tinggalkan kat dalam laci. okeh, tu jerrrr....aku rehat-rehat je hujung minggu ni...jarang sekali hujung minggu aku dapat tido macam tadi...hahahahhaaa...bahagianya dapat tido tengahari.