Wednesday, November 28, 2012

Kakak Rama-Rama

Ini adalah rama-rama. Kenapa letak gambar rama-rama? Saja je. Sebab kalau entri tak ada gambar, macam boring je. Hahahahhaa

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal rama-rama. Tapi pasal kakak rama-rama. Macam mana dia dapat nama tu? ermmmm... sebab dia kata dia keturunan rama-rama. Ok, ridiculous !! Tapi memang itulah yang dia kata kat aku.

Kakak rama-rama adalah partner aku . Actually dia senior. Balajar pandai, tapi kurang betul. Aku tak tahu apa masalah dia kat rumah. Tapi yang aku tahu masalah tu sampai terbawak-bawak ke office.

Aku mula kerja dengan kakak ni tahun lepas bulan januari. Aku dengar dah macam-macam cerita tak elok pasal dia. Tapi tawakal je lah.

Ingatkan boleh tahan, tapi last nya aku menjelma menjadi hulk almost everyday. Korang bayangkan, habis lebih 100 fail dia koyakkan minutes sheet tu. Aku rasa nak pitam jer......



Early this year, system eic ditarik dari komputer dia sebab buat onar. Tak pasal-pasal je aku kena memo sebab dia kacau system.

Nak cerita pasal kakak rama-rama ni, 10 entri pun tak cukup. Cukuplah aku katakan yang dia nyaris je nak buat aku sakit jantung, darah tinggi, giler meroyan dan bermacam-macam lagi penyakit psikitari.


                   Tahun ni akhirnya doa aku dikhabulkan. Alhamdulillah. Aku doakan dia stay lah dengan family dia kat kuantan nun sebab aku rasa dia kena ada dengan family. Dia akan pindah ke session court mulai Disember. Walaupun aku tahu perangai dia yang macam-macam tu. Tapi aku doakan sajalah dia berubah kat sana. Harap dia kat buat kacau kat tempat orang... Aminnnnnnn...


Semua rama-rama tu ehsan pakcik gugel 

Tuesday, November 27, 2012

Durian Crepe ak.a Durian Pancake


That is a very nice dessert. Dessert la kan... tak kan lunch plak. hehehhee

Aku tak makan durian. Ok, bukan tak makan terus lah, tapi tak berapa nak makan. Bukan sebab bau nya. Durian mana ada busuk. Orang melayu yang kata durian busuk memang gediks uols....

Cerita pasal lempeng durian ni, last week Harney dok kata nak makan durian crepe. So kitaorng pergilah ke BTS cari sweet chat. Aku pun curious jugak nak rasa mende nih. So, inilah hasilnya.....

Nak komen apa eh? sedaplah..... untuk penggemar durian, tak cukup kot 3 bijik tu. Kat sweet chat derang jual 3 biji RM 8.90 (tak termasuk tax ye... hehehee).Untuk aku yang tak berapa gemar kan durian, sebijik should be enough. Itupun balik umah kalau sendawa je bau durian. haiyaaaaa......

Kenapa eh orang boleh makan durian sampai berbiji-biji? aku makan seulas pun dah berkipas. Tak usah lah kata raw durian, durian yang dah jadik crepe ni pun buat aku panas satu badan. What to do. Dah macam itu kejadiannya. Bukan mak nak gediks pong... hihihihihi..

p/s : Sekarang ni dah berterabur resepi durian crepe kat internet, kalau rajin buatlah sendiri... ;)

Monday, November 26, 2012

ABPBH lagi....



This is really a bad artwork. saya memang fail kalau dalam hal-hal membuat sesuatu yang creative seperti ini.

Tak pe, biarkan saja artwork tu. Yang penting message nye sampai. Clearly stated. UNDI NUBHAN. 

Ok apa lagi? undilah!!! Satu hari satu paper, sampai hujung bulan 12 dah melambak-lambak paper nya. Undi jerrrr......Undi..undi!!! 

p/s : aku malas nak mengundi boley??

Sunday, November 25, 2012

Universal Studios Singapore trip 11 - 13 Oktober 2012

Yeay!! Akhirnya sampai juga ke USS!! 

Nak cerita pasal pergi USS ni, sebenarnya dah banyak kali tertunda. Tapi akhirnya berjaya juga. Dan teman aku seperti biasalah, Angah & harney. Hahahhahaa....

Ok, kami pergi dengan package Hotel Puteri Pacfic. RM 398.00 per person. Bilik imperial deluxe untuk 3 hari 2 malam. Kami bertolak ke JB pagi Khamis, pergi berjimbaan di USS hari Jumaat dan balik KL pagi-pagi Subuh, errrr sebelum subuh hari sabtu. Jangan risau, package ni untuk tempat menginap, breakfast untuk 2 hari, pengangkutan dari JB ke USS, USS ke JB. Tiket USS & Maritime Museum. So, berbaloi-baloi.

Meh aku cerita pasal USS. Ramai yang dah pergi kan. So, mesti semua recognize the famous amos globe. Tengok globe je dah excited uols. terasa nak melompat-lompat je masuk dalam tu.


Inilah Globe tu. Berasap-asap kat bawah...sangat the dramatic one.


So, me and angah pun snap-snap la gambar. Nak kasi tahu kitaorang dah sampai USS


First ride yang kitaorang terjah was this Transformers ride. Nak masuk punyalah panjang beratur. So, untuk yang malas nak beratur berpusing-pusing tu, sila lah beli tiket express. Kalau tak salah, ad on SGD 30 kot. Kalau tak salah lah. Tak ingat sebab kami pakai tiket biasa je. Berbalik kepada ride ni....This is above awesome!! Terbaik dalam banyak-banyak ride. Siapa yang pergi USS dan skip ride ni, memang rugi. Memang real lah bila termasuk dalam battle dengan Transformers tu. Ermm... tanak cerita panjang lah. Pergi experience sendiri nak tahu hebat ke tak.


So, aku ngan Harney pun snap-snap lah gambar dengan pakcik yang beso gedabak kat belakang tu. Ini muka lepas menjerit tak hengat. hahahahhaa


Tak ingat ni yang kingdom nombor berapa. Kitaorang main terjah je sebab nak ambik gambar dengan haiwan-haiwan peliharaan ni. They're so cute kan.... Cute sampai rasa nak gigit je.

Ride ni dalam kingdom Madagascar. Ride nya macam naik sampan lalalalala....row row your boat gently down the stream. Gitu lah. Tapi tengah-tengah dok tengok haiwan-haiwan tu, tetiba ada air hujan. Wallaweiii... masing-masing tutup kepala takut basah. Tetiba air tu ketepi. Chaissss!!!! element of surprise nya agak melampau di situ. 

Ini yang paling aku suka tengok. Kingdom of Shrek. Tu istana nya, far far away castle. Macam real wooo. Kalau aku ada banyak duit, memang aku buat istana cenggini letak kat kampung aku. Hahahaha....


Snap dulu, lepas tu kitaorang masuk ke dalam. Ada show 4D . Ini memang terbaekk. 4D show nya memang sangat entertaining. This is one of the best lah. So, kalau korang pergi USS, make sure tak skip this one. Gerenti keluar dengan muka yang tersengih-sengih.Ngeeee....... 


Jalan-jalan sekitar tu, ternampak barney yang sangat cute ini. Being a fan of Sesame Street since belum tahu ABC, aku tak lepaskan la peluang nak snap dengan Barney. Cute kan kitaorang. Errrrr.... Kitaorang memang cute!!!

 Lepas tu oscar. Tong sampah oscar tak busuk, sebab dia cute giler. Kitaorang pun cute gak kat sini kan...hahahhahahaa

Nak cerita pasal ride ni, tak naik pun tak pe. tapi kalau setakat nak lalalala..dadidu..dadidu. Memang boleh lah. Memang tak mencabar langsung. Layan je lah.....at least cuba.

Ini kat Ancient Egypt. Uwaaaaaaaaaaa... Sumpah aku tak akan naik lagi dah sampai bila-bila. Dah lah aku phobia dengan gelap. Ride kat dalam ni gelap gelita. Lepas tu suka hati mak pak atok nenek dia, hentam kedepan, tarik ke belakang, lintang pukang sampai rasa nak tercabut barrier kat perut tu. Haiyaaa.... no second time beb. Mak takutttt.....

Lagi satu, kat depan ni ada kedai makan style arab. Kedai ni halal. So, boleh lah makan kalau nak makan.. Tapi aku nasihatkan, jangan la makan banyak-banyak. Takut termuntah plak.


Lepas tu, dah pening kat ancient egypt, kitaorang pergi pulak naik accelerator. Ingat simple cam ni tak pening, sekali keluar rasa nak pitam. Giler gak lah berpusing-pusing cam tu.

  Kat sini ada satu permainan yang sangat syok. Rasa nak terbang macam burung. Weeeeeeeeeeeeee... Tapi pening jugak!! adehhh semua ride buat kepala pening lalat. Tapi yang paling best, ride yang dekat air tu. siap pakai baju hujan sebab takut basah. Memang akan basah!!! Ride ni macam tak takut, tapi bila dah masuk kat dalam terowong gelap tu, kena angkat tinggi-tinggi, lepas tu kena campak keluar. Uwaaaaa.....takutttttt....basahhhhhhh!!!!! 

Ini ada performance by haiwan-haiwan peliharaan yang comel tahap gaban tersebut. Cute kan derang. rasa nak amik bawak balik salah sekor. I like to move it...move it....lalalalala......Aci tak kalau rasa nak lepang je sekor-sekor. Sebab comel tahap gaban.
So, inilah hasilnya bila jam dah menunjukkan jam 8 malam. Letih giler. USS tutup dalam jam 7 macam tu. So, sementara menunggu bas pick up kami balik JB, kami duduk lah rehat kat sini sambil makan coklat yang dibeli kat kedai tepi kasino tu. huhuhuu..memang ada kasino okey, jangan pergi dah lah.

Kami beli lah sikit-sikit buah tangan untuk orang-orang yang tersayang. Dah duit SGD mahal, so...tak lah beli banyak. Mana orang yang penting jer.

Ok, itulah percutian pendek kami ke USS,memang fun, lepas tensen semua. Sebab leka dok menjerit jer. hahhahahahha. Tapi ada juga lah yang tak menakutkan. Macam Hollywood tu. Just tengok macam mana orang buat filem je. So, untuk yang ada penyakit, boleh la jalan-jalan tengok-tengok tempat je. Tak payah lah naik ride sebab ride memang akan buat korang end up masuk spital. Ngeeee.......

p/s : Masuk situ make sure ambik peta ye. Sebab kat situ ada mark mana satu kedai halal yang boleh dimakan. Sebab tak semua kedai makan kat dalam USS tu halal... *wink*

Thursday, November 22, 2012

Picisan


Nah amik!!! CD terus aku bagi. hahhahahhaa

Aku pun tak tahu nak tulis apa sebab dah lama tak update blog ni. So, aku nak tulis pasal single terbaru Nubhan, tajuknya PICISAN.

Ramai yang tanya apa maksudnya Picisan. Ok, ini bukan bahasa Indonesia seperti ramai orang ingat. Picisan adalah bahasa melayu. Atau lebih tepat disebut bahasa yang agak sastera. Tapi jangan tanya aku banyak-banyak, sebab aku tak amik sastera. So, kalau nak di bahasa biasanya.....maksudnya lebih kurang tak berapa penting. Benda yang boleh di ignore, yang tak bombastik. Along the line lah..nak explain pun tak pandai.

Aku dengar lagu ni masa awal-awal lagi. Honestly aku suka bila Nubhan bawa lagu slow. He did asked, lagu slow ke fast untuk next single? Aku dengan kompiden nya jawab slow. Bukan dia tak sedap nyanyi lagu fast. tapi  nak bawak live tu yang aku tak tahan melihat hazabnya....hahhahaa.. Ampunkan saya kerana berterus terang. Hahhahahaha

About the song?  Ini ballad yang berat. Bukan ballad yang lirik bunyi cam karangan budak sekolah dan music macam main satu dua cord. If you listen carefully, Meaning listen pakai earpiece ke, head phone ke....you guys akan dengar bunyi cam orkestra yang meriah. So, aku selalu la imagine ada MPO main kat belakang...hahahhaha.... You wish lah!!!

Lagu ni datang dengan video clip. Video Clip nye pun punyalah sedih. Dah lagunya pun sedih tak kan lah VC nye ada orang main lompat-lompat trampolin plak kan. Ok lah..... VC pun ok. Tetiba tak sangka Nubhan boleh berlakon putus cinta. Hahhahaa..... Aku memang suka underestimate dia. Kadang-kadang sampai tahap melampau. Memang tak baik kan aku... Ampun sekali lagi.. :p

Dah la, aku tak tahu nak tulis apa dah. So, kalau nak dengar lagu ni. Request la kat radio. Tak pun beli je CD. Aku ada stock!! hahha.. Promosi tu. SEMPAT!!! Tapi jangan lah download haram.... kasihanilah mereka-mereka yang berkarya ni ye..... happy listening :D

p/s : Bukan Nubhan la yang bagi penampo sulung kat pompuan dalam VC tu.......Hahahhahahaaa