Sunday, October 6, 2013

Pembikin filem tidak penuhi harapan rakyat - Dr. Anwar

Aku tak cakap kosong bila aku kata Filem Malaysia belum sampai tahap yang boleh dibanggakan. Bukan tak ada filem yang cukup bagus,  tapi masalahnya terlalu ambitious. Filem sepatutnya enlighten, illuminating... bukan confusing. Filem yang artistik buatan tempatan terlalu artistik sampai tak boleh dicerna masyarakat marhanin macam aku. Ada filem yang mudah difahami, tetapi terlalu santai & terlalu ringan untuk memberi apa-apa input. Apalagi untuk dijadikan contoh pemikiran.

Jujurnya pembuat filem lebih banyak mengikut citarasa peminat remaja dari cuba memuaskan pemikiran umat dewasa. Kami perlukan filem yang tidak terlalu keras penyampaianya, tapi cukup serba serbi untuk dinobatkan sebagai sebuah filem, bukannya sebuah telefilem yang ditayangkan  di layar lebar. Sekurang-kurangnya justified our RM 12.00 yang dilaburkan untuk berhibur Dalam pada itu, untuk mendapat sedikit maklumat, sedikit daya pemikiran dan sedikit untuk diperbincangkan.

Penonton pun lah kannnn... Jangan lah nak tengok wayang, dok nak ketawa atau nak jamu mata dengan pelakon hensem/ cantik saja. Cuba bagi diri sendiri filem yang membina sikit. Kalau sikap macam ni berterusan, kita buat je lah filem rempit...rempit...rempit. Masuk tahun 2020 pun kita still buat tribute untuk pelesit-pelesit rempit ni.

KOTA BHARU 6 Okt. - Kebanyakan pembikinan filem di negara ini tidak memenuhi harapan sebenar yang masyarakat mahukan daripada pemain dalam industri itu kerana karyawannya terlalu tunduk kepada kehendak pasaran dan tidak berusaha mengembangkan budaya pemikiran yang luas dan matang.

Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan berkata, lebih banyak karya serius sepatutnya diangkat ke layar perak meski pun menyedari tidak ramai penerbit sanggup melabur.

"Industri filem kita malang kerana kebanyakannya dihasilkan hanya untuk memenuhi kehendak pasaran yang dikuasai golongan muda sedangkan kita perlu mengangkat karya sastera bermutu seperti novel ke layar perak sebagaimana penggiat di Barat dan Jepun lakukan.

"Walaupun Barat dan Jepun menghasilkan banyak filem komersial, mereka tetap tidak lupakan karya-karya sastera," katanya ketika berucap pada Wacana Kesusasteraan Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat anjuran bersama Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur di sini hari ini.
Kira-kira 500 peserta daripada pelbagai golongan menghadiri program yang disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad.

Seorang lagi pembentang kertas kerja pada majlis itu ialah pengasas laman sesawang e-Sastera.com, Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 


p/s : Jangan salahkan surat khabar bila bahasa buruk. Tu semua sebab diri sendiri. Ko baca herald tribune pun kalo bahasa ko dah macam tahap longkang, tetap tahap longkang juga. Ngerti???

No comments: