Thursday, January 9, 2014

Apa Rasanya Jadi Seorang Ibu

Aneh kan tajuk ni? Aneh sebab aku belum kahwin. Aneh jugak sebab aku belum jadi ibu dan yang paling aneh, macam mana aku yang bujang ini nak membahaskan rasanya jadi seorang ibu.

Aku memang belum kahwin dan belum jadi ibu. Tapi perasaan sebagai seorang ibu pada seorang perempuan tak payah timbul kerana dia telah jadi ibu. Hampir tujuh tahun lepas, hadir seorang angel dalam hidup aku. Aku panggil dia angel sebab lahir memang angelic sangat muka dia. Angel tu mama & papa dia namakan Adam Danish. Yes!! Aku dah ada naluri itu since beberapa jam selepas Adam lahir ke dunia.

Sayang-sayang saya, Adam & Aisy di Kundasang, Sabah. Tahun 2011

Aku lihat Adam membesar di depan mata aku sehingga di tahun 2009 lahir seorang lagi angel yang diberi nama Aisy Danish. Biarpun orang yang paling gembira adalah mak pak dia, mak pak aku...tapi orang yang tiba-tiba berubah perangai adalah aku.

Pada yang kenal aku sebagai kawan, mungkin tahu perangai aku yang agak garang dan temperamental. Aku memang suka melenting. Tapi sejak ada dua manusia kecil itu, aku jadi sangat penyayang. Walau macam mana keduanya mencabar kesabaran aku, aku tetap jugak sabar. Tone boleh berada di bawah par. Caya?? Aku pun tak percaya!!

This year Adam mula masuk sekolah darjah satu. Disebabkan mak pak dia kerja dan balik lambat, jadi tugas aku adalah ambil Adam dari sekolah KAFA nya selepas aku balik kerja. Okay, ini memang nikmat jadinya seorang ibu. Hujan ke, panas ke, bila aku nampak muka Adam di celah-celah budak yang ramai di depan surau tu, hilang letih aku. Bila dia berlari kearah aku dan peluk " Mummy!!!". Aku cair macam coklat masakan dalam periuk. Hahahhahaha

Balik kerumah, pimpin tangan dia, mandikan, bagi makan, bergaduh dan bertekak dengan dia dan Aisy. Sabar sungguh aku!! Aku memang sabar atau aku hanya menikmati rasanya yang indah bila jadi seorang ibu. Aku pun tak tahu yang mana satu. Tapi mungkin aku akan pilih yang kedua. Aku enjoy jadi ibu kepada keduanya bila ibu kandung mereka not around.

Mungkin ini nikmat yang ramai ibu lain rasakan. Agak malang untuk aku kerana aku tak merasa nikmat itu dengan anak ku sendiri. Tapi, ALLAH tu Maha Adil kan? Bukan semua benda atas dunia ni Dia beri. Mungkin itu nikmat yang aku hanya merasa sipi-sipi saja. Tapi alhamdulillah, sikit pun aku puas juga. Sekurang-kurangnya aku merasa.

Ramai yang tak tahu atau mungkin tak mahu ambil tahu yang Adam & Aisy bukan anak kandung aku. Kenapa meraka panggil aku MUMMY? Simple, sebab ibu mereka adalah kembar aku & aku adalah satu-satunya mak saudara yang meraka ada disebelah ibu. Aku tak layak dipanggil mak ngah sebab aku bukan mak ngah melainkan mummy. Hehhehehhee.

Untuk para ibu yang aku kenal, yang aku tak kenal, jadi ibu itu suatu nikmat yang ALLAH bagi kepada perempuan sahaja. Nikmat yang bukan semua perempuan dapat. Jika dapat kesempatan itu, sayangi anak-anak kamu kerana anak itu  amanah dan tanggungjawab. Tapi yang sebenarnya, yang paling manis, anak itu anugerah ALLAH kepada kita. Anugerah yang bawa rezeki.

Mereka yang tak tahu jaga anak, just take it this way,  dapat amanah tapi tak mahu jaga, sia-siakan..... ada hak kan orang yang memberi tu untuk ambil balik? Yeah..jangan salahkan sesiapa kalau anugerah kamu dibatalkan. Hehhehehe

p/s : Alhamdulillah.... 

Thursday, January 2, 2014

My Way


Sukses!!!!! Itulah yang aku rasa sekarang ni. Since filem ni tayang in 2012, aku memang tegedik-gedik nak pergi tengok tapi tak ada kawan nak diajak. Bawa Adam & Aisy pergi tengok wayang cuti tahun baru aritu, aku jalan-jalan ke kedai dan terjumpa DVD filem ni, maka aku sambarlah buat tontonan aku.

Komen? Kalau korang rasa filem barat tu ganas, actually filrm asia LAAGGIIII ganas.The best scene would be when the devastated Tatsuo mula menembak tentera dia sendiri bila mereka retreat. Actually rasa marah, tapi lepas tu kesian.Untuk aku, scene tu sangat berkesan. Sangat-sangat berkesan.

Good movie dengan durasi 2 jam 5 minit. Tak terasa masa berjalan pun sebab banyak aksi yang ganas-ganas. Paling tak boleh tahan bila ada yang dipaksa commit harakiri. Uisshhhh!!!! 18SG sungguh scene tu.

Aku malas nak cerita sinopsis nya. kalau nak tahu ceritanya, baca je kat sini MY WAY .

Okay... Cari DVD lain pulak. I'm eyeing on The Great Gatsby. Itu hari nak beli, tapi mahal melambong-lambong la pulak. Kena cari yang murah sikit. ( Kedekut!!! ;p)

Sekarang ni, aku teragak sangat nak tengok Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Since aku dah baca bukunya, nak lah tengok macam mana bila diangkat ke filem. Judging from the trailer, nampak cam bagus jer. Haishhhh... Dah camne? Kat sini payah sangat pulak nak tayang. Setakat ni yang berjaya ditayangkan di Astro Best hanya Habibie & Ainun je. Huhuhuhuhu.....

Bila aku baca review, yang aku nampak, ramai tak tahu kenapa Van Der Wijck tiba-tiba tak der ribut, tak de taufan, tenggelam. Yeap!! Kapal tu memang tenggelam sendiri di air tenang sebab terlebih muatan. Ni ahli sejarah yang kata, bukan aku yang kata... Hehehhehee

p/s : Tunggu kalau-kalau ada orang nak buat filem tentang ULIK MAYANG. Puteri satu berbaju serongggggg...Lalalalalalala.....