Thursday, January 2, 2014

My Way


Sukses!!!!! Itulah yang aku rasa sekarang ni. Since filem ni tayang in 2012, aku memang tegedik-gedik nak pergi tengok tapi tak ada kawan nak diajak. Bawa Adam & Aisy pergi tengok wayang cuti tahun baru aritu, aku jalan-jalan ke kedai dan terjumpa DVD filem ni, maka aku sambarlah buat tontonan aku.

Komen? Kalau korang rasa filem barat tu ganas, actually filrm asia LAAGGIIII ganas.The best scene would be when the devastated Tatsuo mula menembak tentera dia sendiri bila mereka retreat. Actually rasa marah, tapi lepas tu kesian.Untuk aku, scene tu sangat berkesan. Sangat-sangat berkesan.

Good movie dengan durasi 2 jam 5 minit. Tak terasa masa berjalan pun sebab banyak aksi yang ganas-ganas. Paling tak boleh tahan bila ada yang dipaksa commit harakiri. Uisshhhh!!!! 18SG sungguh scene tu.

Aku malas nak cerita sinopsis nya. kalau nak tahu ceritanya, baca je kat sini MY WAY .

Okay... Cari DVD lain pulak. I'm eyeing on The Great Gatsby. Itu hari nak beli, tapi mahal melambong-lambong la pulak. Kena cari yang murah sikit. ( Kedekut!!! ;p)

Sekarang ni, aku teragak sangat nak tengok Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Since aku dah baca bukunya, nak lah tengok macam mana bila diangkat ke filem. Judging from the trailer, nampak cam bagus jer. Haishhhh... Dah camne? Kat sini payah sangat pulak nak tayang. Setakat ni yang berjaya ditayangkan di Astro Best hanya Habibie & Ainun je. Huhuhuhuhu.....

Bila aku baca review, yang aku nampak, ramai tak tahu kenapa Van Der Wijck tiba-tiba tak der ribut, tak de taufan, tenggelam. Yeap!! Kapal tu memang tenggelam sendiri di air tenang sebab terlebih muatan. Ni ahli sejarah yang kata, bukan aku yang kata... Hehehhehee

p/s : Tunggu kalau-kalau ada orang nak buat filem tentang ULIK MAYANG. Puteri satu berbaju serongggggg...Lalalalalalala.....

No comments: